Sunday, August 30, 2009

ramadan DRAMA


Baru je aku melunaskan kata-kata berkenaan sikap pelik aku menerusi blog yakni membasuh baju mengikut tona warna dengan baju terpilih disidai dan sebagainya. but kali ini... aku dicabar dengan satu insiden tidak terduga.

Sebelum ini, aku pernah juga membuat silap, namun atas dasar sikap gelojoh aku yang ketika itu agak sibuk dengan tugasan harian. tapi kali ini, malang memang tidak berbau... pabila 3 helai baju putih milik aku dibasuh bersama helaian2 baju lain didalam satu basuhan oleh sikap prihatin housemate aku! waaaa!

pertamanya, 3 helai baju milik aku, terkena salah satu pakaian berwarna yang luntur ketika dalam cucian. tentu kalian cakap, ala baju yang murah je jadi macam tuh! ya. mmg baju tuh murah... namun pada si pemakai... kalau baju tuh beli pasar malam sekalipun... kalau cara pembawakan kepada baju itu cantik... maka cantik lah ia. tak perlu nak berlagak pakai baju PRADA tapi jalan2 naik lrt. (ada lagi ayat yang lebih hebat, cuma dibulan ramadan ini... mahu kurangkan juadah mulut laser skit)

[berani kau naik lrt pakai macam ini?]

keduanya, satu baju dinner aku yang tidak pernah dibasuh dengan air malah hanya dihantar utk dry cleaning shj! turut dibasuh dalam cucian ini. yang lebih menyedihkan, pada baju ini terdapat unsur baldu pada baju ini. jika dibasuh, habis semua habuk2 kain pada baldu ini...

tindakan aku? perh... seperti biasa, aku segera mengeluarkan pakaian itu dari kumpulan cucian itu. melihat kembali apa yg berlaku, dan mencari penyelesaian yang terbaik bagi menyelamatkan pakaian2 ini.

seterusnya, aku menyatakan jutaan terima kasih atas keprihatinan housemate aku kerana menolong aku membuat cucian yang tergendala akibat ajakan program bersahur last minute oleh perancang amatur. namun aku turut berpesan kepadanya supaya tidak melakukannya lagi. cukuplah sekadar mengeluarkan pakaian dari cucian mesin basuh itu, dan bukannya melakukan cucian kepada pakaian2 milik aku. Marah? ada, tapi seperti biasa, setiap manusia lakukan kesilapan tanpa disengajakan. bukan niat pesalah laku ini sengaja meletakkan peluntur ke dalam cucian atau sebarang niat jahat. walauapapun... menurut satu pandangan, ia ada hikmah disebaliknya.

perkara ini berlaku ketika aku dalam perjalanan pertama kali ke pasar ramadan buat kali ini. semoga kejadian yang tidak diingini ini membawa aku percaya, ia menguji kesabaran aku menempuh kehidupan. ini pun harap2 tuhan bagi marks lebih... kira extra effort la kan? amin!

Tuesday, August 25, 2009

why some people are PRONE to MOSQUITO bites

" kalau masa sekolah rendah dulu, mesti cikgu selalu tanya... "kamu kenal nyamuk?" dan mesti ramai yang berlumba-lumba nak angkat tangan jawab soalan cikgu tu sebab nak berlagak dengan kawan-kawan yang lain. "

eh... silap-silap! maaf.. tersama lak ayat ni dgn blogger lain. Sebenarnya begini... soalannya; pernahkah anda digigit nyamuk? jawapan bukan pembohong laknatullah, maka jawapannya :: of course PERNAH!

Jadi nak dijadikan cerita, aku mempunyai masalah yang amat besar dalam hal ini. Yakni setiap kali aku menjejaki kaki ke rumah kampung halaman di kota bharu, aku menjadi hidangan mahkluk bersayap ini sebagai juadah mereka. Sebaik sahaja tiba, aku terus diserang. Mula2 aku rasa gatal2 sikit, lepas tuh... mula la sana sini dia gigit.

[tak samakan kawan2 dengan haiwan...]

