Thursday, December 29, 2011
PEREKA GRAFIK : hentikan idea ini
Wednesday, November 23, 2011
ETIKA ber 'facebook'
BERSOSIAL; semua orang tahu erti dan pengertiannya. Sama konsepnya ketika kita menggunakan laman web untuk bersosial. Banyak hala tuju dan matlamatnya, baik ketika diwujudkan mahupun sehingga kini. Pendekatannya; sama! Itu yang berlaku ketika ramai yang mempunyai akaun di laman sosial popular masa kini, FACEBOOK.
{ Jika inginkan maklumat lebih jitu mengenai matlamat penubuhan facebook, anda boleh cuba meluangkan masa; klik pada pautan ini untuk mengenalpasti sejarah penubuhan FACEBOOK. }
Apapun, sebelum akaun anda dibuka, sering kita mengabaikan beberapa terma dan syarat yang sepatutnya kita perlu tahu sebelum menyatakan persetujuan. Malah, sememangnya apabila bersosial secara digital ini, perkara yang sebenarnya berlaku; tanpa kita sedari adalah perkongsian sebahagian daripada diri kita, bersama kelompok di dalam akaun yang kita cipta.
Sebagaimana yang kita ketahui, pada ruangan facebook juga terdapat ruangan, aplikasi,atau pautan yang ditawarkan untuk dikongsikan. Ia adalah hak mutlak pemilik akaun. Sekali lagi HAK MUTLAK.
Tetapi, apa-apa jua sekalipun, kita harus menerima hakikat, Allah menjadikan manusia ini pelbagai sifat dan perilaku. Tidak semestinya apa-apa tindakan kita senada dengan semua orang. Tidak semestinya kata-kata kita, dipersetujui ramai. Tidak semestinya pandangan, idea, luahan dan nukilan mahupun ideologi kita menerima kata bulat daripada semua orang. Itu lumrah. Itu hakikat kehidupan. Kita harus menerimanya sewajarnya dan sebijak mungkin.
Sebenarnya, apabila anda mempunyai laman sosial ini, anda sebenarnya telah meletakkan diri anda dalam risiko berkongsi kehidupan anda sendiri. Sekiranya ‘bersosial’ itu sering dianggap negatif, begitu juga di laman sosial ini. Semuanya bergantung kepada pemiliknya. Cerdik, bijaksana, ataupun sebaliknya.
Dahulu dan sekarang, facebook sudah banyak berubah. Tetapan (setting) jugapun sudah diperhebatkan. Termasuk tetapan privasi ataupun sulit. Malah anda boleh mengawal apa yang anda lihat pada paparan yang dikenali sebagai NEWS FEED. Bagi yang kurang jelas, NEWS FEED ini dalam erti kata yang mudah adalah; APA SAHAJA YANG MASUK DAN DIKEMASKINIKAN DARI KALANGAN RAKAN ANDA DI FACEBOOK sama ada status, foto, lokasi, video, nota dan sebagainya. Dengan penambahbaikkan yang dilakukan pengendali laman sosial ini, anda boleh mengawalnya kemasukan apa-apa sahaja yang masuk. Malah, anda juga boleh menghapuskannya daripada dilihat pada senarai FEED yang masuk.
Dengan pengenalan paparan baru, facebook telah memberi opsyen (pilihan) kepada mana-mana individu yang tidak mahu hidupnya menerusi laman ini diganggu oleh mana-mana pengemaskinian oleh rakan-rakannya di dalam facebook.
Demi menjaga tatasusila, anda boleh melakukan langkah ini.
Pertama, lawat laman muka rakan tersebut.
Di sebelah atas bahagian kanan, ada pilihan ‘SUBSCRIBED’. Anda boleh ‘unsubscribed’ sekiranya anda langsung tidak mahu mendapat mana-mana pengemaskinian dari pada rakan tersebut. 'Most Updates' atau 'Only Important' ; semua itu tidak salah jika anda memilih, kerana rakan anda itu tidak akan sedar tindakan anda itu. Malah anda masih lagi rakannya di facebook. Meskipun begitu, semuanya bergantung kepada anda.
Untuk itu, jadilah pengguna facebook yang bijak.
Saturday, September 10, 2011
MUSTAJAB dan SYAHID
Monday, September 5, 2011
tak salah menonton FINAL DESTINATION 5, tapi ...
Menonton sekuel Final Destination bagi aku, adalah menonton sebuah filem yang tidak perlu berfikir. Tiada ilmu atau bentuk ilmiah pun yang perlu ada pada seseorang itu untuk memahami sepenuhnya jalan ceritanya. Yang penting kita tonton sambil tadah mata sehingga tamat 90 minit tayangan. Aksi terkejut dan mengerikan berterusan sehingga tamat masa tayangan. Memang tak akan terlelap sebab lepas satu, satu aksi ngeri dan mengejutkan yang dihidang. Apapun, masing2 ada citarasa sendiri, jadi tak kisahlah korang suka atau tidak. Tengok tak salah, tak tengok pun tak salah.
Yang salah, kalau tengok, semua scene kau nak komen. Dari awal, orang berlakon tu terkena skrew pun ko nak cakap SAKITNYA. Lepas tu ko nak cakap yang konon ko la yang faham jalan cerita ini, sambil cerita watak mana yang akan mati. Lepas tu, nak cakap, kalau kawan baik ko dtg, mesti menjerit kuat. Habis aku kat sebelah ini, kena dgr juga ke? Apa masalah ko ni? Bila aku tengok, padan lah, berdasarkan jenis material yang ko pakai, aku faham kenapa ko tgk movie seumpama tak faham apa itu PANGGUNG WAYANG GAMBAR. Ok. Tu je.
