Sunday, August 30, 2009

ramadan DRAMA


Baru je aku melunaskan kata-kata berkenaan sikap pelik aku menerusi blog yakni membasuh baju mengikut tona warna dengan baju terpilih disidai dan sebagainya. but kali ini... aku dicabar dengan satu insiden tidak terduga.

Sebelum ini, aku pernah juga membuat silap, namun atas dasar sikap gelojoh aku yang ketika itu agak sibuk dengan tugasan harian. tapi kali ini, malang memang tidak berbau... pabila 3 helai baju putih milik aku dibasuh bersama helaian2 baju lain didalam satu basuhan oleh sikap prihatin housemate aku! waaaa!

pertamanya, 3 helai baju milik aku, terkena salah satu pakaian berwarna yang luntur ketika dalam cucian. tentu kalian cakap, ala baju yang murah je jadi macam tuh! ya. mmg baju tuh murah... namun pada si pemakai... kalau baju tuh beli pasar malam sekalipun... kalau cara pembawakan kepada baju itu cantik... maka cantik lah ia. tak perlu nak berlagak pakai baju PRADA tapi jalan2 naik lrt. (ada lagi ayat yang lebih hebat, cuma dibulan ramadan ini... mahu kurangkan juadah mulut laser skit)

[berani kau naik lrt pakai macam ini?]

keduanya, satu baju dinner aku yang tidak pernah dibasuh dengan air malah hanya dihantar utk dry cleaning shj! turut dibasuh dalam cucian ini. yang lebih menyedihkan, pada baju ini terdapat unsur baldu pada baju ini. jika dibasuh, habis semua habuk2 kain pada baldu ini...

tindakan aku? perh... seperti biasa, aku segera mengeluarkan pakaian itu dari kumpulan cucian itu. melihat kembali apa yg berlaku, dan mencari penyelesaian yang terbaik bagi menyelamatkan pakaian2 ini.

seterusnya, aku menyatakan jutaan terima kasih atas keprihatinan housemate aku kerana menolong aku membuat cucian yang tergendala akibat ajakan program bersahur last minute oleh perancang amatur. namun aku turut berpesan kepadanya supaya tidak melakukannya lagi. cukuplah sekadar mengeluarkan pakaian dari cucian mesin basuh itu, dan bukannya melakukan cucian kepada pakaian2 milik aku. Marah? ada, tapi seperti biasa, setiap manusia lakukan kesilapan tanpa disengajakan. bukan niat pesalah laku ini sengaja meletakkan peluntur ke dalam cucian atau sebarang niat jahat. walauapapun... menurut satu pandangan, ia ada hikmah disebaliknya.

perkara ini berlaku ketika aku dalam perjalanan pertama kali ke pasar ramadan buat kali ini. semoga kejadian yang tidak diingini ini membawa aku percaya, ia menguji kesabaran aku menempuh kehidupan. ini pun harap2 tuhan bagi marks lebih... kira extra effort la kan? amin!

7 comments:

Unknown said...

me 1st. yeay yeay! i comment je dulu k. esok i baca..

yes yes

a z m i r said...

ala..2nd ke... terpaksa continue baca!

R28est said...

yg ni p0n dah bace smlm...

errrkk me 3rd ;p

Adam Ruslan said...

Huh, sedih drama ini. Menyayat hati. Harap baju-baju putih berkenaan luntur warna kembali. Meh nak tolong klorox + nila? Boleh? Huhu.

Tapi itu baju harus dry cleaning kenapa boleh masuk peti basuh? Terletak berdekatan?

shooter said...

+laser+

aku malas la nak komen banyak-banyak kan...sedangkan artis pakai baju sekali pastu tros bagi anak sedara. ada ka patut artis yang baru melonjak nama di penyiaran television boleh recycle baju basuh banyak2 kali...tak kim kardashian langsung.

*cherat* word verification <-- eeee

d u t a said...

+ lacruz + azmir + R +
harap membaca jambatan ilmu.

+ amani +
baju itu dalam laundry box. so, hanya empunya badan mengetahuinya. yg letihnya nape rajin benar nak basuhkan? kan? hehehe. tak suka NILA... nanti dia jadi BLUE!

+ redghost +
laa.. dah seminggu puasa, tak kena ikat lagi. ada je... mesti pandai menyorok dari malaikat yang bertugas ni. aku bukan gaji engineer FEL** sebanyak RM7000 sebulan belum masuk elaun kutuk HR, elaun gaduh parking pak guard dan elaun keje mengular... k dah.

radazos said...

sabr ye abg im...nasib baik la u penyabar d bulan ramadhan ni..:)