Monday, December 22, 2008

housemate : kehilangan daya tahan diri untuk sabar

hari ni dah tahap aku agak tidak tahan... isunya basic je. tapi aku rasa tak patut jawab macam tuh. aku rasa aku dah cuba yang terbaik utk semua... tak yah bagi alasan... situasinya.

dia pulang keje masa aku on leave; petang entah jam berapa. kalu aku on leave during working day, wajib la aku qada tido semua bagai. dan tadi aku selesaikan semua pending list to do aku such as; hantar alter seluar, repair kasut dan sebagainya... and bila petang menjelma, aku dah ngantuk. nak gi gym malas... so apa lagi lena diulit intan la... sedar2 dah jam 6.24pm. astro kirana aku terpasang dari tadi. tak tutup2. bangun terus ke facebook and layan 2 member online baru balas. terus mandi sambil basuh another adidas white shoe. dan aku pun masuk bilik dan rehat tgk spa Q (tv astro berbayar dalam bilik). seronok gak layan cite melayu camtuh. aku mmg tak sedar langsung sape2 yang dah balik umah...

tetiba teringat pakaian di ampaian luar. harus ambil ni.... aku kuar dan terkejut osmate aku dah kat luar. terus lah menyapa;

duta : dah balik... awalnya

a : dah duduk dalam bilik, tau2... buat2 tanya... (ayat tak berapa lengkap... sbb aku tak berapa nak layan bila orang nada suara cam sindir)

duta : (aku diam...)

dalam hati aku sumpah seranah + wirid2 lama terkeluar dalam benak hati. mana taknya... everytime aku nak kuar, dia buat soalan camtuh.... aku jawab baik je...

situasi petang semalam

a : nak kuar ke?

duta : ada dinner... jadi mc.

situasi lain


a : nak kuar ke?

duta : lepak sama kawan2 aku

dan byk lagi situasi yang lain yang mana aku rasa aku jawab sebaiknya. aku ni dah la byk je agenda.. mmg aku nak capai apa yang aku suka buat... macam visit gallery petronas, visit art gallery, tgk design advertisement kat shopping complex... semuanya utk perkembangan diri aku... kalau aku ajak, dia nak follow ke? takkan aku nak kena berkepit dalam bilik je. selama ni pun, aku duk umah lama, aku mmg dah macam tuh. apa yang patut buat bersama, aku buat. diri aku, adalah aku laaa... dunia aku... ala2 cite AWAN DANIA gitu aku rasa...

aku bukan tak nak lepak ngan dia dan semuanya... dah sah2 aku masuk umah ni sebgai orang yang tak kenal sapa2... dan jelas terbukti tak semestinya setiap program aku harus bersama dia... tapi aku tak salahkan... sbb bagi aku sebagai kawan, aku dah laksana kan yang terbaik. aku pun ada bestfren aku, budak sekolah, budak mrsm, kawan atas kawan, kawan keje office lama + baru dan sebagainya... dan ada kelompok kawan dari kepelbagaian watak dan selalunya geng2 ni dah ada group outing + leisure masing2... aku diajak untuk mengisi setiap kekosongan yang ada....

contohnya... kawan aku dari penang ajak lepak sama sbb dah lama tak jumpa ... sah2 lah aku kuar ngan dia kan? dan mesti byk perkara nak diborakkan. dia dah booking aku siap bagi option lagi... 3 hari in advance... optionnya adalah;

petang sabtu - kat sunway OR
malam sabtu - kat club OR
ahad pagi - kat restoran kelantan breakfast nasi kerabu...

sah2 la aku pilih yang mana aku free (tak de program).. yang aku mampu pegi

ermmm tak paham la aku dalam hal ni...really tak tahu nak bagitau camna...

dah... mulai hari ni aku nak jadi pendiam dan tak byk cerita macam dulu. aku dah tak nak share byk sgt apa2 dgn org lain seperti ini. aku bukan tak mahu kawan. tapi ada je byk cara yang boleh ada layan orang. bagi aku amat kurang hajar jawab macam tuh. siap tak pandang muka lak tuh. aku no komen laaa... kalu kau nak sentap2 ngan aku... aku bukannya suka gaduh... aku biasa je... aku takkan layan pada mereka yang beremosi bercakap dgn aku. bila dia dah sedar kebodohan dirinya memarahi orang lain... dia kembali la seperti biasa... aku akan terima seadanya... tapi parut yang sedia ada... pakai SKII nak hilangkan scar pun, masih tertinggal lekuknya... k...

duta, tabahkan hati... manusia kadangkala lupa... dan tak semuanya sama...

my first adidas : Adidas Chile 62 Soccer for Men


huhuhu... dah hampir 3 tahun dia berkhidmat dengan aku... perkenalan aku dgn dia tak mungkin aku lupakan... aku keliling satu kl ni... gigih usung kawan sana sini masuk butik adidas - sbb nak juga beli ada paperbag adidas... hahhaha.... (korang tau la aku kan). by the way... aku mmg target nak beli adidas shoe yang mana kat pasar malam tak dijual dgn sewenang-wenangnya...

hahahha.... but hari semalam, dalam kesibukan aku jadi pengacara majlis aka tukang bawak hadiah aka tukang follow up aka semua laaa... aku nampak kasut aku dah nak jadi mulut buaya... sedih lak dibuatnya... terkedu aku seketika... sbb bagi aku, bukan senang masa tuh nak kumpul duit rm 297.90 semata2 nak pakai kasut adidas pilihan hati... seriously aku cam sebak... (ala2 lagu ukays je). lepas tuh aku bisikkan pada kasut tuh... esok aku bawa jumpa cobbler. kelakar lak camtuh... tapi korang ingat tak zaman2 dulu tulis karangan bertajuk 'aku sebatang pen', 'aku sepasang baju' hahhaha... camtuh aku layan barang2 kegemaran aku... macam aku tengok cerita LA USURPADORA, cakap dgn perasaan sorang2...

apa2 pun... nanti my adidas chile akan pulang kepangkuan... aku rawat dia siap pakcik cobbler tuh hairan dgn aku... sbb aku tak mahu konsep jahit kasut tuh, dgn benang yang boleh nampak di sisi kasut... sebaliknya kat bawah tapak kasut... dah tuh, main nak match2 kan pulak benang dgn tapak kasut tuh... heheheheh... apapun doakan dia selamat...

thanks uols...

