Saturday, November 15, 2014

NIATmu itu suci

Membantu gelandangan bukan satu dosa. Ia dipandang mulia oleh masyarakat dan agama masing-masing. 

Dah lama aku ingin berikan pandangan ini. Tetapi atas dasar tugas, aku rasa tidak perlu diperpanjangkan bagi mengelak percanggahan kepentingan yang kita lebih faham sebagai 'conflict of interest'.

Walau niat itu suci, namun ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Meskipun anda mewakili suara badan bukan kerajaan NGO yang berdaftar. 

Pertama ; perihal undang-undang. 
Sejak bila pulak undang-undang membenarkan anda mengisytiharkan kawasan ini anda yang punya? ini berdasarkan hasil perbincangan dengan wakil NGO selepas isu gelandangan hangat diperkatakan. Dalam negara ini persempadanan telah diwujudkan bagi membolehkan individu yang diundi sebagai pemimpin kawasan melalui pilihan raya. Yang kau isytihar itu kawasan kau kenapa? 

Kedua : aspek kebersihan. Sesedap hati sahaja mengaku kawasan sendiri sentiasa dipantau. Terutama kebersihan. Itu semua cakap depan. Yang sebenarnya berlaku di luar jangkauan tuan? Yang sering berlaku pula bukan di kediaman tuan. Cuba bayangkan rumah tuan jadi tempa pembuangan najis golongan berkenaan.

Hakikatnya, ia berlaku di premis perniagaan. Yang tuannya membayar cukai pintu kepada penguasa tempatan. Jika kawasan jajahan dijadikan sarang buat gelandangan yang dipelihara oleh tuan, apakah perasaan pemilik bangunan? 

ini berdasarkan kisah benar, pemilik premis yang desak penguasa jalankan tindakan kerana kebanjiran golongan yang 'dipelihara' tuan!

Ketiga ; keselamatan. Yang jadi gelandangan ni, tuan dah buat statistik kajian ke? Golongan yang mana cenderung menjadi gelandangan? Anak raja ke? Kalau dilihat, kebanyakannya adalah mereka yang mempunyai masalah mental. Yang disisih keluarga kerana dadah. Pemabuk dan sebagainya. Yang terhormat sikit seperti mereka yang ditipu agensi pekerjaan, mungkin peratusannya tidak sebanyak golongan tersebut kan? Jadi, jika golongan ini berada di bandar, ketika anak gadis anda pulang dari kerja lewat malam, anda fikir ia selamat? Tidakkah anda sendiri risau? Sebabnya anda kononnya sibuk menyediakan makanan untuk kelangsungan hidup mereka.

Keempat ; anda mempertikaikan kerberkesanan anjung singgah yang diwujudkan oleh yayasan kebajikan negara. Alasan yang paling tidak bijak berfikir ialah; pusat itu mempunyai masa yang terhad. Sedangkan gelandangan tiada tempat berlindung pada malam hari. Sila dengar sini baik-baik. Dengan alasan tidak cukup petugas di anjung singgah, bukanlah alasan untuk anda mewujudkan program bantuan anda sendiri. Sebenarnya sepatutnya pihak NGO seperti anda inilah tampil menjalinkan kerjasama dengan Yayasan kebajikan negara. Kiranya belah siang, mereka bertugas kepada masyarakat. Sebelah malam, kalian yang berniat maha suci ini berkhidmat. Tempat pun ada. Tak perlu mengotorkan kawasan orang. Tampillah! Kata sangat berpengaruh di kawasan anda. 

Isu ini bukan sebabkan sentimen membenci golongan gelandangan. Tapi sebenarnya rasional undang2 itu perlu sebenarnya kita faham. Sebab nak menangkan juga pandangan kita yang memberontak, tanpa memahami kesannya secara sejagat. 

kepimpinan NGO ini patutnya disalurkan dengan jalinan kerjasama. Bukan berdiri sendiri serta membelakangkan undang2. 

harap maklum


Wednesday, October 8, 2014

cabaran KEHIDUPAN

Atas urusan yang diminta dan dipersetujui, maka aku bersedia menjadi pengacara majlis bagi resepsi perkahwinan ini. Majlis yang sederhana ini mudah dikendalikan. Pengantinnya orang yang 'sempoi' dan mudah dibuat urusan.

