Monday, July 13, 2009
LIFE, every thing happens for a reason
Life Quotes
1st. Kisah antara aku dan DIA.
DIA maha mengetahui... apa yang tersirat dalam hati aku. Aku pendamkan perasaan aku, dan akhirnya segalanya berakhir. Aku hanya mahu menunduk malu padaNYA, kerana aku tersasar dari lapanganNYA.
Biar ini menjadi rahsia dalam hidup aku. Seumpama aku menyimpan segala kelemahanku...
2nd. Tergendala
Segalanya berjalan dengan tidak sempurna. Banyak yang tertangguh. Pengurusan kehidupan pun entah ke mana. Semenjak beberapa perkara berlaku... laluan hidup itu... seakan terhalang. Contohnya, blog aku yang bersawang, pakaian yang perlu dilipat, kemeja yang tidak tergosok, bilik air yang tidak dicuci, makanan keperluan yang tidak dibeli, bulanan kereta yang terlupa bayar, ikan yang kelaparan, pokok yang tak bersiram, baju putih yang tidak dibasuh, dan hanger yang tak disusun dan... banyak lagi.
3rd. Maaf
Aku nak ceritakan cabaran yang aku lalui sepanjang kehidupan yang tersasar itu... Aku mengambil peluang mencari duit sampingan berdasarkan satu permintaan yang aku rasa aku dapat penuhi. Sebabnya aku bergantung lagi hidup kepada duit sampingan selagi aku tak dapat elaun sebagai ************.
Nak dijadikan cerita, aku tangguhkan kerja sampingan ini dengan alasan, ianya akan berlangsung pada minggu yang akan datang, bermakna seminggu lagi dari tarikh permintaan sebenar. Alih2... keadaan menjadi huru hara dengan makluman, tarikh itu adalah pada minggu ini. Aku benar2 hilang akal nak mencari idea. Tambah lagi, penggunaan perisian ini bukanlah seperti hafazan tangan2 aku merekabentuk menerusi photoshop + illustrator. Ini jarang sekali aku buat kerana ketika menjawat jawatan pereka grafik sebelum ini, aku menolak mempelajarinya secara formal sebabkan... kerjaya ini sebenarnya dibuat oleh web designer / multimedia person. Jadi aku mengambil cabaran ini sebenarnya atas dasar memberikan dan menghulurkan bantuan.
Jadi aku MOHON MAAF kepada pihak ketiga dan client aku. Aku tak ada niat nak memporak perandakan keadaan... namun sebenarnya aku punyai sesuatu yang ingin disampaikan.... yang aku rasa aku berhak suarakan... cuma aku kisahkan untuk sesebuah hari bersejarah dalam hidup anda, biarlah ia SEMPURNA.
* atas peristiwa ini, saya memohon maaf.
3rd ++ Extra Note
Kisah lain pula... dintv7, aku sering berurusan dengan pereka grafik, aku faham bila arahan memberikan kerja kepada mereka. Bila satu perkara kecil yang ingin ditukar, ianya bukan satu kerja mudah seperti memadam sebuah perisian. Aku sering menyediakan secukupnya untuk mereka jenis grafik. Bagi aku pereka grafik tidak pandai membaca fikiran orang sewenang-wenangnya. Ini luahan mereka! Jadi aku mengiyakan sebagai tanda setuju. Orang berbeza punyai minat berbeza. Jadi sebelum aku menghantar sesuatu grafik untuk paparan berita, aku akan carikan photo atau apa2 bahan selengkapnya supaya ianya menepati kehendak. Sebelum itu juga, aku akan menggunakan bahasa PR aku bertanyakan kepada penerbit jenis dan idaman grafik yang bermain difikirannya. Aku bukan hipokrit... tapi aku cuba mendidik manusia supaya percaya, grafik designer / pereka bukan MAGICIAN! dari dulu lagi aku gunakan pendekatan ini. Sejak aku mempelajari artwork aku dicampak dari sebuah bilik boss!
Jadi aku pun kadang-kadang tak nak dipersalahkan akibat kegagalan mereka membaca fikiran boss aku. Sebabnya yang berdepan dengan boss adalah aku.