Wednesday, December 17, 2008

Christmas Party



Christmas (IPA: /krɪsməs/), also referred to as Christmas Day or Christmastide, is an annual holiday celebrated on December 25 that marks and honors the birth of Jesus of Nazareth.[2][3] The birth of Jesus, which is the basis for the anno Domini system of dating, is thought to have occurred between 7 and 2 BC.[4] December 25 is not thought to be Jesus' actual date of birth, and the date may have been chosen to correspond with either a Roman festival,[5] or with the winter solstice.[6]

Modern customs of the holiday include gift-giving, church celebrations, and the display of various decorations—including the Christmas tree, lights, mistletoe, nativity scenes and holly. Santa Claus (also referred to as Father Christmas, although the two figures have different origins) is a popular mythological figure often associated with bringing gifts at Christmas. Santa is generally believed to be the result of a syncretization between St. Nicholas of Myra and elements from pagan Nordic and Christian mythology, and his modern appearance is believed to have originated in 19th century media.

Christmas is celebrated throughout the Christian population, but is also celebrated by many non-Christians as a secular, cultural festival. The holiday is celebrated around the world. Because gift-giving and several other aspects of the holiday involve heightened economic activity among both Christians and non-Christians, Christmas has become a major event for many retailers.



Hi, bertemu dalam isu agak liberal vs keagamaan. Secara umumnya, sah lagi sahih, chirstmas ini memang di tujukan khas buat penganut agama kristian. Umpama perayaan islam ; yakni HARI RAYA AIDILFITRI; iaitu hari kemenangan selepas berpuasa dan sebagainya (byk peristiwa lain yang menjadikan hari raya ini tetapi semuanya tidak dapat saya kupaskan disini buat masa ini).


[ Christmas Party 2008 ]

Saya berkongsi idea di sini, sebabnya; saya ditegah untuk hadir bersama ke Christmas Party. Yang asalnya adalah open house bagi individu beragama kristian ini. Bekerja di malaysia dgn masyarakat berbilang kaum juga, menjadikan anda turut merasakan kehangatan perayaan2 sambutan berbilang kaum. Contohnya; Perayaan Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Gawai dan sebagainya lah.

Statement SENTAP untuk dihayati bersama : kalau la anda memang menentang sangat perayaan ini disambut oleh orang islam, mengapa anda turut bercuti pada hari tersebut? Kerja lah; sebagaimana anda memprotes perayaan ini disambut! Kira kalau anda bercuti, maknyanya anda menyambut nya la kan? hahaha....

(tapi saya tak sebodoh itu memberi alasan - bagi saya - selagi anda percaya apa yang anda anuti selama ini, sudah cukup untuk anda di katakan bukan menyambut perayaan ini dengan niat untuk menganuti agama ini; maksudnya; keluar dari islam - tiada perkataan lain yang sesuai dibuat; dan paling mulia sekiranya anda ingin hadir ke party tersebut adalah : MENGHADIRI MAJLIS MAKAN MALAM YANG DIADAKAN SEMPENA DENGAN SAMBUTAN PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH RAKAN / TUAN RUMAH; jadi tak salah sebab anda haadir untuk makan malam. opss! terlupa; mungkin ada program2 lain seperti borak2 kosong, tgk tv dan sebagainya yang mampu dilakukan oleh orang islam tanpa mejejaskan akidah)

OK. Bagi saya; di sini perayaan ini diadakan sempena pelbagai keadaan. Contohnya;
1. gathering kawan2.
2. open house. masa raya; i buat. masa raya depa; depa buat la kan...
3. kawan2 opis nak jamu makan. khas pulak; beli makanan halal untuk kita
4. malaysia cuti + tak bekerja, + tak balik kampung; datang je la rumah makan2...
5. Makan; free lak tuh. Datang je laa... bukan lepas tuh kena doa2 bagai.

itulah alasan yang sering menjadi pengantara saya dengan keadaan ini. Jadi nak saya namakan apa? datang party kesyukuran kristian? cukuplah namanya christmas party. tak ada sebarang ritual penyembahan pun. Hanya bual2 kosong dan sesi pertukaran hadiah. laksana papa santa claus hadiahkan anda; jadi tak pulak saya percaya papa santa tuh boleh bagi hadiah.


[ christmas party 2007 ]


Jadi di sini jelas; tak semua cara menyambut itu perlu disalah tafsirkan. Yang paling utama, niat anda je. Dalam pada itu, sebaiknya mengelak dari keadaan ini. Macam sebaik2, elakkan dari perkara2 yang was-was. - iklan ubat gigi zaitun!

Kolot ke tidak orang itu dalam mentafsir semua ini adalah berpandukan pemikiran mereka. Walhal kita dah belajar sedikit sebanyak tentang agama kita mengenai rukunnya.

Malas la pulak ingin menuding jadi kepada kelemahan2 lain yang ada. Seperti bekerja dgn syarikat-syarikat amalan riba dan sebagainya. Haruskah saya mengoreknya sehingga tuduhan ke atas saya ini dikaburi? Saya rasa tak perlu. Saya pertahankan kerana semua pandangan individu ini yang mungkin niatnya ingin mengingati sesama insan, agar aku masih berpijak pada bumi yang nyata. Pandangan positif ini ala2 ziana zain yang tiba2 boleh tercalon dalam juara lagu. (sempat promo tuh).

Alamak seriousnya isu. Aduhai. Tak pe.

Statement diana danielle : 'You have to do what you have to do'.

K. Jangan lupa new year dalam calendar juga bukan la dari agama islam juga. Jadi bagaimana? ada sebarang cabaran yang ingin memperkatakannya?

Monday, November 24, 2008

temporarily closed


[ closed sign ]

1st; before i start with my feeling rite now, uols baca dulu email di atas ini. Ini adalah tema kerja yang agak tidak memberangsangkan perasaan aku... ketika ini, aku rasakan, perasaan marah aku agak stabil, cuma aku kawal dgn sentiasa memujuk diri agar tidak menunjukkan sebarang emosi itu dikhalayak mahupun kepada sesiapa. Biar aku beritahu secara sinis, apa yang aku akan lakukan! ... itu cara yang aku rasa terbaik untuk menenangkan perasaan sedia kusut ini.



