Sunday, February 22, 2009

Sumersault + Nasi Yang Bertaburan


[aksi gembira menaiki motor ]

Aku juga ingin berkongsi cerita kehidupan menaiki motorsikal sebagai pembonceng; bukan kerana nak pegi solat jumaat; tetapi kisah tragis yang memberikan kenangan pahit dalam hidupku ini.

Di hobbit kan cerita ni (sape2 yang ketinggian nya hobbit; jgn terasa ek)... tatkala aku dapat LESEN L, aku tak sabar nak buat aksi guling2 kegembiraan kat bukit belakang blok aku itu mengikuti jejak langkah seorang senior aku(motif?).

TETAPI... sambil menjegilkan bijik mata ni; nak dijadikan STORY, pada hari tersebut, selepas dihantar pulang oleh syarikat sekolah memandu itu, aku membuat keputusan utk singgah di Kolej Kediaman 6 - Tuanku Canselor itu; yang mempunyai barisan pelajar yang bijak maha berjaya dalam lapangan spm.

Di situlah wujudnya kawan2 aku; Achik (Adam Ruslan - AR) + Red (Ahmad Syafawy). Kedua2 watak ini, kira best friend aku lah walaupun jika watak2 ini datang ke bilik aku , pasti disertai dengan cercaan dan hinaan sebab masa tuh bilik aku maha cantik daripada bilik mereka... now RED; i'm your inspiration kan?

Alkisahnya; ketibaan aku pada tengahari itu, disambut mesra + kelaparan juga. Untuk pengetahuan anda; konsep di UTM, sape rajin nak keluar beli makan, wajib ada watak2 yang nak kirim + pesan. Kebetulan si Red ini mmg rasa hina diri utk mencemar duli makan makanan cafe kolejnya... maka; dengan berbekalkan motor RG merahnya itu... aku di asak ye! sekali lagi, di asak ye... utk turut sama ke taman U dan menjadi mangsa kepada kiriman2 nasi oleh rakan2nya termasuk AR. Aku redHA, sebab sebagai tetamu, aku dilayan sebegitu... hahaha...

Perjalanan pergi kami amat mendamaikan. Sebaik sahaja tibanya di lokasi tujuan, kami dengan penuh haloba mencari makanan utk dibawa pulang sebagaimana kiriman2 tadi dan juga makanan tengahari milikku.

Dalam perjalanan pulang pula ; sebaik sahaja melewati di simpang tiga jalan skudai ke arah taman Universiti, tatkala aku cuba menutup visor helmet canggih bertanduk milik AR, tiba-tiba... (uols kena lopongkan mulut waktu baca ni)


[http://www.adsneeze.com - gambar hiasan]

Muncul sebuah kereta kancil maha kerdil meluru ke arah motorsikal kami... Seingat aku, aku sempat mencampakkan plastik bungkusan makanan ke mana entah, dan membuat sumersault berpusing di atas kereta itu dan sempat menoleh wajah kecemasan kakak pemandu itu; yang gemuk itu... muka akak tuh LEVELnya ermm aku bagi dalam C-. So korang bayangkan situasi tu.


[lebih kurang aksi melompat somersault berpusing itu]

Aku terkesima seketika ketika itu. Seolah2 tuhan; jgn matikan aku lagi...

Cik Red pulak terjerumus menyembah bumi, yakni jalan tar yang menggerutu itu. Aku kurang pasti bagaimana aksi beliau ketika itu, sebab aku memang tak menyangka elakkan cik RED ketika kereta itu meluru ke arah kami tidak menjadi.


[ aksi terbaring aku setelah jatuh - photo]

Dalam pada itu aku akhirnya jatuh di belakang kereta itu jua selepas aksi akrobatik ala2 gimnas negara itu dan terbaring kesakitan... namun ku gagah kan jua apabila terdengar bunyi jeritan dan pekikan... namun ketika itu, apa yang aku nampak sebuah lori kecil menghala ke arahku! aku pitam.... beberapa saat, dan tersedar pabila aku sudah di papah seorang warga india (bukan mendiang s kugan mahupun keluarganya) dan menghala ke arah Red.


[ acara gegelung rotan; favourite aku dalam sukan gimrama ]

Aksi ganas menghempas helmet ke tingkap kereta kancil itu, dapat ku saksi dgn penuh tragis. Red mengamuk bengang dengan darah bercucuran mengalir di mukanya. Red ditenangkan orang sekeliling, hingga akhirnya pemilik kancil itu membawa kami ke Pusat Kesihatan Universiti. Ketika arah pulang, aku sempat menoleh ke arah nasi yang bertaburan itu...

