Perjalanannya seperti berikut ;
Dari rumah di BANDAR SUNWAY ; perlu menaiki bus menghala ke KUALA LUMPUR. Mana2 bas dengan tambang seringgit RAPIDKL ataupun METRO BUS.
Kemudian berhenti di area ASIA JAYA. Berlari-lari anak ala menunaikan umrah mahupun haji, ke arah stesen LRT ASIA JAYA dengan menaiki tren bernilai RM 1.30. Jika terlewat, lebih dari jam 7.45 pagi, tunggu sahaja bus METRO yang sesak di hab ASIA JAYA ke BANDAR UTAMA.
Oleh kerana tak mahu seperti rakyat jelata mengeluarkan wang tunai, sebaliknya menggunakan TOUCH & GO, jarang sekali menggunakan perkhidmatan METRO bas dari situ kerana logo syarikatnya yang tak cantik. Sebaliknya sanggup saja menaiki tren ke KELANA JAYA.
Di KELANA JAYA, cabarannya adalah menunggu bas No U89 ke BANDAR UTAMA. Jika terlepas bas itu, perlu seberang jejambat dan dapat naiki bas dari PUCHONG ke BANDAR UTAMA.
Ops, tentu ada yang tak faham. Tak pe, bermakna anda tak layak lagi jadi orang KL! Ni belum perjalanan pulang. Lain pula perjalanannya. Apapun, perkhidmatan RAPIDKL sebenarnya tidak mengecewakan malah bangga dengan khidmatnya. Pemandunya juga berhemah. Mungkin untuk orang terpilih je kot.
Bila orang cakap perkhidmatan bas tak tepati masa, memang betul sebabnya jalan raya pun sesak. Jadi anda naik kereta pun, sampai rumah pun lewat juga. Apatah lagi dengan bas. menurut salah seorang warga asing di Kuala Lumpur dulu, KUALA LUMPUR was built after the invention of cars! Its not like LONDON, bandarnya wujud sebelum adanya kereta. Bila fikir-fikir balik, tepat juga alasannya. Malah paling tepat, berani ke jalan kaki dari Bukit Kerinchi ke KLCC tengah panas buta tanpa shade AX mahupun RayBan?
Apapun, semua itu kenangan terbaik untuk diriku. Dulu pun masa mula-mula bekerja di Kuala Lumpur, perjalanan ke rumah dengan perkhidmatan Bas dan LRT pun sukar juga. 2 jam perjalanan. Jaraknya dari KL golden triangle ke kg melayu subang.
Lepas ni pasti rindu nak naik bus lagi, sambil balas2 facebook mahupun berblog!
[ENDS]
9 comments:
Gigih!
Takde option car pool ke pegi keje?
Kereta dah siap repair?
there u are.entry yang i tunggu2 akhirnya ada.
cayalah im! meng'explore' option ke tpt kerja using public transport! errr..if kete xrosak, agak2 u sanggup x nek bus bagai?
uuuuuu....
k dah!
patut lah size M, eh S!
bukan L ke? sebab kalau M + S, tak lepas kat area perut. k bye!
amani : car pool kat kl dengan waktu kerja ini tak sesuai. lebih baik gigih dari menyusahkan.
azmir : uh. sorry ; dah update di lain paparan!
fingers of god : sanzks sbb menanti!
azrol : insyaallah. kalu rosak, mgkin dah lebih bijaksana la kot. tapi roy kalu u naik public transport kan... mmm tak pe la... panjang lak nak tulis soalan tuh!
diknije : tak pe. i mood baik dgn u now. so, nanti i serang balik!
dxoul : hello, aku order S kan? si nije je nak M. dia bahagian leher selalu koyak!
Wow, there is really much worthwhile info here!
what to do for anxiety | treatment for depression and anxiety | honda dealership
Post a Comment