Sunday, July 26, 2009

DUTA, instantly build self confidence

Bercerita tentang self confidence... aku sememangnya risau dengan prestasi yang aku perolehi sekarang ini. Maklumlah... kini rentak hidup aku menjurus kepada penilaian aku menjadi penyampai berita di ntv7. Itu matlamat aku setakat ini. Aku nak buktikan ianya satu kejayaan dalam hidup aku. Namun... sehingga aku menulis ini... aku punyai satu ketidakpastian dalam diri sendiri... iaitu KEYAKINAN DIRI.


[ni time2 aku boring, dan... zaman berangan]

So, mulalah aku cuba mengorek laman web yang membekalkan yang memaparkan nasihat-nasihat yang boleh memberikan idea untuk meningkatkan tahap keyakinan diri.

Kisahnya... biar aku ceritakan...

Ermm... kalian mesti melihat membaca berita itu senang kan? Sama seperti aku sebelum ini... Mungkin bagi sesetengah mereka yang dah hebat, alah... benda kacang je. Tapi bagi aku... yang menjadi bidan terjun dalam bidang penyiaran yang sebelum ini bekerja sebagai pereka grafik, ianya sesuatu yang sukar!

Pertama... untuk mengenal rentak bahasa penyampaian berita, bukan sesuatu yang mudah. Kadangkala penyampaian itu salah maksud, salah diterjemahkan malah ada juga kadangkala salah diceritakan. Aku pernah digelakkan kumpulan senior aku kerana isu kes pembonceng motosikal yang ditembak mati di selatan thai! mereka tak tahan... lantas gelakkan aku... sebabnya aku terlupa, pembonceng dan penunggang motosikal adalah 2 watak yang berbeza. Oleh kerana aku pun terlepas pandang dengan cerita ini... ditambah pula dengan tugasan sebagai penolong penerbit bukanlah boleh * keluar ke klcc semasa lunch break walaupun lokasi kerja di putrajaya mahupun *membuka perisian chatting semasa bekerja untuk bidding iphone ataupun *menggunakan kenderaan office untuk makan pau yik mun di sempadan selangor.

Selain itu... aku turut bertugas membantu penerbit merealisasikan berita yang memerlukan ketekunan ke hulu ke hilir berurusan dengan banyak pihak. Nasib baik watak PR aku gunakan sebaiknya. Paling busuk pun... aku hanya mengomel kepada diri sendiri terhadap sikap yang tidak disenangi itu. Selebihnya, manusia ini... aku anggap punyai perangai yang pelbagai. Termasuklah isu RENTAK penulisan penerbit yang berbeza. Hasil daripada penulisan yang pelbagai dari penulis-penulis ini... anda pastinya tidak terjangka apakah perkataan yang ditulis mereka seterusnya...

Contohnya;

Kebiasaan : Sehingga ditutup jam 5.30 petang tadi...
Ditulis Penerbit / Editor : Sehingga ditutup jam petang tadi...

Jadi dengan ayat yang panjang berjela itu... aku sering tersalah tafsir!.

3 comments:

Adam Ruslan said...

Err, first??

semoga berjaya ye.

membaca berita rentak ntv boleh ditingkatkan dengan mendengar siaran audio secara berulang-ulang. nak dapat rentak kan?

cham's said...

teknik kerawang i langsung tak bleh apply dlm mensensasikan "rentak" komunikasi skill u...terutamanya dlm sebutan "p" or "f" even "v" or "b" wakakaka.

Ahmad Belia said...

yakin boleh! tu laa dulu tak join rakan muda!