Sunday, March 15, 2009

LMKL TRIP teluk cempedak



14 + 15 Feb, kebetulan aku off day. Memang dah lama program ini dirancang. Jadi aku terpaksa mengikut apa yang telah dirancang dari awal lagi.

Pagi 14. Aku terlewat bangun. Kesan ubat batuk membuatkan aku lena diulit mimpi2 indah. Aku bangun jam 8.30am. Sempat mengisi beberapa helaian baju dan kelengkapan diri yang lain ke dalam beg deuter ku yang baru. Kisah nak senada dengan beg, menyebabkan aku terpaksa memakai long sleeve! hahaha.... demi beg yang berias kuning! Alkisah, kunci rumah hilang! Aduhai... dah la pukul 8.50am. Cari punya cari, akhirnya kunci rumah kat pintu luar.... gile kan? Nasib baik tak de sape kena rogol malam tadi. Fuhh....

K. Sampai di LMKL, aku segera naik kenderaan yang disediakan. Perjalanan ke Nagas, sebuah restoran India menyediakan sarapan pagi. Aku menyuap nasi lemak, ubat batuk dan air tea panas! nyum... naik kereta, aku tidur! heheheh...

Sampai di Kuantan, aku guide jalan ke Teluk Chempedak... maklumlah, ini tanah lahir ku. Tempat mak + ayah aku dating zaman mula2 kawin dulu. Jam 2.38pm tiba di Hyatt Kuantan. Masing2 diberi kunci bilik. Jam 3pm berkumpul dan keluar utk lunch! Aku makan nasi goreng, sayur, tea tarik dan ubat batuk. Balik bilik dari jam 4.30 pm hingga jam 7.27pm, aku tidur!


[aksi sebelum tidur sejurus tiba]

Bangun aku dikejutkan oleh deringan sms. Dinner malam ini di outlet hotel. Buffet seafood... boleh tahan la lauk pauknya. Maaf, sape yang tak makan seafood, ini je dinner yang weols boleh bagi. so telan je ye. Aku makan nasi, beberapa kepelbagaian seafood, satay ayam dan tidak ketinggalan... favourite ku, pasta... bukan laksa! Sekali lagi, disulamkan dengan ubat batuk! huk huk huk. Jam 11.30pm aku rebah dalam dakapan malam... hehehhehehe.... yang lain tengok MU vs LIVERPOOL... hahaha... habis kalah MU! k.


[dinner yang dialunkan dengan muzik tradisional]


[pool yang cantik]


[kreativiti meja ini mengalahkan signage bangunan jakim pjaya]

Esok aku bangun, jam sudah 8.30am. Mana la subuh aku... matahari tak kuar2 kot sebab hujan la pulak. Sejuk nak mandi... so aku basah kan iris mata je. Terus pegi breakfast. Nasib baik versi muka aku bangun tidur sama cantik dgn muka sedia ada... so, sume orang tak tau laaa... Lepas breakfast dan bergambar sikit2, aku gi mandi kat sauna + steam room. Perh... reda sikit kesejukan.


[imej pagi aku sama cantik je kan? hahaha... tak makan laksa ni, makan nasi lemak]

Lepas check out, pegi makan lagi... makan tengahari. Di restoran PAK SU! pak soon nama tokey ni sebenarnya... sedap la... tak de pork, sebab seafood. so kira halal macam isu air ribena ada arak tapi boleh minum.

Balik, sekali lagi aku telan ubat batuk dan aku sedar2, Gombak! yeah, esok dah keje.

Di sini, aku nak riak...

1st. dah beli new camera.
2nd. sume kos ini ditanggung walaupun domestik sahaja
3rd. ubat batuk aku tertinggal laa... choi!
4th. hpon pun tertinggal dalam kereta member, tapi dah dapat balik
5th. ni pun ngantuk nak tulis. so... idea suam2 kuku.

20 comments:

shooter said...

makan + tido + ubat batok + tak mandi + makan + tido + ubat batok + tak mandi makan + tido + ubat batok + tak mandi makan + tido + ubat batok + tak mandi makan + tido + ubat batok + tak mandi makan + tido + ubat batok + tak mandi makan + tido + ubat batok + tak mandi makan + tido + ubat batok + tak mandi+ sampai gombak....tu jerrr????

Adam Ruslan said...

::red::
kisah ini di tulis dengan pengaruh ubat batuk. terima jela.