Baiklah, 3 perkenalan berlaku sepanjang khidmat.

INDIVIDU A
Seorang lelaki melepasi pertengahan usia dan bijak berbicara. Dia banyak menilai cara penyampaian aku. Katanya perlahankan sedikit pertuturan agar majlis lebih santai. Pada masa yang sama, aku dihulurkan kad namanya yang tertera dia seorang penceramah bagi sebuah syarikat khazanah. Dia juga menawarkan aku, jika sudi hadir menyertai ceramahnya suatu hari nanti. Jadi terpaksa aku memberikan nombor telefon aku kepadanya. (sampai sekarang tak de pun). Mujur dia pulang awal. Sebelum beredar, sempat dia bertanyakan, jumlah bayaran yang dikenakan kepada pengantin ini. Jawapan aku. adalah sikit. Sambil cuba mengalihkan perhatian kepada mesej whatapps group yang kurang penting.

INDIVIDU B
Yang ini lebih menarik. Dia adalah seorang SENIOR (kanan) dalam selok-belok menjadi pengacara majlis. Disapanya aku ketika sedang berurusan dengan juruaudio, aku bersalam sebagai tanda hormat. Oleh kerana ada masa terluang, aku cuba berbual dengannya. Dia kemudian menukar isu, ketidakpuasan hati dirinya kerana tidak dapat menyertai bidang penyiaran. Banyak juga yang diceritakan. Aku hanya mengiyakan segala percakapan itu. Antaranya, dia sudah banyak kali cuba untuk menjadi pengulas / penyampai radio di stesen radio milik kerajaan. Namun semuanya tidak berjaya. Katanya, umurnya yang sudah lewat. Aku terus mengiyakan.

Pada hemat aku, hidup bukan selalunya adil. Aku juga meniti pengalaman sendiri sebelum mencapai cita-cita sebagai penyampai. Meskipun masih ramai yang berbakat diluar sana, bagi aku hidup perlu ada perancangan. Jika bukan diatur tuhan, maka redhalah. Cuba dengan membina kejayaan lain. Bercakap begini, bukan bermakna kerana aku sudah mencapainya. Tetapi, aku mahu orang diluar sana faham, bahawa situasi itu, bukan seindah yang kita sangkakan.

Aku berpesan kepada individu B ini, walaupun abang makan garam dahulu, tetapi dunia kini sudah berubah. Cabaran yang abang hadapi itu, perlu dibiarkan berlalu. Cuba abang fikirkan kaedah pendapatan lain yang lebih memberikan pulangan daripada kepuasan yang bersifat memenatkan.  (kerja bercakap bukan senang, sebab itu ramai yang ingat ia mudah. bila disuruh, mmm). Aku sangat berharap moga Allah memberikan kemudahan untuk abang itu dalam mencari nafkahnya. Pengalaman yang ada itu, jadikan kenangan untuk anak cucu.

(Aku sendiri tidak pasti nasib aku nanti)

INDIVIDU C
Ops, ini pula seorang ustaz yang dipanggil untuk menyampaikan doa. Ketika sedang menantikan ketibaan pengantin, si ustaz bertanyakan, kenapa tidak awak sahaja yang sampaikan doa? Penjelasan aku, cukup mudah. Kalau semua kerja pengacara majlis yang buat, jadi apa guna ustaz? Takkan MC pun berzanji dan nak berselawat bagai? Bagi aku, doa, selawat mahupun apa-apa sahaja yang memerlukan kredibiliti yang diiktiraf, maka ia patut dilakukan oleh si pengamal ataupun individu yang berkelayakan. Memetik kenyataan pelakon Wan Maimunah, dia mengakui bahawa dia tidak akan memikul watak yang bukan kemampuannya. Iaitu doktor ataupun peguam. Senang cerita, bukan golongan profesional. Nampak tak? Artis yang bukan kelulusan tinggi pun faham . Kenapa tidak kita? Tapi itu bukan jawapan aku kepada si ustaz berkenaan. Jawapan aku; Saya rasa ustaz lebih berhak untuk memanjangkan doa ini. Jika tiada sesiapa yang layak, saya hanya meminta majlis membacakan surah al fatihah, dengan niat, Allah memberkati majlis ini.








Wednesday, May 7, 2014

TANPA GULA memang pahit!