Cuma, ada sedikit kebanggaan dalam diri aku... yakni aku berjaya menyelamatkan wajah muka aku tanpa sebarang kecederaan. Keduanya, aksi sumersault yang aku tonton dalam drama bersiri maero attack itu, aku dapat buat dengan jayanya! Ketiga, .... tak de dah kot. Dua je... heheh

Setelah seabad perkara itu berlaku, aku mengadaikan ada niat cubaan membunuh aku dgn mewujudkan kejadian seperti itu... tafsiran ini aku perolehi dari idea pembunuhan Lady Diana bersama pasangan nya... sehingga kini, ia merupakan kenangan misteri yang tak terungkai... dan yang penting, pengirim nasi semua tuh masih belum jelaskan pembayaran kan? hahahah


[ lady D; dalam ingatan... hehehe ]

mitos yang berbisik di naluri ku
+ RED pengsan setibanya di pusat kesihatan
+ RED mendapat habuan daripada kakak itu dan mampu membuat transformasi pembedahan minor pada giginya

Thursday, February 19, 2009

L A I L A T U L q a d a r


[ www.azr.com.my ] - solat subuh konsep langit dah di ufuk barat...

Entahlah, dah seminggu aku drive kereta ke office... ini bermakna aku terlewat bangkit dari tidur. Sejak dua menjak ini, inilah keadaan yang menimpa. Aku risau juga... mungkin aku dah pekak sejak belajar bahasa isyarat ni ataupun phone aku tak berfungsi dgn baik. Dah set subuh jam 6.18 am lagi; ingatkan nak sekali harung solat tahajud dan solat qada ke bagai... namun tak jugak menjadi. Tuh, aku rasa lailatulqadar lebih awal dari sepatutnya ni... setahu aku, subjek agama islam yg aku score tu; malam lailatulqadar ni utk penghujung2 hari bulan ramadan al mubarak je- bukan mubarak majid tau... mahupun murtabak.


[nak pressing baju pun kena cantik2 gak...]

Nak kata aku stay up sampai jam 2 -3 am, amat jaranglah. Keje freelance dah habis dah. Tunggu bisnes masuk je. Tapi time byk keje freelance; awal je bangun. Siap gigih press semua baju sekali harung; 7-10 helai... termasuk baju yang nak pakai malam2 hari pun...


[desperate housewives season 5 - bree berdiri di tengah-tengah]

Tapi aku ada satu habit yang aku rasa pelik. Setiap kali cerita desperate housewives ke udara, aku akan jadi rajin ala2 satu watak namanya BREE. Perh... seriously, hingga dawai kokot pun aku rasa aku susun ikut warna... nasib baik baju aku tak de byk color biru je! hahaha...


[ menu breakfast di klsentral ]

Tu la masalah yang menimpa sejak 4 hari seminggu ni; aku mmg hairan sangat2. Siap secretary DGM aku yang memegang title MISS LAMBAT sound aku lagi; katanya ada pencabar terdekat. Breakfast lak terpaksa aku tiru staf J*R caw. mekanikal negeri, pukul 10.00am. walaupun dgn makanan ringan sekali pun; contoh; Kinder Bueno dari langkawi sekali pun. Malah aku pun bukan lecturer universiti islam yang boleh sesuka hati datang kerja terutama ketika lawatan kerja bossnya ke india itu.

Selain itu juga, sejak 4 hari ini, aku asyik terlupa byk benda. Semalam sahaja, aku terpaksa kejutkan housemate aku jam 12.30am kerana tertinggal kunci rumah dalam kereta kawan aku termasuk beg + kunci office + belt utk ke office dan diary. 2 hari lepas, aku tertinggal handphone dalam laci meja office, terpaksa aku berpatah balik. Balik petang tadi, aku diberi notis tidak menutup suis IRON oleh salah seorang housemate dgn nada yang marah jugak la... huh... tapi aku dah mintak maaf pada dia; dan berjanji akan cuba elakkan pada masa mendatang. Mungkin ini juga sebab aku terlupa ajak orang tgk A*L kot...


[yeahh MC lagi]

Tapi malam ini terbukti sebab utama perkara2 ini; aku diberi MC kerana demam. Dah 4 hari aku batuk ala2 manja. Siap boss aku bagi ubat product China lagi. Tekak aku agak perit2 sikit kalu nak makan. Rupa2nya ada kemerahan dan sedikit bengkak. Barulah aku sedar, badan aku ala2 lemah sedikit nak bangun pagi; rupanya masih ada demam pada diriku. Jadi, aku harap tuhan accept aku skip solat subuhnya sebab terlewat bangun... lagipun aku ada MC. Amin.

