Wednesday, September 19, 2012

kata sifat + imbuhannya

'MEMPERLUASKAN' adalah SALAH!

Sepatutnya dan sebetulnya : MEMPERLUAS [ mem - per - (kata sifat) ]

begitu juga, mempercantik, memperbesar dan memperhebat

kata sifat, tidak boleh menggunakan 3 imbuhan .

tak ikut tak berdosa ; tapi tidak bertanggungjawab . tu je.




Thursday, September 13, 2012

MENYASARKAN atau MENSASARKAN

Kalau aku terang sepuluh kali dalam blogpun, korang semua takkan nak hafal. Benda ini dah lama diguna pakai hinggakan yang salah diperbetulkan. Itu memang lumrah. Kita memang seringkali mahukan sesuatu yang dianggap penggunaan itu dikhaskan.

Masa telah berubah. Jadi, kata imbuhannya adalah ME - KAN.

bagi 'SASAR' ia berubah kepada ME-NYASAR-KAN
bagi 'SABIT' : MEN-NYABIT-KAN
bagi 'SARAN : MEN-YARAN-KAN

Tidak ada istimewanya perkataan ini, hingga ia menyalahkan hukum tatabahasa.

Jika perlukan penilaian lebih kukuh, rujuk buku DBP ini.


Ataupun menerusi carian ini.


Menerusi carian ini, memang sah, MENSASARKAN sudah TIDAK DIWUJUDKAN lagi. Jadi kenapa pula yang ada mempertahankannya?

selamat menulis!

Monday, August 6, 2012

HARAPAN yang tinggi, barangkali

Aku tak suka marah . Terjerit-jerit, terlolong-lolong bukan cara aku. Bagi aku, orang yang menjerit memaki hamun, pada ketika itu, fikirannya menjadi tidak waras dan kurang siuman. Bahasa sopannya, 'tidak boleh berfikir dengan menggunakan'. jadi kesimpulannya, aku tak suka etika itu.

Marah sekalipun, aku hanya, mengeluarkan perkataan dalam hati. Tapi yang kali ini, aku benar2 kecewa dan marah. Aku rasa semua orang sudah ada ilmu di dada. Ada didikan, apatah lagi, kalian yang lengkap beragama. Tapi benda-benda yang kecil, memberikan impak yang besar, sebenarnya sesuatu yg tidak boleh dimaafkan.

Kekecewaan sebenarnya hadir daripada harapan aku yang tinggi, barangkali.

Monday, July 23, 2012

MENARIK di kota singa

Aku tak banyak benda nak kongsikan selain sesi ramadan aku isikan dengan kerja-kerja meng'edit' foto yang diambil ketika kunjungan ke kota singa ...

aksi ni yang menjadikan aku lain dari yang lain ... hahaha

macam biasa ... cuma suka ada singa tu

bersama travel agent ... 

Saturday, July 21, 2012

SIAPA pemberontak?

KENYATAAN DIKONGSIKAN DARI RUANG KOMEN FACEBOOK

tuan : rujukan tuan mungkin berbeza dgn pendekatan kami . media malaysia terlalu umum . jika anda lihat : kumpulan pemberontak itu merujuk kepada kata ganti nama kedua yg membawa maksud mereka menentang sesuatu . secara umumnya ; bukan semua pemberontakan itu tidak baik dan bersifat tidak betul . ayat itu sama konsepnya dengan : anaknya memberontak selepas ayahnya enggan membelikan telefon bimbit kepadanya . selain penggunaan kata ganti itu, kami juga menggunakan kata ganti ; kumpulan yg menntang kerajaan pimpinan bashar al
asad . memang itu yg merujuk kepada tindakan mereka . secara jelas ... di malaysia misalnya atau di mana mana sahaja ... parti yg bukan memerintah adalah parti pembangkang . secara jujurnya sifat membangkang ini dilihat tidak baik bukan? maka jujurnya bagi saya dalam konteks berita ; ia bukan . ia merujuk kepada kumpulan yg tidak memerintah negara itu . itu yg dirujuk kepada kumpulan baju merah yg melancar protes ketika cuba menumbang thaksin sebelum ini . mereka memberontak dan melancarkan protes jalanan . jadi konsep ini, pada hemat saya dalam kenyataan tuan ini ... berlainan dgn pendekatan yg digunakan secara niat penulis berita beragama islam ... dalam erti yg lebih mudah ' saya adalah pemberontak ' kepada kenyataan ini ... salam ramadan ;) . sekadar berkongsi pandangan yg menentang kenyataan ini : hahaha