[ if malas nak click on the image, please read below text ]

Dear All,



Please be informed that our XXXXXXXXXXXXXXXXX (tepaksa dirahsiakan) will be installed on 24 November 2008 (Monday) at 9.30 pm onwards.

Therefore, there will be a temporary closing section at the corridor entrance from the P3 lift landing area to the hotel lobby.



Mr C; there will be 6 of the workers from DE ENVISION sign SDN BHD for the installation.


Mr. M; need a cleaner after / during the installation.


Mr. G; the supplier may need your man to be around. Also don't forget 'ON THE BLINK' sign to be placed at both side.


Please


Thanks you



Regards

H + teams




Email ini ditulis [mahap, aku bukannya pendita berbahasa enggeris dgn fasih] namun aku masih faham apa yang aku tulis. dan makluman, ada sedikit yang perlu disorokkan supaya tak dibawa ke mahkamah hanya kerana diriku ini berdepan dgn golongan seperti ini.

Apa yang aku ingin orang selami adalah perkataan CLOSING TEMPORARILY yang membawa erti dalam bahasa melayu; DITUTUP SEMENTARA. Kalau notis ini ada terpampang di mana2 pejabat kerajaan yang kita berurusan, jangan harap la kita dapat masuk / dapat berurusan kalau ditulis mulia lagi diletakkan sign / papan tanda CLOSED / TUTUP - kerajaan tulis melayu lah kot! Ala, kalau bukan di pejabat kerajaan pun, kalau di kaunter bank ke; konsepnya, ada ke orang nak layan? Tapi di sini lain ajarannya... barang siapa melihat CLOSED sign, maknanya boleh diusahakan untuk berurusan. Jadi, masyarakat peribumi mana yang aku hadapi ini?


[yoga yang dihukum haram]

Jadi, alkisahnya; dalam proses men'yoga'kan diri (tak guna wiridnya) dgn harapan agar hilang segala ingatan pada kekusutan2 yang sedia ada; aku terpanggil menulis perasaan aku yang kurang lebih separa tertekan dgn ditambah oleh insiden yang berlaku ini. Dulu aku sering memperkotak-katik, ttg perihal berurusan dgn golongan yang dahulunya sebagai tukang cuci pinggan tapi sekarang dah sudah menjadi seorang manager. Aku tak kisah tentang asal usul kejadiannya, sbb itu adalah usaha mereka sebagai orang yang ingin berjaya. namun aku kesal dalam hal ini, sbb golongan ini sering ingin bertindak bijak tanpa consideration. Kononnya, ketika zaman mereka menjadi kuli - golongan bawahan- , itulah yang mereka terima? dan mereka lebih berkaliber kerana pernah melalui dan berpengalaman dalam pengurusun hospitality ini. Namun aku kesal, apa yang terjadi adalah, mereka ini cepat benar ingin menyelesaikan masalah dgn membebankan orang lain.

Contohnya; si A ingin menghantar 2 email yang bersaiz setiap satu 1.5MB namun ketetapan syarikat adalah setiap email yang dihantar sama ada di antara staff mahupun di antara pihak luar mestilah kurang ataupun sama dengan 2MB. Ditambah pula, setiap mailbox (bahasa melayu i tak pasti translasinya), hanya mempunyai kapasiti yang tertentu, menjadikan 2 file ini tidak dapat dihantar secara serentak dalam satu email. Namun, ketidakmahuan diri sendiri disusahkan kerana akan menyebabkan mailboxnya ; 1st; akan penuh; 2nd akan gagal penghantaran file, si A ini bertindak secara bijaknya menyalin 2 file tersebut ke dalam thumbdrive; dan menunggu kepulangan dan kesediaanku dgn harapan aku bertindak secara serta merta untuk menolongnya menghantar file tersebut kepada si penerima disebabkan kebolehan komputer dan mailbox ku yang membenarkan file ini dihantar.

TAPI; dalam situasi ini, tidakkah anda terfikir, bahawasanya, si A ini boleh sahaja menghantar email sebanyak dua kali kepada penerima tanpa sebarang kegagalan? Ini tidak, gigihnya si A menunggu aku semata2 kerana ingin kan khidmat aku sebagai penghantar email dgn saiz file yang besar. Dahulu aku best friend dgn bill gates, sbb tu aku belajar guna komputer ini.


Itu satu contoh situasi, yang sekarang dan mulai ini, aku mampu selesaikan dgn diplomasi bijak. yakni mengajar mereka supaya mereka membuat sendiri dan berusaha berfikir dgn menggunakan kalau bukan dgn otak, gunalah sendi, tak pun kaki...


hari ini dalam sejarah aku.... dah lah aku punyai tuan yang cukup tabah aku harungi dgn kerjaya ini dan kesabaran ku kadang2 dihairani oleh semua orang. Aku anggap ini dugaan dalam hidup. mengajar aku berbicara dgn orang bijak mahupun kurang bijak. bukan bodoh ye.

aku ditugaskan utk kerja2 menyelia kepada prosess memasang dan menyiapkan sebuah hasil seni yang diagungkan oleh kumpulan branding (penjenamaan). Oleh kerana projek sebesar alam ini yang pertamanya ingin dipasang di ruangan ketibaan tetamu, maka, kerjanya aku bermula dari mendapatkan dummy quotation hinggalah kepada urusan meng'updates' yang kadang2 aku tak tahu, dan kadang2 aku diberitahu... kadang2 aku mmg sengaja tak nak tahu. Semua urusan ini sudah hampir 3 bulan (cabaran kepada JKR ni)... akhirnya proses memasang dan menyiapkannya sudah tiba hari ni. Email di atas ini adalah email yang aku cuba sampaikan kepada pihak2 berkenaan supaya mereka faham peranan mereka sebagai pekerja di sini dan menyelia proses pemasangan ini. Bukan sekadar kepada pegawai kanan, malah kepada pegawai biasa pun turut ku maklumkan tentang proses pemasangan ini- bila dan apa peranan mereka dalam membantu pemasangan ini dari sebuah syarikat yang dilantik.


