Tuesday, April 12, 2011

TERSALAH kata

Betul juga bila aku cuba kenangkan balik. Kadangkala bila baca komen-komen rakan-rakan dikala kita tidak keruan menyebabkan kita tidak dapat menilai komen itu dengan bijaksana. aku terpanggil sbb aku juga mengalaminya. Sebab sejak kebelakangan ini aku rasa, aku kerap membaca tentang penggunaan facebook mahupun laman sosial lain. Termasuk beberapa pendekatan bagi mengawal jenaka. sebab aku mahu orang sentiasa mahu membaca apa yang kita tulis. bukan menagih perhatian, tetapi itu lumrahnya sebagaimana penulis buku / novel ; yang melihat sejauh mana penerimaan dan jualan bukunyanya. Bermakna, status kita berkesan untuk dikongsi; tak kira sebarang bentuk dan matlamatnya. Sama juga penjelasan panjang ini dilaman blog.

Pada rutin aku setiap pagi hari, aku gemar membaca komen atau status rakan-rakan yang menceriakan dan unik. dan aku turut menambahkan dengan komen yang aku fikirkan sama-sama menceriakan pagi hari. Itu aku.

Tapi lain ragam pula barangkali jika ketika aku tidak keruan. Pendekatan aku berlainan. Aku tidak akan memberi sebarang komen sehinggalah aku rasa perlu. Tapi ada kes yg terlepas pandangan itu, maknanya; bukan bermaksud tidak keruan; cuma terlepas pandang dek kerana sibuk dengan tugasan dan jadual harian.

Aku tulis macam ni pun, aku harap janganlah ada yang menyangka. Konsep aku senang, jika kita boleh berjenaka, kenapa tidak orang lain? Kan mudah? Bukan konsep nak menang je, tapi mmg itu yang berlaku. Jangan bimbang; ini mainan perasaan aku sekarang ini. Sebab aku serahkan kepada anda menentukan pilihan hidup kalian, kerna bukan kuasa sepenuhnya ditangan.

3 comments:

Adam Ruslan said...

Nak melawak konsep-nak-menang-ja suh masuk Raja Lawak la.. huhu.

Anonymous said...

kompleks sgt la entry ni. *ok dah komen*

QhyrolRidzuan said...

ai xkan sentap kot dgn komen2 aku..chilla beb... ngeee~~~