Sunday, March 29, 2009

TALENTIME... kelainannya

Mulanya pernah aku berdiskusi sesama kawan yang meminati rentak hiburan tanah air. Katanya filem YASMIN AHMAD hanya layak ditonton ketika astro membuat promosi...''filem menarik di Astro ARUNA bulan ini". Aku setuju kerana berdasarkan filem2 sebelum ini yang mengundang pelbagai kontroversi sedikit menjemukan. Namun, aku turut terlepas pandang filem MUKHSIN arahan yasmin juga kerana ajakan seorang teman baik.

Sekali lagi, dengan tidak mengecewakan seorang lagi kawan yang meminati hiburan tempatan... aku akur dengan ajakan beliau. Sebelum melangkah, sempat melayari beberapa komentar tentang filem ini. Secara keseluruhannya sama, hebat dan harus tonton. Aku tahu mereka yang mengeluarkan kata2 itu sememangnya ketagih filem2 bercorak sedemikian. Aku anggap kehadiran aku kali ini hanya untuk satu pengisian program hujung minggu aku.

Maaf, aku tidak hebat berbicara tentang sebuah filem. Dan tidak mampu berbicara tentang kehebatan sebuah filem. Jika bagus, aku katakan bagus... jika gagal... aku membisu dan hanya mampu menambah komentar yang lain. Tapi kali ini aku SILAP mentafsir persamaan YASMIN AHMAD. Filem TALENTIME tersebut mempunyai kelainan daripada mesej yang ingin disampaikan.

Aku tahu ramai sebilangan masyarakat tidak suka filem sandiwara termasuk drama makcik-makcik. Namun aku rasakan filem ini adalah sebahagian daripadanya. Tapi ia dalam bentuk filem. Semuanya sandiwara yang menceritakan tentang masyarakat. Elemen yang diterapkan penuh dengan kata-kata sinis kepada kita. Kadangkala kita ketawa, kadangkala kita jelek. Aku akui... tak semua apa yang kita suka, berada sama pada orang lain. Itu pandangan aku. Jadi, hormat menghormati umpama satu tindakan bijak dalam mentafsir filem ini.

Aku bertitisan air mata... kerana sifat aku mudah tersentuh dengan penghayatan. Kerana aku percaya, dengan kasih sayang itu... ia dibalas dengan ketenangan jiwa. Talentime asyik membicarakan tentang pemergian dan kehilangan... dan itu yang aku fikirkan dalam diri aku terhadap cerita ini. Memang perjalanan yang kalian sering jangkakan.... yasmin akan menfokuskan kepada pokok, cawan, epal, kerusi dan carpet... tetapi objek itu bercerita!

Bagi aku, inilah seninya. KELAINAN kali ini membuatkan aku terus ke tandas mencuci mata yang tak henti2 mencurahkan air mata. Lakonan hebat pelakon dengan bersahaja membenarkan aku menjiwai pembawaan mereka. Susunan lagu dengan penuh suara hati dan bait2 yang dikupaskan membasahkan pipiku menghayatinya.

Aku tak paksa anda menyukai filem ini. Sebak aku hanya seketika. Cuma tafsiran awal aku kepada filem ini gagal kerana filem ini berlainan. Kekal sebagai jalan yang perlahan namun penuh pengisian perasaan. Itu sahaja. Bagi aku... biarpun diberi beribu bintang... aku hanya ingin berkongsi kata... hargai segalanya sebelum ia tidak mampu menyusun kata....

