Thursday, April 7, 2011

MOHON & POHON

Kata 'mohon' dan 'pohon' sama maknanya (sinonim). Kedua-duanya merupakan bentuk yang lebih halus daripada 'minta'.


Kata 'pohon' ada dua maknanya. Yang pertama ialah tumbuhan yang berbatas besar dan keras.

Makna keduanya ialah 'minta', iaitu sama dengan makna kata 'mohon', bermaksud 'minta' (bentuk yang lebih halus).

Proses morfologi (pembentukan kata) yang terlibat.

1. Benar bahawa kata 'bermohon' terbit daripada kata 'mohon'.

2. Kata 'memohon' boleh terbit daripada 'mohon' dan boleh juga daripada kata 'pohon'. Kata yang terbit daripada kata 'mohon' menjadi 'memohon' tanpa perubahan kata bunyi awal kata dasar, kerana huruf awalnya 'm'. Tetapi apabila kata 'pohon' yang menjadi kata dasarnya, maka 'p' umumnya disengaukan menjadi 'm' apabila menerima awalan 'me', sama dengan kata 'pukul' menjadi 'memukul' dll.

3. Apabila kata 'dimohon' tidak ada dalam senarai yang sdr. katakan itu, maka jelas bahawa kata 'dipohon' terbit daripada kata dasar 'pohon', sama halnya dengan 'dipukul' (bunyi 'p' muncul semula bagi awalan 'di'). Namun, daripada segi tatabahasa, tidak salah bentuk 'dimohon' jika kata dasarnya 'mohon'.

dipetik dari email ;

Awang Sariyan
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Msia-China
Beijing Foreign Studies University

No comments: