Dah berapa kali siaran tv berbayar menyiarkan tayangan filem cuci. Aku tak pernah tersentuh menontonnya. Mungkin kerana aku tak merasakan sesuatu yang kena dengan diri aku pada filem ini. Aku anggap filem ini adalah hiburan di kala umat islam meraikan hari raya untuk ditonton bersama keluarga.
Namun, peluang menonton Cuci The Musical 2 tidak aku lepaskan kali ini. Orang kata best. Jadi aku yang berpeluang segera memberi kata setuju kepada pemberi tiket ini, Miss J. Thanks Miss J.
Kebetulan kehadiran kami, diserikan dengan kehadiran permaisuri agong. Jadi sebagai rakyat jelata, rasa berbangga juga dengan sambutan kerabat diraja yang datang menonton. Cerita Muzikal ini? bagi aku, tentunya anda tak kering gusi. Lakonan Afdlin Shauki, Han Isaac, Nabil dan Awie wajar diberi pujian. Tidaklah seagung dan sehebat lakonan pementasan bangsawan. Tapi karakter filem ini menjadi. Sangat menjadi. Aku tak pernah tonton muzikal cuci yang pertama. Tapi aku yakin ia masih mengekalkan plot cerita yang sama. Tak bosan untuk menunggu setiap babaknya.
Nabil dan Awie menghidupkan watak kelakarnya. Hans pula, biasalah, always be the handsome one. Dan lakonan afdlin yang penuh bersahaja cukup menarik. Malah 'ad lib' yang dilakukan afdlin dan harith iskandar berkenaan sebuah kereta yang menghalang laluan kerja TNB ketika pementasan diberi tepukan penonton. Hebat bukan? bukan senang. Tapi untuk pementasan komedi begini boleh lah. Cuba ketika teater Sri Mersing, mau terkucil si Seri lakonan Elly Mazlien nak terjemahkan ke bahasa purba tentang pengumuman TNB itu.
Apapun, cacat cela majlis telah dikaburi dengan kehebatan skrip-skrip bersahaja para pelakon muzikal ini. Yang kurang berkenan, pada penari-penari yang aku rasa masih ada yang perlu digilap. Banyak yang masih entah tak berapa senada dengan muzikal. Tapi skrip, aku tabik punya. Nabil sentiasa menghiburkan. Awie dengan watak lelaki berjiwa murni dan lembut menjadi. Tak lupa, heroin muzikal Vanida Imran. Aku rasa pemilihan pelakon berpengalaman, kena. Yang aku ingat, cara sebut AMY SEARCH yang disampaikan Aflin. Sampai Nabil dan Awie terpaksa memalingkan muka sebab tak tahan nak ketawa. Banyak aksi begitu, sehingga penonton tak sedar ia bukan berpandukan skrip yang dibina. Tapi, ia sememangnya untuk hiburan anda dikala rasa nak bunuh diri sebab KPI dapat 3 sedangkan yang sorang tu je tiap-tiap kali je dapat yang tak disangka-sangka, ops!
Apapun, pada mereka yang tak minat teater mahupun pementasan, mungkin dengan menonton muzikal CUCI ini boleh menjadi langkah pertama.
+ buat GBS : maaf kali ini bukan terbuka luas. ruangnya ditutup khas. jika ada, tidak dilupakan.
7 comments:
Nak tengok jugak lah. ramai yang review kata best.. budu cakap nak tunggu adnan sempit the muzikal..
kasha, aku mmg nk tgk dan pernah tanya seseorang. petikan sms adalah spt berikut:
"abg **, tk dpt tgk cuci the musical 2 ke?"
"hahaha. xmintak. best sgt ke?mmm"
"mcm best, tknk ke?"
lepas sms terakhir tu, dah tkde jawapan pasal cuci the musical. k tu je, sila tafsir sendiri.
+ sempit +
huhu... rasanya fully booked dah. cuba cari tiket2 tajaan. mana tau... heheh...
+ kagum +
wah perfect archive sms nampak? dah pandai ye. hehe. masa tgk tu, asyik ingat je, tapi apakan daya. hukhuk. tapi kashah cakap, DENDON kena dilaksanakan dulu macam misi SALT. ops! terlepas lagi.
tiket tajaan? media ke org bg? hmm... bukan ke tak menarik? errr! ok.
archive, learn from the best ya! hihihik
best kah Im?? rasenye mcm nk g tgk je..thnx for the review..
+ adik nije tiket +
oh, ini sponsor dari ahli perniagaan. bukan kepada media. tetapi hubungan baik sesama kawan! ops!
+ azrol +
mmg sesuai la kalau roy nak tgk. eh silap... mmg bagus la kalau roy nak tgk!
hehe, i dh tgk cuci 1..nk jugak tgk yg kedua..review yg diberi bagus..
Post a Comment