Hahah, jejauh pegi pantai tapi tak mandi pantai.

Untuk gambar pertama, aku rasa jari telunjuk itu agak nakal. Mungkin kamera (baru) trick je. Hemm.

shooter said...

+Amani+

Stakat jari telunjuk tu macam ala2 mencuit sahaja....1st pic baju coklat belang2 bawah kiri...itu lagi efek.....kontroversi betollah Duta nih

tootsie said...

wah wah wah, aku tak tau pun ko join dorang. kalau ko kat sini lagi leh story kat aku kan, mel tak pergi so tadi aku lunch ngan dia dok citer pasal lain :P

eh eh, share room ngan sape tu?? faizal ek?? :P

d u t a said...

+red+
haha...itu laaa keje aku disana. namanya nak berehat. lain la nama program induksi ke apa bagai... so, kesempatan itu, aku pun tidur laaa... heheheh

d u t a said...

+amani+
ooo... camera tu... i nak kirakan kepada tukang amik gambar supaya kira... maaf ya! alamak... sejak keje camni, asyik diriku je memaafkan diri. takper la. aku lebih suka memaafkan diri dari menyimpan dendam. heheheh... (keluhan hati)

d u t a said...

+tootsie+
wah! cite lain? i pun dapat bahan berita tuh juga menerusi sms. apapun , cerita di kuantan ibarat cerita perlantikan hakim di palestin je.. cam berita tak penting, tapi kena sampaikan... gitu. komen lain... emmm malas. repot je.

Unknown said...

wah seronotnye verchoooti!

d u t a said...

+ bercuti +
ermmm aku tidor je ar dxoull....
kira qada' tido masa stay up during spm dulu...

Anonymous said...

~redghost~
couldn't agree more, setakat bangun tido makan minum ubat batuk bangun tido makan minum ubat batuk bangun tido makan minum ubat batuk bangun tido makan minum ubat batuk lepas tu dok merenjis2 fitnah-fitnah secara berleluasa, baik bercuti dekat bandar utama je. hehehe

d u t a said...

+nije+red+
carik sekutu lain ke? hahah... macam tentera NATO sangat tau, supply senjata pada afghanistan...

cuti kat bandar utama pun best juga. leh makan KFC sambil tgk movie while sleeping...suka2! len kali, nak tgk movie oversea dapatkan review international ent dari penterjemah berita ni dulu. kalu tempatan ada watak lain... cam cite TALENTIME ke, itu siaran tv lain. k...

harap, stakat sms MANA? boleh difahamkan penduduk pjaya ke? aduhai... bingung2....

Anonymous said...

erk... pembetulan ye encik pembaca berita, bukan KFC tapi Secret Recipe. masih lagi mengekalkan boikot terhadap ISRAEL!!! hahaha

rasanya selagi kita berada di bawah jajahan takluk Malaysia yang berdaulat ini, semua akan tahu maksud "MANA?" betul tak? ponder my friend ponder

tootsie said...

haha ko pun tau "citer lain" tu ek?? jgn tak tau, dia tgh naik gila skrang ni!! penat aku selesai kan masalah dia, but dia tak puas hati gak..susah tol :P

d u t a said...

+nije+
ye ke? semua rakyat mesia paham ek?
baiklah... nantikan dalam post terbaru berjudul MANA?

+tootsie+
tau la girl. huhuhu... selagi dia tahan di situ... kan...

Anonymous said...

wahh... ada modal baru ni. senjata besar ni. hahaha... cuba tgk betul2 gambar first tu. a'ah jumpa tak? kalau jumpa, dah terlewat ye... sy dah edit. nanti kan post akan datang... 'scandal'. kalau tak jumpa takpe. anggap macam angin je. hahaha

d u t a said...

+diknije+
sejak study page 53 manual sony T ni kan... rajin benar ye melihat detail pada photo kan? bagus betul page 53 tuh!

shazali said...

bestnyer dapat cuti-cuti malaysia....

d u t a said...

+sharizan razali+
ermmm ketika percutian ini, keadaan aku tak berapa stabil. jadi aku anggap ia satu istirehat dan bukannya masa untuk bersuka ria.

@rep said...

pingsan pose2 atas kotak

d u t a said...

+arep+
pingsan ke? hahaha.... itu baru time kurang siuman... waktu siuman... lagi hebat... atas kotak terus arr bro!