Friday, March 27, 2009

MY FIRST sports news


Setelah 3 minggu berkecimpung dalam penghasilan berita... kini aku rasa wajar aku dedahkan PEMBAHARUAN dan PERUBAHAN yang aku harus lakukan pada diri aku. Aku percaya dengan konsep itu... yang baik digunapakai dan yang kurang mendatangkan hasil, di simpan sebagai sempadan. - tak amik kursus tuh pun tak pe jugak kan? - ops! Dalam bahasa rasmi Melayu, dengan tidak menggunakan sebarang loghat kenegerian ini... aku rasa penulisan aku dalam bidang sukan, masih perlu digilap lagi. Sebelum ini, banyak perkara dalam sukan yang aku hanya ambil ringan sahaja. Nama2 ahli sukan terbilang sahaja yang sering menjadi buah mulut, aku kenal... selebihnya aku tidak ambil peduli. LIGA INGGERIS pun, aku gagap mengenal pasukan yang berentap dibawahnya. Atas sindiran sinis penyelia aku, aku menyahut cabaran itu sebagai satu PERUBAHAN ke atas diri aku. Sebabnya bukan mudah untuk menjadi penyampai dan bukan mudah kerjaya ini dilihat secara kasar. Jadi kesimpulannya, biar apa juga kerjaya yang kita harungi... masing2 punyai cabaran yang tersendiri. Dari boss yang mampu membawa anda ke pusat perkelahan air terjun, hinggalah kepada boss bertaraf DATO / DATUK dan tidak disukai kerana sifatnya! - ops kecuali kerjaya quantity surveyor! hahaha, aku masih lagi mencari peranan mereka dalam industri di malaysia - Itu kesimpulan aku. Mudahnya... biarpun aku tidak mampu membeli belah sehingga ratusan ringgit ketika menunggu rakan, ataupun sanggup membelah pintu kereta dengan aksi tokyo drift di bandar utama.... aku percaya perubahan yang dilakukan ini, memberikan ilmu kepada aku mengenal dunia yang aku ceburi. Jangan nanti aku tanya kalian, nama pemain bola sepak Bolivia, kalian tak mampu menjawabnya! hahahaha, hati2 ya! Di sini pun, aku turut kenali siapa itu JENSON BUTTON... bukan BENJAMIN BUTTON ye... walaupun pun ada iras2 sedikit ketika berusia 4 tahun...Kesempatan ini , aku susunkan kembali sorotan berita yang aku buat (namun tetap di edit oleh producer skit2) - boss jpa pun touch-up design staf dia kan?

[CAMS] - ini intronya

Perkembangan siri perlumbaan Formula Satu F1 di Grand Prix Australia bermula ahad ini.

Sedikit kejutan bakal berlaku dengan peraturan baru diperkenalkan di grid perlumbaan.

[SUPER=MELBOURNE, Australia] - ini caption utk beritahu di mana lokasi berita

[V-OVER] - ini suara yang di rakam lebih awal. jadi oleh kerana ini aku buat, maka aku juga berperanan menyiapkannya

Antara barisan pelumba utama yang awal tiba di Melbourne adalah dari pasukan Renault.

Fernando Alonso yakin perlumbaan pertama di Melbourne akan memulakan rentak saingan musim ini.

Alonso akan berpasangan dengan pelumba tuan rumah Danny Allsopp.

Dia yang pernah merangkul gelaran juara dua kali... percaya peraturan yang bakal dilaksanakan itu sedikit sebanyak mengganggu prestasi pasukannya.

[SOT1] - SOUND ON TRACK

[I GUESS FERRARI ARE ALWAYS THE TEAM TO BEAT AND THERE ARE NO DOUBTS THAT THEY WILL BE STRONG. BUT I THINK THERE ARE MANY OTHER POSSIBILITIES THIS YEAR WITH BMW, WITH TOYOTA, WITH BRAWN. SO IT WILL MAKE THE CHAMPIONSHIP VERY, VERY INTERESTING FOR THE SPECTATORS AND HOPEFULLY FOR US AS WELL.]

[SUPER: FERNANDO ALONSO, Pelumba Renault] - ini caption nama utk visual orang yang memberi ulasan

[SUPER=Ferrari adalah pasukan yang menjadi pencabar utama dan tiada halangan bagi mereka untuk sekali lagi bergelar juara. Tapi saya percaya wujudnya persaingan sengit tahun ini antara pasukan BMW, Toyota dan Brawn. Perlumbaan musim ini akan lebih menarik dan kamI berharap akan turut menang.] - terjemahan

Selain Renault... pasukan Mc Laren turut melahirkan keyakinan tinggi untuk bersaing.