saya tidak melahirkan rasa marah : penulisan ini ditulis atas niat yg suci

Wednesday, July 18, 2012

10 perkara tentang UNIVERSAL STUDIO SINGAPURA

Pertama ;
Rancang lebih awal. Kaji harga tiket terutama musim cuti sekolah republik ini dan juga negara jirannya, Malaysia. Kalau mampu lagi, ambil tiket Express Lane; anda tidak perlu menunggu lama. Kalau yang bujang dan tak kisah jadi SINGLE RIDER; beli tiket biasa je.

Kedua ;
Taman tema ni, tak sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah. Kesian kena tunggu mak ayah mereka yang terpaksa bergilir nak main semua permainan. Apatah lagi bayi berusia 3 bulan. Dan jangan pula bawa mak ayah korang yang dah warga emas jadi tukang jaga anak korang di tengah panas.. kecuali kau ada bibik yang jadi amah korang. Tunggu la Legoland di Johor nanti yang lebih mesra kanak-kanak.



Ketiga ;
Sebaik anda masuk sahaja, amik map taman tema ni, dan cepat2 ke transformers booth. Sebabnya ini tumpuan ramai. Memang paling best; transformer. Lepas tu, pegilah ke roller coaster yang biru dan merah. Biru paling best. Merah macam kat genting / sunway lagoon je. Lepas lengkap 3 yang ni, korang pusinglah yang lain pulak. Yang lain pun menarik gak. Ada yang untuk family2... dan adalah untuk kanak2 tadika.

Keempat ;
Makanan yang halal? ikut suka korang lah. tapi lebih baik tanya staf yang bertugas dulu.

Kelima ;
Sini boleh bawa mineral water / makanan / minuman dari luar. So kalau anda warga malaysia yang nak air suci harga seringgit, lebih baik bawa siap2. Kalau tak merasalah air harga 2 sing dolar. tapi korang kaya tak pe.

Keenam ;
Lepas 3 permainan utama, korang masuk lah booth2 lain lagi. yang tidak kurang hebatnya, watch movie 4D cite shrek tu dan the making of macam ribut2.. aku pun dah lupa namanya. ala, korang pandai kan english pelat singapore ... boleh je tanya mana2 aunty pakai seluar tinggi pusat.

Ketujuh ;
Bergambarlah kat bebola universal studio tu sebelum terbenamnya matahari. Kecuali bawa dslr yang gedabak nak set2 bagai walhal berjuta umat manusia duk menyemak situ. Sebabnya kalau malam tak bape nak menjadi sgt effect lensa kamera phone / tablet korang. Kalau pakai yg canggih pun... korang tetap kena ignore watak kat belakang korang ke hape. k.

Kelapan ;
Yang dah pegi, korang ada pandangan sendiri kan... ini pandangan aku. hahaha... jadi korang masing2 la suka yang mana. macam aku pulak jenis tak takut naik roller coaster bagai... maybe korang suka watak shrek tu.. aku lak tak suka. so korang boleh la layan bergambar dengan shrek tu dan princess fiona tu... dia keluar ikut masa. so korang tunggu2 la ye. aku bergambar dengan watak-watak yg terserempak je.

Kesembilan ;
Aktiviti yang kat luar dari USS tu, emm tak wajib pun. Cuma kalau dah datang, apa salahnya berjalan sampai muntah hijau. Cubalah semampu yang mungkin. Ada muzium, beach sentosa yang aku rasa macam tak logik je ada pantai camtu.