Watak yang menonton sambil bercerita ; harap2 ini bukan kawan korang
Saturday, August 13, 2011
JAM RAYA buat Mak
Aku nekad, raya ini, akan ku hadiahkan seutas jam tangan buat mak. Jam arwah abah tu hilang ketika rumah kami dimasuki pencuri. Banyak juga yang dikebasnya. Termasuklah juga cermin mata hitam milik abah.
Jam tangan ini arwah abah beli dengan menukarkan yang lamanya kepada yang baru. Jam lama abah warna silver, guna kuasa kenetik. Kalau lama tak dipusingkan, ia akan berhenti sendiri. Aku selalu berangan juga dengan jam itu. Masa itu aku umur 12 tahun. Abah juga tak lupa anak lelaki abah yang pertama, selain jam baru abah, abah belikan aku seutas jam tangan. Masa tu jam RM30 ke atas dah kira mahal untuk kanak-kanak seusia aku. Aku tak pasti berapa abah beli. Tapi selepas aku tengok dikedai, harganya lebih kurang RM30. Jam itu pernah hilang sekali, ketika aku pergi kelas mengaji. Abah jugaklah yang usahakan mintak balik kepada ayah budak yang mengambilnya. Sebabnya, aku nampak budak itu pakai jam aku. Masa tu, jam tu jarang orang pakai. Lagipun, kawasan kampung batu satu tu bukanlah ramai sangat pun penduduk. Abah pulak kenal ayah budak tu. Akhirnya jam kembali ke tangan aku. Namun kecuaian aku sekali lagi membawa kepada kehilangan terus jam itu. Aku sudah hampir lupa situasinya. Aku rasa ketika kelas Jasmani dan Kesihatan. Aku tertinggal di tandas. Dan sejak dari itu, abah bagi pengajaran kepada aku, tiada jam sehingga aku ke MRSM.
Apapun, lepas abah tiada, mak sering pakai jam tangan baru abah. Tak kiralah ke mana sahaja dia pergi, jam abah tetap dia pakai. Mungkin tanda setianya kepada abah. Ye lah, membesarkan kami 8 beradik dengan kudrat mak seorang sahaja, tentunya tak ternilai dengan harga sebuah jam.
Mak dulu menyara kami semua lepas abah tiada. Kami semua masih belajar. Duit pencen abah RM517 sebulan dan hasil mengambil upah menjaga anak orang… menanggung kami semua. Kadang-kadang mak ambil upah jahit baju saudara mara. Lepas lah mak beli barangan harian. Setiap 21 haribulan, kalau aku cuti semester, aku akan ikut mak ke bank, ambil duit pencen. Lepas tu, mak akan beli barangan keperluan sebelum balik dengan bas. Masa tu, ada jugaklah saudara mara yang menghulurkan bantuan. Dapat juga ringankan beban mak.
Apapun, raya ini, kali kedua aku tak pulang beraya. Sebab bertugas. Tapi aku akan kirimkan mak jam tangan itu nanti, melalui adik atau kakak aku. Biarlah mak dapat pakai jam ganti tu nanti. Walaupun mungkin tak sama, tapi aku harap, mak suka dengan jam itu. Tak mungkin jam itu mampu membayar pengorbanan mak. Tiap kali aku dengar lirik lagu DUHAI BONDA dari Nowseeheart; engkau ibu engkaulah bapa… pabila ayah tiada ; aku sematkan dalam hati, nekad gantikan jam itu. Aku tak tau kenapa aku sayang pada jam itu. Mungkin sebab abah tak lupa belikan aku jam pada masa dia beli jam baru.
Selain itu, raya juga aku akan teringat saat-saat kami sekeluarga berjalan hampir satu kilometer ke pusara abah. Pagi raya kedua, mak akan kejut kami awal. Supaya semua dapat bersiap dan bertolak awal. Takut nanti jalan panas. Kami masing2 pikul tikar, air mawar dan surah yassin ditangan. Kalau hujan pun, kami berpayung. Lepas bersih kubur. Kami sedekahkan bacaan yassin untuk abah.
Lepas habis, kami jalan lagi. Setiap kali raya, lepas ke kubur abah, mesti kami ke rumah Che Long, kakak mak. Lebih kurang satu kilometer lagi dari kubur. Rumah Che Long tempat abah hembuskan nafas terakhirnya. Malah mak dan abah memang rapat dengan keluarga Che Long hingga saat ini. Che Long pun dah tiada. Tapi kami adik beradik tetap ke sana tiap kali raya kedua. Seterusnya ke rumah adik abah yang terletak berhampiran. Lepas tu, kami ditumpangkan mana-mana saudara yang sudi menghantar kami pulang ke rumah.
Biar apapun, raya tentunya kenangan indah buat aku sekarang ini. Aku yakin, mak akan pakai jam hadiah aku nanti pergi kubur abah. Mak akan pakai pergi raya rumah saudara … moga jam baru nanti, tanda kasihku buat insan yang bergelar MAK!
Tuesday, August 9, 2011
MAY to AUGUST
Monday, May 16, 2011
mana MAK kau?