Juara Dunia... Lewis Hamilton dikatakan sudah bersedia untuk beraksi.

[SOT 3] - lagi SOUND ON TRACK

[I FEEL GREAT YEAH. PREPARATIONS HAVE GONE WELL. A BIT LESS PREPARATION TESTING WISE THAN WE NORMALLY HAVE BUT I'M EXCITED. IT'S GOING TO BE AN EXCITING SEASON FOR EVERYONE AND WE'VE GOT A LOT OF WORK TO DO, BUT WE'RE IN FIGHTING SPIRITS.]

[SUPER=LEWIS HAMILTON, Pelumba Mc Laren & Juara 2008 ] - nama pengulas statement atas itu

[SUPER= Saya amat teruja. Semua persediaan berjalan lancar. Persediaan dilakukan lebih dari biasa. Perlumbaan ini bakal menjadi musim yang menarik dan banyak usaha yang perlu kami lakukan.] - terjemahan

[ENDS] - ini notis beritahu habis story ini

Tuesday, March 17, 2009

MANA?


[bukti sms yang dikirimkan]

Selepas PJAYA, ini ada lagi kisah yang menguji kewibawaan aku mentafsir maksud tersirat. Kali ini aku dikirimkan dgn khidmat pesanan ringkas [sms] yang berbunyi : MANA?

Aku benar2 kurang mengerti lantas membalas sms itu dengan panggilan... kerana takut mensyaki perkara yang kurang enak berlaku...

Tatkala itu, hanya tuhan yang tahu... hatiku benar2 berdebar. Risau juga kerana tidak pernah sepanjang hayat dalam perkenalan ini, dikirimkan sms sebegitu rupa... selain daripada perkataan ''OK".


[hampir pengsan aku di jusco one utama berhadapan situasi sebegini]

Mujurlah panggilan itu dijawab mesra. Sapaan MANA? itu diselitkan dengan soalan2 yang berupa soalan bertanya khabar....

Itu sahaja laporan kali ini. Harap di masa mendatang, aku tak diuji lagi dengan situasi seperti ini... hahaha...

+ nota guris hati; notis pemberitahuan ini bukan bermakna teguran, tapi ingin berkongsi dgn rakyat bernaung negara berdaulat ini tentang pesanan ringkas yang bakal diterima sejagat ini +

+ ini umpama sekatan AS terhadap pakistan dalam usaha meningkatkan senjata nuklear +

Sunday, March 15, 2009

LMKL TRIP teluk cempedak



14 + 15 Feb, kebetulan aku off day. Memang dah lama program ini dirancang. Jadi aku terpaksa mengikut apa yang telah dirancang dari awal lagi.

Pagi 14. Aku terlewat bangun. Kesan ubat batuk membuatkan aku lena diulit mimpi2 indah. Aku bangun jam 8.30am. Sempat mengisi beberapa helaian baju dan kelengkapan diri yang lain ke dalam beg deuter ku yang baru. Kisah nak senada dengan beg, menyebabkan aku terpaksa memakai long sleeve! hahaha.... demi beg yang berias kuning! Alkisah, kunci rumah hilang! Aduhai... dah la pukul 8.50am. Cari punya cari, akhirnya kunci rumah kat pintu luar.... gile kan? Nasib baik tak de sape kena rogol malam tadi. Fuhh....

K. Sampai di LMKL, aku segera naik kenderaan yang disediakan. Perjalanan ke Nagas, sebuah restoran India menyediakan sarapan pagi. Aku menyuap nasi lemak, ubat batuk dan air tea panas! nyum... naik kereta, aku tidur! heheheh...

Sampai di Kuantan, aku guide jalan ke Teluk Chempedak... maklumlah, ini tanah lahir ku. Tempat mak + ayah aku dating zaman mula2 kawin dulu. Jam 2.38pm tiba di Hyatt Kuantan. Masing2 diberi kunci bilik. Jam 3pm berkumpul dan keluar utk lunch! Aku makan nasi goreng, sayur, tea tarik dan ubat batuk. Balik bilik dari jam 4.30 pm hingga jam 7.27pm, aku tidur!


