Monday, June 28, 2010

EDISI HARI BAPA / part 4

[sambungan dari EDISI HARI BAPA / part 3]

“Abe bangun, mak suruh naik atas sekarang!"

Kejutan ayah su seawal pagi menyebabkan aku jadi tak keruan!

Ayah su cakap, abah dah tenat! Tak sempat ayah su menyambung ayatnya, aku sudah langkah panjang. Sepupu lain sedang enak tidur. Aku berlari memanjat tangga rumah cik long ke tingkat atas. Aku sudah tidak tahu apa yang patut aku fikirkan. Pintu rumah cik long ku kuakkan sehingga terbuka luas. Terhenti aku didepan pintu itu bila melihat barisan adik beradikku mengelilingi abah yang sedang terbaring atas kerusi malas. Mak ada disisi abah. Yang lain ahli keluarga cik long, su dan semuanya ada disekelilingnya.

Sebaik aku sampai, abah mengangkat tangannya. Aku tak dengar abah bercakap. Hanya mak yang menangis teresak-esak. Abah menuding ke arah kami seolah-olah membilang anak-anaknya. Kehadiran aku melengkapkan bilangan anaknya. Kak Long, Kak Ngah, Kak Cik, Aku, Kak Da, Dik Wan, Kak Teh dan adik bongsu kami, Zafran. Semuanya duduk disisi abah. Sewaktu abah menuding ke arahku, deraian air mataku laju membasahi pipi. Abah!

Ayah Long suruh mak bisikkan kalimah syahadah ditelinga abah. Sayunya suasana ketika itu. Tiada lagi yang aku boleh tangiskan selain menyulam perasaaan yang amat sedih dalam hidup ini. Abah dah nak pergi tinggalkan kami? Abah akan pergi tanpa kami? Abah kenapa pergi terlalu awal? Kami belum balas jasa abah. Abah tak nak tengok kami masuk Universiti? Abah tak nak tengok anak abah gengam segulung ijazah nanti? Abah tak sayang kami? Itu yang aku fikirkan. Aku sedih saat itu. Aku letakkan kepala aku dibirai kerusi malas abah. Aku tunduk kerana ayah long cakap jangan nangis lagi. Kata ayah long, tak baik nangis. Biar abah selesaikan mengucap.

Bila Kak Cik cakap kaki abah dah sejuk. Mak semakin kuat menangis sambil memeluk adik bongsu kami. Mak beberapa kali mengajar abah mengucap. Dan abah sempurnakannya sebaik mungkin. Aku tengok abah masa tu. Matanya sayu untuk meninggalkan kami. Pandangan raut wajah abah sewaktu mengira kesemua anaknya tadi masih tergambar dalam fikiranku. Memang abah sayangkan anak-anaknya, tapi Allah maha kuasa.

Tepat jam 6.23 pagi abah menghembuskan nafas terakhir. Mak sentiasa bersama adik bongsu yang sewaktu itu berusia 3 tahun. Mak d isisi abah lagi sewaktu abah sudah tidak bernafas lagi. Sayu aku lihat mak ketika itu. Dugaan untuk mak amat besar. Sewaktu kami masih lagi membesar, abah tinggalkan mak untuk seorang diri menyara kami. Kak Long, Kak Ngah, Kak Cik dan semua kami saling memeluk antara kami. Tangisan kami disaksikan semua yang ada di ruang tamu rumah cik long. Sedihnya bila abah dah tiada. Bila abah tinggalkan kami semua.

Ayah long mengusap raut wajah abah. Matanya dibiarkan rapat. Diangkat abah ke lembek sebelah kerusi malasnya. Cik Long mencari kain batik lepas buat penutup abah. Adik abah, Makcik Nah tiba di rumah cik long. Masa itu bertambah sayu lagi. Mak Cik Nah peluk mak. Kami tahu mak cik nah sayang sangat pada abangnya ini. Abah sememangnya baik dengan semua orang. Malah kalau mak gaduh dengan adik beradiknya, abahlah menjadi orang tengah memulihkan keadaaan. Mungkin sebab beza umur yang dekat menyebabkan abah rapat dengan makcik nah.

Abah disempurnakan pagi itu juga. Sebagai anggota polis, semua urusan pengebumian diselenggarakan oleh pihak polis. Mujurlah tak susahkan ayah long nak ke sana sini mencari van jenazah dan sebagainya. Abah akan disemadikan di tanah perkuburan kg kubur maras lepas solat zohor. Aku hanya membaitkan bacaan yassin disisi abah. Mak cakap baca banyak-banyak bagi abah tenang di sana. Setiap kali aku sudahkan ayat pertama, aku terus menangis. Bila ada saudara hampiri dan peluk aku, aku nangis lagi. Sedih. Sedih sangat sebab aku tak besar lagi. Aku tak nak abah tinggalkan aku. Sehinggalah abah diusung untuk dimandikan. Barulah mak suruh aku beredar.

Abah dibawa ke atas kembali. Abah dah dimandikan. Abah dikapankan. Wajah abah bersih. Tak sikit pun ada cacat celanya. Abah kini dah siap untuk dibawa untuk disembahyangkan. Bila semua dah sedia, tok imam yang menguruskan abah, memanggil ahli keluarga melihat wajah abah bagi tatapan terakhir. Aku diheret ke depan oleh kak long. Yang lain menuruti kami. Mak kendong adik. Mak dah kelihatan tenang. Tapi bila mak disisi abah suruh adik cium abah, mak nangis lagi. Sehinggalah kak long dipanggil. Kak Long cium abah. Kak Long kucup dahi abah. Pejam mata kak Long tahan sebak. Bila kak Long kembali pada aku, kak long hampir lemah. Kak Long menangis makin kuat. Aku tahan sebak itu. Bila giliran aku, aku kucup dahi abah. Aku pesan pada abah, aku sayang abah. Moga abah tenang. Sehinggalah giliran Kak Teh, adik bongsu kedua.