[smart tunnel]

OK, kalau dikaji kepada SMART TUNNEL yang direka khas oleh golongan cerdik pandai; apabila kerja2 pembaikpulih sedang dilakukan, maka tunnel itu akan ditutup sementara. Bermakna tutup ; tidak boleh dilalui. Jelas tanpa dengung (tatabahasa quran - tajwid). Jika aku dahulunya seorang yang sekadar lulus UPSR sahaja, tidak lah aku berfikiran begini. Tapi, bila sebegini tindak tanduk manusia peribumi ini bekerja, maka aku harus mengikut rentak mereka. Terfikir dalam benak fikiran aku; GOLONGAN2 ini sengaja menunjuk bijak kononnya, mereka sedang berkerja dan awareness mereka amat bagus sehinggakan setiap apa jua permohonan mendapat kelulusannya terlebih dahulu.

Ok, aku buka kisah masa aku di UTM skudai. Kolej Tun Razak. As a member of the HOUSE of MULTIEXPERTISE; tuan pengetua kolej memberikan kepercayaan kepada group aku bagi menyediakan semua aturcara dan agenda majlis. Seperti biasa, aku MC dan aku juga unit protokol serta rekabentuk stage. Dengan kolaborasi yang amat unik antara ahli2 design house ini, aku membuat lakaran kasar konsep stage ini untuk dibentangkan dalam mesyuarat program. Memang wujud masyarakat malaysia seumpama ini yang mempertikai tentang rekabentuk stage itu dgn satu pertikaian yang cukup hebat! NAK TAU APA :

"CIK HELMI; tidak kah spot light2 yang berada di tepi2 stage ini akan mengganggu keselamatan mana2 pesawat diudara yang menganggap bahawa ini adalah landing lane mereka?"


[landing lane]

Aku hanya mampu tersenyum. Aku tak mahu status jawapan dari benak hatiku diutarakan. Kerana aku tahu, ia bakal mengguris perasaan makhluk tuhan ini. Nasib baik antara kami ada seorang bakal engineer yang menggambil jurusan aeronautics. Jawapan bernasnya melegakan hatiku yang tersenyum itu.

Ada satu lagi; kisahnya; seorang warga berusia. Lingkungan 38 - 42 tahun yang berkerja sebagai unit penyelenggaraan audio di kantor ini. Dalam pada kami sedang sibuk menyediakan dan memerlukan khidmat mereka kepada sebuah banner besar berukuran 10 meter x 4 meter untuk di kibarkan supaya dapat dilihat oleh salah seorang pengurus besar syarikat ini, dia sibuk berdiskusi dgn pertikaian kenapa di MALAYSIA; semua bangunan tidak mempunyai level GROUND FLOOR yang sama.

ini rakaman perbualannya :

pakcik : saya dah buat kajian, kat malaysia ini. semua bangunan tak sama ground floor dia. kat london, semua sama.

helmi : encik dah gi london?

pakcik : saya tgk dalam national geography

helmi : ooo... jadi; macamana pakcik tahu?

pakcik : sebab saya dah tgk semua bangunan kat malaysia ini... cuba kau tgk klsentral ni, kat mana ground floor? cammana orang nak keluar dan tahu ini adalah ground floor?

helmi : ok. tapi encik, saya dahulu ada juga bergaul dgn golongan arkitek. tak la pulak saya belajar, cuma yang saya tahu takkan la ground floor bagi menara kuala lumpur nak di sama kan dgn ground floor KLCC. Nanti kalau emergency, orang berlari nak kluar tingkat berapa. Kenapa KLsentral ini tiada ground floor, sbb nya TANAH ASAL bagi klsentral ini sebenarnya adalah landasan keretapi. Yang ramai2 naik bus ke LCCT tu, adalah sama level dgn landasan tuh. Jadi saya rasa kajian pakcik kurang tepat.

pakcik : (diam dan berlalu pergi)


[side elevation of KL city]

so; dalam hal ini, tujuan pakcik ini bukan hendak menipu pun. Dia hanya ingin menunjukkan keterlibatannya sebagai warga kerja yang sama2 memikirkan permasalahan ini.

sikap aku sejurus selepas itu; mencapai telefon bimbit, dan mendapat kepastian daripada kawan ku yang dah 4 tahun bekerja dalam bidang arkitek. Jadi jawapan ku dan penerangan ku kepada pakcik itu adalah berdasarkan kenyataan dan logik sebenar dan amat2 tepat. fuhh...




Wow, kita kembali kepada insiden sebenar.

Dalam kes yang terjadi ini, sudah dimaklumkan bahawa section itu akan ditutup. Alternative ini takkan lah seorang grafik designer nak beritahu kat mana guest nak masuk dan keluar? takkan la penyelesaian dia dgn arahan pekerja kelas 5 kebawah seperti aku?. Buat apa bayar gaji seorang manager, mahupun sesiapa yang hebat maha bijaksana; jika ini tidak mahu difikirkan?

Sebelum kejadian CLOSED SECTION, berlaku satu lagi insiden di bahagian sekuriti. kemasukan sebarang orang luar / visitor kedalam bangunan / premis memerlukan pendaftaran kemasukan terlebih dahulu. itu semua masyarakat malaysia tahu. mengerti lah ... namun ; hal ini diburukkan; pendaftaran tidak diberitahu kepada jabatan sekuriti. malah disuruh pula untuk membuat permit kemasukan? Aku beristigfar panjang. Aku menenangkan diri didepan mereka, seraya berkata : helmi; cool down.... sambil mengurut dada. Di hadapan anda adalah orang yang berurusan tanpa diketahui status akademiknya. belum pasti dia mengetahui punat menutup komputer PC apatah lagi imac. akhirnya, dgn aku meminta jasa baiknya menelefon boss nya, pegawai itu bebertindak dgn tindakan takut mati di maki; menghubungkan aku dgn pegawai kanan jabatan tersebut. sayang sekali, jawapan hampa. aku harus menelefon jabatan lain utk mendapatkan kemasukan pekerja2 ini ke dalam premis dgn tujuan memasang dan menyiapkan struktur artwork ini. Dan tatkala jam 10.47pm, barulah mereka dapat mendaftar setelah lebih kurang 20 minit meminta kerjasama mereka mendapatkan kepastian.ops terlupa, soalannya berbunyi; kalian boleh tak bukak email yang ditujukan kepada manager kalian + juga pembantu manager kalian? jawapannya; kami tidak tahu! jadi dgn ini saya yakin dgn level mana saya sedang berurusan. tiada apa yang kurang enak berlaku. kerana saya suka menegur dan bertanya secara sinis. dalam hati... insyaallah, tuhan je tolong kirakan antara dosa dan pahala.... please... aminn..

