Tema lain kali ini. Memujuk hati agar terus menghargai hidup. Amin.
Kali ini, aku didesak dengan soalan, pertanyaan dan perhitungan orang sekitar aku yang mendakwa hidup aku terlalu complicated. Bahasa pasarnya; rumit. Bahasa ibunda... emm entah... i born bukan di Kelantan.
Ok, kisahnya aku dikatakan GILA oleh housemate aku. Sebabnya, menggantung pakaian dijemuran mengikut TONA warna pada pakaian itu. Wah? aku tak pernah praktiskannya waktu belajar (kebetulan tak banyak baju). Namun kini itu habit aku. Entah, aku sendiri tak faham. Mungkin seronok melihat susunan tona warna baju di Pasaraya barangkali.
Dan satu lagi? pernah korang buat FLAT DRY? ok. Those yang tak tau, sila google or click here la, HERE not there. Senang. Kalu aku explainkan... susah juga sebab kalangan kawan2 aku kat blog ni, bahasa macam2. Ada yang letak gambar, dah kira berbahasa katanya. Ada yang letak cerita panjang berjela... sampai kesudah aku membaca. Ada yang nak letak lagu bagai... uishhh... penat sihhh...
OK, aku baca dan praktiskan flat dry sebab aku sayangkan baju2 yang aku beli pada kadaran harga yang aku kumpul duit ini dengan titik peluh sendiri. Walaupun keje dalam office tak kuar peluh, kecuali kuar mengular laksana staf yang menjaga sempadan negeri, sebagai contoh. Lagi staff yang nak pegi sembahyang jumaat sanggup berpanas. Itu akan berpeluh.
Ha... berbalik kepada isu FLAT DRY, kesan sekiranya tidak dipraktikkan sekiranya dijemur pada kain ketika basah menyebabkan sturktur pakaian itu akan tidak seperti sebagaimana ketika pembelian. Contohnya pernahkan anda melihat baju yang tergelembong pada bahagian bahu akibat kesan penyangkut baju? itu kesannya. Jika dibuat pada baju yang diarahkan FLAT DRY ketika dijemuran, padahnya lebih memberikan kesan mutaah. Eh, kesan yang ketara.
Jadi bila aku praktiskan benda2 ini, aku dilabelkan sebagai makhluk tuhan paling RUMIT kerana mengambil kira soal keselamatan baju dan pakaian aku. Ini belum termasuk semua cucian putih hanya menggunakan air yang ditapis sahaja. Hehe. Maklumlah biarpun dah bertukar pemimpin pilihan rakyat pun, air karat tetap sama sahaja. So, aku tak suka baju putih namun color cam dah kekuningan akibat kesan air karat itu.
Apapun... itu pasal aku complicated. Huk. Tapi part lipat pakaian, aku malas skit. Kenkadang aku kena menonton Desperate Housewife untuk memberikan mood kemas laksana bree van de kamp! Tapi tempat baju i sangkut, tak senget macam ... di kediaman... ops! lupa rahsia katanya.
Pada mereka yang baru mengenali aku... sorry untuk lafazkan ini dalam blog aku. Dengan paparan jadual diatas, uols semua boleh mula study apa jenis cara penjagaan pakaian anda. Jadi rajin2 menghargai barangan milik anda ye. Lagi satu, teknik ini tidak mengira jenis baju kalau anda hanya mempunyai 17 helai baju berwarna biru sahaja. hahah. merah pun sama! ahaks! i love white, green dan grey!
17 comments:
duta - suka entri ni. yang penting gambar baju kena jemur pun tetap nak enhance kan...
ada ke pic sebelum ni tak enhance?
-menggantung pakaian dijemuran mengikut TONA warna-
terfikir jugak nak buat mcm ni kat almari baju..tapi bukan pada kain jemuran ;p
*eni, angkat kain hujan...
jemuran dah turun..hik hik ;p (jgn angkat baju ikut TONA warna gak dah le..
+ azmir +
kena enhance le... sbb pakai setting amatur... cam pemilik touch screen tuh! huk!
+ dxoul +
kalu tak buat... byk pic tak nampak kawan2 i yg jadi serena williams...
+ r28est +
dalam lemari mmg dah praktikkan. ikut warna masa angkat logik gak, sbb dah disusun ikut warna. btw... hujan skrg... dah tak perlu angkat kain dijemuran... heheh...
Boleh dipertingkatkan supaya baju dilipat secara ISO pula. Tepat dan berbucu tajam.
Aku sudah lali. Biasa. Tidak merumitkan langsung.
Untuk lebih fardhu kifayah, sila berselawat ketika membilas pakaian.
Sungguh berseni en. Duta kita ni !
Kalau saya, pakai hentam ja... Hehehe...
G.I.G.I.H.!
duta - sudah!
~sudah~
setuju dengan duta. heheh
sgt rajin..kan bagus klu ade ramai org mcm ni..cantik skit balkoni umah..xde la nampak huru hara je bila jemur kain..kreatif.
*alamak, puji berlebihan lak ni..Mr Duta, seluar tu xde ape2 keretakan kan? ;p
+ amANI +
hahah... ISO? kenapa kena selawat... pelik!
+ saifulazrul +
seni itu indah! macam solat... kan semua!
+ thisisnije +
G.I.G.I.H.! dah kenal lama kan... lagipun... baju x hantar dobi ni... unless gosok + dry cleaning!
+ a z m i r +
betul ke sudah?
+ thisisnije +
sekutu baru ek nak main setuju dengan duta. heheh
+ R28est +
kreatif.... balkoni? sensitif isu ni sejak akhir2 ni... anyway pujian ikhlas kan..?
biasa la kompol 2 minggu..bley la susuh ikot kaler.. i basuh 2 hari sekali..so tak dapat ikot tona kaler....mmm
+ 2 minggu +
cik dxoul basuh kain? sekali lagi...basuh kain? ermm... ok2...
-duta-
soalan u kat dxoul tu, mcm menyatakan sesuatu yg xyakin..hik ;p
tp kann orang tu ngaku basuh kain 2hari sekali..(katanyaa) ;))
Duta,
Ustazah Aminah 'rok' yang berpesan begini masa aku tingkatan 1.
Basuh+Bilas = bersih
Basuh+Bilas+Selawat = bersih & suci
Juga, pastikan bilas dengan air baru yg bukan mustaqmal.
Sekiah sedikit panduan. Kita tutup dengah tasbih kifarah.
erk? terima je....
+ erk +
tersedak ke cik nije?
Post a Comment