Sunday, February 22, 2009
Sumersault + Nasi Yang Bertaburan
[aksi gembira menaiki motor ]
Aku juga ingin berkongsi cerita kehidupan menaiki motorsikal sebagai pembonceng; bukan kerana nak pegi solat jumaat; tetapi kisah tragis yang memberikan kenangan pahit dalam hidupku ini.
Di hobbit kan cerita ni (sape2 yang ketinggian nya hobbit; jgn terasa ek)... tatkala aku dapat LESEN L, aku tak sabar nak buat aksi guling2 kegembiraan kat bukit belakang blok aku itu mengikuti jejak langkah seorang senior aku(motif?).
TETAPI... sambil menjegilkan bijik mata ni; nak dijadikan STORY, pada hari tersebut, selepas dihantar pulang oleh syarikat sekolah memandu itu, aku membuat keputusan utk singgah di Kolej Kediaman 6 - Tuanku Canselor itu; yang mempunyai barisan pelajar yang bijak maha berjaya dalam lapangan spm.
Di situlah wujudnya kawan2 aku; Achik (Adam Ruslan - AR) + Red (Ahmad Syafawy). Kedua2 watak ini, kira best friend aku lah walaupun jika watak2 ini datang ke bilik aku , pasti disertai dengan cercaan dan hinaan sebab masa tuh bilik aku maha cantik daripada bilik mereka... now RED; i'm your inspiration kan?
Alkisahnya; ketibaan aku pada tengahari itu, disambut mesra + kelaparan juga. Untuk pengetahuan anda; konsep di UTM, sape rajin nak keluar beli makan, wajib ada watak2 yang nak kirim + pesan. Kebetulan si Red ini mmg rasa hina diri utk mencemar duli makan makanan cafe kolejnya... maka; dengan berbekalkan motor RG merahnya itu... aku di asak ye! sekali lagi, di asak ye... utk turut sama ke taman U dan menjadi mangsa kepada kiriman2 nasi oleh rakan2nya termasuk AR. Aku redHA, sebab sebagai tetamu, aku dilayan sebegitu... hahaha...
Perjalanan pergi kami amat mendamaikan. Sebaik sahaja tibanya di lokasi tujuan, kami dengan penuh haloba mencari makanan utk dibawa pulang sebagaimana kiriman2 tadi dan juga makanan tengahari milikku.
Dalam perjalanan pulang pula ; sebaik sahaja melewati di simpang tiga jalan skudai ke arah taman Universiti, tatkala aku cuba menutup visor helmet canggih bertanduk milik AR, tiba-tiba... (uols kena lopongkan mulut waktu baca ni)
[http://www.adsneeze.com - gambar hiasan]
Muncul sebuah kereta kancil maha kerdil meluru ke arah motorsikal kami... Seingat aku, aku sempat mencampakkan plastik bungkusan makanan ke mana entah, dan membuat sumersault berpusing di atas kereta itu dan sempat menoleh wajah kecemasan kakak pemandu itu; yang gemuk itu... muka akak tuh LEVELnya ermm aku bagi dalam C-. So korang bayangkan situasi tu.
[lebih kurang aksi melompat somersault berpusing itu]
Aku terkesima seketika ketika itu. Seolah2 tuhan; jgn matikan aku lagi...
Cik Red pulak terjerumus menyembah bumi, yakni jalan tar yang menggerutu itu. Aku kurang pasti bagaimana aksi beliau ketika itu, sebab aku memang tak menyangka elakkan cik RED ketika kereta itu meluru ke arah kami tidak menjadi.
[ aksi terbaring aku setelah jatuh - photo]
Dalam pada itu aku akhirnya jatuh di belakang kereta itu jua selepas aksi akrobatik ala2 gimnas negara itu dan terbaring kesakitan... namun ku gagah kan jua apabila terdengar bunyi jeritan dan pekikan... namun ketika itu, apa yang aku nampak sebuah lori kecil menghala ke arahku! aku pitam.... beberapa saat, dan tersedar pabila aku sudah di papah seorang warga india (bukan mendiang s kugan mahupun keluarganya) dan menghala ke arah Red.
[ acara gegelung rotan; favourite aku dalam sukan gimrama ]
Aksi ganas menghempas helmet ke tingkap kereta kancil itu, dapat ku saksi dgn penuh tragis. Red mengamuk bengang dengan darah bercucuran mengalir di mukanya. Red ditenangkan orang sekeliling, hingga akhirnya pemilik kancil itu membawa kami ke Pusat Kesihatan Universiti. Ketika arah pulang, aku sempat menoleh ke arah nasi yang bertaburan itu...
