Setelah 3 minggu berkecimpung dalam penghasilan berita... kini aku rasa wajar aku dedahkan PEMBAHARUAN dan PERUBAHAN yang aku harus lakukan pada diri aku. Aku percaya dengan konsep itu... yang baik digunapakai dan yang kurang mendatangkan hasil, di simpan sebagai sempadan. - tak amik kursus tuh pun tak pe jugak kan? - ops! Dalam bahasa rasmi Melayu, dengan tidak menggunakan sebarang loghat kenegerian ini... aku rasa penulisan aku dalam bidang sukan, masih perlu digilap lagi. Sebelum ini, banyak perkara dalam sukan yang aku hanya ambil ringan sahaja. Nama2 ahli sukan terbilang sahaja yang sering menjadi buah mulut, aku kenal... selebihnya aku tidak ambil peduli. LIGA INGGERIS pun, aku gagap mengenal pasukan yang berentap dibawahnya. Atas sindiran sinis penyelia aku, aku menyahut cabaran itu sebagai satu PERUBAHAN ke atas diri aku. Sebabnya bukan mudah untuk menjadi penyampai dan bukan mudah kerjaya ini dilihat secara kasar. Jadi kesimpulannya, biar apa juga kerjaya yang kita harungi... masing2 punyai cabaran yang tersendiri. Dari boss yang mampu membawa anda ke pusat perkelahan air terjun, hinggalah kepada boss bertaraf DATO / DATUK dan tidak disukai kerana sifatnya! - ops kecuali kerjaya quantity surveyor! hahaha, aku masih lagi mencari peranan mereka dalam industri di malaysia - Itu kesimpulan aku. Mudahnya... biarpun aku tidak mampu membeli belah sehingga ratusan ringgit ketika menunggu rakan, ataupun sanggup membelah pintu kereta dengan aksi tokyo drift di bandar utama.... aku percaya perubahan yang dilakukan ini, memberikan ilmu kepada aku mengenal dunia yang aku ceburi. Jangan nanti aku tanya kalian, nama pemain bola sepak Bolivia, kalian tak mampu menjawabnya! hahahaha, hati2 ya! Di sini pun, aku turut kenali siapa itu JENSON BUTTON... bukan BENJAMIN BUTTON ye... walaupun pun ada iras2 sedikit ketika berusia 4 tahun...Kesempatan ini , aku susunkan kembali sorotan berita yang aku buat (namun tetap di edit oleh producer skit2) - boss jpa pun touch-up design staf dia kan?
[CAMS] - ini intronya
Perkembangan siri perlumbaan Formula Satu F1 di Grand Prix Australia bermula ahad ini.
Sedikit kejutan bakal berlaku dengan peraturan baru diperkenalkan di grid perlumbaan.
[SUPER=MELBOURNE, Australia] - ini caption utk beritahu di mana lokasi berita[V-OVER] - ini suara yang di rakam lebih awal. jadi oleh kerana ini aku buat, maka aku juga berperanan menyiapkannya
Antara barisan pelumba utama yang awal tiba di Melbourne adalah dari pasukan Renault.
Fernando Alonso yakin perlumbaan pertama di Melbourne akan memulakan rentak saingan musim ini.
Alonso akan berpasangan dengan pelumba tuan rumah Danny Allsopp.
Dia yang pernah merangkul gelaran juara dua kali... percaya peraturan yang bakal dilaksanakan itu sedikit sebanyak mengganggu prestasi pasukannya.
[SOT1] - SOUND ON TRACK
[I GUESS FERRARI ARE ALWAYS THE TEAM TO BEAT AND THERE ARE NO DOUBTS THAT THEY WILL BE STRONG. BUT I THINK THERE ARE MANY OTHER POSSIBILITIES THIS YEAR WITH BMW, WITH TOYOTA, WITH BRAWN. SO IT WILL MAKE THE CHAMPIONSHIP VERY, VERY INTERESTING FOR THE SPECTATORS AND HOPEFULLY FOR US AS WELL.]
[SUPER: FERNANDO ALONSO, Pelumba Renault] - ini caption nama utk visual orang yang memberi ulasan
[SUPER=Ferrari adalah pasukan yang menjadi pencabar utama dan tiada halangan bagi mereka untuk sekali lagi bergelar juara. Tapi saya percaya wujudnya persaingan sengit tahun ini antara pasukan BMW, Toyota dan Brawn. Perlumbaan musim ini akan lebih menarik dan kamI berharap akan turut menang.] - terjemahan
Selain Renault... pasukan Mc Laren turut melahirkan keyakinan tinggi untuk bersaing.
Juara Dunia... Lewis Hamilton dikatakan sudah bersedia untuk beraksi.
[SOT 3] - lagi SOUND ON TRACK
[I FEEL GREAT YEAH. PREPARATIONS HAVE GONE WELL. A BIT LESS PREPARATION TESTING WISE THAN WE NORMALLY HAVE BUT I'M EXCITED. IT'S GOING TO BE AN EXCITING SEASON FOR EVERYONE AND WE'VE GOT A LOT OF WORK TO DO, BUT WE'RE IN FIGHTING SPIRITS.]