Aku terhenti disini. Kalau aku meneruskan kata2, perasaan ini sentiasa terbenak dalam hatiku. sifat dendam + marah ini bermaharajalela. Jadi aku telah membuat kesimpulan. perkara sudahpun berlaku. dan tiada pun mencederakan mana2 pihak. yang paling peritnya adalah aku yang menerima keegooan sikap2 mereka ini kerana aku tidak suka meninggi kan suara pabila marah. Paling keji pun aku akan mengambil nama mereka dan mencatitnya. Bermakna aku bakal mengingati watak ini sebagai golongan ini.

Biar apa jua pun. Hidup aku perlu diteruskan. Jika dilayan masyarakat ini, aku tentu hanyut dgn kata2 penuh nista terhadap mereka. Sbb aku perlu faham, tak semua dilahirkan kedunia dgn persamaan. Perbezaan ini semua mencabar kesabaran kita semua. Jadi; aku ingin berkongsi ketabahan ini bersama semua. Agar kita faham, manusia bukan dilahirkan sempurna, tetapi bertindak mengikut akal fikiran untuk dan perlu mencapai kesempurnaan. Jadi salah + kesalahan adalah satu perkara yang seharusnya dielakkan.

Maaf jika perumpamaan ini semua menganggu gugat sesiapa. Aku cuma berkongsi cerita tentang kisah yang berlaku. dan aku cuba untuk memberikan motivasi diri agar lebih tabah. semoga bertemu dilain lembaran dgn cerita yang bukan seperti ini lagi.

Friday, November 14, 2008

wild child in wet - sunway lagoon



events :: splash at sunway lagoon
date :: 8 nov
time :: not at 10 am
wild members :: kash, ir, wardi, alif, sdiq, ash, ted + me

was good. as usual, i'm the tourist guide. what to do. where to go.
but, i always like to make people laugh. entertain them with all my stories, jokes + games... glad to know ash from aswara, ted from kirana. met b4 alif + sdiq... (no promo for you hot bachelor).



btw. thanks to kash + ir as organiser. from 11am to 6pm, was awesome. scream park make me really scream. all others tunggang terbalik : the ship / roller coaster not really mencabar kewibawaan i sebagai anak polis. hahaha... inspektor eliza! kui2



balik dan terus rebahkan diri. capek!

gadget :: quantum of solace


i love gadget / technology / future / invention / art
so, my expectation is too high for this movie... and is end up with a bad days for me.
++ a few words which make me feels like i such a dumb person ++ so... i just sit and watch... no soul. so no comment !

Sunday, September 21, 2008

ramadan buka puasa :: le meridien + istana + westin + saujana


[ buka puasa at hotel le meridien ]

ramadan dah nak ends dah... mood ramadan pun dah nak fade2 gitu. so, sepanjang ramadan ni ada 4 buah lokasi yang bertaraf hotel; yang i attend for berbuka puasa. masing2 kerana ada special price. if tak, jangan harap la i nak habis kan lebih rm50++ for satu majlis berbuka puasa kan?

1st :: le meridien kuala lumpur
i dah biasa dgn lauk pauk sini. dan i paling suka part2 pasta, teppayaki ice cream, waffle, ermm dan ada japanese section counter... best2 daging teppayaki bagai... so far i bagi 4 bintang laa... pada uols yang jarang nak rasa makanan hotel yang sedap, boleh la try kat sini. ada la a few yang i tak suka, such as gulai2 daging kambing tuh... eermmm too much lamb laa... nanti mengembek plak i.


[ buka puasa at istana hotel ]

2nd :: hotel istana
buka puasa ni i rasa seronok, sebab i dtg dgn my best friend ; dxoul, zaly and my lil bro; nije. mmg tak sabar nak buka sebab i dah book lebih awal melampau2. so far juadah nya agak banyak. sampai keliling satu area swimming pool dia. dari lauk pauk tempatan hinggalah ke masakan timur tengah (kebab dan macam2 lagi). ada seafood, ada cempedak goreng, abc, apa jua jenis mee, pastry dan macam2 la... oleh kerana 1st time makan di istana, i rasa boleh tahap 4 1/2 bintang. yang bagusnya, juadahnya banyak dan memuaskan!

3rd :: westin
perh, yang ni tahun lepas memang i cakap SUPERB! sbbnya ada durian dgn roti jalanya! tahun ni sayangnya, kami pada hari yang berlainan menu. (fyi; hotel akan ada a few set menu yang mana akan ditukar setiap hari, dan di repeat balik selepas set terakhir). so, hari yang i datang, tak la ada durian tu! cuma, paling best masakan di westin ini ada makanannya memang best! masakan malaysia nya memang superb. ada gulai tempoyak dgn petai; gulai lemak telur itik, ikan merah masak apa ntah, nasi yang warna warni bagai dan banyak lagi. yang best juga, ada live making of popiah basah, rojak, dan macam2 laa... counter pastry dia, fuh! best2... uols patut cuba semua! ok yang ni i bagi 5 stars laa...

