Monday, November 24, 2008

temporarily closed


[ closed sign ]

1st; before i start with my feeling rite now, uols baca dulu email di atas ini. Ini adalah tema kerja yang agak tidak memberangsangkan perasaan aku... ketika ini, aku rasakan, perasaan marah aku agak stabil, cuma aku kawal dgn sentiasa memujuk diri agar tidak menunjukkan sebarang emosi itu dikhalayak mahupun kepada sesiapa. Biar aku beritahu secara sinis, apa yang aku akan lakukan! ... itu cara yang aku rasa terbaik untuk menenangkan perasaan sedia kusut ini.



[ if malas nak click on the image, please read below text ]

Dear All,



Please be informed that our XXXXXXXXXXXXXXXXX (tepaksa dirahsiakan) will be installed on 24 November 2008 (Monday) at 9.30 pm onwards.

Therefore, there will be a temporary closing section at the corridor entrance from the P3 lift landing area to the hotel lobby.



Mr C; there will be 6 of the workers from DE ENVISION sign SDN BHD for the installation.


Mr. M; need a cleaner after / during the installation.


Mr. G; the supplier may need your man to be around. Also don't forget 'ON THE BLINK' sign to be placed at both side.


Please


Thanks you



Regards

H + teams




Email ini ditulis [mahap, aku bukannya pendita berbahasa enggeris dgn fasih] namun aku masih faham apa yang aku tulis. dan makluman, ada sedikit yang perlu disorokkan supaya tak dibawa ke mahkamah hanya kerana diriku ini berdepan dgn golongan seperti ini.

Apa yang aku ingin orang selami adalah perkataan CLOSING TEMPORARILY yang membawa erti dalam bahasa melayu; DITUTUP SEMENTARA. Kalau notis ini ada terpampang di mana2 pejabat kerajaan yang kita berurusan, jangan harap la kita dapat masuk / dapat berurusan kalau ditulis mulia lagi diletakkan sign / papan tanda CLOSED / TUTUP - kerajaan tulis melayu lah kot! Ala, kalau bukan di pejabat kerajaan pun, kalau di kaunter bank ke; konsepnya, ada ke orang nak layan? Tapi di sini lain ajarannya... barang siapa melihat CLOSED sign, maknanya boleh diusahakan untuk berurusan. Jadi, masyarakat peribumi mana yang aku hadapi ini?


[yoga yang dihukum haram]

Jadi, alkisahnya; dalam proses men'yoga'kan diri (tak guna wiridnya) dgn harapan agar hilang segala ingatan pada kekusutan2 yang sedia ada; aku terpanggil menulis perasaan aku yang kurang lebih separa tertekan dgn ditambah oleh insiden yang berlaku ini. Dulu aku sering memperkotak-katik, ttg perihal berurusan dgn golongan yang dahulunya sebagai tukang cuci pinggan tapi sekarang dah sudah menjadi seorang manager. Aku tak kisah tentang asal usul kejadiannya, sbb itu adalah usaha mereka sebagai orang yang ingin berjaya. namun aku kesal dalam hal ini, sbb golongan ini sering ingin bertindak bijak tanpa consideration. Kononnya, ketika zaman mereka menjadi kuli - golongan bawahan- , itulah yang mereka terima? dan mereka lebih berkaliber kerana pernah melalui dan berpengalaman dalam pengurusun hospitality ini. Namun aku kesal, apa yang terjadi adalah, mereka ini cepat benar ingin menyelesaikan masalah dgn membebankan orang lain.

Contohnya; si A ingin menghantar 2 email yang bersaiz setiap satu 1.5MB namun ketetapan syarikat adalah setiap email yang dihantar sama ada di antara staff mahupun di antara pihak luar mestilah kurang ataupun sama dengan 2MB. Ditambah pula, setiap mailbox (bahasa melayu i tak pasti translasinya), hanya mempunyai kapasiti yang tertentu, menjadikan 2 file ini tidak dapat dihantar secara serentak dalam satu email. Namun, ketidakmahuan diri sendiri disusahkan kerana akan menyebabkan mailboxnya ; 1st; akan penuh; 2nd akan gagal penghantaran file, si A ini bertindak secara bijaknya menyalin 2 file tersebut ke dalam thumbdrive; dan menunggu kepulangan dan kesediaanku dgn harapan aku bertindak secara serta merta untuk menolongnya menghantar file tersebut kepada si penerima disebabkan kebolehan komputer dan mailbox ku yang membenarkan file ini dihantar.