Saturday, February 14, 2009

A D I D A S Training 72



Ini kisah yang aku rasa aku nak release kan awal. Banyak je post lain yang masih dalam construction seperti 1. nasi ayamku bertaburan di jalan raya, 2. langkawi day 3, 3. adidas vs nike, dan 4. Kain apakah tidak tersangkut dan banyak lagi di benak fikiran. Ini belum termasuk post2 pendek ala2 sekeping photo yang diattachedkan dengan graphic + font favorite. Uhuks!

Baiklah; Adidas Training 72 adalah satu harta yang telah kumiliki setelah beberapa penilaian yang dibuat; yakni ...

[1] adidas ORIGINAL mempunyai logo yang cantik pada kasutnya. hasil kerjanya pun lebih nampak authentic dengan sifat2 originalnya. jadi tidak hairanlah kasut adidas diklasifikasikan kepada PERFORMANCE dan ORIGINAL yang masing2 mempunyai market target nya yang tersendiri. - K, kalu logo kat tapak kasut kita buat penilaian tak? - huks2!

[2] aku mempunyai pengalaman memakai kasut adidas original ini sebanyak 2 pasang... yang masing2 sudah berkhidmat kepada aku lebih dari 2 tahun dan lebih, dan masih lagi utuh materialnya ditelan zaman. tak de masalah tapak tercabut juga...

[3] aku membeli kasut atas penilaian bahawa rekabentuk itu sukar didapati di pasar malam yang fake itu. bukan maksud menghina, tetapi pada pandangan aku, dgn nilaian wang itu, sewajarnya ia dinilaikan dengan pandangan orang, bahawasanya ia adalah original dan mempunyai nilai mata wang. i bukan cakap pasal TRACKTOP milik K... i dgr tau A puji dalam kereta smlm... uhuks!

[4] aku suka kotak nike lagi berbanding adidas, tetapi tag harga adidas lagi menarik. haha? tag tak buang ke? - tolong sama2 sebut ; setiap permulaan yang baik, pastinya mempunyai dalaman yang baik!

[5] aku tak nampak lagi kasut pesaing adidas yakni NIKE kecuali NIKE CAPRI SI - walaupun dalam bukan gambarajah sebenar, yang mampu menyaingi rekabentuk adidas. - nak jaga hati A!

[6] aku terpesona dgn drama MALCOM in THE MIDDLE bila adik malcom; dewey juga memakai kasut adidas ke sekolah. - cam tak related sgt pun... tapi sitcom ini byk kenangan manis buat aku masa di UTM dulu... kan A? K juga...



cukup lah... semakin aku tulis segala alasan nanti, semakin byk pula aku meREKA idea sehinggakan baling itik serati dengan payung pun boleh jadi alasan kenapa aku beli kasut adidas. cukup la korang memahami dan hafal alasan2 ini dahulu. ok?

Monday, February 9, 2009

DEUTER pressure


Kawan2 yang dihormati... setelah bingkisan pantun mengaburi perbalahan puak2 dalam islam ini... maka muncul lagi isu baru yg kurang menyengatnya... biarpun agak suam2 kuku... namun aku terpaksa melafazkannya atas permintaan + desakan pihak teraniaya sebelum ini agar kisah ini kembali ke layar skrin anda...

Perjanjian pembelian backpack deuter mmg dianggap lengai kerana perjanjian itu di minta SERI oleh pihak A. Isunya tidak menjadi dendam mahupun niat utk membalas serangan... namun tekanan diterima setelah K didapati sanggup menaiki pesawat AIR ASIA tajaan kerajaan utk membeli backpack bukan deuter di pulau langkawi atas alasan;

1. backpack itu layout / finishing graphicnya bagi i mmg menarik walaupun bukan jenama deuter.

2. penjual backpack itu menawarkan harga lebih luar biasa jika dibanding kan masa 5 geng bas sekolah awal tahun ini meredah kepanasan tengahari mencari backpack ini.

3. kerana tiada sebarang perjanjian tahap AGUNG bersama IM mahupun A

Ini amat2 memberi tekanan kepada IM dan IM kini berada dalam kemurungan ala2 MAS AF yg dituduh 'gila' selepas tiada album sepanjang kerjayanya bersama MAESTRO itu. Kini IM dalam proses terapi dan kaunseling di Kulim pada Sabtu + Ahad lalu kerana tidak dapat mengawal perasaan kemurungan melampau ditambah pula dgn kehilangan compact cameranya itu...

Jadi, harap sila buat pembelaan sebelum isu ini dibawa ke mahkamah jenayah antarabangsa...

