semalam tatkala menunggu di station lrt kelana jaya kira-kira jam 5.30 petang ketika hujan lebat dengan kilat mengganas, aku tertidur di dalam kereta kerana kepenatan yang teramat sangat. bayangkan malam sebelum itu menyiapkan kerja grafik bagi uia dan menulis skrip lakonan ukm untuk majlis makan malamnya yang aku sendiri masih samar2 lagi agendanya. dah bayangkan? bayangkan dulu.
ok dah? ok... ketika hujan lebat petang semalam itu, dek kerana takut untuk melawan pitching adam lambert aku sefrekuensi dengan getaran guruh yg maha hebat, aku alihkan tuner kepada radio 24 bernama yg lebih banyak berita berbanding soal2 'langho'.
sebaik tersedar kira-kira jam 6.30 begitu, aku terkejut dengan sebuah kereta yang dipandu laju dan memberhentikan keretanya didepan kereta aku. pintu kereta dikuak sebaik berhenti tanpa menghiraukan kenderaan lain di belakangnya. dan ini apa yang aku lihat.
seorang 'uncle' membuang najis disisi keretanya . w h a t t h e F I S H !
aku sebenarnya kecewa dengan sikap pemandu ini. Malaysia aku rasa memang cukup sudah kemudahan terutama tandas awam walaupun tak menepati selera korang (habis ingat semua tandas macam THE BURJ KHALIFA?). Memang semalam agak teruk kesesakan jalan raya. Ditambah lagi dengan banjir kilat dibeberapa kawasan. Diburukkan lagi dengan sememangnya pembangunan lembah klang dibina atas dasar kemampuan kenderaaan bermotor. Tapi naik lah sekejap ke lrt station yang mempunyai tandas berbayar ataupun mana2 stesen minyak yang menyediakan tandas untuk kalian mahupun OKU.
Jadi kepada korang pengguna jalan raya lain yang lulus peperiksaan UPSR walaupun tak berapa cemerlang subjek pendidikan islam mahupun moral... janganlah berbuat sedemikian rupa. Nak kata tak de ketamadunan, nanti apa pulak kata penaja. mmm... k!
3 comments:
teruk kan? kotor.
masa saya form 4, ada rombongan sekolah. Tiba-tiba ada satu kereta berhenti tepi jalan juga. tak lah mengejut macam ni cuma kereta yang berhenti tu kereta ada ropol-ropol.
tiba-tiba keluar pengantin lelaki ( u know bangsa apa kot?) untuk kencing di tepi jalan.
tak senonoh sangat dah well groom tapi hmmmmm...
euw! igtkan kat india je ada kes kencing berak kat tepi jalan.
haiyyaaaa... manyak telok la ini olang...
kalau tak selera ke toilet awam.. baik la orang begini pkai pampers... so dlm kete pon boleh.. :p
Post a Comment