Cuma, ada sedikit kebanggaan dalam diri aku... yakni aku berjaya menyelamatkan wajah muka aku tanpa sebarang kecederaan. Keduanya, aksi sumersault yang aku tonton dalam drama bersiri maero attack itu, aku dapat buat dengan jayanya! Ketiga, .... tak de dah kot. Dua je... heheh
Setelah seabad perkara itu berlaku, aku mengadaikan ada niat cubaan membunuh aku dgn mewujudkan kejadian seperti itu... tafsiran ini aku perolehi dari idea pembunuhan Lady Diana bersama pasangan nya... sehingga kini, ia merupakan kenangan misteri yang tak terungkai... dan yang penting, pengirim nasi semua tuh masih belum jelaskan pembayaran kan? hahahah
[ lady D; dalam ingatan... hehehe ]
mitos yang berbisik di naluri ku
+ RED pengsan setibanya di pusat kesihatan
+ RED mendapat habuan daripada kakak itu dan mampu membuat transformasi pembedahan minor pada giginya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
darah bercucuran dari kening. Missi kat kaunter tanpa rasa belas ihsan soh aku bangun amek ubat.boleh?! Aku tak sedar aku pengsan. Bukak je mate dah terbaring dgn air glukosa aku kena minum. 3 jarum kat kening + luka2 + gigi pecah. Skang dah cantik ye :) hehehe. Eh dorg tak bayar lg ek duit nasik dorang pesan tu???
+red+
huhuhu.... aku rasa nurse tuh ingat ko gagah kot! haahahah.... mmg pengsan tak sedar baa... tapi nurse tuh ceritakan kat aku balik. skrg amat cantik! heheheh
+red+
aku tak ingat dah... saje buat fitnah! hahahah
+red+
tak ingat dah tuh; pasal duit nasi tuh.... sorry... lupa nak mentioned!
duta - sedihnya kisah.
1. Takde2. Kirim tak sampai mana ble kene bayar. Kalau domino pizza deliver lambat siap kasik kupon RM10 lagi, ini kan pula delivery nasi pak ali tak sampai langsung. Huhuh.
2. Seingat aku, mana ada aku kirim. Hahah.
akak C- tu bagi 100 jer nak setel???amboiyan die ingat moto aku tu reger 50 hengget???kekeke...buat beli tayar pon tak cukup. last2 pas dapat duit insuran aku buat bayar balik duit tu kat mak aku(mak aku yg belikan moto tu)... tapi mak aku masukkan balik dalam akaun tabung haji aku diam2...best la mak aku.hehehehe
eh..duta... duit nasik Amani tu takpe...setel kat 'padang' jer.. :P
+ red +
wah... bestnya dapat duit tabung haji. lepas ni tak penat tukang cukur kat mekah, sbb hang dtg! heheheh...
amani lak dakwa dia dituduh tidak mengirim makanan? tapi aku rasa aku tak pegang sebungkus nasi je? its more than 3. nasi ko asing ngan lauk ke?
Sesungguhnya aku tak ingat perkara mengirim itu. Tapi kalau dah pegi pun guna helmet mahal aku, harus ada kaitan dengan aku kan. Takpela, hutang nasi dibayar nasi. Meh datang JB, aku belanja nasi Pak Ali. Hahah.
+ achik +
ermmm hutang nasi di balas nasi? ala... hutang basikal? huk2... waaa! matilah! ungkit balik ni...
dah di bayar dah... segala pertolongan + hari tuh makan nandos/kenny rogers kan? huhuhu... kira kawtim la...! cik RED je, hutang darah di balas darah k! hahahah
hahaha..hutang darah dibalas darah...euwwww...ko mintak la kat akak C- tu.kekekekeek
::duta::
Takpe, basikal kira halal je. Sebab tiada nilai untuk ditafsirkan bagi basikal itu.
Juga, meminta izin untuk meletak link ini ye. Mekasih.
::red::
Dalam banyak2 pembedahan plastik, dia buat untuk gigi, hahah.
Kata nak lukis untuk cerita ini bila wei.
aisehhhh.....ingat pulak dieee....aku dah cuba wat2 lupa nak lukis tuh...kekekek...ok nantikan kemunculan nya...aku pon nak linkkan nanti bile dah siap lukis yerrrr
Dok contact lagi ka dengan Kakak tu? Mana tahu nanti jodoh. Hehehe...
amboi encik saiful....bini orang anak bersepah...anak pon kecik-kecik lagi...macam nak pasang 2 je encik saiful nih
su baca sambil membayangkan sumersault korang.....
Post a Comment