Wednesday, February 4, 2009

DEUTER•duta vs A•dik•JL


[ untuk maklumat lanjut tentang pertuduhan sehingga blog ini ditulis sila rujuk kepada THIS IS .... ]

kalau tuan pergi langkawi,
pergi berlima enak sekali
pusing pekan penat tak terperi
mencari beg, terpaksa la kami


[ K ketika berpeluh di dahi ]

pusing pekan peluh didahi
beg dicari tak memenuhi hati
keluh bersama dikotakan JANJI
di KL nanti kita mencari

langkawi penuh dengan tawa
janji berjalan gembira bersama
tengok AtL dikhabarkan sahaja
siapa setuju, call la saya!


[ hampir2 hilang ingatan sebab sibuk upload photo]

balik langkawi semuanya reda
photo di'upload' semua nak di'tag'kannya
dah lah seorang yang edit sahaja
sampai terlupa solat yang lima

AtL berlangsung pernuh dinanti
hanya bersedia nak tengok ditv
dikumpul kawan harap berseri
last2 minute dapat tiket free

hadiah tiket pemberian kawan
duduk berdua nun puncak diawan
nampak firaun sebesar kuman
propa blog D hanya nak perhatian

tiket last minute VIP kelasnya
faizul tohir bagi satu sahaja
memang tak tau nak ajak siapa
buntu kerana terhadnya masa


[ cara berlari memecut dengan segera sebab lewat : pic bukan K ]

kata sepakat D dan saya
diajak K; AAJ (az. ali junior) katanya
ditelefon terus katakan segera
lantas memecut M. lewat juga!

putrjaya dilawat tanda sahabat
kaunselor datang kami melawat
wah2 ada cerita yang hebat
terlupa ajak katanya tak ingat

beg idaman jadi igauan
janji dilangkawi hanya omongan
dikucup muka tanda kemaafaan
dah beli awal siap berlagak lak kan?

tersentap aku tak mahu kalah
beg miliknya dah beli sudah
sebab kawan tak jadi nak marah
walaupun hati amatlah parah, musnah


[ A budget hebat sebab dah beli beg sendiri ]

blog ditulis sebab bersalah
katanya didakwa tetapi tak bersalah
aduhai tulisan berat sebelah
yang lain dah angkat kaki dah sudah


[ MTC yakni D; ok kan pic ni... not so fat or thin, sbb ko dah masuk gym ]

MTC tak mengaku tak nak membela
siap buat tak tahu sahaja
woi korang pun terlibat sama
tersengih bagai nampak gigi masuk camera


[ K sedang membaca blog D ]

blog D kisah AtL dipuja
siap riak berbangga-bangga
hanya aku menjadi mangsa
sedangkan dosa dihitung bersama


[ IM ibarat kanak2 tak berdosa ]

sudah kupohon maaf bersama
kira seri sebab memasing terlupa
takkan israel nak tembak pula
hamas ibarat org tak berdosa

disaman hujah panjang berjela
kemarahan 'terissa kwok' gaya pun ada
nak claim duit kerajaan berjuta
I TAK BERSALAH YA!

A MEANING WALK ...



been touched ; pagi berbisik dan terjaga aku dgn rasa tersentuh dgn sms yang ku baca pagi ini... ditulis oleh someone special dalam hidup aku jam 12.19am dan aku benar2 tersentuh. biarpun ia hanya satu rangkap barisan kata-kata, namun tatkala aku sujud menyembah tuhan pagi2 ini, aku hanya membenarkan air mata aku mengalir tanpa diduga. rutin ku menyebut kalian agar sentiasa segar dalam kehidupan harian ku...

di saat itu aku mula mengingati dan mengimbas kembali saat manis bersama kawan2 yang banyak membantu, memberi dorongan dan semangat utk aku berdiri bersama, berpimpinan tangan dan berjalan meneruskan kehidupan. tak mampu utk aku tuliskan bait2 curahan bakti kalian kepada hidupku.

biarlah kenangan itu menjadi semangat utk aku kepada kehidupan baru. tak mampu kuungkapkan setiap saat manis dan pengorbanan kalian yang memberi harapan dan semangat utk ku. dalam kepiluan ini, aku masih tergiang-giang kenapa aku tersentak dari lena, dan aku tak bisa meneruskannya... kerana aku tak akan meninggalkan kalian... kerana, kalian adalah sebahagian dari inspirasi hidupku.

dgn himpunan doa ku panjatkan... agar semua ini kekal selamanya.

thanks adikku, teman2 baikku, kawan-kawanku, abang2ku dan ...semuanya