Tuesday, March 22, 2011

4 days notes

+ terkandas +
kereta aku terkandas di merchang, kuala terengganu ketika dalam perjalanan ke sana akibat air sungai di muara naik ke jalan. sememangnya, sepanjang perjalanan hujan renyai-renyai bermula dari temerloh sehinggalah ke kuala terengganu. aku terpaksa berpatah balik ke simpang ke arah laluan jerangau kira-kira 45 minit dari lokasi banjir. ketika di tandas, ada orang kata, air naik disebabkan tsunami di jepun. nasib baik aku tengok berita; tetiba nak buat lintas langsung !

+ kesunyian +
sepanjang perjalanan, radio cd player aku tidak berfungsi ketika tiba di genting sempah, lebuh raya karak-kuala lumpur. usianya sejak 2006 menjadikan aku redha dengan pemergiannya. perjalanan menyebabkan aku terasa mengantuk kerana agak sunyi. aku terpaksa mendengar muzik dari iphone aku secara sendirian. arghh!

+ jelajah +
tujuan asal singgah di gerai-gerai peraih musim hujan gagal selepas tersilap masuk laluan. maklum sahajalah, sebagai bukan sepenuhnya darah keturunan negara ini, menyebabkan beberapa kali silap memasuki lorong dan laluan pedalaman di persisir pantai dari kuala besut ke kelantan.

+ gulai tempoyak +
masakan kegemaran. sememangnya dinantikan tiap kali pulang. thanks mak. anyway, terlupa nak beli bahan untuk buat menu ikan 3 rasa ku! mmm bulan 5 dan 6 terpaksa pulang lagi. insyaallah ingat.

+ mp3 & cd player baru +
tertekan dengan kesunyian untuk pulang, aku tekad beli pengganti. pertamanya pilihan jenama son* namun disebabkan kegagalan syarikat tersebut dalam urusniaga penggunaan kad kredit mahupun debit menyebabkan aku menukarkan kepada jenama lain di premis perniagaan yang lain. sorry, terambil jenama sama sebelum ini. tapi dah upgrade untuk dengar menerusi mp3 cd dan ada dilengkapi AUX cable.

+ lampin pakai buang +
perbualan mak aku memang sering menjadi perhatian. ketika dia memulakan sesi ceramahnya tentang kepenatan menjaga kami ketika masih bayi berbanding anak2nya yang mempunyai bayi kecil, jawapan aku senang aja ; 'dulu mak pakai lampin kain, tidur pun tak selesa... sekarang ni pakai lampin pakai buang' . heheh... mak aku ; ' haha, betul gak kan ' - loghat kelantan campur kl sebab nak bagi aku faham.

+ berhujan di bentong +
perjalanan dengan kesesakan sememangnya sudah dijangkakan berikutan cuti sekolah berakhir. namun perjalanan kami terhenti akibat hujan yang teramat lebat sebelum masuk ke lebuh raya karak. sebagai orang islam, aku sempat singgah di masjid di bentong. sayang dan sedih sekali, masjid yang sudah agak berusia ini, tiris atapnya dan rasanya perlukan dana untuk dibaikpulih. tak pun tunggu mana2 DUN tak de, maka dapatlah belanjawan untuk tok siak sekali. tak gitu peribumi sarawak?

6 comments:

cham's said...

"ter-paksa" kejam siooooOot

Anonymous said...

patutlah kulit tegang... berkat air sembahyang rupanya, ingatkan sebab isipadu dalaman dah bertambah. k

Unknown said...

bukan photosop ke?

seronoknya dapat jenjalan ke terengganu n kelantan, aku dapat jalan sini-sini je..armsterdam. sedih....:(

a z m i r said...

tersadai tu memula ingatkan kereta masuk air. thank god.

radio baru... feewwiiiiittt. boleh masuk mic utk karaoke tak?

Anonymous said...

salam en duta... saya nak mintak tlg buatkan poster utk saya boleh?? poster utk annual dinner... sy mintak tlg sagat coz sy da tr use adobe in design still x pandai2 lg... kehkehkeh...

Anonymous said...

ops ye en duta.. tlg ye... nie email saya : credit_a@gdexpress.com
tlg ye... tq...