Tuesday, December 1, 2009
the OLD NEW thing
Jom kita belajar perkara baru... yang sudah ketahui, hanya imbasan kembali, agar kita tak lupa.
peribahasa;
1. SALING TAK TUMPAH membawa maksud mempunyai rupa yang sama kan?
sebenarnya sepatutnya; SALIN TAK TUMPAH ; bermakna jika anda menyalin semula; maka ia sememangnya sama! contohnya ' jawapan kertas ujian sejarah adam salin tak tumpah jawapan kertas ujian sejarah helmi kecuali tulisan adam yang sukar dibaca'
2. MELEPASKAN BATUK DI TANGGA membawa maksud melakukan sesuatu sambil lewa kan?
sebenarnya sepatutnya; MELEPASKAN BATOK DI TANGGA ; batok adalah objek gayung atau pencebok yang diperbuat daripada tempurung kelapa untuk mengambil air dari tempayan. Dahulu kala, masyarakat melayu membasuh kaki sebelum naik ke rumah kerana tidak memakai sepatu. Jadi, jika induvidu itu hanya membiarkan batok itu di atas tangga kerana malas, maka dituturkan, perilaku yang tidak bersungguh-sungguh sedangkan ada disediakan untuk menggantung batok bagi kemudahan orang lain juga!
... k aku rasa dengan penerangan 2 peribahasa yang sering disalahgunakan ini, dapat melepaskan aku dari kutukan blogger berstatus hedonisme semata-mata.
Penyataan itu dibuat oleh sebuah laman blog milik rakan aku di perantauan, hehehe...
end... ;p
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
great! teacher kan!
salin tak tertumpah pernyataan ittew. tahniah!
tak seumpama melepaskan batok di tangga. sangat gigih dan bersungguh2. emm... kalau jadi cikgu abg im nak jadi cikgu yang watak macam mana? hihih
"Melepaskan batok di tangga" dengan "Meninggalkan batok di tangga" adalah perbuatan yang berlainan.
Sila kaji semula.
+ azmir +
teacher? great... saya ada cikgu bm yg adihebat!
+ pernyataan +
pernyataan or penyataan? sila rujuk. anyway... kenyataan yang mana satu?
+ nije cikgu +
mmm... u can imagine me lo... everyday my class will be different... untuk kelas biologi, subjek reseptor... i ask all my class kat start kat toilet... sbb nak menguji kesan reseptor bau terhadap bau toilet! hahaha... soal pakaian? hahaha... no baju batik please! hahaha!
+ kaji semula +
dbp hanya mewartakan peribahasa "Melepaskan batok di tangga" menggambarkan maksud itu. untuk "Meninggalkan batok di tangga" adalah perbuatan yang berlainan diterima pakai bukan utk makna itu! sekian... sila rujuk pakar utk mendapatkan sebab-sebabnya!
Post a Comment