Thursday, November 19, 2009

serious or ANECDOTE

Nampaknya galak sungguh rakan-rakanku mengeluarkan cerita-cerita palsu dan betul menerusi blog masing-masing. Dari ceritera menjadi sultan, membungkus anak dalam almari, pura-pura sakit kaki, plagiat isu kandungan blog rakan dan menukar layout blog termasuklah... ura-ura penutupan blog. Seronok membaca bila ada kelapangan. Lebih2 lagi, waktu berkerja... thrill betul membaca blog dan membalas komentar disaat-saat itu.

Selain dapat tersenyum gembira... dapat juga memberi motivasi diri. Yang penting; kawan-kawan office lain sure ingat ko gile... sebabnya senyum simpul sorang-sorang! Biasalah, lawak-lawak dalam facebook mahupun mana-mana laman web sosial yang lain... pasti ada yang melucukan! belum lagi masuk lawak bab agama! dgn lawak-lawak yang membataskan peradaban!


[ini pendekatan aku berinteraksi dgn syarikat printing; ketika mendapat mock-up design untuk pengesahan printing ]

Bercerita pasal laman sosial ini... pernah terjadi insiden tidak terduga kepada diri aku. Mungkin juga pada anda yang juga menyebabkan beberapa impak besar berlaku dalam hal ini.

Syahadan, di sebuah laman sosial terawal diperkenalkan dimuka bumi ini... aku tidak terlepas memilikinya. Dan mempunyai koleksi kawan yang bijaksana di dalam senarainya. Berbual dan bermesra, maklum sahajalah, bukan senang nak berjumpa bertanya khabar. Ingat dahulu arwah nenek sebelum menunaikan rukun islam ke-X*... beliau sanggup merancang perjalanan hingga ke Pattani, Thailand untuk berjumpa kaum keluarganya bagi menyampaikan hasratnya ke Mekah! Walhal, jikalau nenda mempunyai facebook ketika itu, mau tidaknya diBLASTkan sahaja status mohon maaf dan restu pemergiaannya itu di ruangan paparan utk semua kenalannya! mmm sambil menghela nafas... jom kembali ke alam nyata!
* X - sila isi sendiri

Aku seronok seperti biasa melayari laman sosial itu. Dan dengan lancang mulutku bertutur senada dengan penulisanku. Bukan apa, dikalangan kawan turut melayan apa yang dibahaskan. Malah ada yang sanggup menerima melayan dengan sempurna tanpa sebarang bicara disebaliknya. Arakian dijadikan pedoman dalam hidup, terjadilah kisah ungkit kenangan di zaman bergetah dahulu yang mencoretkan kisah2 cinta monyet dikalangan rakan sedarjah! alah, kisah lama yang kalau dikenang, apa salahnya! bermain2 kata, tak semena-mena... tersentuh hati seorang individu (Q), dikala membacanya. Komentar itu dianggap biadap dan seolah-olah menghina Q. Mungkin benar, sebabnya... sejak dari awal tajuk perbualan, masing-masing berlagak besar bercerita kehebatan masing-masing dalam tragedi bercinta di sekolah. Malah, ada yg sanggup mengaku dgn kisah cinta meskipun tidak tersenarai dalam ingatan aku. Namun, dari awal juga... sememangnya perbualan dipaparan itu berasaskan bicara kosong dan dipenuhi gelak ketawa.

Bukan mahu memburukkan keadaan.... namun ini kerana aku sedar dan menyatakan kemaafan kepada Q sebaik menerima berita buruk itu. Aku sedar aku berdepan dengan manusia yang kurang bijak mentafsir antara perbualan serius dengan anekdot yang diterjemahkan aku ataupun kenyataan rasmi. Sementelah itu... aku berfikir dan mempunyai alasan kenapa watak Q ini naik berang tak semena-mena berdasarkan beberapa pandangan rawak yang terlintas dibenak fikiran.

pertama : Q membaca kenyataan itu ketika mood period mahupun sengugut tiba. ataupun ketika fikiran waras Q berada dibawah paras normal.

kedua : Q tidak meneliti perbualan dari awal, dan hanya semborono membaca mesej yang paling akhir dalam isu dibincangkan.

ketiga : Q tidak faham terjemahan bahasa melayu kepada bahasa pasar yang digunakan dalam perbualan itu.

keempat : Q seorang yang serious, dan hanya menerima lawak diperingkat pemikirannya sahaja.

kelima : Q bukan layak menerima lawak aku lagi...

keenam : dah la... cukup la...