Kesepuluh ;
Kalau tiket free, aku akan pegi lagi. Tapi kalau sendiri; cukuplah sekali. Kecuali dia buat lagi yang lebih hebat dari transformers tu. Tapi kalau gaji aku setanding pemilik saham terbesar asia selepas facebook ke bagai... setiap menjelang ramadan aku singgah masuk ... ( hahaha )

Monday, July 16, 2012

ISTIKARAH seorang hakim

Atas pesawat, ketika dalam sesi percutian berbajet rendah, aku ditempatkan duduk bersebelahan seorang lelaki pertengahan usia ... 50-an. Daripada penampilannya, dia seorang yang berketerampilan. Sut dan seluar khakis yang memberikan impak kasual, dipakainya. Dia bersama seorang wanita sebaya, yakni isterinya yang duduk berasingan dan dipisahkan laluan pesawat tambang murah.

Ketika anak kapal mengumumkan beberapa peraturan penerbangan, sapaan pertama lelaki ini, mengajak aku berbual. Petah lelaki ini berbicara. Lalu bertanyakan tujuan destinasi. Lantas aku sambut dengan salam perkenalan. Ketika ditanya, gerangan siapakah tuan hamba ini? Seraya dijawabnya, saya seorang HAKIM; Datuk H.

Tergamam aku seketika. Ini pengalaman pertama aku berbual dengan seorang Hakim. (mungkin orang lain lebih hebat lagi). Perbualan bermula dari asal-usul diri aku hinggalah kepada perihal sejarah negara. Aku menyatakan, subjek sejarah antara yang paling aku minati. Dia amat berbangga, kerana tidak ramai generasi masa kini yang masih meminati tentang sejarah. ( ada sifat takbur sikit di situ ye :p )

Topik kedua, mengenai perihal di dalam mahkamah. Aku bertanyakan tentang penggunaan bahasa ketika sesi perbicaraan. Datuk H menjawab; penggunaan bergantung kepada kemampuan seseorang peguam. Tetapi, sebagai warganegara Malaysia, dia lebih suka dan kerap menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Dia akan menguji terlebih dahulu peguamcara / peguambela itu sebelum menentukan penggunaan bahasa.

Keduanya, ini soalan yang sangat-sangat ingin saya ajukan dari dahulu lagi. Bagaimana hakim merasakan kewajaran menjatuhkan hukuman mati itu kepada tertuduh?

Sela nafasnya panjang sebelum Datuk H menyusun jawapan.

" Memang sukar. Apa-apa jua keputusan, mesti ada kata putus daripada seorang hakim. Itu tanggungjawab saya yang saya pikul di dunia ini. Dengan itu, saya akan pastikan semua tuduhan, bukti dan sebarang penilaian dibuat dengan jelas sebelum memberikan sebarang keputusan atau hukuman. Jika kes itu terlalu besar, saya akan membuat SOLAT ISTIKARAH. Biasanya saya mendapat petunjuk dari ALLAH. "

Saya mengangguk tanda bangga dengan tuan hakim.

Monday, July 2, 2012

PULAU TIOMAN jauh ke?



Selain Pulau Pinang dan Pulau Langkawi, pulau peranginan pertama yang aku jejaki adalah Pulau Pemanggil, rasanya di bawah jajahan Johor Darul Takzim. Itu juga pertama kali aku melakukan aktiviti snorkeling. Mulanya rasa berdebar dan takut . Tapi, lama-kelamaan, perasaan itu hilang. Mudah sahaja, cuma, bernafas menggunakan mulut, bukan hidung. Kunjungan inipun kerana hari keluarga MAMA KICTHEN.

Keduanya, selepas lama merancang, akhirnya tercapai jua aku sekali lagi melangkah ke sebuah pulau. Kali ini Pulau Perhentian, bersama GBS, selepas merancangnya sejak daripada aktiviti di Pulau Langkawi. Perhentian bagi aku, menawarkan pakej yang sesuai kepada yang berbajet sederhana. Tak terlalu mahal. Oh ya, kesempatan itu, kami juga ke Pulau Redang, Pulau Lang Tengah... dan juga beberapa pulau kecil di sini. Sangat menarik.