TAPI; dalam situasi ini, tidakkah anda terfikir, bahawasanya, si A ini boleh sahaja menghantar email sebanyak dua kali kepada penerima tanpa sebarang kegagalan? Ini tidak, gigihnya si A menunggu aku semata2 kerana ingin kan khidmat aku sebagai penghantar email dgn saiz file yang besar. Dahulu aku best friend dgn bill gates, sbb tu aku belajar guna komputer ini.


Itu satu contoh situasi, yang sekarang dan mulai ini, aku mampu selesaikan dgn diplomasi bijak. yakni mengajar mereka supaya mereka membuat sendiri dan berusaha berfikir dgn menggunakan kalau bukan dgn otak, gunalah sendi, tak pun kaki...


hari ini dalam sejarah aku.... dah lah aku punyai tuan yang cukup tabah aku harungi dgn kerjaya ini dan kesabaran ku kadang2 dihairani oleh semua orang. Aku anggap ini dugaan dalam hidup. mengajar aku berbicara dgn orang bijak mahupun kurang bijak. bukan bodoh ye.

aku ditugaskan utk kerja2 menyelia kepada prosess memasang dan menyiapkan sebuah hasil seni yang diagungkan oleh kumpulan branding (penjenamaan). Oleh kerana projek sebesar alam ini yang pertamanya ingin dipasang di ruangan ketibaan tetamu, maka, kerjanya aku bermula dari mendapatkan dummy quotation hinggalah kepada urusan meng'updates' yang kadang2 aku tak tahu, dan kadang2 aku diberitahu... kadang2 aku mmg sengaja tak nak tahu. Semua urusan ini sudah hampir 3 bulan (cabaran kepada JKR ni)... akhirnya proses memasang dan menyiapkannya sudah tiba hari ni. Email di atas ini adalah email yang aku cuba sampaikan kepada pihak2 berkenaan supaya mereka faham peranan mereka sebagai pekerja di sini dan menyelia proses pemasangan ini. Bukan sekadar kepada pegawai kanan, malah kepada pegawai biasa pun turut ku maklumkan tentang proses pemasangan ini- bila dan apa peranan mereka dalam membantu pemasangan ini dari sebuah syarikat yang dilantik.


[smart tunnel]

OK, kalau dikaji kepada SMART TUNNEL yang direka khas oleh golongan cerdik pandai; apabila kerja2 pembaikpulih sedang dilakukan, maka tunnel itu akan ditutup sementara. Bermakna tutup ; tidak boleh dilalui. Jelas tanpa dengung (tatabahasa quran - tajwid). Jika aku dahulunya seorang yang sekadar lulus UPSR sahaja, tidak lah aku berfikiran begini. Tapi, bila sebegini tindak tanduk manusia peribumi ini bekerja, maka aku harus mengikut rentak mereka. Terfikir dalam benak fikiran aku; GOLONGAN2 ini sengaja menunjuk bijak kononnya, mereka sedang berkerja dan awareness mereka amat bagus sehinggakan setiap apa jua permohonan mendapat kelulusannya terlebih dahulu.

Ok, aku buka kisah masa aku di UTM skudai. Kolej Tun Razak. As a member of the HOUSE of MULTIEXPERTISE; tuan pengetua kolej memberikan kepercayaan kepada group aku bagi menyediakan semua aturcara dan agenda majlis. Seperti biasa, aku MC dan aku juga unit protokol serta rekabentuk stage. Dengan kolaborasi yang amat unik antara ahli2 design house ini, aku membuat lakaran kasar konsep stage ini untuk dibentangkan dalam mesyuarat program. Memang wujud masyarakat malaysia seumpama ini yang mempertikai tentang rekabentuk stage itu dgn satu pertikaian yang cukup hebat! NAK TAU APA :

"CIK HELMI; tidak kah spot light2 yang berada di tepi2 stage ini akan mengganggu keselamatan mana2 pesawat diudara yang menganggap bahawa ini adalah landing lane mereka?"