[aksi sebelum tidur sejurus tiba]

Bangun aku dikejutkan oleh deringan sms. Dinner malam ini di outlet hotel. Buffet seafood... boleh tahan la lauk pauknya. Maaf, sape yang tak makan seafood, ini je dinner yang weols boleh bagi. so telan je ye. Aku makan nasi, beberapa kepelbagaian seafood, satay ayam dan tidak ketinggalan... favourite ku, pasta... bukan laksa! Sekali lagi, disulamkan dengan ubat batuk! huk huk huk. Jam 11.30pm aku rebah dalam dakapan malam... hehehhehehe.... yang lain tengok MU vs LIVERPOOL... hahaha... habis kalah MU! k.


[dinner yang dialunkan dengan muzik tradisional]


[pool yang cantik]


[kreativiti meja ini mengalahkan signage bangunan jakim pjaya]

Esok aku bangun, jam sudah 8.30am. Mana la subuh aku... matahari tak kuar2 kot sebab hujan la pulak. Sejuk nak mandi... so aku basah kan iris mata je. Terus pegi breakfast. Nasib baik versi muka aku bangun tidur sama cantik dgn muka sedia ada... so, sume orang tak tau laaa... Lepas breakfast dan bergambar sikit2, aku gi mandi kat sauna + steam room. Perh... reda sikit kesejukan.


[imej pagi aku sama cantik je kan? hahaha... tak makan laksa ni, makan nasi lemak]

Lepas check out, pegi makan lagi... makan tengahari. Di restoran PAK SU! pak soon nama tokey ni sebenarnya... sedap la... tak de pork, sebab seafood. so kira halal macam isu air ribena ada arak tapi boleh minum.

Balik, sekali lagi aku telan ubat batuk dan aku sedar2, Gombak! yeah, esok dah keje.

Di sini, aku nak riak...

1st. dah beli new camera.
2nd. sume kos ini ditanggung walaupun domestik sahaja
3rd. ubat batuk aku tertinggal laa... choi!
4th. hpon pun tertinggal dalam kereta member, tapi dah dapat balik
5th. ni pun ngantuk nak tulis. so... idea suam2 kuku.

Thursday, March 12, 2009

DINNER hosted by MR+MRS FAIRUZ



Ermm... dah cukup material ni... merasa membaca lagi satu agenda yang berlaku. Ini lagi laporan tertunda.


[Mr Fairuz + Kak Asa menjadi penganjur majlis. Bro Pojie + Kak Sara turut hadir sama]

Atas pemintaan pengantin baru, Mr. Fairuz dan Sis Asa Naim, aku digesa untuk menjemput sebilangan yang pernah hadir pada kenduri beliau dan yang pernah menolong beliau dalam persiapan pelamin dan juga agenda majlis. Yang sedihnya, aku terlupa beberapa watak seperti Ying, Redza, Jas dan Fari dan sebagainya dan ramai lagi kot. Rasanya proses jemputan dibuat dalam yahoogroup.... jadi aku terselamat daripada isu TERLUPA lagi. Jadi those yang ada account dalam yahoogroup itu tidak wajar berkata tidak dijemput ye! (sambil mengibaskan2 rambut)


[ mahady + afif selepas selesai menyudahkan lauk pauk]

Majlis berlangsung pada 2 March 2009 bermula jam 8pm. Yakni bersamaan hari pertama aku bekerja ditempat baru. Banyak watak cuba menghubungi aku, termasuk kawan baik aku, si dzul ketika hampir jam 6.45 pm, dan ketika itu juga aku bekerja dan memulakan tugas sebagai penjaga prompter. Huh... ingatkan senang je jaga tuh, rupanya cam hampes.