Sunday, April 24, 2011
SEASON four
Tuesday, April 12, 2011
TERSALAH kata
Thursday, April 7, 2011
HAD PENGGUNAAN SEMASA talian
MOHON & POHON
Kata 'mohon' dan 'pohon' sama maknanya (sinonim). Kedua-duanya merupakan bentuk yang lebih halus daripada 'minta'.
Kata 'pohon' ada dua maknanya. Yang pertama ialah tumbuhan yang berbatas besar dan keras.
Makna keduanya ialah 'minta', iaitu sama dengan makna kata 'mohon', bermaksud 'minta' (bentuk yang lebih halus).
Proses morfologi (pembentukan kata) yang terlibat.
1. Benar bahawa kata 'bermohon' terbit daripada kata 'mohon'.
2. Kata 'memohon' boleh terbit daripada 'mohon' dan boleh juga daripada kata 'pohon'. Kata yang terbit daripada kata 'mohon' menjadi 'memohon' tanpa perubahan kata bunyi awal kata dasar, kerana huruf awalnya 'm'. Tetapi apabila kata 'pohon' yang menjadi kata dasarnya, maka 'p' umumnya disengaukan menjadi 'm' apabila menerima awalan 'me', sama dengan kata 'pukul' menjadi 'memukul' dll.
3. Apabila kata 'dimohon' tidak ada dalam senarai yang sdr. katakan itu, maka jelas bahawa kata 'dipohon' terbit daripada kata dasar 'pohon', sama halnya dengan 'dipukul' (bunyi 'p' muncul semula bagi awalan 'di'). Namun, daripada segi tatabahasa, tidak salah bentuk 'dimohon' jika kata dasarnya 'mohon'.
Awang Sariyan
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Msia-China
Beijing Foreign Studies University
Tuesday, March 29, 2011
SMS ayah!
Saturday, March 26, 2011
MENU musim gaji
Tuesday, March 22, 2011
4 days notes
Tuesday, March 1, 2011
smart fridge
tapi aku kali ini aku xkawal lagi kemasukan bahan mentah di dalam peti ais. namun aku kena pantau juga. sebab tak nak membazir, aku rasa aku kena tgk juga apa yg mudah habis tempoh atau akan basi. dan dari situ aku boleh bajet yg mana satu kena makan dulu.
apapun aku rasa ada faktor lain yg mempercepatkan proses pereputan benda hidup tersebut . yang aku jangkakan adalah peti ais yg aku miliki dr tuan rumah ini. usianya barangkali menyebabkan banyak bahan mentah reput lebih cepat dr kadar biasa biarpun telah dibungkus dalam plastik khas.
dan faktor ruang masa tuan juga. ditambah selera makan yg berbagai-bagai juga antara faktor menyebabkan barangan ini bertambah satu persatu dan juga tidak dikawal.
dalam fikiran sedang meneliti sebuah peti ais bijak atau nama englishnya smart fridge . konsepnya, setiap barangan dimasukkan boleh disenaraikan dalam sistem data termasuk anggaran tarikh luput. selain boleh melihat stok barangan ini; sistem mampu memberikan amaran kepada pemiliknya bagi memastikan bahan mentah tersebut diguna sebaiknya sebelum ia reput. tapi apapun, pemiliknya tetap kena rajin jugalah kan... tau ke mak kita nak guna teknologi tu?
Thursday, February 24, 2011
ujian KESABARAN HIDUP
Aku yang mempromosikan tawaran jualan murah bersempena penutupan sementara gedung beli belah JUS** kepada rakan gbs, disambut baik apabila aku ditawarkan menemannya untuk membeli belah. Hasilnya, 3 bantal berjenama separa mewah disebatnya. Selepas itu, kami ke sebuah restoran. Selesai mengalas perut (ye ke?) destinasi kami melihat tawaran serta jualan menarik selepas cuti tahun baru cina di gedung tersebut. Tersinggah sebentar di cawangan vendor dilantik syarikat telekomunikasi gergasi di tingkat bawah. Dengan tawaran yang menepati belanjawan, maka berganti sudah peneman hidup yang hilang entah ke mana. Sebuah telefon bimbit terkini yang menjadi idaman berada dalam gengaman.
Sayangnya, akibat kekangan teknologi, telefon ini dimaklumkan wakil jualan vendor itu, perlu diaktifkan menggunakan perisian itune* pada mana-mana komputer yang mempunyai talian internet. Maka, teman gbs lah yang disandarkan harapan.
Tak sabar dengan gajet terbaru itu, destinasi seterusnya ke Shah Alam dan telefon tersebut berjaya diaktifkan. Namun, namun, namun… (ingat pidato zaman sekolah?)… perisian gajet (application) pada telefon ini mengalami masalah. Setiap kali dibuka perisiannya (tak perlu ditutup ye warga Malaysia di Jerman), ia terpadam dan membuka kembali sistem telefon (senang cerita restart lah). Anggapan baik aku terhadap jenama yang dipuja ini, mungkin sedikit kesilapan yang akan beransur pulih tidak lama lagi. Sifat prasangka baik aku, memang menebal ketika ini.
13 Februari
Ketabahan aku menggunakan telefon bimbit ini semakin memuncak. Acapkali aku berdepan dengan situasi tidak dapat menelefon atau menghantar khidmat pesanan ringkas SMS akibat situasi yang sama berulang. Masa itu, hanya kata-kata istifar berkumat-kamit di mulutku.
