Sunday, November 21, 2010

a journey to PENANG

ye la... atas desakan, photo2 di penang dibenarkan untuk tatapan umum...

Tuesday, November 16, 2010

OUR 1malaysia driver

semalam tatkala menunggu di station lrt kelana jaya kira-kira jam 5.30 petang ketika hujan lebat dengan kilat mengganas, aku tertidur di dalam kereta kerana kepenatan yang teramat sangat. bayangkan malam sebelum itu menyiapkan kerja grafik bagi uia dan menulis skrip lakonan ukm untuk majlis makan malamnya yang aku sendiri masih samar2 lagi agendanya. dah bayangkan? bayangkan dulu.

ok dah? ok... ketika hujan lebat petang semalam itu, dek kerana takut untuk melawan pitching adam lambert aku sefrekuensi dengan getaran guruh yg maha hebat, aku alihkan tuner kepada radio 24 bernama yg lebih banyak berita berbanding soal2 'langho'.

sebaik tersedar kira-kira jam 6.30 begitu, aku terkejut dengan sebuah kereta yang dipandu laju dan memberhentikan keretanya didepan kereta aku. pintu kereta dikuak sebaik berhenti tanpa menghiraukan kenderaan lain di belakangnya. dan ini apa yang aku lihat.


seorang 'uncle' membuang najis disisi keretanya . w h a t t h e F I S H !

aku sebenarnya kecewa dengan sikap pemandu ini. Malaysia aku rasa memang cukup sudah kemudahan terutama tandas awam walaupun tak menepati selera korang (habis ingat semua tandas macam THE BURJ KHALIFA?). Memang semalam agak teruk kesesakan jalan raya. Ditambah lagi dengan banjir kilat dibeberapa kawasan. Diburukkan lagi dengan sememangnya pembangunan lembah klang dibina atas dasar kemampuan kenderaaan bermotor. Tapi naik lah sekejap ke lrt station yang mempunyai tandas berbayar ataupun mana2 stesen minyak yang menyediakan tandas untuk kalian mahupun OKU.

Jadi kepada korang pengguna jalan raya lain yang lulus peperiksaan UPSR walaupun tak berapa cemerlang subjek pendidikan islam mahupun moral... janganlah berbuat sedemikian rupa. Nak kata tak de ketamadunan, nanti apa pulak kata penaja. mmm... k!

Friday, November 12, 2010

BUSY BRAIN : convo + sabitah

Secara peribadinya, aku sibuk dengan tugasan grafik convo law centre dan malam gabus sabitah. Aku buat part time atas sebab berikut :

1. wang sampingan
ye, kerja untuk membayar hutang. selain untuk hidup, wang2 lain ini digunakan untuk membayar apa yang patut, selain ingin bergaya ala2 jalan kat Manhattan city macam Chuck Bass (rujuk gossip girl).

2. bantu negara sendiri
aku tak la hebat sangat. ada sifoo aku lagi maha hebat (tuhan tak wat grafik... so boleh pakai maha). azmir preetypeektures and si knizam ini! tapi niat aku memang nak betulkan penggunaan grafik yang ada pada sektor yang masih lemah. aku tak mahu orang luar tgk negara sendiri macam tak de tamadun manusia.

3. minat sejak azali (nurul sgt...)
aku memang suka grafik. argh malas nak cerita. sanggup ikat perut demi sesuatu yang aku nampak cantik dimata! makan? ala, telan kurma untuk dinner pun dah memadai.

4. bantuan rakan wannabe
hahaha... yang ni aku malas ulas lah. sebab takut ada yg kecil hati. lebih2 saat begini. mmmm....

Tuesday, November 2, 2010

KNOWING YOU, knowing me

Suatu ketika dulu, aku dan rakan-rakan sering melepak bersama Cikgu Homeroom (Keluarga Pelajar), cikgu Junaidah Zakaria dibilik guru. Biasalah, petang-petang lepas habis waktu makan tengah hari, melepak di bilik guru menjadi rutin, selain dapat menghilangkan kebosanan seharian belajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Melayu!

Tapi kali ini, aku melepak di ruangan pendidik maktab kerana ditugaskan sebagai pemidato sekolah. Sebelum ini aku geng bahas. Tapi sebab sudah tiada lagi yang berminat, maka aku disarankan membawa watak itu. Sebenarnya aku lebih gemar berbahas, sebab boleh cedok idea orang. Aku tak suka hafal info, sebaliknya info itulah yang menjadi tajuk dan perbahasan. Zaman dulu berbahas lain. Sekarang dah lain. Kekok juga. Barangkali dah tak sesuai dengan masa dan perubahan.

Oklah, isunya apabila salah seorang tenaga pengajar pasukan bahas maktab, Cikgu Farid Yahya tak semena-menanya bertanyakan cita-cita aku. Dengan bangganya aku menjawab, saya ingin menjadi seorang arkitek! Of course sebab darah seni yang mengalir menjadi pemangkin dalam hidup aku. Tulisan tanganku yang kemas berseni pun menjadi penilaian pemeriksa kertas jawapan sejarah! Jadi seni itu juga penting dalam kebangkitan sebuah sejarah ketamadunan.

Aku dipersoalkan kenapa minat berpidato dan berbahas, sedangkan berharapan ingin menjadi sang pencinta seni! Sepatutnya, cita-cita aku menjadi peguam ke, pensyarah ke atau bersangkut paut dengan memberikan ucapan kepada umum. Juga termasuk cadangan menjadi AHLI POLITIK. Jawapan spontan aku, POLITIK itu KOTOR. Dibidas jawapan aku oleh cikgu Junaidah, POLITIK TIDAK KOTOR, yang mengotorkannya adalah MANUSIA. Aku? Diam, selain cuba mengamati jawapan itu dengan pemikiran kritis dan kreatif. (omg… so…)

Akhirnya, setelah hampir 15 tahun berlalu, ini penilaian aku ketika duduk bersahaja di bilik media ketika perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Umur 1- 4 : Tidak tahu langsung apa itu politik. Cuma tahu siapa itu Perdana Menteri Malaysia termasuk peranannya merasmikan kereta Nasional negara. Masa itu, hafal lagu negaraku, tanpa tahu siapa itu RAHMAT dan makna BERTAKHTA … macam TATA (bye bye)

Umur 5 – 10 : Mula mengetahui mengenai rukun negara, dan wajib menghafalnya. Selain terpaksa mewarna bendera Malaysia dan negeri-negeri seluruhnya. Termasuk mengetahui bekas-bekas perdana Menteri dan menghafal lirik lagu 31 Ogos nyanyian allahyarham Sudirman (walaupun kedua-dua ibu bapanya berasal dari negara seberang)

Umur 12 -15 : Bosan menonton rancangan Belanjawan (dijajahkan bahasa menjadi BAJET) kerana mengganggu program-program hedonisme yang lain. Mula mengenal sejarah kesultanan melayu Melaka walaupun boleh menghentam kerono jawapan soalan objektif kertas Sejarah PMR yang bakal dimansuhkan. Selain itu, mengenali siapa disebalik pembikinan dan penubuhan Malaysia. Juga mula menghafal bait2 lagu mengundi tanggungjawab bersama.

Umur 15 – 18 : Terpaksa mengetahui perlembagaan negara kerana tak mahu sijil periksa nanti, banyak bilangan yang berganda-ganda. Malah mula membaca ruangan lidah pengarang berita, kerana nak karangan ada muatkan nama-nama orang ternama, barulah pelajar berfikiran arus perdana. Kebetulan menyertai program-program anjuran kementerian, yang hadir mestilah dihadiri si polan dan si polan. Perasmian termasuk upacara penutupan, mesti ada sahaja yang tak ketinggalan. Lepas peperiksaan dan cuti berbulan-bulan, bolehlah nak jawab sikit-sikit soalan. Siapa punya angkara bangsa lain yang dapat kerakyatan? Wow!

