Aku yang mempromosikan tawaran jualan murah bersempena penutupan sementara gedung beli belah JUS** kepada rakan gbs, disambut baik apabila aku ditawarkan menemannya untuk membeli belah. Hasilnya, 3 bantal berjenama separa mewah disebatnya. Selepas itu, kami ke sebuah restoran. Selesai mengalas perut (ye ke?) destinasi kami melihat tawaran serta jualan menarik selepas cuti tahun baru cina di gedung tersebut. Tersinggah sebentar di cawangan vendor dilantik syarikat telekomunikasi gergasi di tingkat bawah. Dengan tawaran yang menepati belanjawan, maka berganti sudah peneman hidup yang hilang entah ke mana. Sebuah telefon bimbit terkini yang menjadi idaman berada dalam gengaman.
Sayangnya, akibat kekangan teknologi, telefon ini dimaklumkan wakil jualan vendor itu, perlu diaktifkan menggunakan perisian itune* pada mana-mana komputer yang mempunyai talian internet. Maka, teman gbs lah yang disandarkan harapan.
Tak sabar dengan gajet terbaru itu, destinasi seterusnya ke Shah Alam dan telefon tersebut berjaya diaktifkan. Namun, namun, namun… (ingat pidato zaman sekolah?)… perisian gajet (application) pada telefon ini mengalami masalah. Setiap kali dibuka perisiannya (tak perlu ditutup ye warga Malaysia di Jerman), ia terpadam dan membuka kembali sistem telefon (senang cerita restart lah). Anggapan baik aku terhadap jenama yang dipuja ini, mungkin sedikit kesilapan yang akan beransur pulih tidak lama lagi. Sifat prasangka baik aku, memang menebal ketika ini.
13 Februari
Ketabahan aku menggunakan telefon bimbit ini semakin memuncak. Acapkali aku berdepan dengan situasi tidak dapat menelefon atau menghantar khidmat pesanan ringkas SMS akibat situasi yang sama berulang. Masa itu, hanya kata-kata istifar berkumat-kamit di mulutku.
Berang dengan masalah itu, aku cuba menyambungkan kembali telefon ini dengan itune* yang ada pada komputer milikku. Secara tiba-tiba telefon ini berubah kepada paparan awal seperti mana pada asal ia dibeli. Panik, aku lantas menelefon rakan gbs yang tinggal di Malaysia. Aku meminta jasa baiknya melihat apa sebenarnya yang berlaku.
Keputusannya, aku terpaksa meredah embun malam ke shah alam (habis ingat ada glasier ke?), kira-kira 15 kilometer dari tempat tinggalku. Kebetulan pula ada agenda lain yang nak dibincangkan. Bagaimanapun usaha itu masih gagal kerana perlu menunggu muat turun sistem perisian telefon dalam tempoh 9 jam (aku sendiri kurang arif). Dek kerana sudah lewat malam, esok sahaja masalah ini diputuskan untuk selesaikan.
14 Februari
Aku terpaksa dipanggil datang bekerja bagi menghadiri kursus santun bahasa bersama sebuah pertubuhan yang diwujudkan oleh pemerintah walaupun tarikh tersebut adalah hari rehat aku pada minggu itu. Dalam kursus separuh hari itu, memang agak tersentap juga, apabila, media swasta dituding sering menyalahgunakan penggunaan bahasa yang tidak sesuai dan salah dari segi bahasanya. (wah Tan Sri P. Ramle* tulis lirik salah, tak nak pulak suarakan cth: DI HARI RAYA TERKENANG DAKU …. Sepatutnya PADA HARI RAYA. – sempat lagi nak perjuangkan bahasa ni!)
Pulang dari kursus itu yang mencemuh syarikat aku bekerja itu, aku mempercepatkan langkah ke Shah Alam untuk mengambil telefon yang sudah boleh befungsi (beg kursus aku tak ambil – rekabentuk yang sangat menyedihkan). Ok Ok… Malangnya, ia masih mempunyai masalah yang sama. Setiap kali aplikasi dibuka, sistem akan terpadam dan dibuka semula. Aku dicadangkan kembalikan kepada vendornya esok. Ya jawapan aku esok, kerana ketika itu aku perlu segera menghantar kereta ke bengkel bagi menukar ‘timing belt’ dan menukarganti beberapa bahagian enjin yang lain.