[Mr +Mrs Khairul turut menghabiskan nasi yang ada]

OK lah, kedatangan diserikan dengan watak anak2 masing2. Mr+Mrs Khairul membawa kamil dan Mr+Mrs Fazrul membawa addyan dan juga rayyan! Wujudlah beberapa watak bibik nigeria dan berapa watak lain jyang cuba menjinakkan kanak2 ini.


[Bro Fazrul + Kak Aida bersama addyan yang kepenatan dan kepanasan kan?]

Makanan kegemaran ramai kat sini adalah TOMYAM. Memang geng GBS tak akan lepaskan peluang jika sudah tiba kawasan ini utk menikmati tomyam nya. Menu malam ini tidak kurang hebatnya. Dan adalah orang tuh siap menambah nasi lagi. Alasan, sebab sanggup tak makan tengahari sebab nak makan malam FREE ni. Ayyoooo....

Selepas selesai makan, masing bertanya khabar sebab sudah lama tak berjumpa. Macam abg kerol ngan mahady, masing2 bertukar diet masing2. Dan banyak lagi la cerita2 lain yang seronok didengar tapi tak dapat ditulis disini sebab kekangan masa bekerja utk membaca blog... (matilah, isu baru).


[jamal + faiz + jai turut hadir memecah sunyi]

Lepas habis semua, ada speech dari tuan punya majlis. Yang mengucapkan terima kasih kepada yang membantu beliau dan juga kepada yang tak dapat hadir. Minggu terakhir beliau di Malaysia sebelum berangkat ke Kota London (cheh... CARDIFF kota ke?) pada 6 Februari itu.

Selesai, semua pulang dgn gembira diselangi keluhan kepanasan kerana penghawa dingin yang tak mampu menampung bilangan luas permukaan kulit manusia yang menghasilkan haba.... terutama yang banyak dosa....! hhahahahha


[aksi GBS tanpa radin]

Terima kasih buat : BRO FAIRUZ + KAK ASA. This year balik Malaysia lagi, buat lagi ek!
Terima kasih buat Nik + Lan, Bro Jamal, Bro Faiz, Jai, Bro Fazrul + Kak Aida, Bro Kerol + Kak Rina, Bro Pojie + Kak Sarah, Mahady, Afif dan tak lupa GBS; dik nije, kashah and dxoul lacruz! Thank uols...

Wednesday, March 11, 2009

Let's Go Bowling


Laporan tertunda.

Maaf, terpaksa menyiapkan laporan program yang telah berlangsung bulan lepas pada pertengahan march. Alasannya mudah sahaja, material yang diperoleh diberikan akibat tidak tahan mendengar pesanan berulang kali dan akhirnya tanggal sambutan maulidur rasul baru2 ini, aku dah peroleh gambar2 yang boleh dimuatkan dalam laporan ini.

Program Let's Go Bowling telah berlangsung dengan jayanya pada 25 february di berjaya times square. Atas desakan ramai, yang inginkan sebuah pertemuan kecil kalangan teman2, akhirnya saya jemput bersama beberapa teman yang sudah berumahtangga menyertai pertemuan ini. Pada perancangan asalnya, program berbentuk nyanyian di pusat karaoke... namun mengenangkan watak kanak2 yang terpaksa mendengar lagu pitching lari Mungkin dendangan ANUAR ZAIN, maka, saya ubah kepada alternatif yang lebih berbentuk sukan.

Tambahan pula, secara kebetulan... ada peristiwa yang mengENZIMkan perasaan teruja utk berentap di arena bowling ini. Biarpun bowling bukan my expertise, namun well well well... aku lebih selesa melihat teman2 gembira. Jadi semua ini bukan untuk menunjukkan kehebatan... ia adalah amal bakti buat teman2. Nak beri duit sebagai sedekah, semuanya dah kaya... maklumlah, sementara tunggu kawan kat shopping complex pun dah boleh habis RM200. ermmm....angel tak watak aku ni? Kira suci laa... sempena maulidur rasul la... nak menang tokoh boleh kan? walaupun dalam dunia penyiaran... hahahah

Permainan dilangsungkan sebanyak 2 permainan. Beberapa watak MISS LONGKANG patut diberikan. Namun tak kurang juga gelagat bila masing2 STRIKE. Riaknya mengalahkan muka shalin zulkifli. Tapi aku tetap tersenyum berikan sokongan... Ada yang mengajar dan ada yang belajar. ermmm masing2 mestilah nak STRIKE kan? [strike dalam bahasa melayu apa ek?]