Bila dah selesai. Aku disuruh naik van jenazah sekali dengan abah. Urusannya kini solat jenazah. Solat disempurnakan di Masjid Langgar. Jemaah lain turut serta. Aku pun sama. Sehinggalah jenazah abah dibawa ke kubur. Ramai juga yang menanti. Aku hanya duduk disisi ayah Long. Sebab aku masih kecil. Aku turut membaling ketulan tanah-tanah kecil di liang lahad. Sebabnya, aku rasa aku berhak tolong sempurnakan abah. Sebaik selesai abah ditanam, bacaan talkin pun disempurna.

Apapun yang berlaku, aku percaya ini suratan takdir. Allah itu maha kuasa. Dia dah menentukan setiap kehidupan ini. Namun aku sehingga kini kesal dengan apa yang berlaku. Peliknya sehingga kini tidak terungkai. Apakah signifikasi adegan sepupu mak; cik moh dan ibu mak; tok wan dirasuk itu? Kenapa tok wan sehingga bisa berbicara bahasa yang tidak menjadi kebiasaannya? Itu yang sering berlegar dibenak fikiranku.

Sehinggalah aku bermimpi. Abah datang pada aku dan bisikkan, “biarlah Allah membalasnya”. Apa yang aku hairankan sejak dari abah dah tiada salah seorang sikap jiran kami yang juga rakan sekerja abah di Temerloh amat berbeza. Selang rumahnya dengan rumah sewa kami dalam 7 buah rumah. Abah dulu akrab dengannya. Malah pernah kami pulang ke kampungnya di Melaka. Amat pelik lepas abah tiada, ahli keluarga enggan berbual dengan kami. Malah program anjuran persatuan isteri polis juga tidak disertainya. Sehinggalah satu ketika, tuan rumah kepada jiran kami itu memberitahu bahawa keluarga mereka telah berpindah pada suatu malam dengan meyelitkan sewa bulanan dibawah pintu rumah. Peliknya juga, sebab berpindah di tengah malam dan tanpa meminta bantuan sesiapa. Biasanya jika anggota polis nak berpindah, tentu diminta bantuan trak polis. Setidak-tidaknya maklumkan kepada jiran tetangga bagi kerja-kerja menolong. Tapi tidak pada jiran aku kali ini. Aku sendiri tidak pasti.

Oleh kerana sikap aku enggan menerima kekuasaan ilmu mistik seperti ilmu guna-guna dan sebagainya, aku diamkan hingga kini. Tapi pernah seketika aku mahu merungkainya. Aku mahu tahu kenapa ia berlaku? Kenapa jiran kami dan juga kawan rapat abah itu melarikan diri dari kami. Apakah kesalahan kami kepada mereka sehingga mereka melarikan diri sedemikian? Dengan kuasa teknologi, aku rasa aku temui anaknya dalam laman facebook, namun belum terbuka pintu hati aku untuk berbual dengannya. Sebab aku bimbang perasaan yang buruk menguasai sikap aku untuk menjejaki apa sebenarnya yang berlaku. Sebabnya aku mahu ikut pesan abah; ‘biar Allah yang membalasnya’.



Buat abah, moga abah tenang dan ditempatkan dengan kalangan orang-orang beriman. amin.

[ SEMPURNA . aku tinggalkan sehingga ini sahaja. ]

10 comments:

mcsha said...

Thx 4 d story..i'm too young at dat time to remember all diz...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ABAH....

Al-fatihah buat ABAH...

d u t a said...

uh! thanks my sis!
baca gak ek?

Fingers of God said...

tanpa ku sedari aku menitiskan air mata membaca entry tuan hamba.sungguh menyentuh perasaan.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh ayahnda tercinta tuan hamba serta ditempatkan di kalangan orang yang soleh.AMIN.

a z m i r said...

it's a sad story. diceritakan dengan sempurna oleh abe mi. Al Fatihah untuk Encik Abdul Majid..Moga rohnya dicucuri rahmat.. amin.

Anonymous said...

harapnya hati ni juga setabah abe mi...

takziah

Adam Ruslan said...

Rasanya dah pernah dengar separuh dari kisah ini secara lisan dari tuan punya, tapi lupa bila dan di mana.

Semoga kenangan itu tetap kekal sebegini.

Al-fatihah.

Kalau boleh jangan diperpanjangkan rasa syak itu, doakan supaya mereka terbuka hati kembali.

Roy aziz said...

Al-Fatihah kepada u n famili Im..biarlah if abah u kene buatan org atau ape2 saje,ingatlah Allah sentiasa menolong hambanya. Hayati firman Allah dalam surah Al-Falaq dan An Nas. Insya Allah, tenang perasaan Im nnt.

d u t a said...

FOG
thanks. bukan nak raih air mata tuan. tapi berkongsi cerita disebalik pengalaman! harap hidup tuan seindah mimpi!

AZMIR
sad juga... cerita untuk ingatan dan arkid minda thanks!

THISISNIJE
dun worry. perjalanan diknije indah juga! jgn toleh ke belakang lagi!

AMANI
dah dengar barangkali. masa lepak bersama. tidak. hatiku tak sampai hati membuat perbuatan menyalahi agamaku

AZROL
thanks. moga hidup tuan indah! jangan cepat putus asa. setiap apa kita lalui kan ada hikmahnya!

rashid said...

al-fatihah.. cukup menyentuh perasaan.. mudahan arwah ditempatkan dikalangan org yang beriman dan mendapat rahmat dariNya.

Hilmi Haji Ali said...

oh duta, kisah duta buat aku teringat kan ibunda. i was 6 years old