Bagi aku, aku perlu elak kelihatan agak gempal. Terutama, perut yang memboyot walaupun itu seksi bagi individu tertentu. Itu pandangan dan persepsi yang aku fikirkan agar kelihatan lebih yakin. Mungkin bagi yang lain, cara dan pendekatan yang dilakukan berbeza. Ikut agama masing-masing. (hehe).


Secara jujurnya, diet yang aku amalkan selain menelan FAT BURNER (tidak digalakkan) adalah amalan minum minuman TANPA GULA. Misalnya, yang menjadi kegemaran aku adalah NESCAFE O KOSONG. Hakikatnya, untuk cantik, memang pahit, bertepatan dengan tema, KECANTIKAN MELALUI PENDERITAAN. Jika anda ingin cuba, mungkin boleh mulakan dengan TEH O KOSONG.

Bagaimanapun, nasi tengah hari ataupun waktu malam, aku makan seperti biasa (malam bergantung kepada 'mood'. Sebabnya, menu yang mampu, asyik-asyik kedai TOMYAM siam. Bagi hemat aku, nasi adalah serat, cuma berkanji yang mampu bertukar kepada gula dalam badan. (Maaf kalau silap).

Jadi, aku fikir secara logik. Berdasar pengamatan sendiri, jika nasi yang diambil sudah dijadikan bahan untuk tenaga, kenapa ditambah pula dengan minuman bergula? 

Oleh itu, ye puan-puan, minuman bertenaga seperti MILO AIS selepas makan, bagi aku sangat tidak sesuai. Ini kerana kita seolah-olah menambah jumlah kalori dalam badan. (Itu pandangan aku, berdasarkan pembacaan sendiri.)

Manakala, pengambilan SUSU KRIMER MANIS adalah musuh utama diet. Ini bermakna, amalan minum TEH TARIK awal pagi adalah menyalahi 'HUKUM' diet ini. (Maaf)

Jadi, jika anda mahu mengurangkan berat badan tanpa melibatkan KOS, mungkin bolehlah mencuba pendekatan ini. Jangan lupa, minum air kosong setiap hari, sekurang-kurangnya 1.5 liter.

Mungkin setiap orang ada cara tersendiri. Jika mahu mencuba teknik ini, silakan. Mungkin sedikit sebanyak membantu.

Hati-hati juga dengan minuman 3in1. Oh, minuman berkarbonat, semua sudah tahu. Tak perlulah nak diperjelas.

* tapi kalau dah datang rumah orang sebagai tetamu, tak perlulah mengada-ngada nak kopi tanpa gula.

Tuesday, May 6, 2014

PENGAWAL KESELAMATAN dan PELAWAT

Kali ini aku nak jugak memberi pandangan. Isunya, 'LEVEL'!

Yang aku kategorikan di sini bukan pada bangunan, tetapi pada tahap individu.

Aku ambil contoh mudah. Situasinya, memasuki sebuah APARTMEN SEPARA MEWAH sebagai pelawat dengan menaiki kenderaan.

Dalam sebarang situasi, aku akan ambil pendekatan yang aku fikirkan terbaik. Aku akan cuba bertanyakan sama ada ruang parkir pelawat masih ada atau tidak? (Itu PROSEDUR). Jika ada, bertalu soalan yang aku ajukan. Misalnya, lokasinya dan keperluan pendaftaran. Yang pasti, aku turutkan sahaja. Tak susah pun turun tandatangan. Sebabnya, kita perlu faham. Jika kita pemilik hartanah sekali pun. Kawasan milikan kita, sudah pasti perlu diawasi untuk elak sebarang pencerobohan. Jadi, situasi itu, dipegang selia oleh PENGAWAL KESELAMATAN terbabit.

Jika PENGAWAL KESELAMATAN itu tipu sekalipun, tidak perlu membantah. Jika situasi amat memerlukan, aku minta jasa baik. (Itu BELAS IHSAN manusia). Misalnya, perlu jemput 'si penghuni' atau sebagainya. Jika tidak, gunakan akal fikiran. Yang difikirkan sesuai dengan keadaan. (Itu KEBIJAKSANAAN, ops, itu AKAL FIKIRAN).