15 Februari
Sambutan Maulidur Rasul aku bekerja. Siap sahaja siaran berita, aku ke vendor dilantik menjual telefon itu. Oleh kerana cuti umum Malaysia, ramailah rakyat jelata yang datang mengunjungi gedung dan premis perniagaan itu. Aku menanti hampir 30 minit untuk giliran di kaunter, hanya kerana ingin memaklumkan telefon tersebut tidak berfungsi secara normal. Akibat masalah teknikal, sekali lagi, wakil jualan vendor tersebut memberi alasan, talian internetnya mengalami masalah. (kau syarikat telekomunikasi hebat mempunyai satelit sendiri pun ada masalah liputan juga ke?). Mulut aku masih waras. Aku bilang, saya datang kembali selepas ini, kerana saya perlu bersama rakan kerja lain yang menanti untuk menikmati juadah tengah hari di sebuah restoran berdekatan.
Selesai makan, aku bergegas ke kaunter semula. Dan menerusi penerangan wakil jualan tersebut, telefon aku akan dihantar untuk urusan membaikpulih (ha senang cerita kat kau : hantar REPAIR – menteri pun cakap EVAKUASI). Aku? Mengiyakan. Namun aku bertegas, ini bukan kerosakan saya buat tau! (wasitiah betul watak aku … tetiba teringat watak NUR dalam drama yang memenangi anugerah khas majlis anugerah yang dianjurkan sendiri dan nomasi terbanyak sendiri dan menang pun nak juga kroni – wow).
Aku dimaklumkan wakil jualan vendor itu, urusan membaikpulih mengambil masa 5 hari bekerja. Namun telefon aku akan dapat diserahkan kembali sama ada pada jumaat (18 Feb) atau paling lewat, Isnin (21 Feb). Aku? Mana-mana yang terbaik.
16 Februari
Hari yang tenang. Wakil jualan tersebut menerusi khidmat pesanan ringkasnya memaklumkan, pihaknya masih mengalami masalah teknikal untuk membuat laporan kerosakan telefon tersebut. Aku? Khidmat pesanan ringkas pula aku berbunyi, buatlah apa terbaik, asalkan saya berjaya mendapat telefon baru secepat mungkin.
17 Februari
Isu telefon aku hebat aku bicarakan pada kalangan teman-teman (tak sedap guna PADA KALANGAN biasanya DI KALANGAN! : sebetulnya pada kalangan). Ditambah pula isu pembelian seutas jam tangan espr*t yang dihadiahkan kepada teman hidupku tidak berfungsi sebaik dibeli. Aku juga mengambil faktor feng shui dalam kehidupan aku. Tahun arnab bukan tuah untuk aku? Wow. Khurafat sangat. Cukuplah dosa terlepas ibadah solat atas alasan kesesakan jalan raya.
Bengang dengan pembelian yang perlu menanti produk dibaiki sedangkan pembayaran melibatkan produk sedia guna, mencabar kewibawaan aku. Aku lantas menghubungi rakan sekolah aku yang bekerja di syarikat telekomunikasi tersebut.
Menurut rakan aku ini, telefon ini, jika rosak, tiada bahan gantian yang sebenar. Malah jika rosak sekalipun, syarikat tidak akan menggantikan dengan bahagian-bahagian yang rosak. (ada kebenarannya, sebab telefon ini tak boleh dikeluarkan baterinya).
