Monday, November 23, 2009

KEROPOK 5 ringgit

[BABAK 1]

S : bak sini 2 ringgit...

aku : nape... nah (sambil menghulurkan)

S : nah ni (sambil hulurkan keropok)

--------------------------------------------------------------------------

[BABAK 2]

S : dah dah... bak sini 5 ringgit. sebelum akak balik... ko mesti beli keropok ni.

aku : waklu... sape nak makan...

S : tak de takde junior mmg kena beli...

aku : ni je duit ada [sambil keluarkan duit dlm poket]... alamak cukup lak 5 ringgit.

--------------------------------------------------------------------------

[BABAK 3]

aku : ala... akak nanti kubur tertutup tau masa nak tanam... mana tak nya, jual untung berganda2... kalu pegi haji, lepas tawaf boleh balik hari... esok pegi balik...

S : sial je ko...

--------------------------------------------------------------------------

[ BABAK 4 ]

aku : siaplah... i publish dalam blog. i dah amik photo memaksa menjual keropok 5 ringgit

S : eleh...


ini dia kakak S di office aku, yang gigih membawa keropok 5 ringgit nya dengan syarat setiap hari, jualannya mesti laku... hampeh! lebih perit telinga aku melihatnya... bila jualan dipaksa beli dan propaganda yang dibawanya... keropok itu mahal; kononya dari brunei! lepas ni i nekad bawa kad kredit je dalam wallet pegi office. hahahaha...

maka tak hairan la... satu hari nanti... selepas tak layak berada di situ... kakak S bakal menjalankan pekerjaan seperti dibawah!


[ihsan : www.cuti.com.my ]

gbs taman negara [tertunda]


atas permintaan ramai... ini photo-photo yang diambil ketika lawatan gbs featuring hisham ghani [isang] ke taman negara awal tahun ini.

[ baju UP kasha... mmm padan laa ada idola ]

[ tak de arahan muka buruk kan? ]

[ cam pelakon jahat je radin ]

[ tajamkan dagu ]

[ thank isang kerana menghiburkan kami... yang penting pic ko yang paling memalukan tuh, ku simpan untuk anakmu ]

kepada yang lain, photo ni diambil saja2. sbb dah tak de keje sangat malam tuh sbb hujan ditengah hutan belantara itu... memaksa kami hanya duduk berkurung dibilik sahaja.

Thursday, November 19, 2009

serious or ANECDOTE

Nampaknya galak sungguh rakan-rakanku mengeluarkan cerita-cerita palsu dan betul menerusi blog masing-masing. Dari ceritera menjadi sultan, membungkus anak dalam almari, pura-pura sakit kaki, plagiat isu kandungan blog rakan dan menukar layout blog termasuklah... ura-ura penutupan blog. Seronok membaca bila ada kelapangan. Lebih2 lagi, waktu berkerja... thrill betul membaca blog dan membalas komentar disaat-saat itu.

Selain dapat tersenyum gembira... dapat juga memberi motivasi diri. Yang penting; kawan-kawan office lain sure ingat ko gile... sebabnya senyum simpul sorang-sorang! Biasalah, lawak-lawak dalam facebook mahupun mana-mana laman web sosial yang lain... pasti ada yang melucukan! belum lagi masuk lawak bab agama! dgn lawak-lawak yang membataskan peradaban!


[ini pendekatan aku berinteraksi dgn syarikat printing; ketika mendapat mock-up design untuk pengesahan printing ]

Bercerita pasal laman sosial ini... pernah terjadi insiden tidak terduga kepada diri aku. Mungkin juga pada anda yang juga menyebabkan beberapa impak besar berlaku dalam hal ini.

Syahadan, di sebuah laman sosial terawal diperkenalkan dimuka bumi ini... aku tidak terlepas memilikinya. Dan mempunyai koleksi kawan yang bijaksana di dalam senarainya. Berbual dan bermesra, maklum sahajalah, bukan senang nak berjumpa bertanya khabar. Ingat dahulu arwah nenek sebelum menunaikan rukun islam ke-X*... beliau sanggup merancang perjalanan hingga ke Pattani, Thailand untuk berjumpa kaum keluarganya bagi menyampaikan hasratnya ke Mekah! Walhal, jikalau nenda mempunyai facebook ketika itu, mau tidaknya diBLASTkan sahaja status mohon maaf dan restu pemergiaannya itu di ruangan paparan utk semua kenalannya! mmm sambil menghela nafas... jom kembali ke alam nyata!
* X - sila isi sendiri

