Mulanya pernah aku berdiskusi sesama kawan yang meminati rentak hiburan tanah air. Katanya filem YASMIN AHMAD hanya layak ditonton ketika astro membuat promosi...''filem menarik di Astro ARUNA bulan ini". Aku setuju kerana berdasarkan filem2 sebelum ini yang mengundang pelbagai kontroversi sedikit menjemukan. Namun, aku turut terlepas pandang filem MUKHSIN arahan yasmin juga kerana ajakan seorang teman baik.
Sekali lagi, dengan tidak mengecewakan seorang lagi kawan yang meminati hiburan tempatan... aku akur dengan ajakan beliau. Sebelum melangkah, sempat melayari beberapa komentar tentang filem ini. Secara keseluruhannya sama, hebat dan harus tonton. Aku tahu mereka yang mengeluarkan kata2 itu sememangnya ketagih filem2 bercorak sedemikian. Aku anggap kehadiran aku kali ini hanya untuk satu pengisian program hujung minggu aku.
Maaf, aku tidak hebat berbicara tentang sebuah filem. Dan tidak mampu berbicara tentang kehebatan sebuah filem. Jika bagus, aku katakan bagus... jika gagal... aku membisu dan hanya mampu menambah komentar yang lain. Tapi kali ini aku SILAP mentafsir persamaan YASMIN AHMAD. Filem TALENTIME tersebut mempunyai kelainan daripada mesej yang ingin disampaikan.
Aku tahu ramai sebilangan masyarakat tidak suka filem sandiwara termasuk drama makcik-makcik. Namun aku rasakan filem ini adalah sebahagian daripadanya. Tapi ia dalam bentuk filem. Semuanya sandiwara yang menceritakan tentang masyarakat. Elemen yang diterapkan penuh dengan kata-kata sinis kepada kita. Kadangkala kita ketawa, kadangkala kita jelek. Aku akui... tak semua apa yang kita suka, berada sama pada orang lain. Itu pandangan aku. Jadi, hormat menghormati umpama satu tindakan bijak dalam mentafsir filem ini.
Aku bertitisan air mata... kerana sifat aku mudah tersentuh dengan penghayatan. Kerana aku percaya, dengan kasih sayang itu... ia dibalas dengan ketenangan jiwa. Talentime asyik membicarakan tentang pemergian dan kehilangan... dan itu yang aku fikirkan dalam diri aku terhadap cerita ini. Memang perjalanan yang kalian sering jangkakan.... yasmin akan menfokuskan kepada pokok, cawan, epal, kerusi dan carpet... tetapi objek itu bercerita!
Bagi aku, inilah seninya. KELAINAN kali ini membuatkan aku terus ke tandas mencuci mata yang tak henti2 mencurahkan air mata. Lakonan hebat pelakon dengan bersahaja membenarkan aku menjiwai pembawaan mereka. Susunan lagu dengan penuh suara hati dan bait2 yang dikupaskan membasahkan pipiku menghayatinya.
Aku tak paksa anda menyukai filem ini. Sebak aku hanya seketika. Cuma tafsiran awal aku kepada filem ini gagal kerana filem ini berlainan. Kekal sebagai jalan yang perlahan namun penuh pengisian perasaan. Itu sahaja. Bagi aku... biarpun diberi beribu bintang... aku hanya ingin berkongsi kata... hargai segalanya sebelum ia tidak mampu menyusun kata....
6 comments:
takpe..aku punya shortnote je dan berlagu! yang lain ko dah ulaskan...
Salam...
sedihnya... the only Yasmin Ahmad's piece yang i xdapat tgk kat panggung..... dari sepet, gubra, mukhsin even muallaf semua dapat tgk kat panggung! sedih Bangat! rasa macam nak terbang balik semenajung skang jugak! nak tgk talentime gak! sobsobsob
+dxoul+
hahaha... itu lagu aku... kata ko nak lagu aizat.... damn2! sambil berlari di tangga sekolah! hahahah
+hidayat+
aku tak obsess sgt pasal jasmin ahmad ni. tapi aku kagum kali ini. itu je. terakhir aku menonton filem melayu dengan naluri sendiri adalah PUTERI GUNUNG LEDANG... yang lain dipaksa, terpaksa dan FREE! hahahah
duta - menangis Neng Yatimah tgk penghayatan u. Eh, Neng Yatimah tu pernah ke berhenti menangis? ops!
dxoul + duta - aaa...nak tgk!
+azmir+
sudah laa... dxoul, kalu u nak tau... dia lah yang cuba hasut i ... filem arahan yasmin hanya layak di tonton di ASTRO! ni ada hati buat statement nak tgk pulak! dah la pandai buat lakonan nak hantar camera bagai! hahahah.... larikkkkk... (peminat seluar CARDI....??)
duta - tak hasut ok. pendapat peribadi. saja suka usik i..
Post a Comment