Suatu ketika dulu, aku dan rakan-rakan sering melepak bersama Cikgu Homeroom (Keluarga Pelajar), cikgu Junaidah Zakaria dibilik guru. Biasalah, petang-petang lepas habis waktu makan tengah hari, melepak di bilik guru menjadi rutin, selain dapat menghilangkan kebosanan seharian belajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Melayu!
Tapi kali ini, aku melepak di ruangan pendidik maktab kerana ditugaskan sebagai pemidato sekolah. Sebelum ini aku geng bahas. Tapi sebab sudah tiada lagi yang berminat, maka aku disarankan membawa watak itu. Sebenarnya aku lebih gemar berbahas, sebab boleh cedok idea orang. Aku tak suka hafal info, sebaliknya info itulah yang menjadi tajuk dan perbahasan. Zaman dulu berbahas lain. Sekarang dah lain. Kekok juga. Barangkali dah tak sesuai dengan masa dan perubahan.
Oklah, isunya apabila salah seorang tenaga pengajar pasukan bahas maktab, Cikgu Farid Yahya tak semena-menanya bertanyakan cita-cita aku. Dengan bangganya aku menjawab, saya ingin menjadi seorang arkitek! Of course sebab darah seni yang mengalir menjadi pemangkin dalam hidup aku. Tulisan tanganku yang kemas berseni pun menjadi penilaian pemeriksa kertas jawapan sejarah! Jadi seni itu juga penting dalam kebangkitan sebuah sejarah ketamadunan.
Aku dipersoalkan kenapa minat berpidato dan berbahas, sedangkan berharapan ingin menjadi sang pencinta seni! Sepatutnya, cita-cita aku menjadi peguam ke, pensyarah ke atau bersangkut paut dengan memberikan ucapan kepada umum. Juga termasuk cadangan menjadi AHLI POLITIK. Jawapan spontan aku, POLITIK itu KOTOR. Dibidas jawapan aku oleh cikgu Junaidah, POLITIK TIDAK KOTOR, yang mengotorkannya adalah MANUSIA. Aku? Diam, selain cuba mengamati jawapan itu dengan pemikiran kritis dan kreatif. (omg… so…)
Akhirnya, setelah hampir 15 tahun berlalu, ini penilaian aku ketika duduk bersahaja di bilik media ketika perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
Umur 1- 4 : Tidak tahu langsung apa itu politik. Cuma tahu siapa itu Perdana Menteri Malaysia termasuk peranannya merasmikan kereta Nasional negara. Masa itu, hafal lagu negaraku, tanpa tahu siapa itu RAHMAT dan makna BERTAKHTA … macam TATA (bye bye)
Umur 5 – 10 : Mula mengetahui mengenai rukun negara, dan wajib menghafalnya. Selain terpaksa mewarna bendera Malaysia dan negeri-negeri seluruhnya. Termasuk mengetahui bekas-bekas perdana Menteri dan menghafal lirik lagu 31 Ogos nyanyian allahyarham Sudirman (walaupun kedua-dua ibu bapanya berasal dari negara seberang)
Umur 12 -15 : Bosan menonton rancangan Belanjawan (dijajahkan bahasa menjadi BAJET) kerana mengganggu program-program hedonisme yang lain. Mula mengenal sejarah kesultanan melayu Melaka walaupun boleh menghentam kerono jawapan soalan objektif kertas Sejarah PMR yang bakal dimansuhkan. Selain itu, mengenali siapa disebalik pembikinan dan penubuhan Malaysia. Juga mula menghafal bait2 lagu mengundi tanggungjawab bersama.
Umur 15 – 18 : Terpaksa mengetahui perlembagaan negara kerana tak mahu sijil periksa nanti, banyak bilangan yang berganda-ganda. Malah mula membaca ruangan lidah pengarang berita, kerana nak karangan ada muatkan nama-nama orang ternama, barulah pelajar berfikiran arus perdana. Kebetulan menyertai program-program anjuran kementerian, yang hadir mestilah dihadiri si polan dan si polan. Perasmian termasuk upacara penutupan, mesti ada sahaja yang tak ketinggalan. Lepas peperiksaan dan cuti berbulan-bulan, bolehlah nak jawab sikit-sikit soalan. Siapa punya angkara bangsa lain yang dapat kerakyatan? Wow!
Umur 19 – 25 : Menjadi siswa di kampus pun ada politiknya. Tapi dek kerana sibuknya menelaah sambil berpesta di gelanggang bola tampar, kancah perebutan jawatan tak menjadi ikutan. Pergi mencoretkan borang pemilihan pun, tak dibuat kerana tak tahu apa peranan. Jawapan aku, kenapa nak pilih orang yang tak tahu lagi kemampuan? Orang lain boleh bentang jalur gemilang dekat tembok cina, sedangkan kalian, hanya mampu bentang sejadah untuk kewajipan. Kronik tak alasan?
Umur 26 – 3+ : Mula bekerjaya dan mengenali siapa dalang disebalik setiap kehidupan. Berdaftar? Kenapa? Jika lakukan pemilihan, pengundi dapat ke beras segantang? Lagi alasan. Tapi masa ini, aku rasa aku kena mendaftar sebagai pemilih. Bukan apa, satu ketika nanti, kita perlu menyatakan pendirian. Tak salah berkongsi pandangan, tapi bukan berkongsi pemilihan. Sebab itu ia adalah sulit dan hak milik insan kerana untuk menentukan siapa yang berhak dalam mengepalai tanah jajahan.
Jadi, dah tiba masanya aku mula melangkah setapak ke depan, melakukan pemilihan dalam setiap keputusan. Kalian?
8 comments:
Syabas dengan mendaftar sebagai pengundi. Itu power milik diri sendiri.
~serius~
wow!penulisan tingkat tinggi.
ok i cant resist the temptation to write... i give up
+ amani +
you have the power! hahaha!
+ azrol +
ala... u kan paling tinggi kat bumbung!
+ adik nije +
sedikit kecewa... mmmmmmm
mula-mula i keje gomen...i cari kepuasan and join UMNO as sec in biro pendidikan. then, i quit sbb i pikir kepuasan tu datang dari dlm diri dan bukannya sesuatu yg direka dan ditetapkan. selagi kita tak tetapkan bagaimana cara untuk bergembira selagi itu langit adalah batasnya : )
mengundi itu penting. sebab sekali buat silap sampai bila2 kesannya.
rasanya kita WAJIB pilih sape pemimpin kita. kalau tak, berdosa!
aku rasa lah.... cuba tanya ust aminah balik..
Quite useful material, much thanks for this article.
Medical Id Jewelry | Movers Austin Texas | san francisco limousine service
Post a Comment