[landing lane]

Aku hanya mampu tersenyum. Aku tak mahu status jawapan dari benak hatiku diutarakan. Kerana aku tahu, ia bakal mengguris perasaan makhluk tuhan ini. Nasib baik antara kami ada seorang bakal engineer yang menggambil jurusan aeronautics. Jawapan bernasnya melegakan hatiku yang tersenyum itu.

Ada satu lagi; kisahnya; seorang warga berusia. Lingkungan 38 - 42 tahun yang berkerja sebagai unit penyelenggaraan audio di kantor ini. Dalam pada kami sedang sibuk menyediakan dan memerlukan khidmat mereka kepada sebuah banner besar berukuran 10 meter x 4 meter untuk di kibarkan supaya dapat dilihat oleh salah seorang pengurus besar syarikat ini, dia sibuk berdiskusi dgn pertikaian kenapa di MALAYSIA; semua bangunan tidak mempunyai level GROUND FLOOR yang sama.

ini rakaman perbualannya :

pakcik : saya dah buat kajian, kat malaysia ini. semua bangunan tak sama ground floor dia. kat london, semua sama.

helmi : encik dah gi london?

pakcik : saya tgk dalam national geography

helmi : ooo... jadi; macamana pakcik tahu?

pakcik : sebab saya dah tgk semua bangunan kat malaysia ini... cuba kau tgk klsentral ni, kat mana ground floor? cammana orang nak keluar dan tahu ini adalah ground floor?

helmi : ok. tapi encik, saya dahulu ada juga bergaul dgn golongan arkitek. tak la pulak saya belajar, cuma yang saya tahu takkan la ground floor bagi menara kuala lumpur nak di sama kan dgn ground floor KLCC. Nanti kalau emergency, orang berlari nak kluar tingkat berapa. Kenapa KLsentral ini tiada ground floor, sbb nya TANAH ASAL bagi klsentral ini sebenarnya adalah landasan keretapi. Yang ramai2 naik bus ke LCCT tu, adalah sama level dgn landasan tuh. Jadi saya rasa kajian pakcik kurang tepat.

pakcik : (diam dan berlalu pergi)


[side elevation of KL city]

so; dalam hal ini, tujuan pakcik ini bukan hendak menipu pun. Dia hanya ingin menunjukkan keterlibatannya sebagai warga kerja yang sama2 memikirkan permasalahan ini.

sikap aku sejurus selepas itu; mencapai telefon bimbit, dan mendapat kepastian daripada kawan ku yang dah 4 tahun bekerja dalam bidang arkitek. Jadi jawapan ku dan penerangan ku kepada pakcik itu adalah berdasarkan kenyataan dan logik sebenar dan amat2 tepat. fuhh...




Wow, kita kembali kepada insiden sebenar.

Dalam kes yang terjadi ini, sudah dimaklumkan bahawa section itu akan ditutup. Alternative ini takkan lah seorang grafik designer nak beritahu kat mana guest nak masuk dan keluar? takkan la penyelesaian dia dgn arahan pekerja kelas 5 kebawah seperti aku?. Buat apa bayar gaji seorang manager, mahupun sesiapa yang hebat maha bijaksana; jika ini tidak mahu difikirkan?