Tak cukup dengan itu, pernah rakan setugas aku mengalami masalah apabila skrin pada telefonnya umpama retak seribu akibat kecuaian adiknya. Akibat telefon ini bergantung sepenuhnya kepada skrin, maka rakan setugas ini bertindak menghantar telefonnya ke pusat telekomunikasi berdekatan. Dan dia diberi ganti telefon baru dengan syarat melunaskan bayaran 700 ringgit (kerana produknya masih dalam ‘warranty’ : malas dah nak cari dalam bahasa melayu)
18 Februari
Pagi, aku tiba di pejabat. Aku dimaklumkan bahawa proses membaikpulih jam tangan aku itu pula, juga mengambil masa sebulan? Masa itu, aku hanya malaikat kiri aku sahaja yang penat bertugas. Aku yang berada di kaunter butik jam itu menegaskan kepada jurujual butik tersebut : ADILKAH SAYA MEMBELI SATU PRODUK YANG SIFATNYA SUDAH ROSAK DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN? ADIL?
Aku beredar dan berpesan, apa jua perkembangan terkini mengenai baikpulih jam tersebut, sila maklumkan kepada saya hari ini juga.
Nak dijadikan cerita, belum sempatpun aku tiba di pejabat, pemilik butik sudah menelefon, memaklumkan dan mengesahkan proses membaikpulih jam tersebut mengambil masa 1 bulan kerana kerosakan mekanismenya! WOW! Hebatkan membeli barang yang rosak! Itu ke konsep perniagaan anda? Oh lupa, cara ISLAM!
Aku? Ini jawapan saya; dengar sini cik, saya akan datang malam ini, walau apa sekalipun, saya mahu tukar nilai jam tersebut dengan produk lain atau wang saya dikembalikan. Saya tak mahu bayar pada produk yang sudah rosak. Jika hari ini saya beli, kenapa saya perlu tunggu sebulan untuk mendapatkannya?
Malam itu di butik tersebut, aku memilih seutas jam tangan lain sebagai ganti yang baru. Selesai insiden itu. Kebangkitan aku mempertahankan hak pengguna membuak-buak menjadikan aku masih tak senang duduk dengan telefon aku yang masih belum pasti status terkininya. Tak semena-mena, aku membuat laporan tidak puas hati kepada unit perkhidmatan pelanggan maxi* dan juga pertubuhan bukan kerajaan FOMCA mengenai hal telefon bimbit. Aku juga memberikan alamat penuh syarikat tersebut dalam mesej laporan tersebut.
19 Februari & 20 Februari : nanti ada laporannya.
Lawatan ke Johor Bahru bersempena dengan kenduri salah seorang rakan sekerja.
21 Februari
Hari yang dinantikan sudah tiba. Ini hari terakhir janji telefon baru aku akan diserahkan kembali. SMS aku kepada wakil jualan itu, disambut dengan janji, telefon tersebut dapat diserahkan ketika waktu rehat makan tengah hari. Aku yang tiba jam 1 petang mendapati, wakil jualan tiada di premisnya. Tidak lama selepas itu, dia datang dan memaklumkan dia gagal mengesan lokasi terkini jurugegas yang perlu menghantar telefon tersebut kepadanya. Jawapan aku, saya tunggu dipremisnya sehingga jam 2 kerana pada jam 3 petang saya mempunyai janji temu yang lain.
Memang sudah malang, sehingga jam 2 petang, telefon tersebut tidak kunjung jua. Aku yang perlu bergegas secepat mungkin ke kawaasan segitiga emas petang itu, bangun dan ke kaunter premis tersebut, lantas memanggil wakil jualan tersebut. Dan ini pesanan sinis aku;
U BUATLAH APA YANG U NAK BUAT!
Aku beredar dengan menggelengkan kepala tanda kekecewaan terhadap perkhidmatan mereka. Sengaja aku berperilaku sedemikian supaya orang tahu, aku seorang pengguna yang sangat kecewa.
Petang itu juga, kira-kira jam 5, wakil jualan tersebut menghantar SMS, telefon tuan sudah siap dan sedia diambil di premisnya. Hati aku masih berdebar kerana aku tidak mahu mendapat barang yang sudah rosak.
