Life Quotes1st. Kisah antara aku dan DIA.
DIA maha mengetahui... apa yang tersirat dalam hati aku. Aku pendamkan perasaan aku, dan akhirnya segalanya berakhir. Aku hanya mahu menunduk malu pada
NYA, kerana aku tersasar dari lapangan
NYA.
Biar ini menjadi rahsia dalam hidup aku. Seumpama aku menyimpan segala kelemahanku...
2nd. TergendalaSegalanya berjalan dengan tidak
sempurna. Banyak yang tertangguh. Pengurusan kehidupan pun entah ke mana. Semenjak beberapa perkara berlaku... laluan hidup itu... seakan
terhalang. Contohnya, blog aku yang bersawang, pakaian yang perlu dilipat, kemeja yang tidak tergosok, bilik air yang tidak dicuci, makanan keperluan yang tidak dibeli, bulanan kereta yang terlupa bayar, ikan yang kelaparan, pokok yang tak bersiram, baju putih yang tidak dibasuh, dan hanger yang tak disusun dan... banyak lagi.
3rd. MaafAku nak ceritakan cabaran yang aku lalui sepanjang kehidupan yang tersasar itu... Aku mengambil peluang mencari duit
sampingan berdasarkan satu permintaan yang aku rasa aku dapat penuhi. Sebabnya aku bergantung lagi hidup kepada duit sampingan selagi aku tak dapat elaun sebagai ************.
Nak dijadikan cerita, aku tangguhkan kerja sampingan ini dengan
alasan, ianya akan berlangsung pada minggu yang akan datang, bermakna seminggu lagi dari tarikh permintaan sebenar. Alih2... keadaan menjadi huru hara dengan makluman, tarikh itu adalah pada minggu ini. Aku benar2
hilang akal nak mencari idea. Tambah lagi, penggunaan perisian ini bukanlah seperti hafazan tangan2 aku merekabentuk menerusi
photoshop + illustrator. Ini jarang sekali aku buat kerana ketika menjawat jawatan pereka grafik sebelum ini, aku menolak mempelajarinya secara formal sebabkan... kerjaya ini sebenarnya dibuat oleh web designer / multimedia person. Jadi aku mengambil cabaran ini sebenarnya atas dasar memberikan dan
menghulurkan bantuan.
Jadi aku
MOHON MAAF kepada pihak ketiga dan client aku. Aku tak ada niat nak memporak perandakan keadaan... namun sebenarnya aku punyai sesuatu yang ingin disampaikan.... yang aku rasa aku berhak suarakan... cuma aku kisahkan untuk sesebuah hari bersejarah dalam hidup anda, biarlah ia
SEMPURNA.
* atas peristiwa ini, saya memohon maaf.
3rd ++ Extra NoteKisah lain pula... dintv7, aku sering berurusan dengan pereka grafik, aku faham bila arahan memberikan kerja kepada mereka. Bila satu perkara kecil yang ingin ditukar, ianya bukan satu kerja mudah seperti memadam sebuah
perisian. Aku sering menyediakan secukupnya untuk mereka jenis grafik. Bagi aku pereka grafik tidak pandai membaca fikiran orang sewenang-wenangnya. Ini luahan mereka! Jadi aku mengiyakan sebagai tanda setuju. Orang berbeza punyai minat berbeza. Jadi sebelum aku menghantar sesuatu grafik untuk
paparan berita, aku akan carikan photo atau apa2 bahan selengkapnya supaya ianya menepati kehendak. Sebelum itu juga, aku akan menggunakan bahasa PR aku bertanyakan kepada penerbit jenis dan idaman grafik yang bermain difikirannya. Aku bukan hipokrit... tapi aku cuba mendidik manusia supaya percaya, grafik designer / pereka bukan
MAGICIAN! dari dulu lagi aku gunakan pendekatan ini. Sejak aku mempelajari artwork aku dicampak dari sebuah bilik boss!
Jadi aku pun kadang-kadang tak nak dipersalahkan akibat kegagalan mereka membaca fikiran boss aku. Sebabnya yang
berdepan dengan boss adalah aku.
4th. MY GIRL
Jasmine adalah
teman rapat aku di Ntv7. Aku suka dia sebagai kawan dan yang paling best.... dia pun ratu air mata sama aku. Weols sering makan sama. Now dia dah ke
jinjang pelamin bersama Zan. Zan pun best juga... sporting! Boleh layan lawak aku.
Satu ketika, dikala aku sedang mengalami
emosi yang kurang stabil, aku tiba2 teringat pada Jasmine. Tatkala itu air mata
membasahi pipi. Aku rindu jasmine? ya ya... biasanya Jasmine tempat aku buat2 lawak dan teman buat keje... tapi dia tak de for a month, aku sedih... bila Min telefon petang tu time lunch, aku sebak, tapi kontrol sebab depan aku ada abang wan, peyus, zetti, kak ron dan wawa! sebab biasanya aku tetap tunggu min ngan team aku gi makan lunch. Zan
kembali kan Jasmine ye!
Apapun, buat Jasmine... sorry kalu fumble byk masa jadi MC. tak banyak pun. Zetty kira sepuluh. Itupun kiraan tidak rasmi. Nak rasmi kena ada bukti.
5th. Belajar dari KesilapanAku cuba mengatasinya
sebaik mungkin.