Hi, bertemu lagi dalam lembaran baru bulan sambutan hari natal. Bukan apa... aku cuma terkenang kembali program christmas party yang sering diraikan oleh rakan2 sekerja. Aku seronok kerana mereka menyediakan pelbagai program menarik bersempena dengan sambutan itu. Antaranya, pertukaran hadiah melalui wish list dan juga indoor games. Lebih seronok aku lah yg menjadi perantara program. Biarpun my english not so good sbb tak pernah sampai london, tapi i still can entertain them... wow! hahaha... riaknya!
[PENCHETAK : zaman pendita Zaa'ba memperkenalkan ejaan mengikut suku sebutan]
ops... itu bukan kisahnya entri hari ini. Kali ini sekali lagi kita berkongsi penggunaan bahasa yang tepat. Sebabnya, selalu sangat media menyogokkan penggunaan ejaan yg salah kepada semua penonton, walhal yang sebenarnya ikut sedap mulut sahaja.
Baiklah.... selalukan terdengarkan, perkataan mengWAR-WARkan?
ejaan ini sebenarnya salah. sepatutnya mengUAR-UARkan.
[menerusi sumber kamus dewan edisi empat ; uar-uar membawa maksud pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat]
Namun, dalam kelas bahasa yang dihadiri saya hujung bulan lalu, aku dimaklumkan dengan kedua2 suku kata ini tidak wujud... yang hanya wujud adalah...
mengWARA-WARAkan ; dengan A pada hujung WARA itu di'silent'kan ....
[method itu seumpama perkataan SAYA yang diambil dari SAHAYA yang mana HA ditengah perkataan itu telah disilentkan]
persoalannya, yang mana sebenarnya jalan kebenaran? adakah sumber tidak sahih? atau DBP masih belum mewartakan kedua2nya boleh diguna pakai.
[DBP dapat wang saguhati tak?]
17 comments:
cantik gambar... kat mana tu ye? opss...
dah lama tau pasal menguar-uarkan. tp ada pihak yang kurang menerima pembaharuan/pembetulan yang cuba dibuat terhadap amalan biasa. hihih... 'betulkan yang biasa, biasakan yang betul'
'disilentkan' = didiamkan, disenyapkan ?????
please carik dalam kamus bahasa. Oxford ok...
+disilentkan dxoul+
hahaha... aku terlupa dalam islam ada gak... disilentkan; ustaz aku masa kat tempat ngaji sebut in english... haaa... dalam tajwid! cuba ko try bukak balik quran kalu ko still ada lagi la...
+ pembaharuan +
nije, gambar tuh cantik ke? lokasi ek? ermmm... kat tepi jalan! membantu tak?
isu dah lama tahu kan... itu lah. yg salah tetap digunakan. dah biasa dah breakfast dua kali kan? satu pukul 8-8.30 pagi... satu lagi pukul 10.15 sampai pukul 10.59 pagi. cam nak betulkan?
comelnye perkataan wara-wara tu..tapi the big q is kalau student alert tapi cikgu yang tanda kertas exam let say SPM tu xalert. Kan ke naya tu?
mmm... senang je nak betulkan. kurangkan amalan terlalu berhierarki. if boss can marah2 org bwh, it should be 2-way lah...
again, betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
lalalal
kita tanya karam singh walia la... susah gak jd org melayu ni :]
+ cikgu +
itu cabaran sbg cikgu. takkan nak gaji masuk pukul 7 balik pukul 2 dah cukup ye!
+statement cikgu+
perh... mesti ada yg terasa! ini pesanan, jgn ada yg nak cepat2 naikkan hati yg baran! bukan apa... demi tak merosakkan anak bangsa dan juga barangkali bahasa!
+ wara-warakan hierarki +
2 hala? dnije tak puas hati ngan boss ke? perh! setiap kesalahan boss cari ada yang tak kena padanya! ermm barangkali tak menepati kehendak. mungkin boleh sogokkan cadangan or barangkali penyelesaian! paling busuk pun... boss nah ini surat RESIGN! hahaha... berani?
+ melayu cham-por +
tak susah. patut VANGGA la sebab tak tumpang negara orang, buat tak ingat datang sebagai dagangan! wah!
+resign+
ala... saya permanent staff la. tak boleh bagi notis sehari mcm u. hihihi
+ permanent +
padanlah kaunter jpj akak tuh tgh jual keronsang direct selling...
+ keronsang +
jpj mmg macam tu. sebab tu kita tanya pasal undang2 tali pinggang belakang kena kol opis dulu tanya bos. bleh?
+ jawapan dari pendita +
[dr. raja mashittah ariffin]
Sdr. Helmi,
Wara-wara dan uar-uar memang ada dalam entri Kamus Dewan seperti yang dinyatakan oleh sdr. cuma maknanya sedikit berbeza.
'Menguar- uarkan' dan 'diuar- uarkan' pun boleh digunakan (termasuklah kepada penulis dan pembaca berita). Kedua- duanya bersinonim. Yang salah ialah 'mengwar- warkan' spt yg digunakan sesetengah orang. Mohon maklumkan dan wara-warakan kepada kawan-kawan yang lain.
Tulis blog siap mintak bekap pendita. Owh. Gigih.
This cannot have effect in actual fact, that is what I think.
free games | download games | online games | newest pc games | game pc
Post a Comment