Umur 19 – 25 : Menjadi siswa di kampus pun ada politiknya. Tapi dek kerana sibuknya menelaah sambil berpesta di gelanggang bola tampar, kancah perebutan jawatan tak menjadi ikutan. Pergi mencoretkan borang pemilihan pun, tak dibuat kerana tak tahu apa peranan. Jawapan aku, kenapa nak pilih orang yang tak tahu lagi kemampuan? Orang lain boleh bentang jalur gemilang dekat tembok cina, sedangkan kalian, hanya mampu bentang sejadah untuk kewajipan. Kronik tak alasan?

Umur 26 – 3+ : Mula bekerjaya dan mengenali siapa dalang disebalik setiap kehidupan. Berdaftar? Kenapa? Jika lakukan pemilihan, pengundi dapat ke beras segantang? Lagi alasan. Tapi masa ini, aku rasa aku kena mendaftar sebagai pemilih. Bukan apa, satu ketika nanti, kita perlu menyatakan pendirian. Tak salah berkongsi pandangan, tapi bukan berkongsi pemilihan. Sebab itu ia adalah sulit dan hak milik insan kerana untuk menentukan siapa yang berhak dalam mengepalai tanah jajahan.

Jadi, dah tiba masanya aku mula melangkah setapak ke depan, melakukan pemilihan dalam setiap keputusan. Kalian?

Saturday, September 18, 2010

THE MAKING of GBS raya 10



Bila disiarkan gambar-gambar sesi fotografi GBS raya.10 di laman social facebook dan pertama kali dibenarkan diperlihat umum, ramai yang memberi pujian dengan pelbagai persoalan. Jawapan aku mudah, memang sesi berkenaan adalah acara tahunan. Ada yang masih tak faham dan ada yang buat-buat faham. Jadi malas nak bicara panjang dan malas juga nak timbulkan persoalan, dengan mudah juga aku cakap, daripada melakukan perbuatan tak berfaedah yakni mengutuk teman dibulan ramadan, inilah masanya kami berempat (sepatutnya berlima) bersua.


Kenapa nama GBS? Apa maknanya? Mmm panjang ceritanya. Senang cerita dan di’pendek’kan agendanya, nama ini sememangnya bersangkut paut dengan rancangan kanak-kanak dalam saluran astro CERIA berjudul Geng Bas Sekolah. Yang memberi gelaran ini adalah pasangan kekasih yang bertugas sebagai GURU KPLI ketika sedang enak berbulan madu di Pulau Langkawi. Kebetulan pertemuan antara kami dengan pasangan ini di dalam bot menuju ke Tasik Dayang Bunting, menarik minat pasangan ini dengan aksi permainan teka teki yang menghiburkan. Sejak dari itu, pasangan ini menggelarkan budak-budak GBS. Itu serba ringkas. Sehingga lah secara tidak sengaja nama itu menjadi kata panggilan ketiga dalam setiap perbualan kami di laman blog mahupun di laman social lain.

Dah habis bicara tentang itu… kebetulan kepulangan rakan dari London memberi peluang kami merancang mengadakan sesi fotografi ini. Tak jauh bezanya dengan tahun lepas, acara kali ini dirancang sang amatur aka low council. Hingga minggu terakhir Ramadan, lokasinya masih belum diputuskan. Akhirnya majlis tertinggi juga terpaksa membuat keputusan; TANJUNG KARANG, Kuala Selangor.

4 September sebelah siangnya… kami dah seawal bangun mempersiapkan diri. Janjinya bermula jam 11 lagi nak bersiap, namun seperti dijangkakan, watak yang sama juga lewat. Argh, malas nak cerita setiap peristiwa, apa kata korang singkap setiap foto-foto disebalik pembikinan sesi fotografi ini.


[Mana tak lambat, nak air basuh rambut pun dengan air mineral bagai... ]


[Malah aku tak sempat nak praktis muka buruk yang dicadangkan]


[Isu rampasan samping masih belum reda]


[Ini foto yang didakwa cuba disembunyikan. Herlow ye, korang tak cakap pun kena buat aksi buruk. walhal, kasha buat camtuh pun kira dah ye?]


[dxoul, ko kata aku tgk camera je kan? ini?]


[camni lah aku kat penang, dxoul oi... no wonder tak publish2]


[dxoul... harap kau ngerti!]


[budak2 ni cakap samping ko cantik ye dxoul? ko nak tgk tak sms kasha bagi kat aku?]


[ni pun aku suruh amik tau dxoul... kalu tak]


[i tak letak effect apa2 kecuali terpaksa terangkan hingga langit pun jadi putih]


[sebelum berjaya merapatkan samping]


[selepas berjaya merapatkannya]


[mmm ini ke muka budak tahap upsr tu heider? berdasarkan kesan 4 kerut didahi tu... mmm]


[dxoul ... camni lah... tapi masa ni aku dgr diorang ajuk seseorang... mmm ]


[nampak keringat peluh tu? berbanding... mmm]


[betul dnije cakap ... tak pernah sentuh kan?]


[dxoul, yang ni kashah suruh publish]


[ini pun sama... terpaksa. tapi takde bantahan kan semua?]

Thursday, August 26, 2010

JUST A THOUGHT : malay dance?

Tindakan penunjuk perasaan menyimbah najis manusia di depan Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta bagi aku mencerminkan kejijikan sesebuah bangsa. Aku sendiri geli nak pegang najis sendiri apatah lagi orang lain punya. Pada hemat aku, tindakan itu keterlaluan.

Tapi aku bukan tidak berilmu nak membabi buta ibarat membaja tahi ke pokok kaduk! Dan aku pula tak nak membezakan manusia akibat perbuatan bangsanya . (habis Yahudi?) Dimudahkan cerita, aku kurang bersetuju dengan sikap bangsa kita. Kalau kita mahu cakap kita rumpun melayu pun, penduduk Indonesia pun dari rumpun melayu. Tapi aku pernah berborak dengan warga Indonesia. Mereka sebenarnya amat bangga menjadi bangsa Indonesia. Kita? Bangsa Malaysia?

Aku rasa benda ini kita kena mula dengan jati diri. Pada hemat aku lagi... sejak kewujudan sebuah tarian yang digilai ramai ketika ini iaitu Poco Poco itu, aku memang kurang gemar dan agak tidak setuju. Mungkin pada asal kejadiannya yang kurang sempurna (senang cerita penyanyinya tak cantik)... dan juga aku rasa macam irama dangdut yang dislowkan. Alasan aku?

Tarian dan lagu Poco-poco ini adalah lagu etnik / masyarakat / penduduk Indonesia. Tak salah sebagai hiburan, malah aku tak menghinanya seadanya. Tapi bukan sepatutnya untuk menjadi ikutan rakyat di Malaysia. Kalau alasan untuk bersenam sekalipun, joget melayu kita kan ada? asas zapin lagi indah tarinya? tarian inang pun bagus untuk dipraktikkan. Malah lebih menyedihkan ada pendidik yang menyuruh anak2 didikannya turut mempelajari tarian ini. Saya rasa alangkah baiknya jika kita mulakannya sebagaimana bangsa lain mendidik bangsanya.