Perkara ini sebenarnya menjadi pengajaran kepada aku. Yakni, golongan ini aku sasarkan agar tidak mengunjungi penulisan aku. Jika dia terus ingin melayarinya... maafkan aku.

Jangan risau. Situasi aku ketika menulis blog ini, dilaporkan tenang... kerana aku tidak mahu menyimpan sebarang dendam. Bila kita meningkat dewasa; dan melalui langkah cara hidup tersendiri; maka banyaklah konsep hidup yang kita praktiskan tanpa atau dengan persetujuan orang lain. Ya... pernahkan, bertemu golongan yang lebih dewasa dengan pemikiran dan konsep hidupnya yang kadangkala tidak sependapat dengan kita? Itu memang lumrah.

Jadi... bagi aku, bila aku berdepan dgn komentar yang boleh menggores hati. Aku perlahankan pembacaaan. Aku akan kaji semula dan lihat kembali asal usul komentar itu. Jika dtgnya dari sebuah lawak yang dilayan-layan; maka pastinya tukang komen yang memberikan kata-kata itu turut berasaskan anekdot! Jika tidak; bersedialah anda menangis ala-ala Amber Chi* menuntut haknya?

Baiklah... selalunya, bila aku tidak berapa segar dari segi mood dan juga keletihan... aku lebih selesa tidak membaca sebarang lawak dengan semborono. Alasan? Mood penat dan juga bebanan kerja juga memberi kesan kepada perwatakan harian kita. Tak semena-mena rakan yang menolak jemputan makan malam pun... dicaci carutkan! Ops... bukan menuding jari, cuma berkongsi sedikit resipi!

Jadi, jika anda dibayangi hidup sebegini... cuba2-cuba lah mengelakkan dari membaca atau membuat penulisan ketika keadaan emosi yang tidak siuman. Waima ketika marah mahupun ketika fikiran yang tidak waras. Ini bakal mencerminkan keperibadian yang bersifat mudah melatah! Ini juga pesanan buat diri aku... agar ianya bersifat sempurna.... sesempurna manusia dibekalkan akal fikiran dari Allah yang maha esa!

15 comments:

Unknown said...

aku tau entry ni utk sapeee!

a z m i r said...

i agree with u. a good entry as a reminder for myself.

d u t a said...

+ dxoul +
haha... utk semua rakyat mesia! kan...

+ azmir +
yap... as a reminder! like yours too. hpw about copycat? hahah

R28est said...

hallaaaamak entry ni...mmg mcm pesanan dari penaja...

Adam Ruslan said...

Kalau berani membuat anekdot, harus berani menerimanya kembali. Adil dan petak.

a z m i r said...

ok la lepas ni dah tak tiru dah..

shooter said...

+this is serious+

aku akan berhati2 menaip perkataan WOW kepada ko selepas ini. :P

cham's said...

anekdot tu nama manja abg G-dot eh lalalala

d u t a said...

+ r +
pesanan dari penaja? ermmm tak de la pulok... sbbnya, so far aku tak de masalah dgn mana2 pihak!

d u t a said...

+ petak amani +
ermm... betul juga. tapi kat mana2 ada je, ada ke keadilan? ...

d u t a said...

+ tiru azmir +
u ada title lain dah... ketar!

d u t a said...

+ WOW redghost +
tak de r... aku tau dah ko mmg dari azali camtuh... hahaha... btw... ko berubah r pawie! tahniah!

d u t a said...

+ bro cham +
anekdot = bro gdot? haha... bro gdot melankolik; so nurkasih one!

Roy aziz said...

~im~
awat serius writing..soo deep,patutnye rilek2 if bc ur blog..

d u t a said...

+ azrol rilek +
mmm aku suka juga buat2 rilek. sbb aku suka segmen ceria... berkongsi yang manis2 utk kawan... tapi drama minggu ni tak nak lagha! hahahah