Kumpulan dibahagikan mengikut level kehebatan. Aku tau level aku tahap mana. Dan pembahagian itu adil dan tak dipengaruhi simpati mahupun kroni. Well2. Dan bagi pemenang kumpulan... aku rasa group aku laa... tapi sebab ada perjanjian damai yang termaktub sebaik sahaja permainan ini habis, maka keputusan permainan tidak akan diumumkan kepada public. Niat ini amat suci... namun ura2 wujudnya kebocoran keputusan permainan belum kedengaran.


[kamil belajar daripada ayahnya cara balingan tangan kiri]

Baiklah, kalu aku meleret macam dramalova (matilah)... pastinya kalian tak sempat uruskan kerjaya. Sebabnya aku rasa kalian mesti punyai cerita menarik bermain bowling ini tersendiri. Jadi tak perlulah untuk aku menceritakan satu demi satu aksi pemain2 yang hadir.

Cuma apa yang ingin aku kongsikan, masa zaman belajar dahulu... aku bermain bowling dikalangan teman2 rapat di Skudai, aku watak yang paling ceria. Maklumlah, bagi aku, markah AKSI amat penting ketika bermain. Pada siri balingan terakhir game itu, aku terduduk dan terus menyudahkan dengan membuat aksi memberi salam ketika habis solat. Aku mmg nak cover sbb terduduk itu, jadi aksi itu mendapat tawa gelak ramai sebab mereka ingatkan aku mmg saje2 buat aksi itu. Tapi sekarang, aku dah tak buat.... hehehe.


[kamil hadir turut memberi sokongan]

Apapun, aku wajar di sini berterima kasih buat; dik nije, ghazaly, mr +mrs kerol, mr + mrs fairuz dan azrul ibrahimi yang sanggup turun sama memeriahkan kehidupan masing2.


[antara yang hadir, eh... semua yang hadir]

Selepas permainan, masing2 ada yang pulang dan kami yang tinggal bertemu semula di sebuah restoran di jalan klang lama untuk makan lewat malam.


[aksi sepanjang zaman, sambil tunggu kamil main keretapinya]

Kepada pemenang, syabas. Sedar kehebatan anda dari dulu. Cuma corak permainan tak konsisten memberi peluang kepada pihak lawan utk memberi saingan sengit! hahahha matil la lari....

+bila la pulak organizer bermain bola tampar ni, tak sabar nak jadi CHUN+

Sunday, March 8, 2009

i don't have any material



[blog aku kali ini lebih padat dan ringkas sebagaimana laporan berita]

Sedikit perkembangan perasaan...

Aku masih memerlukan camera compact untuk aku meneruskan kehidupan merakam visual perjalanan kehidupan.

Menurut sumber PJaya, melalui satu gambar, cukup untuk menggambarkan sebuah cerita. Meskipun meletakkan gambar makanan yang dimakan di Bandung mahupun gambar berlatar belakang pergunungan di Jepun.

[R/OVER]
[SUPER : KERINCHI HEIGHTS, Kuala Lumpur]

Makluman pekerja FEL+A pula berlainan, sebuah cerita perlu dilukis biarpun tidak cantik, namun tetap memberi kesan kepada jiwa pembaca.

Sepertimana politik tanahair, pembangkang daripada JURUTERA cawangan johor dan JKR selangor sependapat, sebuah penulisan meleret dengan lenggok bahasa yang cantik mampu menarik perhatian.

Manakala seorang peminat bangunan tabung haji pula yakni AH LONG terbesar shah alam memberi pandangan... dengan memuatkan lagu pula, mampu membuai penghayatan pembaca.