Berang dengan masalah itu, aku cuba menyambungkan kembali telefon ini dengan itune* yang ada pada komputer milikku. Secara tiba-tiba telefon ini berubah kepada paparan awal seperti mana pada asal ia dibeli. Panik, aku lantas menelefon rakan gbs yang tinggal di Malaysia. Aku meminta jasa baiknya melihat apa sebenarnya yang berlaku.
Keputusannya, aku terpaksa meredah embun malam ke shah alam (habis ingat ada glasier ke?), kira-kira 15 kilometer dari tempat tinggalku. Kebetulan pula ada agenda lain yang nak dibincangkan. Bagaimanapun usaha itu masih gagal kerana perlu menunggu muat turun sistem perisian telefon dalam tempoh 9 jam (aku sendiri kurang arif). Dek kerana sudah lewat malam, esok sahaja masalah ini diputuskan untuk selesaikan.
14 Februari
Aku terpaksa dipanggil datang bekerja bagi menghadiri kursus santun bahasa bersama sebuah pertubuhan yang diwujudkan oleh pemerintah walaupun tarikh tersebut adalah hari rehat aku pada minggu itu. Dalam kursus separuh hari itu, memang agak tersentap juga, apabila, media swasta dituding sering menyalahgunakan penggunaan bahasa yang tidak sesuai dan salah dari segi bahasanya. (wah Tan Sri P. Ramle* tulis lirik salah, tak nak pulak suarakan cth: DI HARI RAYA TERKENANG DAKU …. Sepatutnya PADA HARI RAYA. – sempat lagi nak perjuangkan bahasa ni!)
Pulang dari kursus itu yang mencemuh syarikat aku bekerja itu, aku mempercepatkan langkah ke Shah Alam untuk mengambil telefon yang sudah boleh befungsi (beg kursus aku tak ambil – rekabentuk yang sangat menyedihkan). Ok Ok… Malangnya, ia masih mempunyai masalah yang sama. Setiap kali aplikasi dibuka, sistem akan terpadam dan dibuka semula. Aku dicadangkan kembalikan kepada vendornya esok. Ya jawapan aku esok, kerana ketika itu aku perlu segera menghantar kereta ke bengkel bagi menukar ‘timing belt’ dan menukarganti beberapa bahagian enjin yang lain.
15 Februari
Sambutan Maulidur Rasul aku bekerja. Siap sahaja siaran berita, aku ke vendor dilantik menjual telefon itu. Oleh kerana cuti umum Malaysia, ramailah rakyat jelata yang datang mengunjungi gedung dan premis perniagaan itu. Aku menanti hampir 30 minit untuk giliran di kaunter, hanya kerana ingin memaklumkan telefon tersebut tidak berfungsi secara normal. Akibat masalah teknikal, sekali lagi, wakil jualan vendor tersebut memberi alasan, talian internetnya mengalami masalah. (kau syarikat telekomunikasi hebat mempunyai satelit sendiri pun ada masalah liputan juga ke?). Mulut aku masih waras. Aku bilang, saya datang kembali selepas ini, kerana saya perlu bersama rakan kerja lain yang menanti untuk menikmati juadah tengah hari di sebuah restoran berdekatan.
Selesai makan, aku bergegas ke kaunter semula. Dan menerusi penerangan wakil jualan tersebut, telefon aku akan dihantar untuk urusan membaikpulih (ha senang cerita kat kau : hantar REPAIR – menteri pun cakap EVAKUASI). Aku? Mengiyakan. Namun aku bertegas, ini bukan kerosakan saya buat tau! (wasitiah betul watak aku … tetiba teringat watak NUR dalam drama yang memenangi anugerah khas majlis anugerah yang dianjurkan sendiri dan nomasi terbanyak sendiri dan menang pun nak juga kroni – wow).
Aku dimaklumkan wakil jualan vendor itu, urusan membaikpulih mengambil masa 5 hari bekerja. Namun telefon aku akan dapat diserahkan kembali sama ada pada jumaat (18 Feb) atau paling lewat, Isnin (21 Feb). Aku? Mana-mana yang terbaik.
16 Februari
Hari yang tenang. Wakil jualan tersebut menerusi khidmat pesanan ringkasnya memaklumkan, pihaknya masih mengalami masalah teknikal untuk membuat laporan kerosakan telefon tersebut. Aku? Khidmat pesanan ringkas pula aku berbunyi, buatlah apa terbaik, asalkan saya berjaya mendapat telefon baru secepat mungkin.
17 Februari
Isu telefon aku hebat aku bicarakan pada kalangan teman-teman (tak sedap guna PADA KALANGAN biasanya DI KALANGAN! : sebetulnya pada kalangan). Ditambah pula isu pembelian seutas jam tangan espr*t yang dihadiahkan kepada teman hidupku tidak berfungsi sebaik dibeli. Aku juga mengambil faktor feng shui dalam kehidupan aku. Tahun arnab bukan tuah untuk aku? Wow. Khurafat sangat. Cukuplah dosa terlepas ibadah solat atas alasan kesesakan jalan raya.
Bengang dengan pembelian yang perlu menanti produk dibaiki sedangkan pembayaran melibatkan produk sedia guna, mencabar kewibawaan aku. Aku lantas menghubungi rakan sekolah aku yang bekerja di syarikat telekomunikasi tersebut.