Dan tahun ini, sekali lagi aku mengunjungi Redang. Sekali lagi, taman lautnya menjadi lokasi kunjungan. Mungkin kekangan bajet, hanya pulau-pulau kecil terdekat sahaja yang aku sempat singgah.


Dan atas jemputan Berjaya Hotels & Resorts pula, aku kesempatan ke Pulau Tioman. Arwah ayah pernah ke sana. Katanya bertugas bagi memastikan keselamatan penduduk ketika cuba mengusir komunis pada masa itu. Katanya lagi, dia sampai muntah hijau akibat mabuk laut. Aku pula, menggunakan penerbangan dari Kuala Lumpur, Berjaya Air.


Sesampai di sana, pantai Tioman tidak seputih pasir di pantai pulau2 di terengganu. Bagaimanapun, pantainya dan sekitarnya bersih. Menurut salah seorang wakil penganjur, katanya pasir di Tioman lebih kasar.

Aktiviti di sini, melibatkan Malaysia Nature Society, Shark Savers Singapore dan Scuba People... Sepanjang program, banyak yang aku sedari, tentang peri pentingnya hidupan alam ini. Selain printed t shirt shark savers yang menepati ciri-ciri seorang pereka grafik.


Oh ya, apapun, oleh kerana atas kunjungan demi tugas, maka, ada yang masih belum aku sempurnakan di sini. Impian aku, berkunjung ke sebuah kawasan air terjun, mendapatkan lesen scuba diving dan juga aku ingin mengelilingi pulau ini.



Selepas aktiviti pengenalannya, sekarang aku percaya sebab-sebab ada yang ketagih menyelam di laut dalam...

Saturday, June 23, 2012

SUKA BIKIN KERETA vs SUKA HIAS RUMAH

Setiap manusia ada kepuasan dan pegangan dalam hidup masing-masing ...

Contoh mudah; ada orang yang suka BIKIN kereta, tak suka kerjaya anda yang suka menghias rumah.

 [suka atap macam ni ... ]


.. ataupun ada orang yang suka menulis, kerana mungkin cara anda bukan cara orang yang boleh menulis.

Kalau semua makhluk berakal ditakdirkan tuhan, suka benda yang sama, MAU TIDAKNYA sesak ikea setiap hujung minggu. Kidzania ciptaan manusia pun, bagi pilihan pada kanak-kanak memilih kerjaya.

[ suka jadi aktres ... ]

Jadi, anda juga ada banyak pilihan bukan? tak semestinya, kalau anda ke London, kita semua kena ke sana juga ...  (ops, tapi mekah kena pegi la kan, tu rukun islam kelima)

Wednesday, June 20, 2012

TUMASEK atau siṃhāpura

Ini kali pertama saya menjejak kaki menyeberangi selat tebrau. Lawatan kerja, membenarkan saya menghirup udara sebuah negara yang digelarkan kota singa.

Secara puratanya, aku kagum dengan kebersihan. Memang bersih. Meskipun di lorong-lorong terpencil. Tetapi 3 warga singapura yang saya sempat dekati, semuanya menceritakan kesusahan hidup mereka mencari sesuap nasi.

watak pertama : penjual makanan 
"awak muda lagi. pergilah masuk kasino tu. orang luar masuk free. kalau uncle, masuk awal-awal lagi dah kena pancung, 100 dolar. kami orang singapore, sini kena cari duit. kalau tak de duit, macam mana nak hidup"

watak kedua : pemandu teksi
"sini susah. saya sudah tua, kena bawa teksi. sini semua kena kerja. kalau malaysia boleh kerja. boleh pergi jalan-jalan. sini mau pegi mana? itu sentosa pun, mahal. saya tak pegi."

watak ketiga : eksekutif pemasaran penyiaran
"saya impikan, saya beli rumah di terengganu. saya tak pernah ke kelantan. awak berdua orang kelantan. kenapa awak suka bandar? saya suka malaysia. orang malaysia semua ada kereta. sini tak. saya harap, saya dapat beli sebuah rumah di malaysia nanti."

mungkin ini bukan suara ramai. tapi saya rasa bersyukur ... dan mahu yang terbaik ...