Apapun, semuanya terpulang kepada individu lah. Lagipun kita pun tak kisah dengan tarian moden hip hop yang juga berasal dari negara lain. Jadi anda fikir-fikirkan jika suatu masa nanti, anak anda bisa menyebut ketombe itu kelumumur!


Monday, August 23, 2010

RAMADAN MODE


Dah lama tak menulis! Huh macam la selalu tulis blog! Sebulan pun tak lebih 10. lagi nak letak intro macam tu…. Maklumlah, mukaddimah macam tuh memang stereotaip. Jadi, selalunya aku skip. Ambil point-point penting je! Hahaha.

Dah beberapa hari bermulanya Ramadan, aku masih belum mengunjungi mana-mana pasar Ramadan. Entah kenapa, aku tak teruja langsung nak beli makanan kat pasar Ramadan selain malas nak tukar pakaian yang kalis bau asap dari gerai warung ayam golek! Wah! Ingat walk way pasar Ramadan pentas peragaan ke?

Masa aku kerja kat sebuah hotel 5 bintang dulu, aku ada juga beberapa kali dijemput ke Buffet Ramadan. Boss aku lah bagi. As a reward dan sayangnya pada staf macam aku ni. Selain tu, kat café staf pun ada makanan, cuma aku jarang menyentuhnya kerana selalu sesak dengan warga asing yang sah datang bekerja ke negara ini bukan status sah pelajar asing IPTS tapi masuk Malaysia sebab nak bawa dadah.

Tapi ada ketikanya aku terpaksa melantak berbuka puasa seorang diri. Waktu tu aku rasa, bosannya hidup. Lantaran itu, aku akan makan makanan segera ala western sebab berangan macam konon-kononnya expat yang makan sandwich bagai. Sasaran aku kat area KL Sentral adalah Subway. Cukup western kan? Lihat tubuh ku…

Ok, itu baru intro. hahaha! Korang baca gak kan? Tak skip ek? Bagus2. Sebenarnya aku nak cerita pasal part sakit perut pada bulan Ramadan. Sebabnya aku tak gemar ke pasar Ramadan adalah kerana perut aku amat sensitive dengan juadah yang dibeli. Pelik juga. Tapi memang itu yang menyebabkan setahun lalu, 3 kali Ramadan aku tak pernah lengkap dek kerana perut yang mengancam nyawa aku.

Kisah 1
Masa aku tinggal kat Wangsa Maju seksyen 1. Masa tu aku kerja kat area Golden Triangle (klcc area). Buka puasa malam itu, aku makan makanan yang dibeli di pasar Ramadan. Tak ingat apa menunya, tapi yang pasti masa bersahur perut aku dah macam lagu Menadah Gerimis versi juara lagu yang penuh kontroversi. Sahur itu juga, beberapa kali aku bertapa dalam toilet sekian lama. Tapi masa nak pergi kerja, aku kena bergegas ke stesen LRT. Masa tu, 2 gerabak LRT Putra dah macam berebut masuk juara lagu edisi yang kena tinggal. Sesaknya seakan sama ketika staf sebuah agensi keluar dari parking lot bersempena pulang awal pada bulan puasa. Aku yang kurang walafiat ni, terpaksa redah jua. Kereta? Aku malas nak bawa walaupun parking diberi kepada setiap staf.

Dalam LRT, perut aku dah memulas tahap 5. eh, KPI 5 paling tinggi kan? Korang yang bukan favourite boss, dapat 3 je kan? Ok, masa tuh… perut memulas sebaik tiba stesen setiawangsa. Seram sejuk badan aku. Aku buka ikatan tali leher. Lama kelamaan senak perut semakin dirasai hingga ke kepala. Sebaik tiba di stesen Ampang Park, aku sudah tak berapa ingat sangat, tapi yang pasti aku dah dipapah staf LRT! Malu betul aku sebabnya pengsan kat situ. Masa tuh, staf tu nak mintak panggil ambulans. Aku bilang, tak perlu. Aku cuma nak ke tandas. Jadi, batal sudah puasa aku sebab pengsan + muntah ditandas selepas itu. Selain mengucapkan terima kasih, staf itu memberitahu aku rebah depan pintu LRT semasa pintu gerabak ditutup. Nasib baik dia ada bertugas kat pintu keluar train menarik aku dari tersepit. Dramanya.

Kisah 2?
Ala lebih kurang sama, korang pun malas nak baca. Kali ini lokasi pula berbeza. Cuma kali ni aku tak pengsan depan pintu LRT lagi Aku yang dah ada pengalaman pengsan di stesen sebelum ini, segera duduk dalam LRT dan kali ini lebih islamik sikit dengan cuba berselawat banyak-banyak kali. Tapi aku memang rasa masa duduk tu, aku tak dalam tak sedar. So, aku rasa batal puasa. Cuma aku tak berbuka la. Aku ganti je sebab rasa syak dan musykil.

Itulah sebab, lepas dari peristiwa tu, pasar Ramadan bukan sasaran aku. Aku rela pergi restoran yang sediakan juadah seperti masakan tomyam ke… atau yang masak makanan panas-panas. Selain tu, air pun aku beli air kotak. Kalau teringin sangat nak minum air tebu, aku minum beli jugak air kotak. Entah, aku memang tak sanggup lagi nak berpuasa dengan perut yang tidak sihat. Yelah, sekarang ni takut keluar paper! Ops gila berangan! Yelah... sejak akhir-akhir ini, kes ribut landa pasar Ramadan pun boleh ragut nyawa...

Apapun, aku harap tahun ini, aku lengkap puasa dan diselangi dengan ibadah senaman terawih.

Monday, August 2, 2010

THE POWER of God


Raya tahun kedua aku bekerja adalah pada tahun 2006. Masa tu ramai kalangan senior masih bujang. Mereka pula wah, sana sini situ baju raya wajib nak gah. Kalau boleh, masuk masjid sahaja, siak atau juruazan siap buat pengumuman baju melayu tercantik raya tahun ini. Siap dapat bagi ucapan lagi atas mimbar. Lepas tuh semua orang akan bersalam dengan kita. Berangan….

Bila aku tengok baju melayu raya senior-senior aku, rasa kepingin nak merasainya. Kebetulan masa tu ternampak program sedutan raya anuar zain dalam youtube tunjuk baju melayu ala kain thai silk. Aku pun ajukan kepada kalangan senior aku. Mereka pun jawab, jom turun jalan Tuanku Abdul Rahman, kita gerak gempur cari kain macam tu.

Nekad bercampur nafsu, aku pun turun pada tarikh sebulan sebelum berpuasa. Kata orang lebih baik sedia lebih awal. Takut lewat-lewat nanti tak sempat. Maklum sajalah, tempahan bukannya kat butik-butik mewah. Aku tak ingat kedai apa yang aku singgah, tapi yang aku pasti… kedai itu menjual fabrik yang agak berjenama. Segera diheret aku ke ruangan kain sutera. Aku rasa cantik dan menepati citarasa. Aku memilih warna yang berkenan dihati. Masa tu gile purple. Kain samping pun warna tema-tema begitu. Melayang kat situ 300 ringgit. Bila aku cakap dengan penjual kain berbangsa Pakistan berbahasa melayu itu, jawabnya kain ini tak seratus peratus sutera. Lelaki boleh pakai. Ada campuran dalam 10% kapas. Dia kata kalau sutera, kain itu boleh disumbat dan ditarik dalam sebentuk cincin tanpa tersumbat. (faham ke?)… Dalam hati aku, kalau cincin yang dipakai …. Emmm ermmm ops! Tak pe lah.