4th. MY GIRL
Jasmine adalah teman rapat aku di Ntv7. Aku suka dia sebagai kawan dan yang paling best.... dia pun ratu air mata sama aku. Weols sering makan sama. Now dia dah ke jinjang pelamin bersama Zan. Zan pun best juga... sporting! Boleh layan lawak aku.
Satu ketika, dikala aku sedang mengalami emosi yang kurang stabil, aku tiba2 teringat pada Jasmine. Tatkala itu air mata membasahi pipi. Aku rindu jasmine? ya ya... biasanya Jasmine tempat aku buat2 lawak dan teman buat keje... tapi dia tak de for a month, aku sedih... bila Min telefon petang tu time lunch, aku sebak, tapi kontrol sebab depan aku ada abang wan, peyus, zetti, kak ron dan wawa! sebab biasanya aku tetap tunggu min ngan team aku gi makan lunch. Zan kembali kan Jasmine ye!
Apapun, buat Jasmine... sorry kalu fumble byk masa jadi MC. tak banyak pun. Zetty kira sepuluh. Itupun kiraan tidak rasmi. Nak rasmi kena ada bukti.
5th. Belajar dari Kesilapan
Aku cuba mengatasinya sebaik mungkin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
|ignorance is a bliss |
nobody's perfect fren...what's past is past. u need to move on
GBS... berkumpul kat Vista Angkasa!
We need to help him ....
Lipat baju - aku lah
susun hanger - budu
gosok baju - budu
cuci bilik air - kasha
beli makanan - roy
ansuran kereta - ermm..
ikan lapar - kasha
siram pokok - hosmate
baju putih tak basuh - roy
susun hanger - radin
serasa huru hara + kucar kacir.
harap segala mesalah suda selesai sekarang.
walaupun kita pernah menjadi sahabat karib ketika sekolah, aku masih tak lupakan kamu juga. Aku doakan dipermudahkan jalan-jalan kamu. if u need my help, dont hesitate to contact me.
diam juga punya maksud yg mendalam...adakala mereka lupa bahawa prasan itu bersifat unisex dan bebas. sape kata menangis itu sedih? gembira juga menangis bukan? it's me :)
duta - tak tau nak komen apa. kadang-kadang, masalah itu hanya boleh diselesaikan dengan cara yg tersendiri n in ur case, i guess u can do it.
+ bliss +
betul... aku setuju dgn nobody's perfect! tapi aku kecewa jika tak buat yang terbaik.
thank you so much for your presence, thoughts, and actions.
+ kucar kacir +
sudah perlahan diselesaikan dengan masa mencuri perhatian!
+ teman red +
i only hope i can be half as good a friend to you. Iit's people like you who make a difference in this world!
+ cham +
ketibaan di jb disambut kalian menghilangkan hari2 kebosananku!...
coz... i love walking in the rain, so then no-one knows i'm crying
+ azmir - u can do it +
your kindness and sympathy at this time are more appreciated than any words can ever express.... yeah! thanks!
Moga tabah melalui liku-liku kehidupan.
Setiap orang ada cabaran yang tersendiri dan setiap orang ada kelainan.
Saling memahami adalah salah satu aspek terpenting kehidupan.
Setiap cabaran akan mematangkan jiwa kita...
All the best duta...
SORRY!
i guess i'm the last one to comment...all i can say is that we can never satisfy evryone...at least u've tried your best..as DR zul said..past is past...i paham situasi and tekanan u...as i was at ur place waktu u tgh kejar date2 line tu..i doakan u dah ok ek..should be la..sebab i macam lewat komen 2 minggu..hahahah...
duta: hhmmm...kisah no. 3 tu macam kisah akak je...xper, kitorg redha dgn ketentuan Ilahi...anyway, congrats for d job well done...slide tu kitorg simpan utk koleksi anak cucu nanti.. :)
nije: akak x marah lah...
oits cantek baju keja ko kat atas tu..berkaler2..i loike the pink one! err sorry ini takde kena ngena ngan topic yea.. :P
ps: weeiii asal ko tak nangis plak masa aku kawin?? kita pun gi lunch same2 tau..*air mata megalir ke pipi*.. mcm lirik lagu raya la pulak..haha :P
miss u B!!
xox
Post a Comment