Wednesday, May 7, 2014

TANPA GULA memang pahit!

Bagi aku, aku perlu elak kelihatan agak gempal. Terutama, perut yang memboyot walaupun itu seksi bagi individu tertentu. Itu pandangan dan persepsi yang aku fikirkan agar kelihatan lebih yakin. Mungkin bagi yang lain, cara dan pendekatan yang dilakukan berbeza. Ikut agama masing-masing. (hehe).


Secara jujurnya, diet yang aku amalkan selain menelan FAT BURNER (tidak digalakkan) adalah amalan minum minuman TANPA GULA. Misalnya, yang menjadi kegemaran aku adalah NESCAFE O KOSONG. Hakikatnya, untuk cantik, memang pahit, bertepatan dengan tema, KECANTIKAN MELALUI PENDERITAAN. Jika anda ingin cuba, mungkin boleh mulakan dengan TEH O KOSONG.

Bagaimanapun, nasi tengah hari ataupun waktu malam, aku makan seperti biasa (malam bergantung kepada 'mood'. Sebabnya, menu yang mampu, asyik-asyik kedai TOMYAM siam. Bagi hemat aku, nasi adalah serat, cuma berkanji yang mampu bertukar kepada gula dalam badan. (Maaf kalau silap).

Jadi, aku fikir secara logik. Berdasar pengamatan sendiri, jika nasi yang diambil sudah dijadikan bahan untuk tenaga, kenapa ditambah pula dengan minuman bergula? 

Oleh itu, ye puan-puan, minuman bertenaga seperti MILO AIS selepas makan, bagi aku sangat tidak sesuai. Ini kerana kita seolah-olah menambah jumlah kalori dalam badan. (Itu pandangan aku, berdasarkan pembacaan sendiri.)

Manakala, pengambilan SUSU KRIMER MANIS adalah musuh utama diet. Ini bermakna, amalan minum TEH TARIK awal pagi adalah menyalahi 'HUKUM' diet ini. (Maaf)

Jadi, jika anda mahu mengurangkan berat badan tanpa melibatkan KOS, mungkin bolehlah mencuba pendekatan ini. Jangan lupa, minum air kosong setiap hari, sekurang-kurangnya 1.5 liter.

Mungkin setiap orang ada cara tersendiri. Jika mahu mencuba teknik ini, silakan. Mungkin sedikit sebanyak membantu.

Hati-hati juga dengan minuman 3in1. Oh, minuman berkarbonat, semua sudah tahu. Tak perlulah nak diperjelas.

* tapi kalau dah datang rumah orang sebagai tetamu, tak perlulah mengada-ngada nak kopi tanpa gula.

No comments: