Wednesday, February 4, 2009

DEUTER•duta vs A•dik•JL


[ untuk maklumat lanjut tentang pertuduhan sehingga blog ini ditulis sila rujuk kepada THIS IS .... ]

kalau tuan pergi langkawi,
pergi berlima enak sekali
pusing pekan penat tak terperi
mencari beg, terpaksa la kami


[ K ketika berpeluh di dahi ]

pusing pekan peluh didahi
beg dicari tak memenuhi hati
keluh bersama dikotakan JANJI
di KL nanti kita mencari

langkawi penuh dengan tawa
janji berjalan gembira bersama
tengok AtL dikhabarkan sahaja
siapa setuju, call la saya!


[ hampir2 hilang ingatan sebab sibuk upload photo]

balik langkawi semuanya reda
photo di'upload' semua nak di'tag'kannya
dah lah seorang yang edit sahaja
sampai terlupa solat yang lima

AtL berlangsung pernuh dinanti
hanya bersedia nak tengok ditv
dikumpul kawan harap berseri
last2 minute dapat tiket free

hadiah tiket pemberian kawan
duduk berdua nun puncak diawan
nampak firaun sebesar kuman
propa blog D hanya nak perhatian

tiket last minute VIP kelasnya
faizul tohir bagi satu sahaja
memang tak tau nak ajak siapa
buntu kerana terhadnya masa


[ cara berlari memecut dengan segera sebab lewat : pic bukan K ]

kata sepakat D dan saya
diajak K; AAJ (az. ali junior) katanya
ditelefon terus katakan segera
lantas memecut M. lewat juga!

putrjaya dilawat tanda sahabat
kaunselor datang kami melawat
wah2 ada cerita yang hebat
terlupa ajak katanya tak ingat

beg idaman jadi igauan
janji dilangkawi hanya omongan
dikucup muka tanda kemaafaan
dah beli awal siap berlagak lak kan?

tersentap aku tak mahu kalah
beg miliknya dah beli sudah
sebab kawan tak jadi nak marah
walaupun hati amatlah parah, musnah


[ A budget hebat sebab dah beli beg sendiri ]

blog ditulis sebab bersalah
katanya didakwa tetapi tak bersalah
aduhai tulisan berat sebelah
yang lain dah angkat kaki dah sudah


[ MTC yakni D; ok kan pic ni... not so fat or thin, sbb ko dah masuk gym ]

MTC tak mengaku tak nak membela
siap buat tak tahu sahaja
woi korang pun terlibat sama
tersengih bagai nampak gigi masuk camera


[ K sedang membaca blog D ]

blog D kisah AtL dipuja
siap riak berbangga-bangga
hanya aku menjadi mangsa
sedangkan dosa dihitung bersama


[ IM ibarat kanak2 tak berdosa ]

sudah kupohon maaf bersama
kira seri sebab memasing terlupa
takkan israel nak tembak pula
hamas ibarat org tak berdosa

disaman hujah panjang berjela
kemarahan 'terissa kwok' gaya pun ada
nak claim duit kerajaan berjuta
I TAK BERSALAH YA!

14 comments:

Anonymous said...

pantun direka penuh bermadah
dengan harapan terbela diri
AJL sudah DEUTER pun sudah
diam2 sudah, kira seri

melompat2 di dataran lang
terlanggar tembok disalahkan tebing
komplot bertiga tetap kukenang
sudah menjadi darah dan daging

d u t a said...

+ dik nije +
diam-diam ubi berisi
kalu seri tak ungkit lagi
janji tinggal satu janji
moga termakbul di lain hari

DEUTER belum sudah lagi
kerana empunya masih tak punyai
tak nak janji tapi nak ingati
supaya dapat bersama pegi...

alamak, pantun baik nampaknya
dah penat perang bermadah pula
israel diam seribu bahasa
mana pula US; batu api nya

komplot bukan komplot dirancang
komplot hanya satu kebetulang [ bahsa terengganu ]
jgn disimpanjgn dikenang
kerana ia menjadi sempadang! hehehe

a z m i r said...

pakaian rasmi D tshirt kolar V
A tetap berjersey biru (lariiiii)
terpampang wajah di kaca tv
bukan salahku, jahatnya kamera itu


k la..satu je baru..tak sempat nak karang..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

4 rangkap :

bukan lebah sebarang lebah,
Lebah berhimpun di rumpun buluh;
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah menyusun jari sepuluh.

tudiahhhh....pantun permulaan! merasaaa...

2 rangkap :

rona roni makaroni,
ape ni?

pantun 6 kerat :

Bukan bermukim burung kenyalang,
Terbang berhari teruja agam,
Berehat mampir di pohon berlumpur;

Bukannya komplot yg calang-calang,
Ini jauhari penilai manikam,
Sorry ye konsep i tak masuk campur.

konsep ! larikkkkkkkkkkk

siap ko kasha...

pantun are subject to copyright k

Anonymous said...

penatla main pantun2 ni.

d u t a said...

+ dik nije + dxoul + kashah +

dengan pengakuan pagi ini
marilah kita berjabat tangan
dah orang nak katakan seri
siap penat nak berpantun kan?

k... apapun, thanks!

gigih i copy pantun ini yang direka ketika bus dari kl ke muar + muar ke kl tempoh hari. cuma pantun2 penutup je tak kuar.

apapun, 'yang penting combination' pantun dxoul berbaur tradisional yakni ala2 copy from others... (cuba membuat muka fake kashah versi cerah skit)

uppss...
pantun utk kashah...

pegi langkawi setahun 2 kali,
jgn lupa bawak ubat gigi,
kalu pening lagi kali ini,
mmg u dapay title M. Mabuk la lagi... (selain warga tumpat)

shooter said...

pergi ke kedai membeli cuka
cuka dibeli konon nak bersih dosa
kalau ikut hati buat tak tau ja
ape-ape pon janji kena kota

Unknown said...

sentap. . ni collection pantun i dari zaman univ lagi. ingat Aznil je boleh jadi Emcee. Jimmy Shanley pun bley.. merasaaa!

nah . . pantun ala2 penamat season! bole gunapakai kat mana-mana majlis esok lusa . . .

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Susupkan saja celah dedalu;

Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati,
Hanyutkan saja ke angin lalu.

no more perang2 . . .

t.h.e e.n.d

d u t a said...

+redghost+
wah! bestnya pawie memahami kisah ni ke? rajin kamu ye membaca... tapi aku bangga, walaupun ko bukan favorite subjek BM cikgu june; ko mampu buat pantun walaupun spontan... cayok! nanti aku nak cerita kan kisah Ahmad S dan pembongceng nya! versi memey!

+dxoul+
ada org dah angkat bendera putih dari awal baaa... atas kesedaran kemanusiaan bersama, aku pun sama2 memanjatkan kesyukuran, sbb aku hari2 tersenyum sorang biarpun berdiri di dalam lrt hanya kerana idea-idea pantun terpacul dibenak pikiran! lagipun... dah janji sempadan (ala2 israel cuba menyediakan temboknya)... supaya masa2 mendatang, kita lebih saling mengingati... (u r always in my heart - boleh?)...

cuma lepas ni mybe ada isu baru... adidas versi nike! tunggu kashah masuk balik je. aku pun harap2 internet rumah aku dapatlah dipasang this weekend...

terimas kasih atas pantun 6 kerat u too.. aku suka, tapi dari segi intonasinya aku masih KELIRU... cam susah nak masuk key (MMA - yakni sape ek?)

ikhlas,
peminat kasut adidas

a z m i r said...

Duta : wah, komen anda persis 1 entri

Dxoul : pantun 6 kerat anda mmg best. Mcm karun sang walio! Lariiii

Duta + dxoul + nije + me! : seri kan.. Pantun korang mmg best!

Nyepi di pulau,

KONSULTANT ADIDAS

Adam Ruslan said...

"cayok! nanti aku nak cerita kan kisah Ahmad S dan pembongceng nya! versi memey!"

Encik Redghost dah punya blogger ID,
Bila mahu buat blog sendiri?

Kisah Ahmad S ramai ternanti,
Sedia menunggu Duta punya entri.

Anonymous said...

hmmm... macam ada org taknak habiskan perang ni je.

shooter said...

+Amani+

Ahmad S punya blog ID
diberi oleh encik Gmail secara free
nak tulis mengarang tak reti-reti
lebih suke baca blog kawan-kawan tergelak sendiri

+Duta+

Memey cantik bak pari-pari
dah la cantik menghibur hati
bukan hendakku di langgar lari
masih teringat ayam goreng atas jalan raya itu hari

+Amani & Duta+

Tahun ni kemerosotan ekonomi
nak try masuk AF kali ini
mana tau rezeki melebihi mawi
aku suka baca blog hangpa tiap-tiap hari