Monday, September 5, 2011

tak salah menonton FINAL DESTINATION 5, tapi ...

Menonton sekuel Final Destination bagi aku, adalah menonton sebuah filem yang tidak perlu berfikir. Tiada ilmu atau bentuk ilmiah pun yang perlu ada pada seseorang itu untuk memahami sepenuhnya jalan ceritanya. Yang penting kita tonton sambil tadah mata sehingga tamat 90 minit tayangan. Aksi terkejut dan mengerikan berterusan sehingga tamat masa tayangan. Memang tak akan terlelap sebab lepas satu, satu aksi ngeri dan mengejutkan yang dihidang. Apapun, masing2 ada citarasa sendiri, jadi tak kisahlah korang suka atau tidak. Tengok tak salah, tak tengok pun tak salah.

Yang salah, kalau tengok, semua scene kau nak komen. Dari awal, orang berlakon tu terkena skrew pun ko nak cakap SAKITNYA. Lepas tu ko nak cakap yang konon ko la yang faham jalan cerita ini, sambil cerita watak mana yang akan mati. Lepas tu, nak cakap, kalau kawan baik ko dtg, mesti menjerit kuat. Habis aku kat sebelah ini, kena dgr juga ke? Apa masalah ko ni? Bila aku tengok, padan lah, berdasarkan jenis material yang ko pakai, aku faham kenapa ko tgk movie seumpama tak faham apa itu PANGGUNG WAYANG GAMBAR. Ok. Tu je.

Watak yang menonton sambil bercerita ; harap2 ini bukan kawan korang

4 comments:

don said...

ha ha ha... lawak la cito mu ni.. lagi best dari FD5 kot...hehheeh

Diego Amani said...

ni bukan menonton wayang, tapi mendengar cerita penonton wayang.

d u t a said...

don : hahahah... tu la... aku dah hint bape kali dah... dia tetap tak faham...

amani : hahhaha... betul. cite dia mengganggu kami... siap nak kaitkan dgn sekuel lain... ingat weols tak tgk ke? ermmmm ...

Nik Zulkhairi said...

kena buat iklan 'switch off your mouth' lepas iklan 'switch off your phone'.