Sunday, June 17, 2012

POLITIK ITU ...

Misinya menulis setiap hari. Tapi tak tahulah tercapai atau tidak. Selepas melihat sebuah filem yang memaparkan kehidupan wartawan perang lakonan Nicole Kidman, tiba-tiba terdetik menulis dan berkongsi apa-apa sahaja yang ingin diperkatakan. Tidak kisahlah walaupun sebarang dua patah perenggan.

Oh ya, ketika belajar dahulu, cikgu keluarga pelajar (cikgu junaidah) ada berbicara dengan saya. Selepas dia menghadiri sebuah seminar yang dianjurkan MARA jika tidak silap saya;  dia membangkitkan isu kurangnya pelajar-pelajar lulusan dari MRSM yang menjadi pemimpin atau ahli politik.

Seperti biasa, watak saya yang memberikan reaksi secara spontan;  saya menjawab, SAYA TIDAK SUKA POLITIK; POLITIK ITU KOTOR.

Jawapan yang dikembalikan cikgu Junaidah buat saya; POLITIK TIDAK KOTOR. YANG MENGOTORKANNYA ADALAH TANGAN-TANGAN MANUSIA YANG KOTOR.

Sampai sekarang, saya percaya akan kekotoran itu.

Tuesday, June 5, 2012

MENGUBAH atau MERUBAH

MENGUBAH - Kamus Dewan Edisi Empat
1. bahagian depan perahu (kapal, bot dsb), lwn buritan: ia berdiri di ~ perahu; angin ~ angin yg datang dr depan (perahu dll); 2. yg terdahulu atau terdepan; ~ kata kata pendahuluan; 3. arah, hala, jurusan: mereka lari lintang-pukang tiada tentu ~nya; mengambil ~ mengarah ke; mengubah ~ mengubah arah; 4. cita-cita, maksud, tujuan: engkau datang ke negeriku ini apatah ada ~mu; berpaling ~ mengubah sikap dll; menukar ~ a) mengubah arah; b) menukar cita-cita (maksud, tujuan); 5. bahagian sebelah hadapan tubuh manusia, bahagian tubuh binatang dekat dgn kepalanya; ~ dempak = ~ pepat = ~ tegak haluan yg pepat; ~ hidup cita-cita hidup; ~ politik arah tujuan politik; ~ sembah NS pegawai yg menjadi perantaraan bagi orang yg hendak menghadap raja (undang); sehaluan searah, secita-cita, setujuan: mereka nampaknya ~ dan sefahaman; berhaluan mempunyai haluan: parti politik yg ~ kanan; menghaluankan mengarahkan, mencita-citakan, menujukan.


MERUBAH - - Kamus Dewan Edisi Empat
menjadikan lain drpd yg asal, me­ngubah: ia ingin ~ penghidupannya; ke­budayaan Islam telah ~ perwatakan bangsa manusia; ~ perangai menukar perangai;


Pada hemat aku, kedua-duanya mempunyai maksud sama. Jadi ikut sedap mulut ...

Sunday, May 20, 2012

TEACHERS' DAY : makan ayam cikgu ...

Aku dulu sekolah, pada kalangan orang-orang bijak jugak la. Tapi aku tak lah sehebat manapun. Menjadi kalangan pelajar-pelajar bijak ini kadang-kala memberi tekanan jugak.

Ok, ketika menuntut pada menengah rendah, subjek kegemaran aku adalah Geografi, diikuti, seperti biasa Bahasa Melayu, dan Sains (sebab cikgu Jarini) dan seterusnya subjek-subjek lain... kecuali Matematik.