Menurut rakan aku ini, telefon ini, jika rosak, tiada bahan gantian yang sebenar. Malah jika rosak sekalipun, syarikat tidak akan menggantikan dengan bahagian-bahagian yang rosak. (ada kebenarannya, sebab telefon ini tak boleh dikeluarkan baterinya).
Tak cukup dengan itu, pernah rakan setugas aku mengalami masalah apabila skrin pada telefonnya umpama retak seribu akibat kecuaian adiknya. Akibat telefon ini bergantung sepenuhnya kepada skrin, maka rakan setugas ini bertindak menghantar telefonnya ke pusat telekomunikasi berdekatan. Dan dia diberi ganti telefon baru dengan syarat melunaskan bayaran 700 ringgit (kerana produknya masih dalam ‘warranty’ : malas dah nak cari dalam bahasa melayu)
18 Februari
Pagi, aku tiba di pejabat. Aku dimaklumkan bahawa proses membaikpulih jam tangan aku itu pula, juga mengambil masa sebulan? Masa itu, aku hanya malaikat kiri aku sahaja yang penat bertugas. Aku yang berada di kaunter butik jam itu menegaskan kepada jurujual butik tersebut : ADILKAH SAYA MEMBELI SATU PRODUK YANG SIFATNYA SUDAH ROSAK DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN? ADIL?
Aku beredar dan berpesan, apa jua perkembangan terkini mengenai baikpulih jam tersebut, sila maklumkan kepada saya hari ini juga.
Nak dijadikan cerita, belum sempatpun aku tiba di pejabat, pemilik butik sudah menelefon, memaklumkan dan mengesahkan proses membaikpulih jam tersebut mengambil masa 1 bulan kerana kerosakan mekanismenya! WOW! Hebatkan membeli barang yang rosak! Itu ke konsep perniagaan anda? Oh lupa, cara ISLAM!
Aku? Ini jawapan saya; dengar sini cik, saya akan datang malam ini, walau apa sekalipun, saya mahu tukar nilai jam tersebut dengan produk lain atau wang saya dikembalikan. Saya tak mahu bayar pada produk yang sudah rosak. Jika hari ini saya beli, kenapa saya perlu tunggu sebulan untuk mendapatkannya?
Malam itu di butik tersebut, aku memilih seutas jam tangan lain sebagai ganti yang baru. Selesai insiden itu. Kebangkitan aku mempertahankan hak pengguna membuak-buak menjadikan aku masih tak senang duduk dengan telefon aku yang masih belum pasti status terkininya. Tak semena-mena, aku membuat laporan tidak puas hati kepada unit perkhidmatan pelanggan maxi* dan juga pertubuhan bukan kerajaan FOMCA mengenai hal telefon bimbit. Aku juga memberikan alamat penuh syarikat tersebut dalam mesej laporan tersebut.
19 Februari & 20 Februari : nanti ada laporannya.
Lawatan ke Johor Bahru bersempena dengan kenduri salah seorang rakan sekerja.
21 Februari
Hari yang dinantikan sudah tiba. Ini hari terakhir janji telefon baru aku akan diserahkan kembali. SMS aku kepada wakil jualan itu, disambut dengan janji, telefon tersebut dapat diserahkan ketika waktu rehat makan tengah hari. Aku yang tiba jam 1 petang mendapati, wakil jualan tiada di premisnya. Tidak lama selepas itu, dia datang dan memaklumkan dia gagal mengesan lokasi terkini jurugegas yang perlu menghantar telefon tersebut kepadanya. Jawapan aku, saya tunggu dipremisnya sehingga jam 2 kerana pada jam 3 petang saya mempunyai janji temu yang lain.
Memang sudah malang, sehingga jam 2 petang, telefon tersebut tidak kunjung jua. Aku yang perlu bergegas secepat mungkin ke kawaasan segitiga emas petang itu, bangun dan ke kaunter premis tersebut, lantas memanggil wakil jualan tersebut. Dan ini pesanan sinis aku;
U BUATLAH APA YANG U NAK BUAT!
Aku beredar dengan menggelengkan kepala tanda kekecewaan terhadap perkhidmatan mereka. Sengaja aku berperilaku sedemikian supaya orang tahu, aku seorang pengguna yang sangat kecewa.
Petang itu juga, kira-kira jam 5, wakil jualan tersebut menghantar SMS, telefon tuan sudah siap dan sedia diambil di premisnya. Hati aku masih berdebar kerana aku tidak mahu mendapat barang yang sudah rosak.
Jam 7.45 pm aku tiba dipremisnya. Namun wakil jualan ini sudah pulang. Rakan setugasnya yang melayan aku. Diambil telefon tersebut, dan diserahkan kepada aku. Namun hanya telefon sahaja. Mana kotak dan aksesori lainnya? Bagaimana nak saya memasangnya? Adakah ini kesalahan saya lagi? Jadi pelanggan yang menanggung kesilapan anda? Berlaku pertikaman lidah antara aku dengan rakan setugas wakil jualan ini. Sehinggalah satu keputusan dicapai, saya akan sendiri menghubungi wakil jualan itu bagi urusan menyerahkan kotak dan aksesori yang lain esok hari kerana masa bertugasnya sudah tamat. ANIMAL!