Ok, dah beli kain, jom ke kedai tempahan baju pula. Lebih kurang di deretan yang sama, aku menempah baju melayu. Harganya lebih mahal RM50 berbanding baju melayu biasa kerana susah menjahit sutera katanya. Pertama kali, jadi aku tak banyak bicara. Angguk sahaja kerana tempahan sahaja dan bayaran dikenakan hampir RM200. Bermakna tahun itu, baju melayu aku bernilai hampir RM500. (Sorry, ada orang lagi mahal, tapi bagi aku… ini dah cukup mahal)

Dipendekkan cerita, tibalah hari lebaran. Eh, sehari sebelum lebaran yang mulia. Lagu-lagu raya berkumandang sana sini. Aku sibuk juga membantu mak membeli barangan keperluan memasak rendang, ketupat nasi (no one in my house eat ketupat pulut), lodeh dan kuah kacang. Dah balik dari membeli, aku masih ada lagi barang keperluan lain yang perlu dibeli pada saat-saat akhir.

Baju Melayu aku? Oh tergantung indah diruangan bilik bujang kami. Tapi setibanya pulang dari membeli barang petang itu, alangkah terkesimanya aku melihat baju melayu sutera aku sudah tiada. Cepat-cepat aku bertanyakan mak. Jawapan mak adalah “Basuhlah. Baju nak buat sembahyang raya kan, kenalah basuh?

Masa tuh kau mau cakap apa? Tak nak cium bau syurga or rasa nak lari ke Kota Mekah mintak ampun depan Kaabah? Alangkah hebatnya kuasa Allah, bila tak benarkan aku bergaya dengan kain sutera bak kata Al-Quran, lelaki adalah haram memakai sutera. Masa tu, aku hanya mampu bertasbih dan bertahmid; subhanallah.

+ no wonder aku rasa bahu kiri aku ringan sahaja. Amin.
+ fyi ; sutera tak leh basuh dengan air mahupun washing machine.

Friday, July 30, 2010

clean your mind with CUCI THE MUSICAL 2


Dah berapa kali siaran tv berbayar menyiarkan tayangan filem cuci. Aku tak pernah tersentuh menontonnya. Mungkin kerana aku tak merasakan sesuatu yang kena dengan diri aku pada filem ini. Aku anggap filem ini adalah hiburan di kala umat islam meraikan hari raya untuk ditonton bersama keluarga.

Namun, peluang menonton Cuci The Musical 2 tidak aku lepaskan kali ini. Orang kata best. Jadi aku yang berpeluang segera memberi kata setuju kepada pemberi tiket ini, Miss J. Thanks Miss J.

Kebetulan kehadiran kami, diserikan dengan kehadiran permaisuri agong. Jadi sebagai rakyat jelata, rasa berbangga juga dengan sambutan kerabat diraja yang datang menonton. Cerita Muzikal ini? bagi aku, tentunya anda tak kering gusi. Lakonan Afdlin Shauki, Han Isaac, Nabil dan Awie wajar diberi pujian. Tidaklah seagung dan sehebat lakonan pementasan bangsawan. Tapi karakter filem ini menjadi. Sangat menjadi. Aku tak pernah tonton muzikal cuci yang pertama. Tapi aku yakin ia masih mengekalkan plot cerita yang sama. Tak bosan untuk menunggu setiap babaknya.

Nabil dan Awie menghidupkan watak kelakarnya. Hans pula, biasalah, always be the handsome one. Dan lakonan afdlin yang penuh bersahaja cukup menarik. Malah 'ad lib' yang dilakukan afdlin dan harith iskandar berkenaan sebuah kereta yang menghalang laluan kerja TNB ketika pementasan diberi tepukan penonton. Hebat bukan? bukan senang. Tapi untuk pementasan komedi begini boleh lah. Cuba ketika teater Sri Mersing, mau terkucil si Seri lakonan Elly Mazlien nak terjemahkan ke bahasa purba tentang pengumuman TNB itu.

Apapun, cacat cela majlis telah dikaburi dengan kehebatan skrip-skrip bersahaja para pelakon muzikal ini. Yang kurang berkenan, pada penari-penari yang aku rasa masih ada yang perlu digilap. Banyak yang masih entah tak berapa senada dengan muzikal. Tapi skrip, aku tabik punya. Nabil sentiasa menghiburkan. Awie dengan watak lelaki berjiwa murni dan lembut menjadi. Tak lupa, heroin muzikal Vanida Imran. Aku rasa pemilihan pelakon berpengalaman, kena. Yang aku ingat, cara sebut AMY SEARCH yang disampaikan Aflin. Sampai Nabil dan Awie terpaksa memalingkan muka sebab tak tahan nak ketawa. Banyak aksi begitu, sehingga penonton tak sedar ia bukan berpandukan skrip yang dibina. Tapi, ia sememangnya untuk hiburan anda dikala rasa nak bunuh diri sebab KPI dapat 3 sedangkan yang sorang tu je tiap-tiap kali je dapat yang tak disangka-sangka, ops!

Apapun, pada mereka yang tak minat teater mahupun pementasan, mungkin dengan menonton muzikal CUCI ini boleh menjadi langkah pertama.

+ buat GBS : maaf kali ini bukan terbuka luas. ruangnya ditutup khas. jika ada, tidak dilupakan.

Monday, July 26, 2010

TEMERLOH with love : Pakcik Shukor


Tahun 1985, aku dan keluarga berpindah ke Temerloh, Pahang. Sedih juga terpaksa meninggalkan Galing Camp, Kuantan. Ala tema sedih lagi ke? Apapun, sebab Abah ditukarkan kepada GD (tugas am), maka terpaksalah kami mengikutnya. Dekat Temerloh, kami tinggal di Kampung Batu Satu, berhadapan dengan Sekolah Agama Al-Khairiah. 2 lokasi rumah sewa yang kami duduki.

Kenal keluarga pakcik Shukor sebab anaknya sebaya dengan aku, Lan atau Ali Imran. Kami rapat dengan Najmy, Hamdy dan juga adik Lan, Osman. Oh, tak lupa Ashid. Sekolah sama, tempat mengaji sama dan berkhatan pun lebih kurang sama. Dan sama macam budak-budak lain, aktiviti kami biasalah, budak-budak… tak boleh duduk diam. Ditambah pula kedudukan rumah kami yang saling berdekatan antara satu sama lain. Petang-petang acara main roundess akan mengisi tempat di satu kawasan lapang berdekatan kawasan rumah Ashid. Ikut tema la, kadang-kadang zaman gile bola tampar, tak pun badminton dan tak ketinggalan main nyorok-nyorok. Aktiviti riadah ini akan bermula sebaik pulang dari sekolah atau pada waktu petang pada hujung minggu. Seronok jugak bila diimbas kembali.

Oh, cerita pasal Pakcik Shukor ni, membuatkan aku tersenyum mengenangkan zaman kanak-kanak aku di Temerloh. Pakcik Shukor ini garang orangnya. Dengar deruan motosikalnya sahaja, dah buat kami kecut perut. Namun dia tetap ramah. Garang dan marahnya bertempat. Bukan semberono. Ada niatnya kalau dimarahinya. Biasalah kalau kami buat salah, kesemua geng kami akan dimarahnya. Kalau kami tengah bermain diwaktu petang, jeritannya sahaja sudah menandakan seluruh kanak-kanak kampung tu aka kami kena pulang ke rumah. Maknanya sudah masuk senja dan kena bersedia ke masjid. Wajib ok ke masjid waktu tuh. Tapi kami semua pergi sama-sama. Masing-masing tunggu kalau sesiapa yang lambat. Dan menariknya, sampai sahaja di masjid, lirikan matanya menandakan punch card masuk geng-geng kami ke masjid. Dalam erti kata lain, kami semua sudah sampai. Oh ya, pakcik Shukor dan keluarganya mengusahakan pembuatan batu sempadan atau dikenali sebagai batu lancang. Unik bukan? Mungkin sesetengah kalian tak pernah melihatnya. Tapi itulah yang aku masih ingat sehinggalah aku sekeluarga terpaksa berpindah ke Kelantan.

