Thursday, April 7, 2011

HAD PENGGUNAAN SEMASA talian

Ini kali kedua talian telefon aku di'bar' (sekat). Pertama, aku ingat sememangnya bil dihantar ke alamat kad pengenalan aku di kampung halaman dan diburukkan dengan banyak hal yang aku hadapi sebelum mengambil keputusan memiliki syarikat pemonopoli telefon jenama terkenal ini.

Hari ini kejadian yang sama berulang. Pelik dengan kegagalan menghantar khidmat pesanan ringkas SMS, aku cuba membuat panggilan. Dan terpacul suara wanita memaklumkan, khidmat talian ada mengalami gangguan akibat melebihi jumlah had penggunaan.

Aku segera menghubungi khidmat pelanggan. Dan ini penerangan yang dimaklumkan;

Encik, penggunaan semasa anda telah melebihi jumlah had anda iaitu sebanyak 200 ringgit. Tetapi encik bolehlah menjelaskan dahulu sekurang-kurangnya seratus ringgit bagi pihaknya membuka kembali talian yang disekat itu.

BUTTER PRAWN kan!

Biar aku jelaskan disini ;

Talian pakej RM 100 sebulan ini menawarkan khidmat berikut ;

1. panggilan ke mana2 nombor : 333 minit (tak pernah lebih pun)

2. sms free ke nombor telco yang sama : 100 (kebanyakan sms ke telco lain ; jumlah (antara 100 - 150) x RM0.10 = 15.00

3. penggunaan internet : 1 Gigabyte (aku hampir kepada 900 MB sebulan)

oleh kerana aku pelanggan baru telco ini ; aku meletakkan deposit rm200. Maka, setiap bulan selama 5 bulan, jumlah bil akan ditolak sebanyak RM 40.

oleh kerana juga aku menghadapi masalah dek kerana pembekal telefon ini gagal memenuhi tuntutan pelanggannya, telco ini menghadiahkan aku REBET TUNAI RM50 selama 3 bulan.

BERMAKNA ; jumlah yang aku perlu bayar secara mudahnya pada bulan kedua ini adalah ;

RM 100 - (RM 40 + RM 50 ) = RM 10.
__________________________________________________________

Baiklah ; dari jumlah tersebut, aku tidak pernah melewatkan pembayaran telefon sebelum ini kerana internet adalah nadi hidup aku. Jadi ia sangat penting.

Malangnya hari ini aku tidak faham ; menurut bill sebelum ini ; aku faham penggunaan aku adalah berdasarkan kepada perkiraan SEMASA . bermakna ;

Semua caj panggilan berdasarkan nilai penggunaan 1 minit x 20 sen akan dijumlahkan. Jumlah tersebut mengabaikan khidmat 333 minit penggunaan dalam pakej. MAKA ; tidak hairanlah ia akan melebihi kredit limit. Kau letak kredit limit 5 ribu pun, barangkali boleh berlaku.

Aku tak pernah hadapi situasi ini walaupun pada ketika aku adalah pelanggan baru syarikat TELCO lain. Malah had penggunaan aku sebelum ini adalah RM 150! tak pernah hayat hidup aku disekat talian dek kerana melebihi penggunaan. Yang menyebabkan aku tak senang duduk adalah, aku perlu bayar nilai RM100 dahulu bagi mendapatkan kembali talian ini. Yang masalahnya, aku mendapat ELAUN telefon syarikat sebanyak RMXX. Jika aku tiada jumlah yang perlu dibayar bulan ini dek kerana nilai ini, maka aku mengalami kerugian mendapat elaun tersebut.

dan ini kata-kata akhir aku kepada pihak ini, dan bakal diperpanjangkan kepada khidmat pelanggannya.

MAXIS : tolong perbetulkan sistem anda! CAJ SEMASA bukan CAJ BILL ANDA. Jadi kenapa disekat talian. ANDA PERLU SEKAT TALIAN jika pelanggan gagal membayar bil yang melebihi had! INI SANGAT MENYUSAHKAN PELANGGAN ANDA.

5 comments:

Roy aziz said...

~MAXIS~
Hosmet i, Dat, pernah cecah kredit rm500 wpon penggunaan kurang...so, bile cek balik, if i xsilap, die cas penghantaran sms free (u mesti ade dpt SMS yg ntah dr no sape2 ntah) tu spi lebih kurang rm2-3 bg 1 SMS..cube cek detail bill n g maxis centre.

d u t a said...

thnks roy!

tp mrka xsepatutnya menipu!

Unknown said...

MAXIS memamng la cibai. Teruk gila. DiGi lagi bagus.. Huh!! Dah serik guna mxis.

Anonymous said...

I believe ni maxis... hehehe

Penggunaan ke rangkaian yang sama.. sebab digi n celcom tak pernah buat macam tu.

plus maxis n celcom xder 1gb or 2gb penggunaan ni...

hehe bertukar kepada celcom... ke kontrak iphone..?

d u t a said...

+ si kacak +
hahaha... cib** tu makna apa... selalu dgr. sorry... hehehe

+ hamzani +
lepas habis kontrak, bergantung kepada keadaan. lagi 10 bulan to go. 12 months je. huh... tak sanggup dah...