22 Februari
Hari ini malang sekali lagi. Kali ini aku menerima SMS memaklumkan, wakil jualan ini sedang bercuti. Dia juga meminta aku bersabar kerana dia sendiri sanggup pergi ke pengedarnya untuk mengambil set kotak telefon tersebut. Dan janjinya adalah antara jam 1 petang. Aku? SMS aku berbunyi : TERIMA KASIH KERANA BERJAYA MENDAPATKAN TELEFON SAYA YANG BARU. SAYA BERHARAP SET KOTAK TERSEBUT DAPAT DISERAHKAN ESOK SEBAGAIMANA DIJANJIKAN. Wow, aku rasa aku ada adab!
23 Februari
Aku menanti sehingga jam 3 petang, tiada sebarang berita daripada wakil jualan tersebut. Aku yang merasakan perlu, menghantar SMS yang bertanyakan perkembangan mengenai set kotak tersebut. Dan lebih kurang 20 minit kemudian, munculkan SMS memaklumkan, saya boleh mengambil kotak tersebut kira-kira jam 5 petang ini. Sesungguhnya ALLAH itu maha kaya menjadikan kau manusia wahai helmi majid ismail ! Aku masih waras menyimpan mesej yang tertera sebelum ini yang menyatakan, kotak tersebut boleh diambil jam 1 petang. Bayangkan jikalau seseorang sanggup datang dari BANGI, PJAYA (putrajaya) atau MERLIMAU semata-mata nak mengambil kotak tersebut! Mmm memang sumpah seranahlah kau dapat wahai manusia.
Dan malangnya dalam kebodohan dan kelalaian wakil jualan itu, aku menjangkakan dia menulis status pada aplikasi telefonnya yang dapat dikesan telefon aku dan menyasarkan aku sebagai pembeli telefon ini. Ia seperti gambar foto di bawah ini.
Dan setibanya, aku sempat bertemu dengan wakil jualan itu. Dia yang segan memandang tepat ke wajah aku, segera memberikan kotak ini kepada wakilnya. Dan mendapati nombor IMEI pada kotak tersebut tidak sama dengan nombor IMEI pada telefon yang aku dapat. Jadi esok, semua operator perkhidmatan MAXI* bersedia dengan panggilan ku ye!
Wednesday, February 2, 2011
rumah AGAM 5
Asal usul kejadian berlaku masa aku di tahun 3 pengajian. Nama rumah agam ini terpacul ketika rancak menonton telenovela venezuela ketika itu, la usurpadora... yang menggunakan RUMAH AGAM BRACHO, kekasih kepada Paula dan Paulina. Itu kerana rumah agam menjadi pilihan nama majlis makan malam yang dibuat didepan laman blok k25 ketika itu. Berbekalkan duit dari sebuah majlis yang diuruskan rh@25 dan juga pertandingan banner (kalau tak silap), beberapa menu disiapkan kami sendiri dengan menu tersendiri. makan malam itu juga dihadiri felo asrama.
Dan tak lama selepas itu, muncul idea untuk mengadakan rumah agam 2 di cameron highlands. Terhasil daripada lawatan belajar rakan jurusan senibina dan lanskap ke sana. Hampir 40 ahli tiba disana termasuk bekas ahli yang sudahpun bekerja. Bekas istana hinggap bagi sultan ahmad shah dan tengku ampuan afzan menjadi tempat kami berprogram. Selain berlaku drama, Cameron Highlands dikatakan yang terhebat kerana 3 hari yang penuh aktivitinya.
Selepas itu, rumah agam 3 diadakan di Fraser Hills. Tak mau kalah, sebuah banglo menjadi tempat kami bertapak. Penuh aktiviti juga, namun Fraser Hills agak terhad lokasinya. Sekitar menara jam itu adalah tempat kami berprogram. Majlis makan malam yang sepatutnya dibuat diluar banglo ditukarkan kepada indoor dinner berikutan cuaca dan juga ruangan yang sempit.
Rumah agam 4 pula, diadakan di Port Dickson. Panas dengan suasana pantai dan aktiviti lebih melibatkan tenaga kerana terpengaruh dengan program realiti, amazing race. Ada berkayak, menghidupkan api, mengasingkan beras dengan kacang hijau dan juga mencari objek tersembunyi. Malam dinner diadakan dengan menu BBQ, namun suhu yang panas menyebabkan ramai yang terjerumus ke dalam kolam... hehehe... apapun, program2 ini sememangnya menarik dengan persembahan aerobik dari pemenang tahun itu.
Untuk rumah agam 5 dengan tema RETRO, berikut adalah jawatan kuasa tertinggi yang dilantik;
Pengarah program : mohd khairul azhar bin mat sulaiman
Setiausaha & bendahari : helmi majid ismail
Ajk makanan : mahady mansor & kak rina
Perjalanan & pengangkutan : mohamad afif azhar
Permainan & aktiviti : muhammad khairul azmir
Stage & decor : nik mohd azreen
+ kepada ahli yang mempunyai photo2 di rumah agam 1, 3 dan 4, sila forwardkan ke email saya. - hubungi melalui facebook untuk mendapatkan alamat email -
Monday, January 24, 2011
malam TAMU SABITAH
6 hari aku berkampung di ukm. semuanya gara-gara tugasan yang dipertanggungjawabkan untuk sebuah majlis makan malam ; diberi judul namanya malam tamu sabitah. asal usulnya, malam gabus sabitah, namun bagi mengelakkan kekeliruan makna dan asal usul tujuan majlis makan ditukarkan gabus kepada tamu! tak mengapa, aku masih lagi boleh berkarya.
pengalaman bersama warga kerja jawatan kuasa, aku hadapi dengan penuh ceria. sbb aku rasa, walau tertekan sekalipun, hati kena tetap ceria, takut nanti nampak tua! hehehe... apapun, aku ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada encik khairul azhar atau lebih dikenali sebagai ENCIK KAY di fakultinya. Dan seterusnya kepada ; prof fauzi, prof ir marzuki dan puan rosfazilah atas kepercayaan mengendalikan idea2 malam tamu sabitah.
