Wednesday, March 11, 2009

Let's Go Bowling


Laporan tertunda.

Maaf, terpaksa menyiapkan laporan program yang telah berlangsung bulan lepas pada pertengahan march. Alasannya mudah sahaja, material yang diperoleh diberikan akibat tidak tahan mendengar pesanan berulang kali dan akhirnya tanggal sambutan maulidur rasul baru2 ini, aku dah peroleh gambar2 yang boleh dimuatkan dalam laporan ini.

Program Let's Go Bowling telah berlangsung dengan jayanya pada 25 february di berjaya times square. Atas desakan ramai, yang inginkan sebuah pertemuan kecil kalangan teman2, akhirnya saya jemput bersama beberapa teman yang sudah berumahtangga menyertai pertemuan ini. Pada perancangan asalnya, program berbentuk nyanyian di pusat karaoke... namun mengenangkan watak kanak2 yang terpaksa mendengar lagu pitching lari Mungkin dendangan ANUAR ZAIN, maka, saya ubah kepada alternatif yang lebih berbentuk sukan.

Tambahan pula, secara kebetulan... ada peristiwa yang mengENZIMkan perasaan teruja utk berentap di arena bowling ini. Biarpun bowling bukan my expertise, namun well well well... aku lebih selesa melihat teman2 gembira. Jadi semua ini bukan untuk menunjukkan kehebatan... ia adalah amal bakti buat teman2. Nak beri duit sebagai sedekah, semuanya dah kaya... maklumlah, sementara tunggu kawan kat shopping complex pun dah boleh habis RM200. ermmm....angel tak watak aku ni? Kira suci laa... sempena maulidur rasul la... nak menang tokoh boleh kan? walaupun dalam dunia penyiaran... hahahah

Permainan dilangsungkan sebanyak 2 permainan. Beberapa watak MISS LONGKANG patut diberikan. Namun tak kurang juga gelagat bila masing2 STRIKE. Riaknya mengalahkan muka shalin zulkifli. Tapi aku tetap tersenyum berikan sokongan... Ada yang mengajar dan ada yang belajar. ermmm masing2 mestilah nak STRIKE kan? [strike dalam bahasa melayu apa ek?]

Kumpulan dibahagikan mengikut level kehebatan. Aku tau level aku tahap mana. Dan pembahagian itu adil dan tak dipengaruhi simpati mahupun kroni. Well2. Dan bagi pemenang kumpulan... aku rasa group aku laa... tapi sebab ada perjanjian damai yang termaktub sebaik sahaja permainan ini habis, maka keputusan permainan tidak akan diumumkan kepada public. Niat ini amat suci... namun ura2 wujudnya kebocoran keputusan permainan belum kedengaran.


[kamil belajar daripada ayahnya cara balingan tangan kiri]

Baiklah, kalu aku meleret macam dramalova (matilah)... pastinya kalian tak sempat uruskan kerjaya. Sebabnya aku rasa kalian mesti punyai cerita menarik bermain bowling ini tersendiri. Jadi tak perlulah untuk aku menceritakan satu demi satu aksi pemain2 yang hadir.

Cuma apa yang ingin aku kongsikan, masa zaman belajar dahulu... aku bermain bowling dikalangan teman2 rapat di Skudai, aku watak yang paling ceria. Maklumlah, bagi aku, markah AKSI amat penting ketika bermain. Pada siri balingan terakhir game itu, aku terduduk dan terus menyudahkan dengan membuat aksi memberi salam ketika habis solat. Aku mmg nak cover sbb terduduk itu, jadi aksi itu mendapat tawa gelak ramai sebab mereka ingatkan aku mmg saje2 buat aksi itu. Tapi sekarang, aku dah tak buat.... hehehe.


[kamil hadir turut memberi sokongan]

Apapun, aku wajar di sini berterima kasih buat; dik nije, ghazaly, mr +mrs kerol, mr + mrs fairuz dan azrul ibrahimi yang sanggup turun sama memeriahkan kehidupan masing2.


[antara yang hadir, eh... semua yang hadir]

Selepas permainan, masing2 ada yang pulang dan kami yang tinggal bertemu semula di sebuah restoran di jalan klang lama untuk makan lewat malam.


[aksi sepanjang zaman, sambil tunggu kamil main keretapinya]

Kepada pemenang, syabas. Sedar kehebatan anda dari dulu. Cuma corak permainan tak konsisten memberi peluang kepada pihak lawan utk memberi saingan sengit! hahahha matil la lari....

+bila la pulak organizer bermain bola tampar ni, tak sabar nak jadi CHUN+

10 comments:

shooter said...

hahaha....aku tergelak bila baca part sang pari-pari terduduk ala2 lepas memberi salam akhir..... mesti lentok badan bak permaisuri di kayangan.

Anonymous said...

waahhh.... sgt byk unsur2 perang saraf dalam post kali ini. takpe2

a z m i r said...

duta - p/s kat bawah sekali itu begitu menusuk! Ramai sangat nak jadi CHUN ni. how?

d u t a said...

+red+
hahaha... pari-pari ek? tu la... sume kawan2 aku ingat. tapi la ni dah berusia ni, aku buat aksi sujud syahwi je

d u t a said...

+nije+
alamak, terkena deria saraf ke? ala... dah cuba elak dah dari terkena reseptor... (dulu matrik berjaya amik sains kan?)

d u t a said...

+azmir+
cuba u sebutkan nama watak lain? i rasa yang paling ingat pun watak chubby yang selalu serve bola dari bawah tuh... kan?

~~ casper~~ said...

hahahhaha...lawak betul part terduduk n beri salam tahiyat akhir....boleh diguna pakai idea ni...

d u t a said...

+sue+
hey, i can't read yours laa... nak jugak baca lenggok bahasa u! mana tau sama ngan 25 patah perkataan... wajib nak bagi hinaan! hahaha

R28est said...

nak jadi CHUN ye?
mmm pastu mesti reff cakap...SERVIS OVER!! Kapten pasukan pun main kan peranan tukar je la player nih..hihi ;p

Godfrey said...

Thanks so much for your article, very effective piece of writing.
swinger wife | easy shrimp recipes | Tampa Florida weather