Aku seronok seperti biasa melayari laman sosial itu. Dan dengan lancang mulutku bertutur senada dengan penulisanku. Bukan apa, dikalangan kawan turut melayan apa yang dibahaskan. Malah ada yang sanggup menerima melayan dengan sempurna tanpa sebarang bicara disebaliknya. Arakian dijadikan pedoman dalam hidup, terjadilah kisah ungkit kenangan di zaman bergetah dahulu yang mencoretkan kisah2 cinta monyet dikalangan rakan sedarjah! alah, kisah lama yang kalau dikenang, apa salahnya! bermain2 kata, tak semena-mena... tersentuh hati seorang individu (Q), dikala membacanya. Komentar itu dianggap biadap dan seolah-olah menghina Q. Mungkin benar, sebabnya... sejak dari awal tajuk perbualan, masing-masing berlagak besar bercerita kehebatan masing-masing dalam tragedi bercinta di sekolah. Malah, ada yg sanggup mengaku dgn kisah cinta meskipun tidak tersenarai dalam ingatan aku. Namun, dari awal juga... sememangnya perbualan dipaparan itu berasaskan bicara kosong dan dipenuhi gelak ketawa.

Bukan mahu memburukkan keadaan.... namun ini kerana aku sedar dan menyatakan kemaafan kepada Q sebaik menerima berita buruk itu. Aku sedar aku berdepan dengan manusia yang kurang bijak mentafsir antara perbualan serius dengan anekdot yang diterjemahkan aku ataupun kenyataan rasmi. Sementelah itu... aku berfikir dan mempunyai alasan kenapa watak Q ini naik berang tak semena-mena berdasarkan beberapa pandangan rawak yang terlintas dibenak fikiran.

pertama : Q membaca kenyataan itu ketika mood period mahupun sengugut tiba. ataupun ketika fikiran waras Q berada dibawah paras normal.

kedua : Q tidak meneliti perbualan dari awal, dan hanya semborono membaca mesej yang paling akhir dalam isu dibincangkan.

ketiga : Q tidak faham terjemahan bahasa melayu kepada bahasa pasar yang digunakan dalam perbualan itu.

keempat : Q seorang yang serious, dan hanya menerima lawak diperingkat pemikirannya sahaja.

kelima : Q bukan layak menerima lawak aku lagi...

keenam : dah la... cukup la...

Perkara ini sebenarnya menjadi pengajaran kepada aku. Yakni, golongan ini aku sasarkan agar tidak mengunjungi penulisan aku. Jika dia terus ingin melayarinya... maafkan aku.

Jangan risau. Situasi aku ketika menulis blog ini, dilaporkan tenang... kerana aku tidak mahu menyimpan sebarang dendam. Bila kita meningkat dewasa; dan melalui langkah cara hidup tersendiri; maka banyaklah konsep hidup yang kita praktiskan tanpa atau dengan persetujuan orang lain. Ya... pernahkan, bertemu golongan yang lebih dewasa dengan pemikiran dan konsep hidupnya yang kadangkala tidak sependapat dengan kita? Itu memang lumrah.

Jadi... bagi aku, bila aku berdepan dgn komentar yang boleh menggores hati. Aku perlahankan pembacaaan. Aku akan kaji semula dan lihat kembali asal usul komentar itu. Jika dtgnya dari sebuah lawak yang dilayan-layan; maka pastinya tukang komen yang memberikan kata-kata itu turut berasaskan anekdot! Jika tidak; bersedialah anda menangis ala-ala Amber Chi* menuntut haknya?

Baiklah... selalunya, bila aku tidak berapa segar dari segi mood dan juga keletihan... aku lebih selesa tidak membaca sebarang lawak dengan semborono. Alasan? Mood penat dan juga bebanan kerja juga memberi kesan kepada perwatakan harian kita. Tak semena-mena rakan yang menolak jemputan makan malam pun... dicaci carutkan! Ops... bukan menuding jari, cuma berkongsi sedikit resipi!

Jadi, jika anda dibayangi hidup sebegini... cuba2-cuba lah mengelakkan dari membaca atau membuat penulisan ketika keadaan emosi yang tidak siuman. Waima ketika marah mahupun ketika fikiran yang tidak waras. Ini bakal mencerminkan keperibadian yang bersifat mudah melatah! Ini juga pesanan buat diri aku... agar ianya bersifat sempurna.... sesempurna manusia dibekalkan akal fikiran dari Allah yang maha esa!

Sunday, November 8, 2009

WHERE to eat?