Dan watak2 penting dalam program malam ini juga, tidak dilupakan. cik syafiqah, pn. nooraini, pn. roslena, en. huzairi, en. fairuz, cik baiti, cik lin, puan syafa, pn. nora, pn zana, amran, bukhori, ah teng (shahril), En Nasrul (Sarjan), En Fairus, En Azahari, En Raslan, En Razak, En Rahman, En Farid, En Rosmaini, En Izwan, En Rosmizam, En Munawar, Cik Norfazila (if tak silap), angah dan ramai lagilah. apapun, kalian memang best. kalu ada kesempatan, kita ketemu dilain lembaran. tak lupa lakonan korang memang mantap! (maaf kalau ada nama tertinggal : tapi tetap kalian dalam ingatan)
apapun, saya harap, majlis yang berlangsung, berjalan dengan jayanya. walaupun ada kesilapan pada persembahan tarian oleh penari amatur, namun segalanya diselindungi dek dekorasi dan perjalanan majlis yang indah. hahahah.
mungkin pengalaman hebat encik KAY sebelum ini, menyumbang kepada perjalanan majlis yang mantap lagi sendat. ok. ni nak siapkan claim.
Friday, January 14, 2011
SEMANGAT yang HILANG
Blog adalah tempat meluahkan rasa tidak puas hati ke? Kadangkala aku rasa YA! Tempat meluahkan sesuatu yang anda rasakan tak perlu dibicarakan secara lisan.
Dahulu aku kerja pereka grafik sahaja. Aku pun bidan terjun dalam bidang yang aku pelajari ketika mengambil kursus rekabentuk industri, atas dasar minat. Malah persembahan tajuk akhir tesis aku pun, lebih mengetengahkan paparan visual grafik daripada hasil kerja yang sepatutnya. Ditambah pula dengan kata-kata sinis sang pensyarah, ‘helmi, u jadi graphic designer je lah’, memberikan aku kekuatan. Yang penting ketika itu, aku skor A untuk projek akhir tahun 2. Bukan riak, tapi itu jalan cerita.
Lepas kerja, aku mula masuk dunia yang aku rasa penuh pancaroba. Tapi aku rasa setiap kerja aku buat dengan ikhlas walaupun kadang kala hati aku turut memberontak, contohnya merasai tidak dihargai, tak setimpal dan selalu tertindas..
Nak diperpanjangkan cerita, ketika mula merangkul gelaran sebagai pereka grafik, berlakulah satu insiden tidak terduga ini. Aku dipersalahkan kerana perilaku seorang penyelia yang naik baran dan bertindak tanpa terlebih dahulu usul periksa.
Kisahnya begini, seawal jam 8.30 pagi, penyelia memanggil aku ke biliknya untuk bertanyakan alasan aku pulang awal pada hari Jumaat sebelumnya. Ini disebabkan pada hari itu (Isnin), rekabentuk ‘template’ buku promosi syarikat perlu disiapkan dengan kadar segera.
Sebab kukuh yang dapat aku buktikan sebaik diajukan soalan itu, adalah, ‘Saya datang semula pada sabtu dan ahad kerana saya perlukan idea dan ruang untuk membuat kerja dengan tenang.’ Pendek kata, ketika keadaan tidak selesa, sesebuah kerja tidak sempurna jika ‘jiwa kacau’.
Tak semena-menanya, aku dimarahi penyelia kerana aku sepatutnya tidak pulang awal. Ia kerana penyelia ini bimbang sekiranya template itu tidak disiap pada hari Isnin. Padahal, sebelum pulang jumaat lalu, aku sudah maklumkan beberapa kali tentang hal itu kepada penyelia. Aku bilang, aku akan datang pada hari Sabtu dan mungkin hari ahad untuk menyediakan template tersebut.
Mmmm… barangkali, sebab sudah naik berang, apapun jawapan sudah tak berguna lagi. Oh, manusia.
Oleh kerana agaknya terasa dirinya KALAH, penyelia itu mencabar aku untuk menunjukkan kepadanya template tersebut. Dalam hati aku, SABARLAH WAHAI MANUSIA. Nak tengok sangat ke? OK. Sebelum itu, aku sudah maklumkan kepadanya untuk tunggu sebentar sementara membuka kedua-dua computer diruang kerja aku. Belum pun sempat aku memanggil, dengan sikap tak sabar penyelia, dia dah menanti di belakang aku. Aku juga berpesan, ini template. Aku belum dapat DATA atau SEBARANG TAJUK/AYAT/INFO sepenuhnya, jadi apa yang aku tulis adalah SEBUAH TEMPLATE!
