Tuesday, December 22, 2009

CAN' T sleep

Semalam aku tak dapat tidur. Anak kedua kakak kedua aku merengek menangis sepanjang malam. Lebih menyedihkan aku yang penat bekerja sepanjang hari dengan lebih masa jam bekerja, mengakibatkan sejak awal malam lagi, aku dah menjadi lesu!

Anak kakak aku, demam selesema. Kasihan ketika kami semua sedang menikmati makan malam, kakakku tak selesa menjamah makanan berikutan anaknya yang merengek itu.

Jam 12 malam, sekali lagi aku dikejutkan... anaknya menangis tak henti-henti. Kasihan juga kepada kakakku, yang kadangkala terpaksa bangun akibat anaknya yang buat hal itu. Aku nak juga bangun dan tanyakan khabar, barangkali ada yang aku boleh bantu. Namun aku rela membisu, sebab takut abang ipar aku cakap, tak de anak lagi, ada hati nak setelkan anaknya itu. Aku cuba pejamkan mata. Namun gagal. Keadaan semakin parah. Ia berlarutan hingga jam 2 pagi.

Jam 5 pagi, aku sudah tak tahan sabar. Pening juga kepala asyik2 tersedar dari tidur. Aku bingkas bangun! terus ku sapa anak kakak aku itu! Baby Amalin! Saja aku cuba hulurkan tangan kepada kakak aku, dan Baby Amalin memberi reaksi mahu. Aku dakap dan keluar dari biliknya. Aku dodoikan anaknya itu diluar dari bilik... dan terus lena.

Kakak aku yang terpinga2 memberitahu, barangkali baby amalin nak kat uncle duta kot (wah tetap nak vouge namanya).

Aku dengan ala2 hospital attendant seraya berkata;

kak ngah, kalu kita yang dewasa ni macam nak separuh mati duk dalam air con dengan kipas pasang masa hidung tersumbat, masakan ini budak kecik!

(waaaaa.... anaknya tersentak dari kata2 aku)... tapi berjaya kudodoikan semula!

So, korang2 yang ada dan bakal ada anak ni, anggap juga sikap mengada2 korang masa demam tuh ala2 nak telan sup pun tak leh, sama je ngan sikap anak2 kecil ni ye! so, kalu tak nak layan, jangan bela anak! hahaha...

11 comments:

R28est said...

hurmmm sangat setuju...
air cond + kipas = ala iglu...

*uncle yg bagus...hehehe ;)

Adam Ruslan said...

Banyak lagi cabaran dan dugaan punyai anak kecil.

Semoga berjaya dan teruskan bersabar.

d u t a said...

+ r +
mmm tu lah. kasihan budak tu. lembik longlai semalaman menangis!

+ amani +
ingatkan jadi ayah senang hati. sbb makin membesar je!

cham's said...

tgk mcm i...elok je perilaku 'anak ikan' i, gitew :P

a z m i r said...

wah ada bakat! Hihihihi

shooter said...

euww....
duta terer ar...nanti dah ade anak sejam sekali kene bangun bagi susu ye. konfem mata lebam masa mengadap photoshop di office...ops...silap, dah baca berita

d u t a said...

+ susu +
alamak... aku tak bekalkan susu! hahaha!

Anonymous said...

wow! so great. nanti mesti ada siri realiti tv... helmimajid fatherhood. lalala

Anonymous said...

lupa lak satu lagi... mungkin baby tu mcm sy kot tak suka kipas + ekon? hihih

Adam Ruslan said...

shooter - dia tak rasa lagi jadi biar la dulu. we wait n see.

d u t a said...

+ dnije +
nak buat program gugu gaga galak !

+ dnije +
so far tak jumpa lak kesan kulit iguana pada budak tuh! hehehe

+ achik +
anak i jurus tak ternilai! malam2 tak wat perangai. hahaha!