4th :: saujana
i pegi, sbb my aunty ajak. yang ini low budget punya. cuma, for me stil, majlis berbuka. namun menu nya not bad. cuma lauk utama nya tak banyak sangat. dessertnya best juga. ada puding roti dan a few kuih tradisional. yang ni i bagi 4 bintang je, sbb sesuai dengan harganya. ok.

k. pada all reades, i rasa semua ni bergantung kepada minat uols pada sesuatu jenis makanan. macam i sendiri tak makan lamb, so, bila ada lamb, i rasa cam tak best. so, ini semua pandangan peribadi. i harap, next year ramadan i dapat try shangri la, concorde, crowne plaza, or maybe di mandarin oriental!

consumer product - starch faultless



nak nampak baju shirt uols cam baru2 tak? ha baca bawah ni!

product ni i baru nampak je since 4 month ago, but maybe dah lama ada di pasaran malaysia. dan i rasa i should share with all readers la and should give a good feedback for a good product.

dulu i dah try byk product dari pelbagai jenama... dari jenama pasaran biasa hinggalah jenama dari penjualan jualan langsung, namun masing2 ada sahaja kelemahan yang menjadi ketidakpuasan hati. tak perlu la i mentioned the brand, cuma situasi-situasi yang terjadi adalah seperti,

1st :: boleh menyebabkan tiles/parquet menjadi licin ;
2nd :: punat spray akan basah dan terkeluar cecairnya ;
3rd :: tak akan habis betul2... sebab tekanan spray tak kuat, mesti ada balance;
4th :: starch dia tak berapa mantap; hanya percepatkan hilangkan kedutan je.

ok. oleh kerana i tak dibayar royalti utk penulisan ni. selamat mencuba product ni. so far, dengan penggunaan daily for 5 helai kemeja per week; boleh tahan sebulan dengan penggunaan ku yang melampau-lampau pada setiap helaian baju. apapun uols boleh dapatkan product consumer ni di jusco midvalley / coldstorage. hypermarket lain i tak sure, sbb i tak suka masuk pasaraya besar2 sgt ni. or layari website ni :: www.faultless.com



k, selamat mencuba.

Friday, September 19, 2008

i can't sleep + unsecured



1st:: after all these happened +been a stalker; i always had this bad dream. and i can't sleep well after all. always thinking about what is actually happened behind me. But it's all without my control.

2nd:: don't know why how i can i trust all these people but it's also without my control

3rd:: maybe i should back off. it's the time i should only think about how to love myself. but i don't know how to control.

4th:: if these happened to them, how's their feelings? but i don't know how they control themselves.

5th:: every night. feels regret and disappointed at all. maybe pissed off or maybe they give me shit. but i should pretend nothing! people won't admit their mistake; won't say about what is their true feelings. will blamed me back soon. wtf.

6th:: everything is done. express my feeling so i can fully out from this. this world is belongs to you. and i really can't accept things like this. hope, i'm not being stabbed in the back.

7th:: I try to accomplish a means to an end. When i cried, callously brushes it aside and yet expects sympathize. if i call them, they won't answer, yet they expect me to pick up the phone on the first ring. Where are they when you need help, they are doing their own thing...

8th:: When will it end? Hands stretched out expecting, always with a friendly, cajoling smile on, yet...

9th:: But reality has set in. The facade they erected, the smiling eyes, the caring words, is just a farce. always been there for them, but where were they in your darkest hour. Scarce a trace. The little sacrifices, the words of encouragement you give, are overlooked, when it’s all about them.

10th:: But now i faced with an insurmountable task of living.

Saturday, September 13, 2008

15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.


[my self with laundry process]

~terkena tag~ ''adaptasi" dari blog dxoul which i had been ''tagged" by him.

15?

1st :: menyesalnya jadi graphic designer, sbb cita2 asal nak jadi arkitek, tapi sebab takut kena reka tempat2 maksiat, jadi decision tu telah merubah hidupku menjadi grafika person!

2nd :: aku punya tabiat yang akan kemas bilik untuk weekend je. During weekdays, bilikku akan kembali kepada an art gallery! suka2! but aku suka la deco bilik ni...

3rd :: aku tak suka balik kelantan. aku akan mati kutu kat sana. very hard to speak kelantan, but suka sbb my mom there, then dia boleh masak for me! balik raya la happening. semua ada!

4th :: suka ikan patin + ikan keli + dolphin. hahaha... but memang suka la... satu lagi apa jenis juadah daripada pisang! perh... cekodok, lepat, sira, pengat, goreng dan kek. fuh2... sedap.

5th :: aku ada mood nak design something. sbb kenkadang design ni perlukan mood + emosi yang tenteram. hari2 period tak boleh la... kan dxoul?

6th :: suka adventure! hiking ke, jungle tracking, mana2 laa.. yang mencabar. lebih2 yang panjat2 tinggi... tapi kan... tak suka panjat pokok rambutan ke, sbb ada semut! hahaha....

7th :: arghh malu kalu buncit. selalu buat sit up kalu dah rasa cam buunchett! sebab tuh register gym! bukan pegi gym berendam je ye DATUK!

8th :: orang yang akan menjadi peranan utama dalam membuat keputusan program2 riadah tidak formal. entah, dari dulu lagi, i selalu menjadi main organizer. dari program kolej ke, sekolah ke, entah.... nak senaraikan karang, penuh page ni.

9th :: suka color hijau! putih! kelabu! fuh2! tu je... no comment.

10th :: movie cite cina paling suka ( cam andy lau, sammy cheng, daniel wu ). tapi kalu cite lain, suka cite yang mencabar otak nak berfikir, seperti minority report. cite sedih suka tengok juga... huk2! cite sedih jgn cerita laaa... paling suka the kite runner + lorenzo's oil. secara umumnya, cite yang ada kualiti je la... kan... mengada nak juga tulis.

11th :: sayang baju. baju dalam lemari + ampaian akan disusun mengikut jenis warna ye! supaya senada dan macam kat butik2 raoul ke... mana2 laa... tapi memang dah tebiat sejak kaya kumpul baju ni.

12th :: baju bundle berjenama juga menjadi pilihan laa... hami bundle kat taman U... perhh... kalu sekali pegi, mau nya tak habis ratusan dengan 15 jenis t shirt! banyak kan... but, sorry sape yang anti bundle ye! konsep, ada ku kesah...

13th :: banyak sangat program bertindih, sampai tak dapat nak dibahagikan dengan bijak. sampai ada yang terpaksa menipu (sorry ek, nak jaga hati je). memang kenkadang terlupa dan terpaksa. tapi kalu hal famili, i dahulu kan juga laaa... maaf ek... but those yang i sayang tuh, memang dapat priority laa... close friend.

14th :: suka bersabar. kalau marah sebab sesuatu, akan cuba nak bersabar. akan bertindak dengan sinis agar orang itu sedar akan kemarahan itu. tak nak melenting, sbb nanti memburukkan diri sendiri. apapun, i sedar ketajaman lidah i... kan!..... hehehe... hati2...