Sebaik dibuka file tersebut, terpapar besar satu perkataan dalam beberapa pautan ayat yang kurang elok pada template tersebut pada muka surat template pertama sehinggalah page terakhir. Sebab ia sebuah template, maka perkataan itu diulang beberapa kali. Namun ejaannya kadangkala tidak menjadi kerana template itu bercampur baur dengan lirik2 lagu Robbie William yang aku dengar ketika menghasilkannya hujung minggu tersebut. Juga beberapa perkataan jenama, nama orang, nama haiwan dan semuanya.
Dengan sikap tidak profesionalnya, penyelia bertindak memanggil seorang lagi penyelia lantas memberitahu, aku menulis perkataan tersebut kepadanya selepas aku dimarahi. Walhal, aku baru buka file tersebut sebaik tiba ke ruang kerja. Memang SAH fitnah, tapi aku diamkan. Sebabnya, aku tak suka bercakap bila marah.
Pagi itu memang betul2 mencabar pemikiran aku. Tapi aku tak BODOH TEKNOLOGI. Nak ke lawan sangat dengan aku? Ok! Aku PRINT SCREEN paparan itu, dan juga ambil data terakhir modifikasi template tersebut dan FOLDER lokasinya untuk disimpan sebagai bukti.
Hari itu, memang suasana tegang aku dengan penyelia. Aku diamkan diri saja. Sebab aku rasa, jika memberontak sekalipun, apa yang keluar dari mulut ketika sedang marah adalah bicara yang bodoh. Lagipun memang sikap aku suka mengalah dalam mana-mana keadaan, kerana aku tahu, balasan tuhan lagi maha kejam Maka, aku langsung tak guna template itu, sebaliknya menukarnya dengan template lain.
Dipendekkan cerita, isu itu diperpanjangkan kepada pihak jabatan pengurusan sumber manusia. Bagaimanapun situasi bertambah parah selepas penjelasan aku kepada pengurus jabatan ini tidak difahami sebab aku bercakap dengan manusia yang hanya pandai menggunakan Microsoft Word untuk mencetak gambar keluarga melancong di luar negara sebagai hiasan ruang kerjanya! Jadi, bila aku menjelaskan keadaan sebenar, pengurus tersebut, tidak memahami. Jawapan aku dalam hati; SEBAB ZAMAN DIA HIDUP DAN GRADUATE PAKAI MESIN TAIP, JIKA ANDA MENERANGKAN KEPADANYA BERIBU KALI SEKALIPUN, DIA TAK AKAN FAHAM. Sehinggalah keputusannya aku digantung tanpa gaji. 5 hari aku dirumah tanpa berbuat apa-apa.
Sebaik melangkah kembali ke tempat kerja, aku berlagak seperti biasa dengan semua orang. Tak kisahlah pasal hal dan insiden itu. Bagi aku TUHAN ITU MAHA KUASA. SEKEJAP SAHAJA TUHAN AKAN MEMBALASNYA. WELL WELL WELL (sambil buat petik jari)! Nak dijadikan cerita, aku dapat tawaran kerja lain. Sebaik menyerahkan surat PELETAKAN jawatan kepada penyelia tersebut, dia seolah berlakon membuat muka kecewa. Aku pun tak nak kalah, muka tetap rasa kecewa nak tinggalkan apa yang ada.
Tup Tup Tup, setiausaha General Manager memanggil aku naik ke biliknya. Bilangnya, nak dengar alasan kenapa aku ingin letak jawapan. HAAAAAAA, LIHAT LAH DUNIA, TUHAN INI MAHA ADIL. Inilah masanya. Nak dapat pahala atau syurga?… jawapan aku, kau tunggu nasib kau wahai sang penyelia! Sebaik melangkah, bukti segala aku bawa! Nak tau nasibnya; 3 bulan selepas aku tiada, penyelia dah pun meletakkan jawatannya, Dengar cerita, tidak disambung kontraknya.
OPS… sorry, aku rasa bukan aku nak cakap aku menang. Pertama; Aku nak bagitau, seorang pereka atau sesiapa sahaja tak boleh nak mencipta IDEA jika tidak dibekalkan apa yang nak dihasilkannya, Jadi jika anda seorang penyelia suatu hari nanti, janganlah sebab kehidupan anda sebelum ini MAHA MENDERITA, anda pula nak lepaskan kepada mereka yang tak pernah merasa. Aku tak rasa itu cara hidup orang yang MULIA ataupun cara orang nak dipandang setarat kerjayanya. Jika anda sudah mempunyai apa yang anda sudah fikirkan dan mahukan, tak perlu nak menyuruh orang lain meneka. Bukan bermaksud suap dan sogokkan, tapi permudahkan. Suruh aku fikirkan, tentulah mengikut hati dan perasaan aku sendiri. Entahlah, barangkali, anda bukan layak dijadikan seorang manusia lagi….
Keduanya, aku rasa sebab kerana sikap kau seorang sahaja yang baran, orang lain yang terima bahana. Entahlah.... moga sekarang ini, jika kau itu penyelia, maaf, aku rasa tuhan setimpal dengan apa yang kau terima pada ketika itu.
+ sampai sekarang, GM tu offer kerja dengan dia. Aku tolak dengan sebaiknya, sbb aku sedang meniti hari-hari dengan kerjaya yang tak seberapa ini. Tunggu jika terbuka pintu hati, bila aku rasa kerja bagaikan setiap hari ini tak berbaloi lagi.