Menulis bukan mudah.
Malah kadangkala bahasa dan lenggoknya sahaja membuatkan orang faham atau tidak!
Bahkan aku tidak hairan jika orang selalu membetulkan ayat atau perkataan yang kita bina. Sebabnya, setiap orang ada cara tersendiri. Kadangkala jika terubah ritmanya, maka bercanggahlah maksudnya. Faham atau tidak itu persoalannya! Fuh!
Oh, bukan aku menyalahkan sesiapa. Tapi sukar bagi kita membaca buah fikiran orang jika ketidakbukaan menerima pandangan. Sebagaimana sebelum ini, aku pernah berkata mengenai isu rekabentuk dan prisip! Jadi aku tak hairan ia berlaku dalam aspek penulisan.
Ketika di kelas bahasa yang aku hadiri sebelum ini dan berdasarkan panduan selepas tamat pengajian SPM pada tahun 1997, aku yakin dengan beberapa petunjuk tatabahasa. Malah dengan kursus itu juga, banyak membimbing kepada penggunaan perkataan yang tepat; tetapi bukan struktur ayatnya!
Bagi aku struktur ayat bergantung kepada banyak perkara. Jikalau diceritakan pasti membosankan. Sama seperti sewaktu belajar subjek rekabentuk dahulu. Kadang-kadang terpaksa sahaja akur dengan kehendak yang bercanggah. Kadangkala… boleh aja! Semuanya subjektif bukan?
OK, barangkali ada ‘NAHU’nya dalam memperbetul perkataan! Lihat? Kata sifat seperti MEMPERCANTIK – tak perlu ada imbuhan KAN! Contoh lain ; MEMPERELOK, MEMPERKEMAS, MEMPERHEBAT. Tapi kesudahbiasaan kita menggunakan MEMPERCANTIKKAN… menyebabkan kita sukar berubah! Jadi, jadilah anda sahaja, berubah atau tak mahu berubah!
[tema bukan berang, tapi ingatan kepada diriku… supaya sentiasa berubah]
1 comment:
resistance to change kan? bagaimana pula dengan 'mengenai' atau 'tentang'? yang mana lebih sesuai untuk merujuk kepada sesuatu perkara? orang lebih gemar untuk guna 'mengenai' sedangkan ia merujuk kepada sasaran. maka 'tentang' lebih sesuai. mungkin kerana nahu tentang itu kurang enak didengari, jadi orang yg mementingkan kecantikan kurang terdorong untuk gunakan.
Post a Comment