Sunday, June 21, 2009

the LAST perhentian

hi kawan2. Tentunya tak sabar kan. Maklumlah setakat ini, masing2 nak dapatkan perhatian terbaik mengenai (tentang) catatan perjalanan percutian kali ini. Saya gemar membaca catatan kalian yang mempunyai insiden yang benar-benar mengguris hati dan perasaan ini! hahaha...

Perjalanan 13 Jun itu amat memenatkan. Maklumlah kerjaya sebagai penyiar kepada sumber berita tanahair kadang-kadang memaksa anda berkorban tentang beberapa perkara. Saya terlewat kerana terpaksa menyiapkan beberapa perkara sebelum mengambil off duty untuk 3 hari. Kemas kan meja dan sebagainya... bukan macam kalian yang punyai workstation sendiri... di media, kami hanya dibekalkan ruang kerja dengan konsep FREE SEATING!

Baiklah. Oleh kerana ini versi ISU BUMPER Perhentian yang ditunggu GBS untuk diselitkan dalam blog masing-masing... sudah pasti saya punyai isu sendiri. Puas memikirkannya... dan akhirnya saya cuba menjadi watak berdasarkan konsep rekabentuk ISTANA PASIR dan mencipta sendiri konsepnya selepas disiapkan... ahaks! (semua arkitek guna cara begitu).

Baiklah... berdasarkan pengamatan saya sepanjang perjalanan... ini dia watak utama.

1. Pastinya pemimpin negara berkuasa dunia ; Obama!

Apa yang anda lihat adalah sama. Memang lebih kurang sama... namun perwatakannya juga sama. Insiden yang diambil contohnya; pada hari kedua di sana... kenyataan dibuat;



" sekiranya abang im mandi, maka i baru nak mandi... u tak mandi... i tak mandi "

Dengan mengambil statement itu... watak obama ini mungkir janjinya dengan turun mandi. Kenyataan ini mempunyai persamaannya sebagaimana insiden Obama yang kononnya akan mewujudkan perdamaian dengan umat islam dunia.

2. Keduanya... pemimpin yang kini mendapat perhatian ramai, Ahmadenijad.


Selain memiliki ketinggian pada paras yang sama, saiz kasut yang lain... watak Ahmadenijad ini sering berkeras dan memberikan kenyataan ini amat2 bersamaan dengan insiden ini.

" memang saya dengar, penguatkuasaan ini dimansuhkan"

Persamaan kekerasan ini dilihat pada insiden ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Laporan lanjut boleh di hayati pada perenggan-perenggan terakhir catatan blog watak Ahmadenijad ini.


3. Thaksin Shinawatra. Raut wajah yang hampir sama. Masih anda ingatkah lagi kepada bekas pemimpin ini?



Memiliki raut wajah tidak cukup. Namun penguasaan watak Thaksin jelas sekali sebagai watak yang berkuasa memiliki wang yang cukup untuk sebarang keputusan. Thaksin sememangnya mempunyai wang yang banyak untuk mengupah rakyatnya menjalankan tunjuk perasaan.

Persamaan? ermm sebagaimana watak R****** Puaka kot! larik....

4. Mahinda Rajapaksa.... ermm tona dah sama. Cuma isu persamaan? Walaupun memberitahu tidak kisah tentang kehilangan yang berlaku... namun tetap membangkitkan isu sama.



Contoh dalam pemerintahan Mahinda... dia tidak mengaku bertanggungjawab dalam isu yang mengakibatkan rakyatnya terbunuh. eh... cam tak related je.... hahaha... sebenarnya saya tak nak sekejam teman baikmu yang menuduh u seumpama pelakon MGR. i tak cakap tau... diaorang yang cakap. I gelakkan je.

K. yang pastinya... ini saya! k. bye uols. Edisi perjalanan akan menyusul! ini isu insiden je kan?

Wednesday, June 10, 2009

get READY



Tentunya ramai tak sabar apakah next event utk GBS. Ini pastinya memenuhi impian pihak2 tertentu yang pastinya;

1. memberi peluang kepada mereka yang hanya berenang melihat lantai di kolam apartmentnya setiap minggu.


2. memberi peluang bercuti kepada pekerja yang menghadapi tekanan dengan watak2 pekerja warga emas yang dibayar kontrak oleh kerajaan bagi memenuhi kuota pembelajaran, namun niat pendidik itu hanya sekadar inginkan nilai gaji sahaja tanpa memikirkan pembangunan kerjayanya.


3. peluang kepada mereka yang bakal menamatkan zaman bujang. dah ada isteri nanti, susah nak berenang kalu mak ayah nya juga bunting. i tak maksudkan sape yang perutnya dah... ehem!


4. entah. dalam hidup perlu ada eksplorasi dan penjelajahan. kalu asyik dilokasi sama, bisa hanya menjadi manusia yang experts, bukan multitasking.... (alasan direka)


5. pantai indah. mahu memuji ciptaan tuhan maha esa yakni Allah. kan itu juga tuntutan agama.

6. yang penting camera canggih kena bawa. nak amik pic tak kira lompat or terapung.

ok setakat ni, itu je aku fikirkan untuk trip kali ini. jadi, perhentian... nantikan kami disana.