Sunday, June 20, 2010

EDISI HARI BAPA / part 1

Bila ada teman rapat aku cakap, semua filem aku akan menangis, aku akur! Mudah tersentuh antara sifat aku. Kadangkala pabila rakan sekerja aku si Jasmine cerita hal sedih, aku pun mula bergenang air mata. Dia juga ratu air mata. Bila orang ajuk sifat itu, aku cakap, hati aku bukan Kristal – tetiba jadi Julia Rais!

Nak dijadikan cerita, masa tengah menjadi prompter roller untuk berita edisi 7 jam 1 petang tadi (20 Jun 2010), aku terpana dengan laporan rakan setugas yang menceritakan tentang seorang bapa yang kembali ke pangkuan jalan selepas dipenjarakan sebagai penagih. Malah, dari kerut wajahnya, tergambar kepayahannya melalui hidup ini. Kasihan pun ada pabila dia mengimbau kembali kenangan anaknya yang cuba menjejakinya. Mesej ‘saya masih sayang ayah ’ membuatkan air mata aku laju melereti pipi.

EDISI HARI BAPA / part 1

Ya, kalian lain bila aku diejek teman-teman. Sedih atau jiwang bukan soalnya. Jawabnya adalah aku juga sayang ayah aku. Selepas pemergiannya pada tahun 16 September 1993, aku rasa sukarnya hidup ini. Bahkan tatkala mengenangkan keringat ibuku yang terpaksa memelihara kami 8 beradik.

Abah dahulu tak banyak bicaranya. Kami adik beradik faham ketika abah meninggikan suaranya. Maknanya, patuh kepada arahan seterusnya. Tapi jarang sekali berlaku. Abah banyak bersabar barangkali.

Saat aku dan kakak aku dipanggil ketika perhimpunan minggu aktiviti membuatkan aku tak keruan. Kakak dah menangis dahulu. Aku pula, masih berfikir; adakah kami disuruh pulang ke Kota Bhrau untuk melihat abah sakit atau abah telah tiada?

Namun kami diberitahu… abah sakit tenat. Itu sahaja yang dimaklumkan. Cikgu Nik Aziz, ketua guru asrama ketika itu, tidak banyak bicaranya. Segera sahaja menyuruh kami kembali ke asrama dan mengemaskan pakaian untuk pulang ke Kota Bharu. Ketika itu abah masih bertugas di Temerloh. Bila diarahkan pulang ke Kota Bharu, ia seolah-olah titik hitam dalam hidupku. Abah dah tiada?

Perjalanan aku melangkah naik van maktab disaksikan rakan-rakan aku yang lain. Mesti mereka tertanya-tanya kenapa aku dan kakakku bersurai dari perhimpunan. Tapi itu bukan soalnya. Yang lebih sedih aku. Kenapa abah sakit dan kenapa ketika aku masih disini, abah nak pergi. Itu yang bermain dibenak fikiranku.

Sedih bukan kepalang. Sepanjang perjalanan, sebaik tersedar dari lena, kami hanya menangis. Merah mata pun tak surut biarpun perjalanan mengambil masa lebih 8 jam ke Kota Bharu. Malah ada penumpang yang baik hati menghulurkan wang saguhati kepada kami sebaik bertanya kenapa kami menangis.

[Nanti aku teruskan bait-bait cerita ini. Banyak juga yang pelik berlaku. Biar aku catatkan bagi kenangan kepada diriku…. ]

11 comments:

Unknown said...

oh..aku masih ingat lagi kisah ini! lepas kau balik, semua macam segan nak tegur. takut kau nangis...
apapun, setiap yang hidup akan pergi.

a z m i r said...

sedihnya kisah ni. nanti sambung kasi habis ye.

Anonymous said...

abg mi, semua org ada melting point masing2. mungkin nampak kuat + tiada perasaan, tp jauh di dalam sudut hati peritnya tak terbendung keringat ini bagi menatang kesedihan dek tersentuh dengan bait-bait kehidupan. itu adalah saya.

Azrind Othman said...

abah aku juga telah pergi, cuma bezanya dia pergi tatkala anak2 telah berjaya... terasa tiada kemanisan kejayaan itu kerana org yang menyumbang kepada kejayaan telah tiada...Semoga roh abah2 kita berada di tempat org2 yg beriman, amin..

Roy aziz said...

im,
semoga tabah menghadapi hari2 berlalu tanpa mereka yg disayangi di sisi.
fatihah utk yg telah tiada..
Be Strong!

Ahmad Belia said...

mie, ayah sakit apa ye? aku pun teringat jugak kisah sedih korang dulu. sedekahlah alfatihah sebagai satu doa berguna pada mereka. semoga rohnya di tempat golongan yang beriman.

d u t a said...

dxoul : yap. aku ingat masa aku blik, 1st day mlm jumaat aku nangis kat masjid waktu baca yassin. huh!

azmir : thnks. i catatkan bagi i kekal dlm ingatan ku!

adik nije : yap! setuju dgn pandangan itu. sbb tu hargai setiap moment dgn org yg kita sayangi !

d u t a said...

dxoul : yap. aku ingat masa aku blik, 1st day mlm jumaat aku nangis kat masjid waktu baca yassin. huh!

azmir : thnks. i catatkan bagi i kekal dlm ingatan ku!

adik nije : yap! setuju dgn pandangan itu. sbb tu hargai setiap moment dgn org yg kita sayangi !

d u t a said...

azrind
ya... thnks kerana mmbacanya. alfatihah juga buat mereka semua pergi

roy
thnks roy! sbb tu aku mudah tersentuh melihat detik2 sedih!

bro ammosham
terima kasih kerna mgunjung blok saya. ada dlm penyudahnya nnti dlm part 4 , insyaallah ia part akhir. now release part 2 baru!

Lawrence said...

For my part one and all must browse on this.
long distance moving companies | mercedes benz of dallas | Promo Codes For Amazon

Johana Johari said...

sedey beb..alfatihah..klu jadi kat aku hmmm tak tahu mcm mana nk hadapinya...i luv my dad so much..joanne