Secara peribadi, bagi aku, sesuatu yang cantik itu adalah salah satu perubahan. Dari yang kurang menarik kepada yang lebih menarik. Jadi aku lebih suka jika penulisan ini disertakan dengan imej-imej yang menarik.

Jadi, tidak kira panjang ataupun pendek, cantik ataupun tidak, berubah mahupun tidak! aku tetap mencari sebuah camera compact yang mampu membantu aku menulis!

Sebab itu buat masa ini, aku amat-amat memerlukan bantuan untuk menyampaikan laporan terkini tentang perjalanan hidup ini.

[ENDS]
(contoh penulisan berita)

Sunday, March 1, 2009

Tribute to PUTRAJAYA + PETALING JAYA


[masjid putrajaya utk umat islam menunaikan solat jumaat je ke? solat lain kat alamanda]

(edisi SIAP BINA - boleh terus dibaca; bukan under construction ye)

korang pernah tak cuba 'google'perkataan PJAYA ataupun P JAYA ataupun P.JAYA? Kalau belum pernah, cuba korang buat sekarang... buat lah! NOW! ok.


[menara MPPJ yang didakwa sebagai bangunan TABUNG HAJI oleh seorang doktor gigi]

Korang dah dapat jawapannya? Kalu tipu, itu dosa uols dgn tuhan uols... ok!

Baiklah, malas aku nak layan cite pasal dosa korang. Ni ha, hasil kajian aku ke atas search engine dalam laman sesawang (rtm tukar nama WEB kepada SESAWANG; fyi), aku mendapati bahawa semua hasil carian adalah bertemakan pelbagai jenis laman web yang berunsurkan lokasi PETALING JAYA! Sekali lagi PETALING JAYA ye! Hanya SATU link sahaja carian itu merujuk kepada PUTRAJAYA.

Ini aku nak sentapkan semua orang termasuk warga PUTRAJAYA! Alkisah pendaftaran PEGAWAI KERAJAAN ; yakni pembantu tadbir je... yang mengambil masa selama 2 hari untuk pendaftaran dan taklimat dan juga 'posting'!

ha, aku dikirimkan sms dari seorang waris (sepupu), tertulis; KALU KE P'JAYA JAUH TAK? BAPE MIN? aku text him balik; DEKAT JE, 10 -15 mins only!

so, sepanjang pengamatan aku, sehidup aku di kota kuala lumpur ini, inilah pertama kali aku nampak ejaan singkatan P'JAYA ini. nak kata P. JAYANTHI tak mungkin la sbb ini lokasi...

Jadi, korang rasa sentap tak kalu selama 4 berturut-turut anda kena bangun seawal jam 5am ke PJAYA dari PJAYA juga?


[2 kali hampir eksiden akibat mengantuk tau.... tapi tetap kelihatan cantik]

5 hari ke PJAYA ini adalah termasuk
SELASA : 1st day : pandaftaran + menunggu
RABU : 2nd day : taklimat + menunggu
KHAMIS : 3rd day : posting + menunggu
JUMAAT : 4th day : duduk kat meja dan department masing
AHAD : 5th day : aku hantar ke rumah sewa nya di PJAYA!

Lepas ni, selain aku nak cakap pasal TRIBUTE to PJAYA ini juga, ingin aku mengeluh resah akibat pengurusan pentadbiran pendaftaran pegawai kerajaan yang mengambil masa 3 hari untuk menentukan lokasi kerja (posting) itu. Hehe... tapi kawan2 aku pun byk je kerja Government... sian mereka. Aku hanya nak sampaikan kepada yang berkenaan. Tak bermakna dengan kata2 ini, ia bakal menganggu gugat pereka grafik JAKIM dan JPA mahupun JKR cawangan PJAYA! hehehe! mahupun kak ijat dan kak peedah. I love uols girls!


[ i tak cakap pasal u jugak kak peedah... i cakap pasal pendaftaran je]

K. ikhlas, i tak pandai buat less than 25 words je!... camne ye? PJAYA ke PJAYA!