Tapi semalam pagi, aku dapat pesanan ringkas dari Osman, ayahnya aka Pakcik Shukor dah tiada lagi. Pertemuan di majlis perkahwinan Lan tempoh hari adalah yang terakhir aku berbual dengannya. Melihat Pakcik Shukor pun sudah uzur. Malah, kasihan juga sifatnya yang ramah namun dia sering diserang lelah. Apapun, moga Pakcik Shukor ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Friday, July 16, 2010

PERIOD mood



Dulu masa kat asrama, masa aku menuntut di universiti, aku duduk dengan kalangan kawan-kawan yang kebanyakannya berlainan kursus pengajian. Namun keakraban kami sering dicemburui ramai. Senada dengan pesan, kita pergi sebagai sebuah keluarga, kita pulang nantipun sebagai sebuah keluarga.

Itu pesanan yang sering disebutkan. Aku amat terhibur di sana. Tempat lepak, tempat berborak dan tempat berdrama. Tapi isu kali ini yang aku maksudkan adalah; disinilah aku mengenali satu konsep tempoh PERIOD terhadap seseorang. Ia diperkenalkan rakan karibku (yang kini agak renggang, entah kenapa ; drama tak?).

Tempoh period yang diperkenalkan ini adalah tempoh satu ketika mood anda tak berapa nak kena dengan seseorang. Asal watak yang dibenci itu saja, mesti ada tak kena. Mesti rasa macam so irritating. Tak kisahlah apa jua isu. Contohnya;

Kalau dia tegur cara kita posing ala model salah pun, siap suruh betul-betulkan lagi. Rasa masa tuh nak jawab; kenapa kau Heidi Klum ke? Tambah lagi kalau dia melawak dengan kita ala drama swasta tak pun slot lestary TV3. Rasa macam nak jawab; ko ingat kau rasa tengah berlakon drama bersiri Opah / Oshin / Maero Attack / Nur Kasih / CSI / roda-roda kota raya / maria mariana / siri ulangan akademi fantasia? (owh please versi Noreen Noor . so 80s)

Tambah-tambah lagi kalau siap nak kaitkan kita dengan apa jua perbualan dia atau sibuk2 datang jumpa kita, nak tunjuk concern la konon. Fuh rasa tuh kalau tuhan bagi kuasa ghaib boleh naik ke langit, tak pun dapat naik borraq! (duuhh… gila agama ayah pin sesat). Malah bertambah pulak rasa benci kalau ketika itu juga dia minta itu ini dari kita. Rasanya nak je cakap, ingat ini dana pertubuhan anak-anak istimewa Eva Longoria? Tak pun kau ingat aku ni pekerja bank bahagian sales buat pinjaman peribadi Mudahrabak? Mukariba? Mughalazah? Tak pun Muntahkadarah?

Tambah lagi kena dengar suara dia! Rasa meluat membuak-buak masa tu! Rasa masa tuh juga kalau ada ipod shuffle, ipod touch, iphone, blackberry kalau isi lagu la… rasa macam nak je pasang earphone dengan level volume sampai tiupan sangkakala pun tak tembus gegendang telinga. Lagi kalau baca SMS dia; kalau baca pun, rasa macam nak balas balik sms tuh ; KAU PEHAL? - tema nak menang je!

Itu yang aku tau tempoh period yang aku tahu. Oh ia tak mengira jantina barangkali. Tapi bila bekerjaya, ada juga rasa begitu. Bak kata orang, hidup ini umpama roda! Perh, tak tahan konsep hidup. Jangan terbang terlalu tinggi, kelak jatuh… parah!

So far memang ada juga aku rasa tempoh PERIOD secara tiba-tiba atau sengaja tanpa ada kitaran masa (boleh?). Terutama bila ketika sibuk tak tentu hala. Ataupun time tengah duit dalam kocek tak segah hari kedua selepas dapat gaji (itupun gaji bukan pekerja kontrak macam aku sekarang).

Termasuk ketika dengar orang lain bermegah-megah kerja 5 hari seminggu tapi bonus termasuk saguhati raya + increment tahunan + duit kutu adalah sama dengan gaji kau setahun. Masa tuh la rasanya nak resign ataupun dah siapkan update resume masing-masing. Lebih-lebih lagi kawan-kawan lain bekerja sambil dapat melancong sana sini. Claim baju sejuk pun kalah harga 2 utas jam tangan kau (bukan swiss made). Lepas tuh belum masuk bab tengok gambar dalam FB dia melancong. Lebih bertambah panas, kalau lepas tuh kawan-kawan tagged engkau kat jam menara London tuh ataupun kat train bawah tanah kat jepun? - ni contoh ye! :). Rasa masa tuh, kalau kapal bantuan Flotila ke Gaza ada lagi untuk sukarelawan malaysia, kau tumpang sekali walaupun tak dapat sampai Palestin. Cukuplah perairan antarabangsa. Yang penting dapat menghirup udara laut mediteranean. Sekurang-kurangnya masuk CNN dan BBC. Kau?

Kau hanya duduk mengadap computer sambil klik page FB bersama melancong ke bilik pantry (itupun kalau ada). Masa tuh, rasa dunia memang tak selalunya INDAH. Nak je nyanyi lagu… Hidup tak selalunya indah… ada suka dan duka! Gitu emosi kan? Tambah pulak boss asyik nak itu ini. Fuh, kalaulah masa tuh boss nak letak jawatan macam perdana menteri jepun ataupun berundur diri ala pengurus bola sepak piala dunia, wajib rasanya nak cepat2 tubuhkan tabung kutipan parti kesyukuran. Siap tersalah baca doa talkin pulak! Ahaks! Tak pun jadi macam negara gajah putih Thailand. Guna kuasa rakyat jatuhkan pemimpin. Fuh, sape nak mati syahid katanya?

Tapi memang benda-benda macam ni selalu bermain difikiran kita. Jangan risau. Ia umpama mainan perasaan kita yang membebankan otak kita. Saja tuhan nak uji. Mana tau tetiba masa tuh kau nak beralih agama? Hah! Kalau aku pulak macam mana? Ermmm... kadang-kadang naik berang juga. Rasa tu juga rasa seperti apa yang aku tuliskan di atas. Tapi sebenarnya senang sahaja. Benda ni memang dah tertulis buat kita. Tuhan akan bagi, tapi kalau kita nak merubahnya Allah boleh bagi sekelip mata … TINGGG!! Tapi dengan usaha lah ye. Ala dah lupa dah ayat quran yang sebut, kalau sesuatu bangsa itu ingin berubah, mesti dengan usaha. Tapi kalau tak dapat juga, ada hikmahnya… Sebab tuhan risau kita tak ingat Dia. Takut kita sebagai hamba sahaya ini lupa diri. Sampai sejadah pun dilipat masih tajam bucu ditepi! Tapi ini pun pesanan buat aku juga. Moga kelak aku bukan bersikap demikian rupa. Macam orang berkain singkat! Tarik ke atas nampak lutut, tarik ke bawah nampak pusat. MasyaAllah… minda terencat! ( tetiba pakai burqa)

Apapun, pada kawan aku yang memperkenalkan konsep PERIOD ini. Aku disini menyusun kata kalau ada tersilap kata. Bukan apa, biasanya lawak durjana yang sering menjadi biasa kini bertukar malapetaka. Wah! Mungkin sebab ketika pembacaan kata-kata itu… adalah dikala hati tak tentu hala, maka itulah padahnya. Jadi kita nak berhenti bergurau mesra? Jangan dirisau, aku masih bilang lagi anda sebagai ahli keluarganya!

