Monday, August 2, 2010

THE POWER of God


Raya tahun kedua aku bekerja adalah pada tahun 2006. Masa tu ramai kalangan senior masih bujang. Mereka pula wah, sana sini situ baju raya wajib nak gah. Kalau boleh, masuk masjid sahaja, siak atau juruazan siap buat pengumuman baju melayu tercantik raya tahun ini. Siap dapat bagi ucapan lagi atas mimbar. Lepas tuh semua orang akan bersalam dengan kita. Berangan….

Bila aku tengok baju melayu raya senior-senior aku, rasa kepingin nak merasainya. Kebetulan masa tu ternampak program sedutan raya anuar zain dalam youtube tunjuk baju melayu ala kain thai silk. Aku pun ajukan kepada kalangan senior aku. Mereka pun jawab, jom turun jalan Tuanku Abdul Rahman, kita gerak gempur cari kain macam tu.

Nekad bercampur nafsu, aku pun turun pada tarikh sebulan sebelum berpuasa. Kata orang lebih baik sedia lebih awal. Takut lewat-lewat nanti tak sempat. Maklum sajalah, tempahan bukannya kat butik-butik mewah. Aku tak ingat kedai apa yang aku singgah, tapi yang aku pasti… kedai itu menjual fabrik yang agak berjenama. Segera diheret aku ke ruangan kain sutera. Aku rasa cantik dan menepati citarasa. Aku memilih warna yang berkenan dihati. Masa tu gile purple. Kain samping pun warna tema-tema begitu. Melayang kat situ 300 ringgit. Bila aku cakap dengan penjual kain berbangsa Pakistan berbahasa melayu itu, jawabnya kain ini tak seratus peratus sutera. Lelaki boleh pakai. Ada campuran dalam 10% kapas. Dia kata kalau sutera, kain itu boleh disumbat dan ditarik dalam sebentuk cincin tanpa tersumbat. (faham ke?)… Dalam hati aku, kalau cincin yang dipakai …. Emmm ermmm ops! Tak pe lah.

Ok, dah beli kain, jom ke kedai tempahan baju pula. Lebih kurang di deretan yang sama, aku menempah baju melayu. Harganya lebih mahal RM50 berbanding baju melayu biasa kerana susah menjahit sutera katanya. Pertama kali, jadi aku tak banyak bicara. Angguk sahaja kerana tempahan sahaja dan bayaran dikenakan hampir RM200. Bermakna tahun itu, baju melayu aku bernilai hampir RM500. (Sorry, ada orang lagi mahal, tapi bagi aku… ini dah cukup mahal)

Dipendekkan cerita, tibalah hari lebaran. Eh, sehari sebelum lebaran yang mulia. Lagu-lagu raya berkumandang sana sini. Aku sibuk juga membantu mak membeli barangan keperluan memasak rendang, ketupat nasi (no one in my house eat ketupat pulut), lodeh dan kuah kacang. Dah balik dari membeli, aku masih ada lagi barang keperluan lain yang perlu dibeli pada saat-saat akhir.

Baju Melayu aku? Oh tergantung indah diruangan bilik bujang kami. Tapi setibanya pulang dari membeli barang petang itu, alangkah terkesimanya aku melihat baju melayu sutera aku sudah tiada. Cepat-cepat aku bertanyakan mak. Jawapan mak adalah “Basuhlah. Baju nak buat sembahyang raya kan, kenalah basuh?

Masa tuh kau mau cakap apa? Tak nak cium bau syurga or rasa nak lari ke Kota Mekah mintak ampun depan Kaabah? Alangkah hebatnya kuasa Allah, bila tak benarkan aku bergaya dengan kain sutera bak kata Al-Quran, lelaki adalah haram memakai sutera. Masa tu, aku hanya mampu bertasbih dan bertahmid; subhanallah.

+ no wonder aku rasa bahu kiri aku ringan sahaja. Amin.
+ fyi ; sutera tak leh basuh dengan air mahupun washing machine.

14 comments:

Roy aziz said...

subhanallah...mmg hebat kuasa Allah..so i guess baju tu trus u campak or is it u simpulkan ke cincin dan campak ke laut??(cincin sbg pemberat, kain sutera terapung saja)ehhehe

a z m i r said...

roy, perlukah aku cakap yang abang im memaksudkan cincin tersebut adalah cincin kau? linen pun boleh lepas.

d u t a said...

+ azrol +
baju tuh, entah mana ntah. rasa dah buang. sebab kalu bagi budak lari 20km setiap hari pun, belum tentu muat. (i maksudkan kawan pdrm i)

+ azmir +
hey.... vongok tol! roy, ko harap ko dapat menilai kawan yang kaca atau intan. i berlian tau!

RAWNA said...

dah 3 tahun takde baju raya. tak sempat nak cari.

Roy aziz said...

~azmir~
hey!!i xpki cincin ok! i thot cincin n**e..kan mengadu besarrrrr...

~Im~
i mmg akui u berlian..lame dah..u blood diamond africa kan??k..

**lari**
ooo, i thot si pelari itu..nasib u bg org len, if not, katenyer, bubble..

Anonymous said...

*nice new header*

kashah, mudahnya roy kena kipas + aircond bagai kan? kalaulah roy ni bos kat nt**, mesti dah lama dah penulis boleh baca berita + silap2 edisi 7 pun dah baca, k dah!

d u t a said...

+ K.A +
takpe nanti dah kerja, beli baju sampai setiap jam tukar color.

+ roy sahabatku +
thanks. u teka sape duri dalam daging pulak.

+ header dnije +
thanks. jap nak beli air ionizer.

R28est said...

heheeh sutera sgt kannn... ;p

cham's said...

woi bdk kechik, kan mak dah bilang jgn kisahkan baju harga ratus2 tu, just over shadow jerk dgn brooch krawang sesawang tu!?! kalo nak shadow lebih beso lagi guna abg g-dot.com (gerhana trus...)

opssss :P

Adam Ruslan said...

Err tali leher sutera boleh pakai tak?

Kalau ditarik dari lubang cincin, sangkut.

d u t a said...

+ tie silk +
habis baju melayu silk pun kalau sumbat mesti tersangkut juga!

iyllienaz said...

haha..rasa lawak plak entry ni..oops..gelak tak sengaja..btw, kuasa Tuhan, menjauhkan kamu dari perkara yang haram..

lumut said...

saya suke tgk lelaki pakai baju melayu,....nampak sopan dan bertanggungjawab...=p

d u t a said...

tuan fiq

ya ! segak & tampan jika berbaju melayu! huhu