apapun, tadi, 2 kali aku mengunjungi cawangan pizza hu* yang sama. Pengurusnya seorang wanita berbangsa India. Mukanya agak ketat berbanding pengurus cawangan lain. aku tak pilih menu pizza, sebab faktor memendekkan tempoh makan yakni makan tengah hari dan makan malam dalam satu masa, -ala2 musim sejuk-... Yang aku pesan, menu cheese baked rice dan smoked deli wing DUA KETUL. maklumlah, tangki bukan sebesar.... -selesaikan dalam hati-
Masa tiba, hanya ada satu pasangan bersama 2 anaknya di sudut penjuru premis ini. Aku mengambil tempat biasa. Pesanan diambil seorang wanita yang aku rasa usianya lingkungan 33 - 36 tahun. Sebaik pesanan diambil, dia ke kaunter dapur. Aku lihat dia memaklumkan kepada jurumasak, sambil menunjukkan satu persatu menu yang aku pilih pada buku menu.
Tidak lama kemudian, pengurusnya itu memanggil pelayan wanita tersebut. Di meja kaunter pembayarannya, pengurus meminta pelayan itu mengulangi semua menu yang dipesan. berdasarkan pengamatan aku, pelayan itu tidak bijak menutur dalam bahasa inggeris. kerana semua menu, ditunjuknya.
Nak dijadikan cerita, pengurus tersebut, mengherdiknya dengan meminta pekerjanya itu menyebut satu persatu menu kami. Dan akhirnya aku jelas mendengar, wanita itu menyebut, AYAM NI 2 KETUL. Diikuti semua pesanan air yang disebut betul2 pelayan itu.
Pesanan tiba secara berperingkat. Bermula dengan air dan menu utama. Seterusnya diikuti dengan pesanan AYAM 2 KETUL itu tadi. Tetapi, tiba sahaja di meja, ayam itu adalah 4 ketul. Aku terus memandang pelayan tersebut dan memaklumkan pesanan yang dibuat hanya untuk 2 ketul.
Pengurus wanita tersebut dengan jelingannya mengeleng-gelengkan kepalanya. sambil mengherdik, KAMU NI, TADI SAYA TANYA BERAPA, KAMU CAKAP 4. SEKARANG... MMMM! - sambil mencatatkan sesuatu mengenai kesalahan pekerjanya di dalam buku laporan.
Aku tersentak. Bila masa pulak pekerja kamu cakap kuantitinya 4 ? Sebaik pelayan itu tiba dimeja aku, aku maklumkan, bukan silap dia. Yang silap pengurus kamu yang tak dengar apa yang kamu cakap. Tapi yang sedihnya, pelayan tu memberikan reaksi ;
" takpe dik... dia bos, akak pekerja je. terpaksalah .... " ... habis
+ takkan semua yang jadi bos adalah MAKSUM - rujuk pengamal agama - +
7 comments:
Sedihnya kisah ni.. Teruk betul manager mcm ni. Pizza mana ni? Nak ban...
sebagus mn pun kita...sure ada bos yg bodoh mcm ni. i pun pernah berada dlm situasi camni, tapi imme tau jelah booooOos...bossy kan?
hidup kalau dah penuh kerlipan bintang di langit, jangan sesekali lupa rumput dibawah..
ingat tu budu..eh...utk semua...opss
azmir : cawangan dekat digital mal*.
cham bro : salah pun kena hukum diri sendiri! sedih betul. moga kakak tu tabah.
dxoul : heheh... wow dah ada sifat2 MAZMUMAH ke?
Tinggalkan pondok piza, pergi ke domino. Lagi sedap dan puas hati. Buat kad beli 1 percuma 1.
tekak hamba japanese ...
domin* lokasi terhad bagai. xbyk dilokasi parking murah setimpal dgn gaji bukan pkerja feld*.
nanti hamba review kan... betul sedap ke tak
takde geng nak makan japanese ke? ada lagi sorang yang suka makan japanese tp tak suka order ala carte tp mesti nk rasa org lain punya order... *matilaaa...
abg dxoul, sama2 la kita ingat ye hidup tidak selalunya indah, langit tidak selalu cerah..
Post a Comment