Nak dipendekkan cerita, asal subjek matematik je, akulah yang paling mengantuk sekali. Kisahnya berlaku, apabila ada perjanjian dengan seorang cikgu (cikgu Zul); bahawasanya, setiap orang kena ketuk ketampi mengikut jumlah markah yang kurang dari 95 (lebih kurang lah aku tak ingat). Maknanya, kalau dapat markah 94, kena ketuk ketampi sekali. Kalau 85, kena 10 kali lah.

Yang menariknya, akulah yang paling lama ketuk ketampi sebab markah aku 60++ ... kira dalam kelas orang-orang bijak ini, akulah yang paling bebal sekali. Malu punya pasal, aku mengadu 'domba' pada cikgu homeroom (keluarga pelajar) aku... Cikgu Junaidah! Aku perjuangkan; aku bukan nak jadi ahli matematik pun!  (wah, awal-awal lagi cita-cita nak jadi artis ke?) . Atas kekecewaan dan rasa malu yang tinggi, aku mengaku aku menangis. Sedih beb, kawan2 semua tunggu aku habis ketuk ketampi. Tapi, nasihat Cikgu Jun,  sampai sekarang aku ingat ; INI BUKAN PENGHUJUNG DUNIA, MASIH ADA LAGI RUANG UNTUK AKU BERUSAHA ... wah, sentap gak!

Lepas daripada sesi pengakuan bersama cikgu Jun, ada pulak program bergembira ; minggu aktiviti. Kalau sekolah harian, cuti pertengahan semester. Kami tak boleh balik kampung halaman, sebab seminggu cuti, diadakan aktiviti luar kelas. Antaranya, amali sembelih ayam diikuti pertandingan masak ayam di kalangan homeroom.

Aku tak ingat kejayaan yang homeroom aku dikecapi, tapi yang aku ingat, aku lepak sambil meratah ayam tu, bersama cikgu Roshidah. Aku pun tak ingat sangat, perbualan ketika itu, tapi aku ingat situasi ini ;

CIKGU ROSHIDAH : Nah helmi, awak makan ayam lebih cikgu ni, cikgu doakan awak berjaya dalam matematik.

Masa tu, semua orang tahu, cikgu Roshidah garang juga. Kau berani cakap tak nak? gagagaga... tapi aku makan je lah ayam lebihan cikgu tu. 

Dan aku tak tau lah, ini semua kuasa Allah; semenjak dari itu, aku memang tak pernah markah bawah 85 untuk subjek matematik ... PMR pun ok... SPM pun ok... cuma yang tak leh masuk kepala otak aku sampai sekarang, MATEMATIK TAMBAHAN... hahaha!

Ok, tu je kisah makan ayam cikgu!

Monday, March 19, 2012

MY FINALE PROJECT suatu ketika dahulu ...



bila dah nak pindah ini, memang banyak benda yang terpaksa dilupakan dan dikorbankan... termasuklah hasil kerja yang dibuat ini.

bila mengenangkan memori zaman belajar ini, aku ingin berterima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan. jasa korang tetap ku kenang ... ; JAS, FARIHAN, ABG BOB ... my junior Abbas, Fadzli & Syahir ! Serta team2 RH yang lain.

Saturday, March 10, 2012

TAK FAHAM BAHASA ATAU?

Ni kes lain ; nak marah juga aku! Kesnya berlaku ketika aku sedang menantikan sesi rawatan rambut bermula lebih kurang jam 10.30 pagi. Aku yang subuh berjemaah di masjid ini, sudah awal2 sampai di tempat letak kereta berhampiran lokasi salon tersebut.

Oleh kerana, mengantuk; aku pun terlelaplah di dalam kereta. Tak sampai ending mimpi pun, tetiba aku tersedar kereta aku diketuk. Aih, alangkah berderaunya darah aku, apabila melihat seorang wanita yang membuka pintu keretanya di sebelah kereta aku dan pintunya terkena kereta aku. Wah wah ! aku pun membuka tingkap. Sebagai reaksi pertama, aku keluarkan (ju-nga) kepala aku melihat apa yang berlaku. Eh... eh, dia buat tak tahu je.