Monday, June 28, 2010

EDISI HARI BAPA / part 4

[sambungan dari EDISI HARI BAPA / part 3]

“Abe bangun, mak suruh naik atas sekarang!"

Kejutan ayah su seawal pagi menyebabkan aku jadi tak keruan!

Ayah su cakap, abah dah tenat! Tak sempat ayah su menyambung ayatnya, aku sudah langkah panjang. Sepupu lain sedang enak tidur. Aku berlari memanjat tangga rumah cik long ke tingkat atas. Aku sudah tidak tahu apa yang patut aku fikirkan. Pintu rumah cik long ku kuakkan sehingga terbuka luas. Terhenti aku didepan pintu itu bila melihat barisan adik beradikku mengelilingi abah yang sedang terbaring atas kerusi malas. Mak ada disisi abah. Yang lain ahli keluarga cik long, su dan semuanya ada disekelilingnya.

Sebaik aku sampai, abah mengangkat tangannya. Aku tak dengar abah bercakap. Hanya mak yang menangis teresak-esak. Abah menuding ke arah kami seolah-olah membilang anak-anaknya. Kehadiran aku melengkapkan bilangan anaknya. Kak Long, Kak Ngah, Kak Cik, Aku, Kak Da, Dik Wan, Kak Teh dan adik bongsu kami, Zafran. Semuanya duduk disisi abah. Sewaktu abah menuding ke arahku, deraian air mataku laju membasahi pipi. Abah!

Ayah Long suruh mak bisikkan kalimah syahadah ditelinga abah. Sayunya suasana ketika itu. Tiada lagi yang aku boleh tangiskan selain menyulam perasaaan yang amat sedih dalam hidup ini. Abah dah nak pergi tinggalkan kami? Abah akan pergi tanpa kami? Abah kenapa pergi terlalu awal? Kami belum balas jasa abah. Abah tak nak tengok kami masuk Universiti? Abah tak nak tengok anak abah gengam segulung ijazah nanti? Abah tak sayang kami? Itu yang aku fikirkan. Aku sedih saat itu. Aku letakkan kepala aku dibirai kerusi malas abah. Aku tunduk kerana ayah long cakap jangan nangis lagi. Kata ayah long, tak baik nangis. Biar abah selesaikan mengucap.

Bila Kak Cik cakap kaki abah dah sejuk. Mak semakin kuat menangis sambil memeluk adik bongsu kami. Mak beberapa kali mengajar abah mengucap. Dan abah sempurnakannya sebaik mungkin. Aku tengok abah masa tu. Matanya sayu untuk meninggalkan kami. Pandangan raut wajah abah sewaktu mengira kesemua anaknya tadi masih tergambar dalam fikiranku. Memang abah sayangkan anak-anaknya, tapi Allah maha kuasa.

Tepat jam 6.23 pagi abah menghembuskan nafas terakhir. Mak sentiasa bersama adik bongsu yang sewaktu itu berusia 3 tahun. Mak d isisi abah lagi sewaktu abah sudah tidak bernafas lagi. Sayu aku lihat mak ketika itu. Dugaan untuk mak amat besar. Sewaktu kami masih lagi membesar, abah tinggalkan mak untuk seorang diri menyara kami. Kak Long, Kak Ngah, Kak Cik dan semua kami saling memeluk antara kami. Tangisan kami disaksikan semua yang ada di ruang tamu rumah cik long. Sedihnya bila abah dah tiada. Bila abah tinggalkan kami semua.

Ayah long mengusap raut wajah abah. Matanya dibiarkan rapat. Diangkat abah ke lembek sebelah kerusi malasnya. Cik Long mencari kain batik lepas buat penutup abah. Adik abah, Makcik Nah tiba di rumah cik long. Masa itu bertambah sayu lagi. Mak Cik Nah peluk mak. Kami tahu mak cik nah sayang sangat pada abangnya ini. Abah sememangnya baik dengan semua orang. Malah kalau mak gaduh dengan adik beradiknya, abahlah menjadi orang tengah memulihkan keadaaan. Mungkin sebab beza umur yang dekat menyebabkan abah rapat dengan makcik nah.

Abah disempurnakan pagi itu juga. Sebagai anggota polis, semua urusan pengebumian diselenggarakan oleh pihak polis. Mujurlah tak susahkan ayah long nak ke sana sini mencari van jenazah dan sebagainya. Abah akan disemadikan di tanah perkuburan kg kubur maras lepas solat zohor. Aku hanya membaitkan bacaan yassin disisi abah. Mak cakap baca banyak-banyak bagi abah tenang di sana. Setiap kali aku sudahkan ayat pertama, aku terus menangis. Bila ada saudara hampiri dan peluk aku, aku nangis lagi. Sedih. Sedih sangat sebab aku tak besar lagi. Aku tak nak abah tinggalkan aku. Sehinggalah abah diusung untuk dimandikan. Barulah mak suruh aku beredar.

Abah dibawa ke atas kembali. Abah dah dimandikan. Abah dikapankan. Wajah abah bersih. Tak sikit pun ada cacat celanya. Abah kini dah siap untuk dibawa untuk disembahyangkan. Bila semua dah sedia, tok imam yang menguruskan abah, memanggil ahli keluarga melihat wajah abah bagi tatapan terakhir. Aku diheret ke depan oleh kak long. Yang lain menuruti kami. Mak kendong adik. Mak dah kelihatan tenang. Tapi bila mak disisi abah suruh adik cium abah, mak nangis lagi. Sehinggalah kak long dipanggil. Kak Long cium abah. Kak Long kucup dahi abah. Pejam mata kak Long tahan sebak. Bila kak Long kembali pada aku, kak long hampir lemah. Kak Long menangis makin kuat. Aku tahan sebak itu. Bila giliran aku, aku kucup dahi abah. Aku pesan pada abah, aku sayang abah. Moga abah tenang. Sehinggalah giliran Kak Teh, adik bongsu kedua.

Bila dah selesai. Aku disuruh naik van jenazah sekali dengan abah. Urusannya kini solat jenazah. Solat disempurnakan di Masjid Langgar. Jemaah lain turut serta. Aku pun sama. Sehinggalah jenazah abah dibawa ke kubur. Ramai juga yang menanti. Aku hanya duduk disisi ayah Long. Sebab aku masih kecil. Aku turut membaling ketulan tanah-tanah kecil di liang lahad. Sebabnya, aku rasa aku berhak tolong sempurnakan abah. Sebaik selesai abah ditanam, bacaan talkin pun disempurna.

Apapun yang berlaku, aku percaya ini suratan takdir. Allah itu maha kuasa. Dia dah menentukan setiap kehidupan ini. Namun aku sehingga kini kesal dengan apa yang berlaku. Peliknya sehingga kini tidak terungkai. Apakah signifikasi adegan sepupu mak; cik moh dan ibu mak; tok wan dirasuk itu? Kenapa tok wan sehingga bisa berbicara bahasa yang tidak menjadi kebiasaannya? Itu yang sering berlegar dibenak fikiranku.

