[gbs at malaysia open 2009]
Fuh, very formal topik kali ini. Aku terpanggil menulis sebabnya, inilah kali pertama dalam sejarah hidup aku menonton permainan tenis sehingga habis. Menariknya pada ketika itu juga aku belajar cara pengiraan mata bagi sukan tennis yang selama ini aku hanya sebutkan dalam isi-isi berita yang dibuat penerbit mahupun penolong penerbit.
Kalau berdasarkan logo malaysia open, jgn harap aku nak pegi. Sebab bila aku kenangkan balik logo itu, aku nak muntah. Sebagai pereka grafik aku mengutuk dan mengecam sikap serta tauladan yang ditampilkan negara aku sendiri meluluskan tahap grafik logo sebegitu. Cuba bandingkan dengan logo-logo lain seperti US OPEN, JAPAN OPEN dan sebagainya... dan nilaikan grafiknya. Kalau tahap nak tunjukkan sangat siapa itu malaysia, tak perlulah nak masukkan semua bangunan tinggi kat malaysia ni pada logo. Masalahnya, siapa yang luluskan? siapa yang diberi hak untuk melepaskan design ini? atau disogokkan dengan wang oleh sebuah agensi pengiklanan? fuh.. bagi aku, aku malu dengan grafik itu! Cukuplah dengan kesedihan grafik promo 1malaysia yang dibuat finas!
[poster dengan logo malaysia open]
Oklah, cukup2 mengutuk hal itu... mari beralih ke paparan sebenar sebagaimana tajuk diatas. Aku mendapat undangan nije + kashah yang memang meminati sukan dengan kesan sampingan menjadi lengan besar sebelah ini. Selalunya, topik perbincangan mereka... sering didebatkan jenis2 skrit dipakai maria sharapova... haha! tak lah... mereka sering berbincang mengenai teknik2 pukulan dan menyambut bola.
Aku pulak menyampuk dengan meminati watak2 pemain. Tapi aku paling suka menyampuk part2 corak pakaian yang dipakai pemain. Terutama brand adidas! hahaha... aku siap simpan dalam phone, gambar Novak Djokovic punya jersey adidas in green color. hehehe!
[jenis baju idaman aku]
Selain itu, dengan menyertai bidang penyiaran berita memaksa aku membaca perihal sukan jenis ini. Mulanya aku sekadar mengetahui siapa nama2 pemain. Ini kerana dalam skrip yang memerlukan voice over, aku perlu menyebut nama2 pelik russian + sepanyol yang sebut nama roy lagi senang! - (lawak gbs sahaja) . Dan ianya berterusan... sehinggalah aku dengar cakap-cakap sukan ini diadakan di malaysia selepas raya nanti.
Sebaik aku menerima undangan ini, aku memberikan reaksi positif mahu menonton ketiga2 perlawanan, yakni dua game semi final dan satu game final. Terima kasih kasha yang menerangkan pengiraan permainan, walaupun pada ketika menjadi insan kurang upaya (m.alasan) . Serta ketika itu juga, hanya mata putih kashah kelihatan akibat mengantuk dan penat. Dan terima kasih nije yang menjadi pemandu amatur sehingga menyebabkan kawan kasha kelaparan menantikan perjalanan dari bukit jalil ke shah alam dengan catatan masa 1 jam 23 minit.
Apapun, ingin dikongsikan bersama photo-photo yang diambil dengan setting tanpa membaca manual ini. Yang lebih menariknya, jurugambar handicap ini berharapan pereka grafik seperti aku ini dapat menyelesaikan masalah kegelapan pada photo ini... supaya ia menjadi lebih jelas dan teknik pemain2 tenis itu dapat dilihat! cadangan saya adalah; cuba u suruh kerajaan upah seorang pekerja grafik kontrak menyiapkannya? cuba please! i nak tgk hasilnya! k.
ops! apapun... seperti yang dijangka... kemenangan berpihak kepada si botak konsisten nikolay davydenko menewaskan pemain berjiwa amarah fernando verdasco dengan 6-4 dan 7-5!
[ENDS]
7 comments:
hurmmmmm! benciii
tunggu la pic aku dr st emirates...
hahaha...designer is nor magician..hahahaha..
~dxoul on st emirates~
nakkk!
~azmir~
siot je kannn... masa nak hamek gambar dari kamera semua ok. bila dah nak buat lain pulak jadinya!
~duta on tenis~
terima je
mungkin baru belajar guna photoshop
bila nak tgk basikal lak?? free xpayah bayar... ;p
haip...
ney : NEY sape ek?
R : basikal free? celah mana?
tgk basikal mmg free, nak naik kne beli..
next event: kejohanan mountainbike asia ke 15 dan kejohanan mountainbike junior asia pertama kat Melaka...4-8 Nov ni..
ok r0ger
Post a Comment