Monday, May 16, 2011

mana MAK kau?

Tempoh hari kakak aku ada menghantar mesej khidmat pesanan ringkas SMS kepada aku; tentang amarahnya terhadap tindakan salah seorang anak kepada saudaranya yang menggunting rambut anaknya.

Aku dengar pun rasa nak buat drama : mana mak kau? tapi aku tak rasa aku nak putuskan hubungan silaturahim sesama saudara kerana sikap anak2 yang masih baru mengenal hidup.

Aku segera membalas SMS itu dengan cadangan ringkas berbunyi sebegini ; apa kata buatkan satu sketsa lebih bersahaja daripada menjadi watak iparku diva.

Dan ini apa yang aku bayangkan situasi dalam sketsa itu.

Scene : Ajak JAH (ibu kepada kanak-kanak itu) ke dapur untuk temankan buat air sambil konon-konon tak nak campur perbualan kaum lelaki

Watak :
KAKAK : kakak aku la kot ;
JAH : saudara dan ibu kepada kanak-kanak ;
MIRA : anak kakak aku ;
NORA : anak kepada Jah

Skrip :

KAKAK : JAH, panas kan KL ni... akak tidur pasang aircon dengan kipas bagai.

JAH : saya pakai aircon inverter terus... dalam bilik air pun saya pasang jugak. (tetap tak mau kalah)

KAKAK : eh, lupa akak, semalam si MIRA cakap dia main salon-salon dengan kawan dia. Lepas balik sekolah, MIRA tanya akak, cantik tak rambut baru dia... ( sambil hentikan kacauan air). Akak pun terperanjat lah JAH oi... akak terus marah si MIRA. Akak tanya dia satu satu... rupa-rupanya dia main dengan anak kau JAH, si NORA.

JAH : (mesti ada nak tambah ayat punya). ye ke? NORA tak cakap pun... nape? (sambil dalam hati, ko nak salah kan anak aku ye?)

KAKAK : Tu lah akak ni kenkadang tak sempat JAH nak tgk budak2 ni. Biasalah, selalu sangat duk tgk tv. Sekarang ni budak macam-macam dah, kecik-kecik dah tau pegi pegi salon bagai. JAH tengok2 kan jugak ye si MIRA tu. Risau pulak akak JAH. Akak dah pesan kat si MIRA tu, kalau JAH nampak, tegur kan aje. Lagipun bahaya tu benda tajam kan. Cikgu-cikgu pun sekarang suruh beli gunting laa... mmmm (sambil menyalahkan profesion guru, hahaha)

JAH : ye ke kak. insyaallah kak.

KAKAK : Kalu JAH takut, call je akak. biasalah. Akak tgk rambut si MIRA tu, nasib baik ada yg boleh cover. Entah mana dapat idea main macam tu entah. (sambil gelak) Akak teringat adik akak dulu, main pisau cukur dengan anak jiran, habis di tarah keningnya... mmmm balik, kena tibai dengan mak akak la jawabnya. hehehe... (make sure air dah siap)

(ok dah boleh ke ruang tamu...)

itu je, aku rasa. sebab kita tak boleh tuduh anak orang jahat dan tak leh cakap anak kita jahat. itu konsep keibubapaan, bagi mengelak sikap negatif terhadap anak. benda ni aku perasan ketika aku lihat perjuangan seorang ibu kepada selebriti yang sudah tenat akibat penangan bahan terlarang. aku rasa walau sebusuk manapun anak itu, ibu dan bapa kita pastinya akan melindungi kita dengan apa cara sekalipun. Jadi jangan sesekalilah kita menuduh, tapi kita berpesan. Supaya ibu bapanya terfikir. Aku tak de anak lagi, tapi ini apa yang aku baca menerusi beberapa penulisan akademik tentang sikap ibu bapa. Itu sahaja.

3 comments:

Adam Ruslan said...

Nanti dah ada anak, bersedia la dengan statment tak nak kalah anak-anak masing-masing.

"Anak saya baru tumbuh gigi 2 batang, baru 6 bulan, cepat budak-budak sekarang kan?"

"Yeke, anak saya dulu dalam rahim lagi dah ada gigi!".

*word veri - surci

(*abah berhati suci, hahah)

Azrind Othman said...

anak aku pun bila balik sekoloh tadika, rambut depe kene guting..mslhnya buke kerana rambut jd tak cantik tp takutnya kalu guting tu tercocoh mato... tapi apapun, kalu nak tegur kene tegur anak kita dulu...

Harvey said...

Really effective info, lots of thanks for the article.
professional journals | pickling salt | Parkville MD