Itu menyebabkan aku rasa kurang selesa nak balik. Tambah pulak, i feel stupid when speak kelantan's! entah, dalam kereta baru-baru ini, selamba dek je kakak aku sound, tak payah nak pura-pura cakap kelantan la... tak jadi + very the hancur. so, aku selesa bertutur sebaiknya dengan bahasa ibunda aku! 1 malaysia...

k, berbalik kepada isu nyamuk, setiap kali aku pulang ke negara kelahiran kedua orang tua ku, aku akan sediakan ubat nyamuk elektrik tuh! so, aku akan bawak double mat dia tertakluk kepada tempoh hari pulang ke kampung halaman. uniknya, dengan ubat nyamuk mudah alih itu, aku akan bawa di mana dan ke mana aku duduk, contohnya sekiranya aku sedang membaca di bilik bawah, maka aku bawa lah bersama. kalau aku layan kucing anak2 normala aku, maka disitu juga akan aku bawa. aku tak guna ubat nyamuk lingkaran sebab leceh, tambah pulak asapnya boleh hilang bau parfum deodorant aku nanti! hehehe! lagi satu, aku akan pakai socks dalam rumah. bila orang ask, aku jawab; nyamuk.

namun, pulangnya aku last week, dengan harapan bahawa nyamuk2 ini sudah beralih arah. maklumlah dah lama tak pulang ke kota bharu. so aku pun tak membawa ubat nyamuk itu... maka inilah bahana yang menimpa. sehingga hari ke 3 pulangnya aku ke malaysia, aku still mempunyai kesan2 gigitan nyamuk yg sukar hilang ini (aku dah sahkan dengan doktor, ini bukan penyakit kulit).

ok lah... macam blog lain, kata2 ibu menjadi ikutan dan panduan dalam pemahaman tentang realiti kehidupan. maka aku pun bertanya kepada ibuku, apakah sumpahan yang menimpa aku sehingga begitu hebat penangan diterima ke atas aku... lantas jawapannya; sesiapa yang suka makan pisang, darahnya panas dan manis... maka nyamuk suka! aku hanya membulatkan mata... tanda akur tanpa membataskan subjek sains yang diambil ibu aku masa sekolah dulu.

ada juga sedikit pandangan yang lain diberikan rakan taulan antaranya; ko suka pakai parfum... itu pasal nyamuk suka! ??? aku pun hanya tunduk akur. nak kata dari dulu aku sering pakai parfum tak juga. aku rasa sejak tahun 2007 je aku menggatal pakai parfum ini.

jadi... aku buat sedikit research tentang perkara dan masalah dihadapi ini. namun masih lagi tiada penyelesaiannya. jika anda mempunyai sebarang bantuan yang boleh membantu, sila salurkan idea anda di laman blog ini. semoga keprihatinan anda mendapat keberkatan la kot. itupun kalu tuhan nak bagi.... hehehe... k

Tuesday, August 4, 2009

converse; REVENGE of the FALLEN?


Haaa.... dah bersedia nak baca? sebelum tuh baik amik wuduk dulu. Tentukan jantina sah, senang kain kapan color apa nanti. Kepada yang lain2 terpaksa baca isu ini... harap uols hafal je takat yang uols faham. Ni macam subjek sejarah laa... korang hafal je apa yang tertulis, lepas tuh sure score A. tapi subjek sejarah paling senang.

Mulanya hasrat dihati nak tulis pantun, tapi disebabkan desakan masa, aku lontarkan bahasa2 pembalasan dendam kesumat ini dengan bentuk PANTUN juga..... haha...

MULA kan satu dengan idea,
konon minat benda sama,
biasalah... GBS kan sehati sejiwa,
kalau nak makan, lauk tak leh sama.

IDEA datang dengan tiba-tiba,
minat punya pasal sanggup berusaha,
hingga satu kata-kata disapa,
JOM BELI BERSAMA!

Kasut converse idaman ramai,
harga ok laa... sebab up to trend,
baru berbaik dari berdamai,
woit... dah nak mule REVENGE!


HIGH COUNCIL dituduh berwatak jahat,
sebab sering timbulkan pertikaian,
shopping sebab raya pun dah dekat,
kan... betul ke macam dalam perjanjian?

K. Sorry... i dah tak mampu nak lafazkan apa2 dalam pantun mahupun kata, SILA LIHAT SISIPAN BUKTI INI!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sedia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

[Dah nak beli dah ke? Bukan nak beli sekali ke? hehehe. Selain putih mcm tk cun. Nk beli cap satu.]
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebelum berundur diri...

[roy, ni saje model yang pakai converse]