Jam 7.45 pm aku tiba dipremisnya. Namun wakil jualan ini sudah pulang. Rakan setugasnya yang melayan aku. Diambil telefon tersebut, dan diserahkan kepada aku. Namun hanya telefon sahaja. Mana kotak dan aksesori lainnya? Bagaimana nak saya memasangnya? Adakah ini kesalahan saya lagi? Jadi pelanggan yang menanggung kesilapan anda? Berlaku pertikaman lidah antara aku dengan rakan setugas wakil jualan ini. Sehinggalah satu keputusan dicapai, saya akan sendiri menghubungi wakil jualan itu bagi urusan menyerahkan kotak dan aksesori yang lain esok hari kerana masa bertugasnya sudah tamat. ANIMAL!
22 Februari
Hari ini malang sekali lagi. Kali ini aku menerima SMS memaklumkan, wakil jualan ini sedang bercuti. Dia juga meminta aku bersabar kerana dia sendiri sanggup pergi ke pengedarnya untuk mengambil set kotak telefon tersebut. Dan janjinya adalah antara jam 1 petang. Aku? SMS aku berbunyi : TERIMA KASIH KERANA BERJAYA MENDAPATKAN TELEFON SAYA YANG BARU. SAYA BERHARAP SET KOTAK TERSEBUT DAPAT DISERAHKAN ESOK SEBAGAIMANA DIJANJIKAN. Wow, aku rasa aku ada adab!
23 Februari
Aku menanti sehingga jam 3 petang, tiada sebarang berita daripada wakil jualan tersebut. Aku yang merasakan perlu, menghantar SMS yang bertanyakan perkembangan mengenai set kotak tersebut. Dan lebih kurang 20 minit kemudian, munculkan SMS memaklumkan, saya boleh mengambil kotak tersebut kira-kira jam 5 petang ini. Sesungguhnya ALLAH itu maha kaya menjadikan kau manusia wahai helmi majid ismail ! Aku masih waras menyimpan mesej yang tertera sebelum ini yang menyatakan, kotak tersebut boleh diambil jam 1 petang. Bayangkan jikalau seseorang sanggup datang dari BANGI, PJAYA (putrajaya) atau MERLIMAU semata-mata nak mengambil kotak tersebut! Mmm memang sumpah seranahlah kau dapat wahai manusia.
Dan malangnya dalam kebodohan dan kelalaian wakil jualan itu, aku menjangkakan dia menulis status pada aplikasi telefonnya yang dapat dikesan telefon aku dan menyasarkan aku sebagai pembeli telefon ini. Ia seperti gambar foto di bawah ini.
Dan setibanya, aku sempat bertemu dengan wakil jualan itu. Dia yang segan memandang tepat ke wajah aku, segera memberikan kotak ini kepada wakilnya. Dan mendapati nombor IMEI pada kotak tersebut tidak sama dengan nombor IMEI pada telefon yang aku dapat. Jadi esok, semua operator perkhidmatan MAXI* bersedia dengan panggilan ku ye!
6 comments:
omggggggggggggggggg!!!! what theeeeeee **********************!!
bile dh jadi mcm ni, rase bangga plak pakai iphone yg terpaksa dipotong sim cardnye..!! hikk22!!!!
sabar banyak2 yeaa, =( chill k..;
by da way, perlu ke state dari BANGI tu ...hahahahahaha
tak nak dah sistem yg lggr undang2 . byj benda yg menyukarkan.
~whoa!!~
wah! Im, i mmg bangga dgn keberanian u g email FOMCA bagai...xpe2, at least kite sbg pengguna terpelihara. btw, wtf that calvin guy wrote like dat??u patut hamun je die..panas ati plak bace writing die..
Peh, pensan. iPhone punya pasal.
1. Warranty = Jaminan
2. Dah setel emel FOMCA, emel sekali Tribunal Pengguna. Lagi cepat setel rasanya. Baru la meriah masuk mahkamah.
3. Juga bila setel semua Urusan, 'terimakasih' je sekali lagi kepada Calvin dan c.c. sekali kepada bos beliau.
ANIMAL (dengan izin)
TO ALL : MAXI* just called me... waived my 3 months bills ! yahooo!
Post a Comment