Hakikatnya, kita kena faham 'LEVEL' atau aras pemikiran pengawal keselamatan. Mereka kadangkala (bergantung kepada situasi) ataupun MUNGKIN bukan dari kalangan kita. Jadi sebagai yang lebih faham, perlulah mencari pendekatan yang bijaksana. Itu KPI mereka. Jadi, tanggungjawab mereka mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. WALAUPUN KITA YAKIN MUKA KITA BUKAN MUKA PENYANGAK!

gambar hiasan

Wednesday, January 15, 2014

boring dengan facebook?

perkara ini lumrah . jangan risau sekiranya anda berdepan situasi menyampah dengan status orang, iklan-iklan yang mempromosikan pelbagaikan, status yang dimuat naik dengan perkara-perkara menjelikkan dan 'tag' atau share benda-benda yang menyebabkan kita menerima pemberitahuan (notification). 

nasihat aku, anda biarkan sahaja dahulu atau lakukan tugas anda, membatalkan sebarang pemberitahuan itu. sebenarnya,woit, hidupkan banyak pilihan? celupar mulut; ENGKAU je TAK TAU macam mana nak guna!

Sebalik kemampuan teknologi itu, saya percaya ada satu ketika nanti, anda akan rasa, itulah yang anda perlukan. percayalah. hari ini anda bosan, barangkali esok lusa, inilah bahan bacaan anda ketika tiada apa-apa yang ingin anda lakukan. misalnya berada keseorangan di dalam lrt. ataupun ketika perlu menunggu sesuatu. ataupun ketika menghadiri seminar yang matlamat sasarannya tidak sampai.

kita berasa bosan itu berdasarkan keadaan yang kita hadapi ketika itu; 

misalnya, ketika kita jelik dengan isu (misalnya) politik. sekaligus menyebabkan, semua status pasal politik kita nak bagi pendapat. bila pendapat kita dapat kritikan, kita pula nak melenting. ada kalanya juga nak membantah. tapi itu terpulang sebenarnya.

mungkin juga atas dasar notification yang terlalu banyak. menyebabkan anda rasa penuh telefon pintar anda. cuba bayangkan satu hari anda tidak disapa sesiapa? mungkin lain pula perasaan anda. 

itulah yg sempat aku fikirkan buat masa ini. bila aku rasa jelik dengan sebarang 'post' aku panjangkan tangan untuk menyentuh skrin dan mengerakkan paparan seterusnya. 

jika tidak, aku kan ada butan OFF! kau OFF je lah. haha. sebabnya aku tahu apa makna media sosial. jika engkau tidak mahu bersosial, engkau duduk dalam rumah. cakap dengan kucing ke (ops, kucing pun berkomunikasi untuk bersosial dengan anda) huh senang, anda bunuh diri je. 

dah dah. tak semua benda, nak suruh orang ikut cara aku. ada orang ingat wall feed tu, wall dia. aku nak gelak, tapi aku perlu ingat, tak semua kita sama! 

Tuesday, January 14, 2014

GRAFIK pada badan bas

pengakuan terbuka. 

selepas kakak aku layak masuk mrsm pdrm kulim pada tahun 1991, aku ketika itu baru darjah 5 di sekolah kebangsaan jalan bahagia, temerloh. 

ketika itu, bas ekspreslah menjadi pengangkutan utama kakak aku pulang dan pergi ke mrsm. untuk pengetahuan, bas rangkaian utama ekspres menjadi pilihan ke butterworth. 



bas ini akan singgah di temerloh, yang bertolak dari kuantan kira kira jam 8 malam. jadi, di temerloh, waktunya lebih kurang jam 10:30 malam. 

selain jenama bas bulan restu ( KL - Temerloh ), bas utama ekspress pada ketika itu, bagi aku sangat cantik penggunaan 'font'. senang cerita tak mengada-ngada sangat. 

jadi sejak daripada itulah, aku nekad untuk menaiki bas itu. dan akhirnya ia menjadi kenyataan meskipun aku sekadar pelajar panggilan kedua. 

apa-apapun aku bersyukur. 

cuma yang menariknya, atas kehendak tugas, aku bertemu dengan pemilik syarikat rangkaian utama ekspres ini. 

dengan rasa bangganya, aku memaklumkan kepada empunya tuan syarikat itu, inilah bas yang saya nak sangat naik ketika layak ke mrsm.