Tapi aku bukan tidak berilmu nak membabi buta ibarat membaja tahi ke pokok kaduk! Dan aku pula tak nak membezakan manusia akibat perbuatan bangsanya . (habis Yahudi?) Dimudahkan cerita, aku kurang bersetuju dengan sikap bangsa kita. Kalau kita mahu cakap kita rumpun melayu pun, penduduk Indonesia pun dari rumpun melayu. Tapi aku pernah berborak dengan warga Indonesia. Mereka sebenarnya amat bangga menjadi bangsa Indonesia. Kita? Bangsa Malaysia?
Aku rasa benda ini kita kena mula dengan jati diri. Pada hemat aku lagi... sejak kewujudan sebuah tarian yang digilai ramai ketika ini iaitu Poco Poco itu, aku memang kurang gemar dan agak tidak setuju. Mungkin pada asal kejadiannya yang kurang sempurna (senang cerita penyanyinya tak cantik)... dan juga aku rasa macam irama dangdut yang dislowkan. Alasan aku?
Tarian dan lagu Poco-poco ini adalah lagu etnik / masyarakat / penduduk Indonesia. Tak salah sebagai hiburan, malah aku tak menghinanya seadanya. Tapi bukan sepatutnya untuk menjadi ikutan rakyat di Malaysia. Kalau alasan untuk bersenam sekalipun, joget melayu kita kan ada? asas zapin lagi indah tarinya? tarian inang pun bagus untuk dipraktikkan. Malah lebih menyedihkan ada pendidik yang menyuruh anak2 didikannya turut mempelajari tarian ini. Saya rasa alangkah baiknya jika kita mulakannya sebagaimana bangsa lain mendidik bangsanya.
Apapun, semuanya terpulang kepada individu lah. Lagipun kita pun tak kisah dengan tarian moden hip hop yang juga berasal dari negara lain. Jadi anda fikir-fikirkan jika suatu masa nanti, anak anda bisa menyebut ketombe itu kelumumur!
6 comments:
Helmi,
Sepupu saya bertugas di Acheh dan dia maklumkan bahawa sentimen Anti malaysia tu cuma di tanah jawa sahaja. Di kepulauan lain OK.
Apa pun perbuatan tersebut cukup biadap dan tak mencerminkan hubungan rapat antara dua rumpun.
Cuma segelintir sahaja tetapi tetap menakutkan juga...
daripada 200 juta rakyat indon,rasanya tak sampai sejuta kot marah malaysia.
aku rasalahhh...
+ saiful & sepupu +
betul. tak semua. tapi kumpulan extremist ni la yang mengeruhkan suasanan! apapun saya cuma nak bangsa melayu bangga dengan budaya yang kita ada!
+ bro sham & jutaan +
betul . tak semua. rasanya kat kalimantan sana pun, entah mereka pandai baca news atau tidak pun... kita pun tak pasti! hahaha!
+ saiful & sepupu +
betul. tak semua. tapi kumpulan extremist ni la yang mengeruhkan suasanan! apapun saya cuma nak bangsa melayu bangga dengan budaya yang kita ada!
+ bro sham & jutaan +
betul . tak semua. rasanya kat kalimantan sana pun, entah mereka pandai baca news atau tidak pun... kita pun tak pasti! hahaha!
Cikgu Drs Dzul kita dulukan ajar tarian inang "Ku petik ku cium ku buang" dengan tarian "depan belakang depan belakang kiri kanan kiri kanan".
Sekarang baru nampak kerelevanannya. Walaupon belajar tu masa PJK.
+ tari melayu +
itu tarian asli melayu.
ku petik, ku cium, ku buang...
indahkan? ermmm
Post a Comment