[SUPER=LEWIS HAMILTON, Pelumba Mc Laren & Juara 2008 ] - nama pengulas statement atas itu
[SUPER= Saya amat teruja. Semua persediaan berjalan lancar. Persediaan dilakukan lebih dari biasa. Perlumbaan ini bakal menjadi musim yang menarik dan banyak usaha yang perlu kami lakukan.] - terjemahan
[ENDS] - ini notis beritahu habis story ini
7 comments:
Ni berita dah keluar ke blom? Meh pembaca tetap surat khabar bahagian sukan tolong sket.
Sound on:
A BIT LESS PREPARATION TESTING WISE THAN WE NORMALLY HAVE BUT I'M EXCITED.
Terjemahan:
Persediaan dilakukan lebih dari biasa.
Aku rasa less = kurang. Bukan lebih.
Info:
Semua pasukan F1 tahun ini diarahkan untuk mengurangkan sesi percubaan atas alasan mengurangkan kos disebabkan kegawatan ekonomi semasa serta memberi nafas lega pada pasukan kecil yang sememangnya tiada budget besar untuk membuat sesi percubaan.
owh sebuat pasal sukan..cuba u ulas sikit mengenai sukan lumba basikal Track Cycling World Championship di Pruskow, Poland..
Ape kedudukan pelumba negara masa ni? ade peluang cerah x nak dapat pingat?
*hehe..tercabar x? slmt mencuba!
+amani+
thanks... memang bernas kajian achik ar! memang di akui kesilapan!
+R+
perh... malaysia hantar wakil... namun kalah dimedan perjuangan... masih dalam prestasi kurang.
saya dah buat, namun cerita di DROP kan memberi laluan kepada komentar pemilihan pucuk pimpinan melayu yang dibarisi dengan wang!
aik..blm habis berjuang dah dinyatakan kalah...mana blh ni en duta.. kita kne s0kong atlet kita (kecuali bola sepak! ni i je la kan..)
Perak dan gangsa dh dlm genggaman..walaupun tgk saiz badan mcm si kerdil tp semangat ibarat si gergasi melihat semut..heheh
+R+
nah...
HANYA setengah tayar menjadi pemisah gelaran juara dunia buat Azizulhasni Awang yang akhirnya terpaksa berpuas hati dengan pingat perak di Kejohanan Basikal Trek Dunia di Pruskow, Poland, malam tadi.
Ia adalah pingat kedua negara selepas Mohd Rizal Tisin mencipta sejarah menyumbang gangsa dalam acara 1km ujian masa kelmarin - pingat pertama negara dalam kejohanan elit itu.
Azizulhasni tewas kepada pelumba Perancis, Gregory Bauge di final dengan kiraan 2-1 walaupun begitu hampir mencipta sejarah selaku juara dunia apabila menang perlumbaan kedua final itu.
Pada perlumbaan pertama, dia hanya tewas tipis menerusi 'photo finish' tetapi perlumbaan penentuan jelas tidak berpihak kepadanya apabila gagal meneruskan kayuhan bertenaga pada perlumbaan tiga pusingan itu.
Di separuh akhir, dia menewaskan juara sirkit Piala Dunia, Shane Perkins dari Australia ketika Bauge mara selepas mengetepikan rakan senegara, Kevin Sireau dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.
Sebelum itu, Azizulhasni yang turun ke gelanggang bersama dua lagi pelumba negara, Rizal dan Josiah Ng mudah melepasi pusingan awal.
Malangnya dia terpaksa mengetepikan Rizal pada pusingan kedua apabila ke dua-duanya diundi dalam saingan yang sama.
Selepas itu, pelumba bertubuh kecil itu berjaya mengatasi cabaran utama pada peringkat suku akhir awal pagi semalam apabila dipaksa ke pusingan penentuan bertemu Ross Edgar dari Britain yang berjaya mencuri satu kemenangan pada perlumbaan kedua.
Pelumba berusia 21 tahun itu bagaimanapun bangkit pada saingan ketiga dengan mendahului sejak loceng dibunyikan sebelum melaku kan aksi biasanya 'willie' di garisan penamat diikuti sorakan peminat untuk kemenangan 2-1 mengatasi Edgar yang menyingkirkannya dari tempat ke final acara keirin.
Pada saingan separuh ak hir, pelumba dengan panggilan 'pocket rocket' dalam dunia berbasikal antarabangsa itu mudah mengatasi Perkins menerusi kemenangan 2-0 apabila memecut awal ke garisan penamat.
Kejayaan anak muda berasal dari Dungun, Terengganu itu sedikit sebanyak mengubati kekecewaannya yang hanya berkedudukan ke-11 acara keirin yang juga acara kegemarannya.
wah..gagahnya menaip ke "mengopipes" dari sumber yg boleh dipercayai..hehe pape pun well done! ;)
*semalam BERNAMA ada kuarkan berita yg tersalah fakta..malu aje..jgn jd mcm tu tau..rakyat Malaysia skang sgt peka n dpt tau berita lebih pantas dr media massa.
Post a Comment