Dulu masa kecik2 dulu (eh, konsep sape blog ni... i pinjam ye), aku suka makan gulai lemak labu dengan nasi dan ikan selar kuning goreng rangup. Sampai masuk mrsm, aku anak emas makcik kantin, ayam kenkadang makcik terlajak letak dua... (ada orang kata tak halal sebab amik hak orang lain, tapi sebenarnya aku amik bahagian group tak makan ayam kat sekolah tu - hebat aku bagi alasan). Tapi, dari kecik juga aku suka makan pisang dan seangkatan dengannya; such as pisang goreng, pengat pisang, sira pisang, lepat pisang, cucur pisang, lempeng pisang dan kek pisang.

Itu masa kecik... now dah besar dah berbini ni, aku putarkan waktu utk dilihat galur sejarah hidupku... aku tgk aku tak memilih makan sangat. Asalkan perut aku kenyang... tapi dengan satu syarat; jangan pedas. Kalu tak; perut memulas dan mula la pil 'chi kit teik aun' menjadi sasaran.

Alkisah nak dijadikan cerita... aku seperti biasa keluarlah dengan 2 rakan baik aku yang masing-masing bukan berasal dari tanjung malim, jepun mahupun kota london. Aku seronok keluar sebab masing2 ada je soal nak dibualkan dan dibahaskan. Dari perkembangan blog sehinggalah kepada kerjaya diluar daerah liputan dan dalam liputan. Semuanya dikongsi...

Namun part yang paling susah bila tiba time makan malam mahupun tengah hari. Pelbagai pendapat disuarakan sehinggalah tiada kata putus dibuat. Dan pelbagai pulak konsep hidup disuarakan sehingga di elyana kan (tak tercapai akal mu)...

Sebagai seorang yang waras dan sihat tubuh badan ( tidak mengalami kecacatan setakat ini)... aku pun puas memikirkan lokasi strategik untuk mengalas perut. Perkara yang perlu diambil kira dalam keputusan itu adalah :

+ bukan makanan SEAFOOD ! ada pesakit mahakulit diantara kami

+ bukan makanan JAPANESE ! ada pemakan yang maha penggeli haiwan termasuk itik, rusa, kijang, badak ops!


+ bukan makanan BARAT ! spaggeti cepat muak kan?...


+ bukan tomyam ! entah sampai la ni tak tau nape...


+ bukan nasi lemak kopitam ! selain sebab tertentu, sebabnya tak terima makan nasi lemak pada kadar RM 7.80 ke atas.


+ bukan makanan JAPANESE ! eh repeat pulak...


+ bukan makanan 'BERJANJI' ! sebab nak kena jaga hati


+ bukan makanan barat (stik) ! ermm i'm not really carnivor!



[senyuman terpaksa makan sandwich]

Entahlah, bila list sedepa ini diambil kira, dari kota damansara, aku pusing hingga ke sg buloh dan kg melayu subang... idea tak timbul2 juga. Akhirnya selepas melewati kawasan kelana jaya, barulah terfikir satu kedai yang rasanya pelik namun boleh la diterima pakai... cuma masing2 memendam perasaan TERBAKAR dibenak hati! semua makanan dipujinya dengan muka yang ala2 lakonan KHATIJAH TAN dalam PISAU CUKUR lagi berjaya. Air avocado pun dipuji melambung ke sharifah zarina(langit ke-7).

Pulang, masing2 berdiam diri. Hanya bait lagu yang terlintas menjadi siulan kepada perut yang masing2 dipadatkan dengan makanan yang sendiri telan pun, rasa nak muntah balik sebab makan hati. Hahaha...

Kepada anda semua yang mempunyai masalah yang sama... saya rasa hal ini boleh diselesaikan dengan toleransi. Yakni; jika dahulu pilihan anda, kali ini apa kata kita tukarkan mood kepada pilihan saya; takkan saya boleh telan sandwich BUBBA GUMP, sedangkan anda hanya nak order air suam sahaja..... hahaha... larikk... (dah karang blog masing?).

Apapun filem PISAU CUKUR lakonan mantap NURFAZURA dan MAYA KARIN memang BEST! wajib tonton tahun ini! ops... oh my AVIATOR tak carry!

Thursday, November 5, 2009

HOW to KEEP your bedroom tidy


Puas aku memikirkan apa masalah yang sebenarnya aku hadapi. Rupanya aku dilanda masalah bilik yang bersepah. Selalunya aku memberi alasan positif pada diri aku, bahawasanya... orang ART memang kreatif dengan mencampak pakaian di atas katil pun dikira as a part of art.