Sebelum kejadian CLOSED SECTION, berlaku satu lagi insiden di bahagian sekuriti. kemasukan sebarang orang luar / visitor kedalam bangunan / premis memerlukan pendaftaran kemasukan terlebih dahulu. itu semua masyarakat malaysia tahu. mengerti lah ... namun ; hal ini diburukkan; pendaftaran tidak diberitahu kepada jabatan sekuriti. malah disuruh pula untuk membuat permit kemasukan? Aku beristigfar panjang. Aku menenangkan diri didepan mereka, seraya berkata : helmi; cool down.... sambil mengurut dada. Di hadapan anda adalah orang yang berurusan tanpa diketahui status akademiknya. belum pasti dia mengetahui punat menutup komputer PC apatah lagi imac. akhirnya, dgn aku meminta jasa baiknya menelefon boss nya, pegawai itu bebertindak dgn tindakan takut mati di maki; menghubungkan aku dgn pegawai kanan jabatan tersebut. sayang sekali, jawapan hampa. aku harus menelefon jabatan lain utk mendapatkan kemasukan pekerja2 ini ke dalam premis dgn tujuan memasang dan menyiapkan struktur artwork ini. Dan tatkala jam 10.47pm, barulah mereka dapat mendaftar setelah lebih kurang 20 minit meminta kerjasama mereka mendapatkan kepastian.ops terlupa, soalannya berbunyi; kalian boleh tak bukak email yang ditujukan kepada manager kalian + juga pembantu manager kalian? jawapannya; kami tidak tahu! jadi dgn ini saya yakin dgn level mana saya sedang berurusan. tiada apa yang kurang enak berlaku. kerana saya suka menegur dan bertanya secara sinis. dalam hati... insyaallah, tuhan je tolong kirakan antara dosa dan pahala.... please... aminn..

Aku terhenti disini. Kalau aku meneruskan kata2, perasaan ini sentiasa terbenak dalam hatiku. sifat dendam + marah ini bermaharajalela. Jadi aku telah membuat kesimpulan. perkara sudahpun berlaku. dan tiada pun mencederakan mana2 pihak. yang paling peritnya adalah aku yang menerima keegooan sikap2 mereka ini kerana aku tidak suka meninggi kan suara pabila marah. Paling keji pun aku akan mengambil nama mereka dan mencatitnya. Bermakna aku bakal mengingati watak ini sebagai golongan ini.

Biar apa jua pun. Hidup aku perlu diteruskan. Jika dilayan masyarakat ini, aku tentu hanyut dgn kata2 penuh nista terhadap mereka. Sbb aku perlu faham, tak semua dilahirkan kedunia dgn persamaan. Perbezaan ini semua mencabar kesabaran kita semua. Jadi; aku ingin berkongsi ketabahan ini bersama semua. Agar kita faham, manusia bukan dilahirkan sempurna, tetapi bertindak mengikut akal fikiran untuk dan perlu mencapai kesempurnaan. Jadi salah + kesalahan adalah satu perkara yang seharusnya dielakkan.

Maaf jika perumpamaan ini semua menganggu gugat sesiapa. Aku cuma berkongsi cerita tentang kisah yang berlaku. dan aku cuba untuk memberikan motivasi diri agar lebih tabah. semoga bertemu dilain lembaran dgn cerita yang bukan seperti ini lagi.

8 comments:

tootsie said...

hahhaaah, sabau sabau B..!!

ko budak agregat 6, so mentality dorang sah2 tak same ngan kita la kan..so BE PATIENT hokeh!

ct

duta said...

pembetulan si toot! 8 ye.

thisisnije said...

tak paham... blurrrrr

amANI said...

Duta,

Tersengaja melawat blog anda, potensi penulisan anda sangatlah sama seperti gaya percakapan anda yang mana flash back dan fast forward berada di dalam sesuatu argument. Hanya yang pernah berbicara panjang boleh memahami. Teruskan.

Amacam? formal tahap pengawas tak aku?

duta said...

amANI :: omg;also have blog? cool. ada masa tuh sambil menjaga anak!

nije :: ada je makhluk paham tuh! hehehe... kena re read balik ni... u dun speak kelantan anyway... should i? heheheh

suesamsudin said...

huish...punyalah pjg n3 psl ditutup sementara ni...smpi citer klsentral semua msk....hehehehe...

duta said...

sue :: ni sume jalan cerita bagaimana saya menjalani hidup... itu lah cara saya... sebab tuh la ceritanya panjang!

Bertram said...

Really useful material, lots of thanks for your post.
new games reviews | free game puzzle | free pc games | online games | online games