Monday, December 22, 2008

housemate : kehilangan daya tahan diri untuk sabar

hari ni dah tahap aku agak tidak tahan... isunya basic je. tapi aku rasa tak patut jawab macam tuh. aku rasa aku dah cuba yang terbaik utk semua... tak yah bagi alasan... situasinya.

dia pulang keje masa aku on leave; petang entah jam berapa. kalu aku on leave during working day, wajib la aku qada tido semua bagai. dan tadi aku selesaikan semua pending list to do aku such as; hantar alter seluar, repair kasut dan sebagainya... and bila petang menjelma, aku dah ngantuk. nak gi gym malas... so apa lagi lena diulit intan la... sedar2 dah jam 6.24pm. astro kirana aku terpasang dari tadi. tak tutup2. bangun terus ke facebook and layan 2 member online baru balas. terus mandi sambil basuh another adidas white shoe. dan aku pun masuk bilik dan rehat tgk spa Q (tv astro berbayar dalam bilik). seronok gak layan cite melayu camtuh. aku mmg tak sedar langsung sape2 yang dah balik umah...

tetiba teringat pakaian di ampaian luar. harus ambil ni.... aku kuar dan terkejut osmate aku dah kat luar. terus lah menyapa;

duta : dah balik... awalnya

a : dah duduk dalam bilik, tau2... buat2 tanya... (ayat tak berapa lengkap... sbb aku tak berapa nak layan bila orang nada suara cam sindir)

duta : (aku diam...)

dalam hati aku sumpah seranah + wirid2 lama terkeluar dalam benak hati. mana taknya... everytime aku nak kuar, dia buat soalan camtuh.... aku jawab baik je...

situasi petang semalam

a : nak kuar ke?

duta : ada dinner... jadi mc.

situasi lain


a : nak kuar ke?

duta : lepak sama kawan2 aku

dan byk lagi situasi yang lain yang mana aku rasa aku jawab sebaiknya. aku ni dah la byk je agenda.. mmg aku nak capai apa yang aku suka buat... macam visit gallery petronas, visit art gallery, tgk design advertisement kat shopping complex... semuanya utk perkembangan diri aku... kalau aku ajak, dia nak follow ke? takkan aku nak kena berkepit dalam bilik je. selama ni pun, aku duk umah lama, aku mmg dah macam tuh. apa yang patut buat bersama, aku buat. diri aku, adalah aku laaa... dunia aku... ala2 cite AWAN DANIA gitu aku rasa...

aku bukan tak nak lepak ngan dia dan semuanya... dah sah2 aku masuk umah ni sebgai orang yang tak kenal sapa2... dan jelas terbukti tak semestinya setiap program aku harus bersama dia... tapi aku tak salahkan... sbb bagi aku sebagai kawan, aku dah laksana kan yang terbaik. aku pun ada bestfren aku, budak sekolah, budak mrsm, kawan atas kawan, kawan keje office lama + baru dan sebagainya... dan ada kelompok kawan dari kepelbagaian watak dan selalunya geng2 ni dah ada group outing + leisure masing2... aku diajak untuk mengisi setiap kekosongan yang ada....

contohnya... kawan aku dari penang ajak lepak sama sbb dah lama tak jumpa ... sah2 lah aku kuar ngan dia kan? dan mesti byk perkara nak diborakkan. dia dah booking aku siap bagi option lagi... 3 hari in advance... optionnya adalah;

petang sabtu - kat sunway OR
malam sabtu - kat club OR
ahad pagi - kat restoran kelantan breakfast nasi kerabu...

sah2 la aku pilih yang mana aku free (tak de program).. yang aku mampu pegi

ermmm tak paham la aku dalam hal ni...really tak tahu nak bagitau camna...

dah... mulai hari ni aku nak jadi pendiam dan tak byk cerita macam dulu. aku dah tak nak share byk sgt apa2 dgn org lain seperti ini. aku bukan tak mahu kawan. tapi ada je byk cara yang boleh ada layan orang. bagi aku amat kurang hajar jawab macam tuh. siap tak pandang muka lak tuh. aku no komen laaa... kalu kau nak sentap2 ngan aku... aku bukannya suka gaduh... aku biasa je... aku takkan layan pada mereka yang beremosi bercakap dgn aku. bila dia dah sedar kebodohan dirinya memarahi orang lain... dia kembali la seperti biasa... aku akan terima seadanya... tapi parut yang sedia ada... pakai SKII nak hilangkan scar pun, masih tertinggal lekuknya... k...

duta, tabahkan hati... manusia kadangkala lupa... dan tak semuanya sama...

7 comments:

No OnE said...

dute..tatkala membaca post ko yg ni aku seperti terasa diri aku.but anyway, issue raised, we confronted and the rest, he should know where to stand.AND also learn not only dia my best friend.
where ppl like us ada bnyk lagi klik2 grup2 lain yg perlu utk dientertain..ya..aku paham.. ;)

duta said...

thanks sha... aku pun kaedahnya sama... bukan apa... susahkan jadi orang cantik ni... hhhahahha

suesamsudin said...

lain kali kalo dia tanya lagi, nak kuar ke? jawab kat dia, xlah nak masuk...saje bg sakit hati org tu...nape ek ada manusia camni...

suesamsudin said...

su ni kwn xde sesape...
dh lama baca blog duta n dxoul...
nnt bg emel, su invite msk baca blog su yg x berupdate tu...boleh bg komen membina utk bg semangat pd su yg pemalas update ni... :)

thisisnije said...

apa ni? apa ni? tak paham. hehe

arep said...

hi duta.. jangan jadi gunung berapi memuntahkan lahar dah,.. takut ai kat tawau pun kena tempias dah.. huhuhuu.. sabar k

duta said...

arep... paling kuat pun i punya gunung berapi adalah kepulan asap2 putih yang menjadikan jerebu buat seketika... lepas tuh... dah kembali sediakala... tak suka lahar dimuntahkan... takut bencana ditimpa... kasihan manusia yg tak berdosa! amen