Minggu adalah hari bersama-sama berhibur. Melepaskan ke'period'an di office bersama teman2. Kalau boleh... tak nak datang office sebagaimana watak QS in JB yang cuba nak tunjuk rajin walaupun hanya sekadar chatting ataupun... merajuk dengan housemate (merujuk kepada kenyataan Nor Hisyam Ghani).
Kali ini... hari minggu aku, aku diheret bersama meraikan hari lahir yang tertunda sejak sambutan itu. Sekaligus meraikan tarikh2 penting yang disambut rakan sekolah aku. Ermm semuanya berjalan lancar. Sebagai High Council... sekali lagi aku merampas takhta membuat keputusan lokasi sambutan itu diadakan. Dengan bajet bernilai seumpama nilai bayaran tertunda kampung buah pala di pulau pinang... aku segera membuat keputusan hasil kajian yang dibuat. Hasilnya... buffet dinner di sebuah hotel terkemuka di golden triangle.
Hotel Concorde Kuala Lumpur; outlet MELTING POT. Aku teruja dengan promonya kerana harga yang munasabah dan ada stollers. Hidangannya? bagi aku biasa je. Tak de yang menarik. Mungkin sebab dah 5 tahun berkecimpung dalam dunia perhotelan... makanan seumpamanya di hotel ini aku anggap biasa. Malah aku rasa lebih nikmat jika makan di restoran2 biasa. So, tak ada apa istimewanya. Popiah basah pun tak menaikkan nafsu makan ku... yang lain aku bagi gred B-. Coverage banyak je dalam The Star... tapi biasa! Hehe!
Decision? ops... lupa! dalam isu yang dibangkitkan ini... ketika strollers mula-mula hadir... ada beberapa watak yang teruja dan kagum. oklah... sekali lagi... i'm a hotelier! Dalam pada itu... sempat aku katakan... sekejap lagi strollers ini bakal singgah dimeja kami. So baik uols wish lagu apa untuk didendangkan! Perh belum sempat berfikir menukar channel OASIS... kepada channel MTV mahupun channel V, dah dikeluarkan satu DECISION yakni = MICHAEL LEARNS TO ROCK = that's why [you go away]. Berdasarkan reaksi penganjur... kelihatan seolah2 tidak fasih menuturkan lagu itu... Aku... tertunduk sahaja. (Ada photo yang menunjukkan reaksi ini... namun berdasarkan teknik cara kerja pemilik jurugambar ini... visualnya akan dipertontonkan umum menjelang hari raya nanti).
Berakhir babak pertama. Namun sedikit nota sisipan buat teman saya, ROY. Aku tak pernah menuturkan kata2 jahat seumpama... DBKL, LAUK HABIS, DAH BANYAK 12 KALI KE KAUNTER dan sebagainya. Kalau benar... i katakan depan2. Tapi pembaca... berdasarkan photo sisipan ini... ermm tak pe lah... uols nilaikan sendiri mana satu ROY.
Malam masih muda. Jam baru jam 10.30pm. Kami merangkak menyelusuri kuala lumpur dengan tujuan melepaskan bakat terpendam dengan mendendangkan suara2 masing2 di karaoke ternama di sebuah pusat membeli belah di kuala lumpur. Tempat ini dianggap setaraf status kami. Tak perlu berebut dan sound system yang baik.
Belum pun sempat bersuara... DECISION sekali lagi dibuat! NO REPEAT SONG! maknanya... lagu2 kegemaran yang sering diputarkan sebelum ini... seumpama lagu HAZAMI berjudul tekad nyanyian NIJE, DXOUL semua lagu INDON, KASHA lagu M.NASIR dan DAMBAAN PILU untuk aku adalah DIHARAMKAN sama sekali. Jadi puas tak nafsu ko tak dapat menyanyikan lagu kegemaran sendiri?
Setibanya... awal 15 minit. Terhibur pulak duduk dimeja menunggu sambil melayari laman web video klip MJ. Sambil menonton... membelek majalah disediakan.
Seawal jam 12am... kami dah dibenarkan masuk! Seperti biasa... acara memilih lagu. Untuk warm up... lagu bebas. OK namun bukan lagu REPEAT! Puas mentafsir... aku pilih lagu KU MOHON dendangan Sheila Majid. Saje nak relate kan dengan kehidupan. So, out of tune pun... ada aku kisah? hahah...
Masa berjalan... dan banyak konsep disuara kan. Seolah2 DECISION has been made tanpa belas ehsan. TEMA Lagu DANGDUT? Ok lah... aku pilih lagu... SELAMAT JALAN ROMEO dendangan Ramlah Ram. Tapi ada pihak buat2 salah pilih lagu... dan akhirnya lagu yang dipilih TIDAK langsung bertema kan DANGDUT! ADAKAH ITU ADIL? Senang2 je dia bantai lagu tuh. No ONE say anything... except myself!