Sehinggalah aku bermimpi. Abah datang pada aku dan bisikkan, “biarlah Allah membalasnya”. Apa yang aku hairankan sejak dari abah dah tiada salah seorang sikap jiran kami yang juga rakan sekerja abah di Temerloh amat berbeza. Selang rumahnya dengan rumah sewa kami dalam 7 buah rumah. Abah dulu akrab dengannya. Malah pernah kami pulang ke kampungnya di Melaka. Amat pelik lepas abah tiada, ahli keluarga enggan berbual dengan kami. Malah program anjuran persatuan isteri polis juga tidak disertainya. Sehinggalah satu ketika, tuan rumah kepada jiran kami itu memberitahu bahawa keluarga mereka telah berpindah pada suatu malam dengan meyelitkan sewa bulanan dibawah pintu rumah. Peliknya juga, sebab berpindah di tengah malam dan tanpa meminta bantuan sesiapa. Biasanya jika anggota polis nak berpindah, tentu diminta bantuan trak polis. Setidak-tidaknya maklumkan kepada jiran tetangga bagi kerja-kerja menolong. Tapi tidak pada jiran aku kali ini. Aku sendiri tidak pasti.

Oleh kerana sikap aku enggan menerima kekuasaan ilmu mistik seperti ilmu guna-guna dan sebagainya, aku diamkan hingga kini. Tapi pernah seketika aku mahu merungkainya. Aku mahu tahu kenapa ia berlaku? Kenapa jiran kami dan juga kawan rapat abah itu melarikan diri dari kami. Apakah kesalahan kami kepada mereka sehingga mereka melarikan diri sedemikian? Dengan kuasa teknologi, aku rasa aku temui anaknya dalam laman facebook, namun belum terbuka pintu hati aku untuk berbual dengannya. Sebab aku bimbang perasaan yang buruk menguasai sikap aku untuk menjejaki apa sebenarnya yang berlaku. Sebabnya aku mahu ikut pesan abah; ‘biar Allah yang membalasnya’.



Buat abah, moga abah tenang dan ditempatkan dengan kalangan orang-orang beriman. amin.

[ SEMPURNA . aku tinggalkan sehingga ini sahaja. ]

Sunday, June 27, 2010

EDISI HARI BAPA / part 3

[sambungan dari EDISI HARI BAPA / part 2]

“Nik Ani (mak), kenapa perut Ajid (abah) nampak bersinar putih?”

Mak balas jawapan Cik Moh, barangkali perut abah yang disapu minyak. Mak bersembang panjang. Celoteh mak dan sepupunya itu masuk telinga kanan keluar telinga kiri aku. Bukan tak mahu ambil tahu, tapi hati aku sentiasa memikirkan apa sambungan hidup aku dan keluarga jika abah dah tiada.

Masa di temerloh, abah kerja sebagai anggota polis. Pangkatnya kopral sahaja. Mak pulak bantu abah sara kami 8 beradik dengan membuat karipap mini untuk diletak digerai-gerai sekitar bandar temerloh. Kami semua pun bantu mak. Kadangkala aku yang liat bangun awal membantu mak membuat karipap. Mak akan marah, tapi itu memang tanggungjawab mak. Masa dulu kami selalu kelepasan menonton cerita-cerita tv macam alam ria cuti sekolah disebabkan terpaksa bantu mak. Pernah mak beri upah kepada aku daripada hasil jualan karipap mini ini pada kalangan cikgu-cikgu disekolah. Bila ikut mak kutip duit masa nak dekat raya, mak senyum panjang. Mungkin wang itu cukup bantu abah menyara anak-anak termasuk belikan kami baju raya.

Senja pun berlabuh. Aku bingkas bangun dari duduk di hujung kaki abah sambil menuju ke dapur. Ketika itu, azan maghrib berkumandang. Apabila aku memasuki ruang dapur, aku terkejut dengan kehadiran seekor kucing hitam yang agak besar. Seingat aku, rumah cik long masa tuh tak pelihara kucing. Bila aku cakap pada cik long ada kucing masuk dapur, dia suruh aku halau. Aku pun cuba halau dengan menyergah kucing itu, sebaliknya haiwan itu enggan berganjak dan cuba menyelinap masuk ke bahagian ruang tamu. Aku capai penyapu lidi yang disangkut di tepi sinki. Kucing tersebut menyinga seolah cuba melawan. Aku libaskan penyapu ke lantai rumah, menyebabkan kucing itu tersentak. Sehinggalah memaksa aku melibasnya dengan lidi. Aku buka pintu dapur rumah cik long dan menghalaunya. Mujur ia keluar jua akhirnya. Aku maklumkan pada cik long lalu terus capai tuala untuk ke bilik mandi.

Selesai mandi aku tunaikan solat marghrib di bilik kedua rumah itu. Sebabnya tak tahu mengapa, aku rasa seram dengan tindakan aku menghalau kucing hitam itu. Jadi aku segerakan solatku kerana tiada sesiapa di ruangan dapur dan bilik ketika itu. Ketika aku duduk tahyad akhir, aku terdengar orang meraung. Aku tergamam dalam solat. Fikiranku meracau, haruskah aku berhenti dari solat ataupun tidak? Sebabnya, ini kali pertama dalam hidup aku berdepan kematian. Malah, aku hanya menyangka raungan itu berupa tangisan dari mak. Aku ingat masa itu abah dah tiada. Aku sepantas kilat menyudahkan salamku. Tidak kulipat alas sejadah, aku bingkas bangun ke ruang tamu.

Alangkah terkejutnya aku bila melihat tok wan (nenek belah mak) dipegang Ayah Long dan anak-anak lelakinya yang lain. Tok Wan seolah-olah terdampar kesakitan. Tangan tok wan menggengam erat sesuatu. Aku yang panik di tarik kak long duduk sekelompok adik beradikku. Kak Long cakap, tok wan tiba-tiba meracau. Menurut kak long lagi, ketika ayah long berjemaah marghrib di ruang tamu, cik moh (sepupu mak yang tegur benda bersinar putih tadi) turut sertainya. Sebaik memberi salam kedua, Cik Moh dengan kain telekung sembahyang secara tiba-tiba merangkak ke arah abah yang terbaring. Cik Moh tanpa diduga merangkul sesuatu dari perut abah. Dia meronta-ronta seolah-olah kesakitan.

Mak pernah kata, Tok Wan ada ilmu. Menurut kak long lagi, Tok Wan menerpa ke arah Cik Moh yang sedang mengelupur dilantai. Tok Wan yang kudrat menjangkaui umur 80an tiba-tiba menjadi kuat. Pelik benar tingkahnya. Tok Wan dilihat menarik tangan Cik Moh yang mengenggam sesuatu. Ayah Long kini memegang Tok Wan yang meracau. Tak semena-mena tok wan boleh bercakap dialek biasa, tidak seperti kebiasaan. Tok wan hanya fasih bertutur bahasa kelantan. Malah dia memang punyai keluarga di selatan Thai.

Sambil diasak soalan oleh ayah Long, Tok Wan menjawab, DIA datang jauh. DIA datang nak hancur hidup KAU. DIA tak leh bagitau dari mana DIA datang. Padan muka KAU, habiskan duit KAU. Itu antara yang aku ingat, sebab ayah long suruh kami semua baca apa-apa surah bagi Tok Wan pulih sediakala. Seram sejuk jugak tengkuk aku. Naik bulu roma. Bayangkan tokwan punyai rambut panjang ikal yang semuanya putih. Tatkala dia meronta, rambutnya terbuka dari simpulan dan berserabai. Matanya punya hanya nampak putih sahaja. Aku erat memegang adik beradikku.