15th :: kenkadang sikap bertangguh ni yang paling i benci. entah laaa... nak berubah... semangat seminit sangat. helmi; berubah! berubah! berubah!

k, dah puas hati. i tak mampu nak tag sesape lagi, sbb i tak cukup list of fren dalam page ni. apapun, i ada laa...

1st :: nije
2nd :: pok shid
3rd :: siti
4th :: herry - dah buat ke
5th :: kash
6th :: erika - kawan dxoul jugak
7th :: sesape la...

Tuesday, September 9, 2008

Buka Puasa at Kelantan Delights



It was a last minutes event, organised by me + daniel + faridah [the members of steps class in clark hatch]. The first thought is somewhere in SOOKA, kl sentral! which is the nearest place after class. So, my suggestion is KELANTAN DELIGHTS. I rasa semua orang dapat bayangkan apa yang ada di restoran penuh kontroversi ini kan? Makanan masyarakat timur yang selalu diidamkan orang ramai, terutama myself, who feel stupid when speak kelantan...


[ bubur cha cha ]

1st. Terus ke juadah yang disediakan. Sempat mengambil gambar 2 dishes yang dicedok kerana kelaparan, yakni bermakna my favourite dishes + 1 daniel's favourite. Pada sangkaan, tentunya menu nasi kerabu jadi rebutan, kuih kelantan yang manis2 seperti ''akok" and many more menjadi santapan utk berbuka puasa ini. Malah i sudah bersedia dengan sebarang persoalan jika ditanya tentang jenis2 makanan di sini... juga si Daniel inginkan pengat pisang! Namun, kecewa bukan kepalang, hanya makanan biasa sahaja yang menjadi santapan. Dimulakan dengan gulai tempoyak ikan patin (pahang), ikan bakar (malaysia), ayam masak merah madu (malaysia + mamak), nasi hujan panas (malaysia), paru masak pedas (padang), gulai sayur (malaysia), udang harimau masak pedas (malaysia) yang mana semuanya tidak asli kelantan! Di mana perginya kurma daging, kurtuk, kuzi dan yang pentingnya nasi kerabu?


[ gulai tempoyak ikan patin ]

2nd. All makanan sedap. Tak lah hebat sesedap masakan ibu masing2, namun menyelerakan. Cuma, sebagai peminat gulai tempoyak ikan patin; sedikit tips untuk diperhebatkan; jangan lupa daum kesum + bunga kantan! sebaliknya gulai ini di isi kepingan isi nenas, yang kononnya boleh mengekalkan rasa masam2 manis. Pada pendapat i, nenas rasanya akan hilang kehebatan masamnya dengan tenaga haba dan yang hanya dirasai adalah serat2nya. Selalu terjadi kepada menu ikan 3 rasa (buatan selatan thai) yang sering menjadi rebutan.


[ daun kadok with condiments ]

3rd. Agenda berbuka puasa : : actualy weols semua berbuka puasa dengan minuman masing2 ketika steps class. Memang penat, namun seronok. Lepas habis jam 7.49pm, weols bersiap segera ke sooka dan terus ke meja makan. Masing2 hungry kan... so, tak sempat nak komen banyak pun. Cuma kekecewaan terlahir sebab there is no NASI KERABU. Namun, kami diselangi gelak tawa, cerita2 kosong dan lawak2 serta cerita hungry ghost. So, jam 9.30pm, semuanya ada komitmen masing, gerak laju ke destinasi seterusnya.

4th. Anyway, hope utk majukan pemilik penuh kontroversi ini, KELANTAN DELIGHTS harus lah consider pandangan2 pengunjung restoran ini. Mereka tidak kisah dengan nilai wang yang mahal jika juadahnya exceed our expectation. I rasa menu nasi kerabu adalah menu a la carte. Cuma... sebagai peminat food presentation, in my opinion; nasi kerabu adalah simbol keagungan juadah negeri ini, kenapa tidak menjadi menu berbuka puasa buffet ini? Apa kata, laksanakan sebuah kaunter live packaging nasi kerabu for dine in ala2 live cooking counter kat buffet restaurant tu! Some ideas laa... perkenalkan laa kehebatan nasi tumpang, pulut pagi, ketupat nasi dgn sambal kacang dan manisannya, yang mana i pernah nikmati ketika singgah di kampung2 di kelantan ketika membuat kajian tentang seni ukiran melayu. Memang banyak dan sedap.

Apapun it was a great buka puasa i had for this holy ramadan. Can't wait for my Hotel Istana and Westin Hotel for this weekend and next week! Hope, i can get my roti jala kuah durian! yum yum yum.

Sunday, September 7, 2008

Annual Dinner Poster

The Mask Party; itulah tema tahun ini. Yang pastinya, sebagai in house graphic designer, i akan secara sukarelanya di berikan tugas untuk membuat poster yang bakal menjadi identity kepada event ini. Dari poster, invitation card hinggalah ke backdrop. Mask Party memberikan penekanan kepada event secara berparti (suka2 mabuk2) dan memakai sebarang mask. Tak kisah laa mask rider or facial mask! hahaha!

1st. I want to share to all of you my 3 ideas which has been proposed to the committee. Erm... basically, this job is requested by my buddy juga, she's the one who will follow up all these items from my side. So, let's have have a look at the poster 1st.



IDEA A



Image mask itu, dicarikan oleh buddy i tuh. Erm, basically, this idea is something light colors; cyan + magenta! ermm the ombak2 ornaments, ada influence dari design one of my coursemate dulu; may quan! Font - MASK PARTY'' i ambil from the AMERICAN IDOL font type je; untuk menampakkan informality. Ok. Mask; no comment laa.. because illegally copied from the net!



IDEA B



Image mask, I gigih mencari dalam net. But, the actual color is in monotone (satu warna je) which is in greyish. So, untuk jadikan lebih menarik dan ceria, I blend color dgn kuasa photoshop. Pilihan font atas dasar image mask yang penuh kerawang, so I pilih formal font. Tak ingat apa nama font, sebab using imac. Layout semua sama untuk semua poster sebab jika i proposed 3 design yang berbeza, I rasa tugas i seminggu berkerja hanyalah membuat poster annual dinner ini sahaja. Sebagai langkah bijak, I rasa, layout nya di kekalkan supaya pemilihan tidak lah sebeban mereka yang kurang bijak dalam design. (kurang je... bukan tidak bijak tau).