Tapi bila aku ke rumah kenalan rapat yakni penjawat awam yang lain... aku lihat tahap grafik mereka yang dibawah PAR, aku mula menyoal diri aku...

"takkan la mereka ada jiwa setinggi SENI seperti aku... nak buat curve pun kena buat LIVE dari office... (padanlah office call my number, apahal borak panjang2 dalam phone aku)"

Dengan penelitian setahap ini, aku menyedari bahawa tidak timbul soal art terhadap kekemasan bilik. Semuanya kerana SIKAP! ya semua... dan GBS ; sikap. Tak kisahlah yang dah kawin or belum.

So, dengan perasaan positif yang menular dalam kehidupan aku... aku cuba mencari langkah penyelesaian dengan mencari tips dan cara utk memperbetulkan keadaan yang semakin kronik. Semoga kalian pun dapat mengambil iktibar. Selamat mencuba!

sumber ihsan :
wikiHow

Steps

  1. Have an incentive. Is your boyfriend or girlfriend coming over for the first time, and you want to leave a good impression? Are you moving/going on vacation anywhere? Are you having difficulty finding your possessions beneath the knee-high pile of clutter covering your floor? Or are your parents forever asking you to tidy it up? All of these can be good reasons to get cleaning!
  2. Decide what is essential, preferable, and unnecessary for your room. This will help you prioritize what you want sitting out, and what you can afford to stash away most of the time!
  3. Find storage space. Dresser/desk drawers, closets, space under the bed, attics/basements, spare rooms. Whatever works, put your extra stuff there. Have a system for storing clothes, both clean and dirty.
  4. Pick up your stuff. Start with large items first, then move on to papers, etc.
  5. Keep the room clean by vacuuming, scrubbing, washing, dusting, or whatever else you need to do to keep it presentable. If your stuff starts accumulating again, just take a few minutes each day to put everything where it belongs.
  6. Plan one or two days a week that you pick-up, dust, vacuum, and re-organize your items. Or each night before bed, examine your room to make sure everything is in it's correct place. If you have a carpet vac up, or if you have a laminate floor sweep and mop up.
  7. Try to make a deal with your parents concerning you getting a reward every month your room stays clean, neat and organized; even if it is just a small treat, it's still worth it!
  8. Do you like the feeling of your room being clean? Do you like that feeling that everything is fine, and you can relax? If so, those are more reasons to clean your room!
  9. Make sure your all your drawers are shut, like the ones in your dresser and desk.


Tips

  • Try to reward yourself in some way every time you clean your room. This might be anything from having a cookie to seeing your favorite program on TV. Rewards don't always have to be big. They are simply something you can enjoy that you wouldn't normally.
  • Everyone goes about tasks differently. Some people prefer cleaning a bit every day, others like to attack everything in one sitting. Find out what works best for you.
  • Find storage spaces and when you do, put your things in there, but have a system. It can be that all your papers about hobbies can go in a green folder and the green folder goes into the white binder and goes on the first shelf. Whatever works best for you, do it.
  • Remind yourself if your room is clean, you can have friends over more often!


Warnings

  • There's a difference between clean, neat/tidy, organized, and keeping everything clean. For a bedroom to truly function well, all three of these qualities must be met.
    • Clean: not dirty. This is when you wipe the dust off the bookshelf, vacuum the carpet, scrub the floors.
    • Neat/Tidy: Looking presentable. Straightening the books on the shelf, keeping all your pencils the right way up.Sometimes, even the little things can make a big difference.
    • Organized: Ah, the most misunderstood term of all. Organized means that you are/will be able to find anything in the room. You have a 'home' for all of your belongings. Now, not only can you impress yourself by looking good, you will impress others!
    • Keeping everything clean: If you have different shelves that are organized well, don't put something where it doesn't go: it makes you disorganized and might mess up a clean room. If you throw your T-shirt where your tax papers are, it messes everything up.
  • As you complete a task, stop and look to see if it is correct. You don't want to not have something wrong and you start something else. So when the task is complete go on and finish cleaning. Trust me it will work. EXAMPLE: Your dresser is disorganized, you cleaned it all up and then you will check to make sure everything is in its correct spot.
  • Is under your bed dirty? This is what you should do. Slide and remove everything from under your bed and put it in the middle of the floor. Go through the things you'll need. If you like something really bad, keep it but put it in an organized place.Do not keep everything like a slob, force yourself to throw it out because you won't have anymore junk.If there is food under your bed, then immediately remove it before pest come and take over.
ups... i missed my corner masa study dulu... ruangan gossip dan confession!

[thanks kerol bro for the postcard...]