Abah dari jauh tengok sahaja apa yang berlaku. Abah seolah-olah faham apa yang nenek sebutkan. Mak bersama abah. Kami semua melihat tok wan yang masih dipegang Ayah Long. Puas ayah long baca ayat-ayat suci al quran, tok wan masih seperti dihasut sesuatu. Tatkala azan Isya' berkumandang, tok wan tersedar. Tok Wan cakap, dia tak tahu apa yang berlaku. Tok wan terpinga-pinga reaksinya. Aku takut juga masa tu. Bayangkan pertama kali dalam hidup berdepan adegan misitk. Tapi yang aku fikirkan sehingga kini kenapa tok wan boleh bercakap bukan dalam dialek kelantan, sedangkan tak pernah sekalipun tok wan berbuat demikian.

Semuanya kembali tenang. Mak masih disisi abah. Mengelap badan abah yang semakin lesu. Kurus tubuh abah yang terlunjur di atas lembek disediakan cik Long. Haripun sudah beransur lewat. Semuapun sudah mengantuk. Oleh kerana semakin ramai saudara yang enggan pulang, ramailah yang menumpang tidur di rumah Cik Long. Jadi aku terpaksa tidur di bahagian bawah rumah cik long yang sedang disiapkan berbekalkan tikar dan juga tilam kecil.

“ Abe bangun, mak suruh naik atas sekarang”!

Kejutan ayah su seawal pagi menyebabkan aku jadi tak keruan!

[Bersambung lagi…]

Thursday, June 24, 2010

EDISI HARI BAPA / part 2

[sambungan dari EDISI HARI BAPA / part 1]

Sebaik tiba di stesen bas Kota Bharu, kami disambut Ayah Su. Terus dibawa kami ke rumah Cik Long yakni kakak kepada mak di Jalan Telipot. Lepas abah dikeluarkan dari hospital, dimintanya terus dibawa ke rumah Cik Long. Barangkali keakraban abah dengan Ayah Long membuatkan abah selesa berada disitu. Kami sekeluarga pun, jika pulang ke kampung, rumah Cik Longlah tempat kami bertapak.

Setibanya dirumah Cik Long, aku melangkah panjang. Tak sabar melihat abah. Kakak mengekoriku dari belakang. Salam ku beri, terus hampiri mak yang berada disisi abah. Kukucup tangan mak dan pipinya sambil merasai air mata mak yang sudah hampir kering. Aku faham mak sudah lama menahan derita kesedihan. Salam kuhulur pada abah. Tangannya diangkat lemah seolah sudah tak berdaya. Segera kubantu dan kucium tangan abah. Bila kukucup pipi abah, jelas matanya sudah bergenang air mata. Tapi abah mengukir senyum. Barangkali tidak mahu aku dan kakak sedih melihat abah yang sudah terlantar. Kususun duduk dipenjuru sudut, dihujung kaki abah yang berselimut. Ada tetamu yang tidak kukenali diruang tamu. Mungkin kenalan Cik Long yang turut bersimpati dengan abah.

Rumah Cik Long luas. Cik Long dan sekeluarga menjadikan rumah mereka tempat anak-anak jiran dikawasan itu datang mengaji. Abah diletakkan disudut yang kini ruang tamu rumah Cik Long. Cukuplah untuk abah baring. Mak pula sedang sapukan minyak angin Mestika di dada abah. Kata mak, abah selalu rasa senak di dada dan perutnya. Aku pun lihat perut abah dah macam bengkak. Hela nafasnya pun sukar. Mungkin sebab bengkak itu menyukarnya bernafas dan bercakap.

Sambil bercakap dengan tetamu, mak beritahu kami, kakak sulong; kak long akan sampai esok. Dia masih punyai beberapa kertas peperiksaan ketika itu. Seingat aku kertas peperiksaan Sijil Menengah Agama. Pandangan aku beralih kepada adik bongsu aku yang diriba Kak Ngah. Yang lain pula duduk berderet tersusun disatu sudut, adik-adik aku, kak da, dik wan dan kak teh. Mereka dah lama di rumah Cik Long menemani Mak sejak abah dipindahkan ke Kota Bharu.

Hari sudah lewat petang. Tetamu pun mula beransur. Aku bangun dari duduk mengambil beg ke bilik anak lelaki cik Long. Aku letak beg dan segera bersiap untuk menunaikan solat. Biasanya rumah Cik Long, kami sering berjemaah. Jadi aku rasa baik kiranya bersiap awal. Malam seperti biasa, Cik Long sediakan kami makan malam. Kepenatan membuatkan aku terlena disatu sudut. Aku ingat mak kejutkan aku untuk tidur ditempat disediakan. Sempat aku lihat mata abah yang melihat aku yang bingkas bangun. Aku alihkan pandangan aku. Sedih aku lihat renungan abah. Seolah-olah memberitahu aku sesuatu. Terus aku pejamkan mata. Aku harap, esok abah dah sihat!

Subuh esoknya, aku dikejutkan dengan abah yang diusung ke bilik air. Abah nak berwuduk. Ayah Long yang tolong papah abah naik kerusi roda. Ditolak mak ke bilik air. Beberapa minit kemudian abah yang berkain pelikat keluar dengan tuala didadanya. Aku nampak abah bersiap untuk bersolat. Tapi abah bersolat diatas kerusi malas. Mulut abah berkumat kamit.

Aku bangun segera ke dapur. Dah riuh pagi itu. Cik Long memang peramah orangnya. Pagi-pagi lagi dah banyak ceritanya. Aku mandi dan terus tunaikan solat seorang diri dibilik anak lelakinya dihujung sekali. Bila semua dah bersiap, kami bersarapan pagi.

Awal pagi lagi dah ada orang datang. Saudara-mara mak dan abah juga mungkin kenalan Cik Long juga. Ada yang aku kenal dan ada yang tak. Mereka datang lawat abah. Mereka hulur wang buat mak. Simpati barangkali lihat kami 8 beradik masih kecil-kecil lagi.

Aku tunggu Kak Long sampai. Aku duduk kat tangga rumah Cik Long. Aku tak tahu nak buat apa. Nak borak dengan abah, abah dah tak larat nak berbicara. Mak pula tentunya terpaksa melayan tetamu. Bila Kak Long sampai, aku sedikit gembira. Tapi wajah Kak Long lesu. Mungkin penat dalam perjalanan. Bila Kak Long salam abah, aku nampak air mata abah mengalir. Kak Long tentu anak kesayangan abah. Sebab kak Long mesti banyak kenangan dengan abah. Kak Long anak pertama abah. Malah kak Long harapan abah untuk anak-anaknya yang lain. Abah usap air matanya. Kak Long duduk dekat mak. Situasinya sama ketika aku sampai semalam. Banyak yang ditanya mak. Tentu bicaranya tentang peperiksaan kak Long.

Hari dah hampir gelap. Ada tetamu yang pulang. Aku masih disisi mak, kak long dan abah. Ketika azan maghrib berkumandang, kami dikejutkan dengan kehadiran 2 sepupu mak; Cik Tek dan Cik Moh. Mereka meminta maaf sebab lewat kerana baru pulang dari tempat kerja. Sebaik melangkah masuk ke ruang tamu, Cik Moh menyapa mak yang sedang menyapu minyak angin pada perut abah.

“Nik Ani (mak), kenapa perut Ajid (abah) nampak bersinar putih?”

[Bersambung lagi…]