IDEA C



Image mask ni i paling suka, tetapi sayangnya dia separuh je. Tapi ini adalah design i yang pertama dan mengambil masa yang lama sebab ia adalah template bagi 2 poster teratas. Means; I buat layout tajuk + info2 di bawah itu dengan kaedah yang sama dan this is the 1st gerak kerja I. OK, harap faham. If tak hafam hafal je. Ok, font type ni hampir di sukai ramai. Dan yang paling best adalah, kegigihan membuat effect glowing ini. Nampak sangat I suka poster ini, namun bagi I, kehendak pelanggan harus diutamakan. Tak kiralah mereka lulus pendidikan seni tahap 1 atau 2, I tetap hormati. Alamak, emosi pulak. Yang penting, idea ini adalah malam dan party. Semua orang nak malam itu macam glitters kan! So, inilah ''ideologi" yang ingin disampaikan dalam poster ini.



2nd. I nak tahu pendapat all readers la. Yang mampu memberikan impak kepada idea2 ini. Buat masa ni, I masih belum ingin berkongsi apa kah idea pilihan committee itu sebab bagi I, jika i write down sekarang, ia akan menganggu gugat mereka! Wah! As per i said, kena hormati setiap kehendak customer. So, i terima je dengan RED HA.


3rd. Next time, I'll attached the invitation card pilihan committee dan juga pilihan I.

K. selamat mengundi!


My Best Friend is a Dentist




1st. i have been forced to write this. Free coverage for my best friend. Some more memang bagus pun hasil kerja nya berbanding previous dentist yang i visit for my hole2 di gigi geraham ini.

2nd. yang penting i dapat special price yang mana orang2 yang terpilih je dapat. Bukan la dari kawan aku ni sendiri, but... eh sorry ini rahsia. Anyway, berpatutan laaa... if any of you nak pegi, mungkin bergantung kepada jenis rawatan yang uols dapat laaa.





3rd. ok, siaran ini berbayar ye dxoul.

4th. dah.

Saturday, August 16, 2008

Shikin Majid's Wedding



Congratulation buat Syikin Majid, junior mrsm ku... selaku my ex jiran masa di Galing Camp dulu... dan kira teman bergaduh aku sama Zaly. Majlisnya di adakan penuh warna warni, walaupun temanya purple gitu! apapun, tahniah buat syikin dan suaminya tercinta!

Lepas make - up wow jadi superb... maknanya sebelum make up... ops! hahahah... jangan marah syikin. I know you period dengan wedding planner you sebab mereka delivered wrong samping + tengkolok pada pengantin lelaki. You all yang pernah kenal syikin majid, just imagine je la macam mana makcik kecoh ni period on the phone maki caci keji semua bagai. But nasib baik ada puya + husband, zaly and i yang membuat kan pengantin wanita ini cool down. Lawak-lawak senda mengingatkan kembali kelas mereka ini bersebelahan dengan kelas i masa form 5. Dan yang bestnya, tempat syikin la port mengumpat paling agung ketika itu!

Ha, tak ingat dengan itu, majlis diserikan dengan acara karaoke... biasalah suara senak-senak sedap ghazaly mendendangkan 2 buah lagu. Lagu 1st, lagu awie... IRIS dan lagu 2nd duet sama Fiza (pengapit pengantin) lagu - Jamal + Siti Sarah - Sandarkan Pada Kenangan.

Ops, yang penting, I jadi DJ - emcee for the majlis! wow! tak pernah dalam hayat I jadi dj utk majlis begitu. Dulu pernah untuk majlis perkahwinan si Farah (OIAM) dan Dr. Fariz... but itu secara formal. But ini satu pengalaman yang sukar di lupakan. Maklumlah, ayat secara spontan. Tapi, zaly very choi, tak snap pun photo i. Tapi dalam acara adat merenjis, Pakcik Majid (bapa syikin) sempat mengalunkan 2 rangkap pantun. Memang meriah laa... Kemudian di iringi doa oleh bapa pengantin lelaki bagi mendapat keberkatan dari-Nya. Kemudian diikuti dengan yang lainnya yang gatal tangan nak merenjis pengantin.

Habis majlis, zaly ajak keluar makan SATAR. Pic makanan je ada. Pic kedainya, I malas nak ambil sebab crowd yang ikut itu agak kurang happening, yakni 3 orang kawan kepada fida itu. Best juga laa.. makan keropok lekor, sotong celup tepung, ikan kembung celup tepung dan SATAR. huhuhu... Kemudian, acara ke teluk cempedak untuk tengok sunset? haiyo... nasib baik geografi aku dapat A versi tahap dewa punya. Mana lah ada sunset kat laut cina selatan yang kita facing ni! Kita dasar pandang ke timur, maka versi sembah matahari terbit laa... macam orang jepun. Yang cakap tuh pun... aduhai, malas la nak ulaskan... takut aku menghina tahap kekekwatan nya! hehehe... - saja nak berwatak baik di sini. heheheheh!

Apapun, perjalanan pulang, aku drive 3/4 dari kaum wanita ini. Fiza + Fifa... penat sihh.. dah la aku kurang sihat. Ermm sampai KL, terus tumbang ke bumi. Penat menanti. Itulah perjalanan di Kuantan sempena majlis perkahwinan si syikin... semoga kekal abadi.

Thursday, July 31, 2008

my 1st episode of blogging


hi malaysia! mula-mula wanna to say hi to my lil bro, nije! + my fren dzoul! serta kashed and who ever yang blogging di net ya!

Here, I'll start my writing laa... maybe semua benda yang i lalui setiap masa. I bukan lah kaki berjalan setiap tahun, but still, every weekend ada je program yang menyebabkan I tak sempat nak kemas bilik + buat laundry. So daripada memori in semuanya terbuang, lebih baiklah dikongsi bersama, bukan?

ok... this is me! hehehe... bermula dgn senyuman...

pssttt.... berhati2 semua! jgn ada yang terasa dan bagi saman!