Wednesday, December 23, 2009

born to be A DESIGNER?

Masa aku selalu bagi talk kat student mrsm under program ansara pasal siapa itu designer; aku cakap ... menjadi designer ini anugerah pemberian tuhan! Manakala... dalam kelas khas sesi bersama pelajar-pelajar ini pulak, aku akan berdepan dengan situasi sebegini ;

pelajar A : abang... saya minat sgt interior designer? macam mana saya nak jadi?

duta : [sambil melabuhkan bontot kiri diatas meja guru] awak minat, tapi tak bermakna awak ada bakat?

pelajar A
: terpinga2

Aku bagi contoh senang. Ramai kalangan kita minat menyanyi. Malah kalau diberi peluang menyanyi, pasti semuanya nak! minat nak jadi hebat macam ALYAH, ops... macam Siti Nurhaliza! Namun... namun... minat bukan segalanya! Bakat sepatutnya menjadi percaturan dalam apa yang kita lakukan.

Bila aku ingat kisah ini, ia berlaku depan mata aku. Malah ada kalangan kawan-kawan aku juga mampu membandingkan seorang graphic designer dengan seorang graphic 'applicator'! Sememangnya perkara ini berlaku... bila ditugaskan dengan sesuatu, yang diarahkan... maka hasilnya amat menyedihkan. Bukan di sektor awam sahaja... malah di sektor swasta pun sama.

[salah satu contoh; ada lagi idea ini sehingga tahun 2009 ini... someone, plis do something!]

Aku kadang2 melahirkan rasa simpati bila melihat karisma pereka grafik pada tahap yang menyedihkan. Dengan keadaan itu, aku rasa memang layaklah jika kumpulan mereka ini hanya diberi kerajaan sebagai golongan kumpulan sokongan!

Aku menulis kerana aku berdepan dengan golongan ini setiap hari. Aku bukan nak mempertikaikan tahap grafik mereka, tapi aku menyalahkan mereka yang tidak mengenali kekuatan dalam hidup mereka. Jika benar dia lahir menjadi pereka grafik, mengapa hasilnya mengalahkan majalah sekolah?

8 comments:

shooter said...

aku teringat bilik sebelah ko kat utm yang ade kolam mini.itu kategori bakat designer ke tak?

d u t a said...

+ tahap +
byk tahap jadi designer. kalu kolam tu menarik minat anda, maka itu level anda. ala... macam tahap keje HR kat FEL** laa..

Anonymous said...

eee... cantik grafik tu. siap ada pintu lagi kat logo perbadanan tu. hahaha... applicator!

d u t a said...

+ pintu ke +
hahaha... tak perasan lak. tak faham logo ni. tak tau nape kena ada galaksi tuh! huhuhu... tabung kot!

Adam Ruslan said...

Shooter - Kolam itu menimbulkan kekaguman tapi lebih kepada kehairanan.

a z m i r said...

Abag kraffff... ada orang sebut pasal kolam...

d u t a said...

+ kraf +
entah... idea kraf banyak, tapi tak semuanya indah! k... kasha, perlu nak skong ur skin color kan!

Stephen said...

Well, I don't really suppose this is likely to have effect.
toms shoes coupon codes | dallas aquarium discount tickets | dallas world aquarium