Thursday, March 12, 2009
DINNER hosted by MR+MRS FAIRUZ
Ermm... dah cukup material ni... merasa membaca lagi satu agenda yang berlaku. Ini lagi laporan tertunda.
[Mr Fairuz + Kak Asa menjadi penganjur majlis. Bro Pojie + Kak Sara turut hadir sama]
Atas pemintaan pengantin baru, Mr. Fairuz dan Sis Asa Naim, aku digesa untuk menjemput sebilangan yang pernah hadir pada kenduri beliau dan yang pernah menolong beliau dalam persiapan pelamin dan juga agenda majlis. Yang sedihnya, aku terlupa beberapa watak seperti Ying, Redza, Jas dan Fari dan sebagainya dan ramai lagi kot. Rasanya proses jemputan dibuat dalam yahoogroup.... jadi aku terselamat daripada isu TERLUPA lagi. Jadi those yang ada account dalam yahoogroup itu tidak wajar berkata tidak dijemput ye! (sambil mengibaskan2 rambut)
[ mahady + afif selepas selesai menyudahkan lauk pauk]
Majlis berlangsung pada 2 March 2009 bermula jam 8pm. Yakni bersamaan hari pertama aku bekerja ditempat baru. Banyak watak cuba menghubungi aku, termasuk kawan baik aku, si dzul ketika hampir jam 6.45 pm, dan ketika itu juga aku bekerja dan memulakan tugas sebagai penjaga prompter. Huh... ingatkan senang je jaga tuh, rupanya cam hampes.
[Mr +Mrs Khairul turut menghabiskan nasi yang ada]
OK lah, kedatangan diserikan dengan watak anak2 masing2. Mr+Mrs Khairul membawa kamil dan Mr+Mrs Fazrul membawa addyan dan juga rayyan! Wujudlah beberapa watak bibik nigeria dan berapa watak lain jyang cuba menjinakkan kanak2 ini.
[Bro Fazrul + Kak Aida bersama addyan yang kepenatan dan kepanasan kan?]
Makanan kegemaran ramai kat sini adalah TOMYAM. Memang geng GBS tak akan lepaskan peluang jika sudah tiba kawasan ini utk menikmati tomyam nya. Menu malam ini tidak kurang hebatnya. Dan adalah orang tuh siap menambah nasi lagi. Alasan, sebab sanggup tak makan tengahari sebab nak makan malam FREE ni. Ayyoooo....
Selepas selesai makan, masing bertanya khabar sebab sudah lama tak berjumpa. Macam abg kerol ngan mahady, masing2 bertukar diet masing2. Dan banyak lagi la cerita2 lain yang seronok didengar tapi tak dapat ditulis disini sebab kekangan masa bekerja utk membaca blog... (matilah, isu baru).
[jamal + faiz + jai turut hadir memecah sunyi]
Lepas habis semua, ada speech dari tuan punya majlis. Yang mengucapkan terima kasih kepada yang membantu beliau dan juga kepada yang tak dapat hadir. Minggu terakhir beliau di Malaysia sebelum berangkat ke Kota London (cheh... CARDIFF kota ke?) pada 6 Februari itu.
Selesai, semua pulang dgn gembira diselangi keluhan kepanasan kerana penghawa dingin yang tak mampu menampung bilangan luas permukaan kulit manusia yang menghasilkan haba.... terutama yang banyak dosa....! hhahahahha
[aksi GBS tanpa radin]
Terima kasih buat : BRO FAIRUZ + KAK ASA. This year balik Malaysia lagi, buat lagi ek!
Terima kasih buat Nik + Lan, Bro Jamal, Bro Faiz, Jai, Bro Fazrul + Kak Aida, Bro Kerol + Kak Rina, Bro Pojie + Kak Sarah, Mahady, Afif dan tak lupa GBS; dik nije, kashah and dxoul lacruz! Thank uols...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
aku takde kene mengena. nak post comment jugak ( sambil menongkat dagu )
+red+
aku baru je terlintas dalam hati nak buat review pasal umah hang... 1st sebab aku kagum, 2nd... saje nak ko belanja donut + makan bora ombak lagi... heheheh.... nanti aku buat ek!
walau aku juga tak de kene mengena, tapi juga ingin meletak komen, dua post berturut dah nih carik pasal. takpe, takpe, nanti balas meleret dalam blog sendiri supaya penafsiran berita terjejas sedikit je lah.
pertanyaan siaran tv:
kenapa berita di tv di malaysia tak bleh atau tak pernah siarkan footage atau clip dari siaran bolasepak dari Barclays Premier League, asyik-asyik liga Arpertura dengan liga Liege One je. Tolong komen sket.
ehh agak off topik rasanya, oh, tomyam memang sedap.
+duta+
kenapa 'noise' gambar tinggi sangat (ayat macam ala2 pro photographer)....
Amani,
TV kita tak mampu nak keluarkan duit yang banyak untuk hak siaran. Kalau nak tengok pun dalam berita tu pun ada tulis Ehsan ESPN.
Aik, dah lari dari topik dah... Hehehe...
::red::
aku rasala kan, gambar2 itu tidak memenuhi spesifikasi seorang penterjemah berita berjiwa grafik, tetapi hanya itu yang ada buat material dia, maka dia terima seadanya. Kalau ikut hati dia yang meronta2 inginkan kamera poket yang logonya bergrafik cantik, maka gambar tanpa flash yang rerasa diambil menggunakan henpon ini bukan standard dia, cuma kandungan gambar yang perlu diberi perhatian.
Apapun, mungkin dia telah berusaha mengurangkan noise tersebut sepotoshop mungkin.
salam..
amboi2 korang.. lama x tgok korang.. semua dah kawin.. ko im.. cpat2 la.. tgok abg kerol makin bulat.. kan bahagia tandanya tuh.. hahaha..
sory.. jangan mare..
duta - wah..serangan dah masuk siri 2. bibik nigeria ye..hehehe
~azmir~
aku dah lama dok perati dah... apa kata kalau hamas dan nigeria bergabung.
+achik+
hahaha... nak sangatkan? skrg merasa tulisan penterjemah berita ini.
ala... buat laporan sukan susah... liga juara2 pun tak tau... heheh... itu producer selalu buat... i sbg asst producer buat berita luar negara dan hiburan. hehehe. jadi soal barclays ke... apa2 yang lain ke... so sorry... soon i belajar buat sukan.
tomyam situ mmg sedap. nanti dtg KL sms dalam blog.... hahahhaha lariikkk....
+red+
noise ni bertambah bila saya menggunakan photoshop utk proses mngurangkan pencahayaan kuning yang terlalu jelas dalam gambar ini. Maklum sahajalah, pemilik camera ini masih belum fasih menggunakan manualnya. nanti saya cuba belajar menggunakan camera itu dilain masa. hehehe...
+shade+
hang kurus je? merana ke? hahaha... ko tu je yang tak hapdet blog. dah puas aku paksa...
+azmir+
jahatnya hamas, cakap u nigeria. hahaha
+diknije+
nigeria sebuah negara dunia ke3. nak beli helikopter nuri malaysia pun tak mampu... masih nak bersatu ke? heheh... ke nak kena keluar dewan ni?
nije - aku nak india. nigeria kasi sekam.
duta - siap!
~azmir~
nigeria kasi sekam? sial je kan. india pun ok. kau nak jadi salim masa muda yang lompat dalam kolam taik tu ek. patut la kulit kau flawless. gulp!
~duta~
ok apa guna flying coffin tu. terus je terhempaskan diri kat israel. tak yah nak bazir2 duit nak beli peluru.
Post a Comment