Bukan satu TAPI 2. Kali ini tema ROCK KAPAK. Aduhai... aku punyalah fikirkan lagu2 rock kapak. Siap research dengar radio sinar yang selalu mendendangkan lagu2 kumpulan EKAMATRA, QIARA dan DAMASUTRA. Tapi... same person juga... pilih lagu yang bukan langsung bertemakan ROCK KAPAK! DECISION yang tak dipantau!
OK... seterusnya... tema lagu-lagu WHITNEY HOUSTON! Cuba ko bak sini album WHITNEY HOUSTON yang meletup kat pasaran malaysia. Suruh staff JUSCO ke nyanyi... aku rasa sesen pun tak kuar dari mulut dia... puas aku fikir bagi memenuhi kehendak... akhirnya lagu WHEN YOU BELIEVE. Nak je lepas ni... aku pulak bagi cadangan nyanyi lagu SHANIA TWAIN ke... Kalu lagu janda beranak satu BRITNEY SPEARS ok la... or else... aku cadangkan artis yang lebih banyak isu kisah peribadinya jika dibandingkan dengan karier seperti ... penyanyi berambut ala sanggul tebuan... Amy Winehouse.
[amy winehouse, kenal kan? lagu dia cuba nyanyi skit!]
So... aku rasa lepas ni... konsep boleh dilaksanakan... cuma kena pantau laa... sebab aku tak puas hati! hahahaha.... so... lepas ni... masing2 kena bawa sendiri konsep lagu untuk dicabar. Aku dah chup lagu-lagu nyanyian SENARIO.
K. Dah... Itu je.
21 comments:
duta - nampak gayanya lepas ni kena buat tema khai dengan nassir wahab baru u satisfied kann..
betul im...ada orang tu siap nyanyi lagu yang dia terer je..pastu siap pejam2 mata dah hafal lirik...so tak de la konsep karaokenye....baik terus masuk bintang RTM...(ye la dia dilahirkan suare sedap)..
mmm lama xkomen pape kat bl0g ni.. ;)
ok next session...lagu tema : WOHNEN :
amik ko!
Hoi!! siot je.. walaupon xsehat tetap dtg ok (fyi, demam) makanan tu i amek utk panaskan badan,seperti kata2 Dr. Dzoul tuh. and lagipon, pinggan i kecik2 je n i letak lauk ciput2 je..sampai ati u nk jadik watak jahat...
duta - i pilih pinggan square yang cantik..baru selera makan naik!
gigih (tak bermakna saya telah update blog ya!)
+ azmir +
album khai tak release pun kan? emmm nasir wahab banyak... tapi masa tuh... i rasa u masih tgh ngaji kelas agama sambil curi buku urtv anak ustazah tuh kan?
+ hishan +
kan... siap boleh pejam mata... kalu turun kan key boleh? siap remote control kat tangan masa nyanyi!
+ R28est +
lama ek? selama didunia... atau di akhirat? hehehe (tetap bab agama)
+ dxoul +
ko yg cakap kan... lagu MLTR tak sesuai dgn umur kita... so... aku reaksikan dalam bentuk blog laa... k.
+ azrol +
demam ek... siannya. habis tak kuar makan ke? nanti kita dtg belikan makanan ek... jiran blok lain tak pernah kisah pun kan? ermmm... jiran jaga housemate kot... mintak baju baru!
+ dik nije +
piramid runtuh dah tutup pun kat cinema. kalu nak tgk pun kena cari cinema kat tawau ataupun mana2 lokasi tempat doktor nak cari pengalaman menimba bekerja di pendalaman di malaysia...
dah bagi response through my new post... hehehe
duta - lasernye korang..ape nak jadi ni..astaghafirullahalazim..
+ mangsa2 demam +
i ngah buat kajian nape... uols semua jadi mangsa virus roy?
ataupun...
korang terlebih nyanyi.... masa kat lagu whitney houston masa kat redbox.
duta - mungkin sebab kiteorang jarang fumble kot...lariiiii
+ fumble? +
hahah... memang korang jarang fumble. sbbnya asyik turun kan key... nafas sampai laa... lagu base m.nasir pun turun key! k... dah
oh, begitu ye. to me, i lebih rela turunkan key daripada tak turunkan key tapi ermm..u tengah nyanyi ke? ingat baca sajak...
PETIRRRRRRRR
+ sajak +
ooo lagu minit2 indon kegemaran dxoul pun i rasa macam sajak je... ala... lagu.... SATU JAM SAJA.... k.... GERHANA MATAHARI jap... petir kejadian alam yg biasa
hello.. aku plak baca sajak.lagu whitney houstan tu.. tak reti nyanyi kerrr... tak reti untuk menyebut perkataan dalam bahasa inggeris....
comet halley lalu...
Post a Comment