Ok lah, sebab kau warga sudah sedikit beruban, aku rasa kau punya otot dah tak leh nak kawal pundi kencing, aku rela memaafkan. Tapi yang naik anginnya, sekali lagi dia membuka keretanya. Kali ini, memang aku sedar dan berbunyi juga la.

Aku bukak pintu dan menepuk bahu wanita tersebut. Ayat bahasa Inggeris aku 'accent' pun tak lah macam THE KING'S SPEECH.

" Excuse me! Can you open your door properly. And please, don't hit my car "

Sambil berkata, aku menuding jari ke arah kesan kemek pada sisi kereta aku. Yang menambahkan aku rasa nak memaki adalah, ADAKAH KAU NI PENDATANG ZAMAN MELAYU MELAKA ke? atau MENJADI PERTUKARAN SULTAN? ... sampaikan boleh buat-buat BLUR tak faham?

Aku translate balik ayat aku dalam bahasa melayu, aksinya juga sama.

Jadi aku lupa, kau ni bukan rakyat MALAYSIA yang percaya rukun negara kot. Ataupun, sebab ... mmm takpelah. Aku ingat lepas drama kes pekerja KFC, aku pulak jadi tontonan umum di YOUTUBE!

Dan kesimpulannya, kau dapat tak calar pada belakang kereta?

KIRA marah juga le...

Aku punya tahap marah semakin meningkat. Asal salah sikit je, dah rasa macam nak marah. Terutama yang tak faham etika memandu di jalan raya. Kira harian jugalah perkataan berbaur carutan keluar dari mulut aku.

Pagi-pagi, merempuh kesesakan lalu lintas sudah menjadi kebiasaan. Tapi ada wujudnya sikap pemandu yang kalau aku sebutkan, rasa macam tak senonoh sangat; yang tak faham bertimbang rasa + berhemah inilah menjadi pemangkin kepada sikap aku.

Tambah pulak, isu kemas kini (upgrade) sistem palang keselamatan apartment murah yang aku sewa ini. Semua termasuk pengawal keselamatan bangsa asing pun dibahankan aku. Tapi tak lah aku mengamuk sambil keluar parang. Aku punya kata-kata; aku rasa dah cukup membuatkan mereka rasa bersalah. Dari mengamuk tak tentu pasal.

Selain itu, isu dengan syarikat telekomunikasi P1wimax pula. Aku buat laporan terus kepada SKMM supaya hal ini tidak berulang. Sekalipun ingin mengaut keuntungan, mengapa tidak memantau pendaftar? Asal ada salinan kad pengenalan dah cukup. Semak la dahulu sebelum mengesahkan pendaftaran. Kan dah dapat betisnya. Aku tak nak berurusan dengan khidmat pelanggan, sebab banyak yang tak faham. Tambah pula, aku terpaksa membuat laporan polis mengenai penyalahgunaan ini. Haaaah. Apapun, mmg semua yang berurusan itu, aku tazkirahkan.

Hal itu dah cukup bagi aku menjadi seorang pemarah. Aku rasa orang lain lagi baran kot. Tapi aku rasa, bila marah ni, SYAITAN ada dekat kita. Bila kita marah ini, kita menjadi kurang waras. Kita tidak berfikir secara bijaksana. Sebab itu, aku lebih suka berfikir dahulu mengenai cara terbaik untuk marah.

Sunday, January 15, 2012

LAWATAN sambil belajar

Ini berdasarkan kisah benar, diperoleh dari panggilan telefon seorang bapa yang merayu kepada pihak sekolah. Bapa ini, kerjayanya seorang pengawal keselamatan. Isterinya tidak bekerja dan menyara 2 orang anak. Salah seorang anaknya sudah di darjah 6. Baru tamat UPSR.

Nak dijadikan cerita, si anak membawa pesanan pihak sekolah, sebaik pulang ke rumah. Sekolahnya menganjurkan lawatan sambil belajar kepada murid tahun 6. Semua murid KENA bayar RM100 untuk lawatan tersebut. Termasuk (jika tak silap); makan, perjalanan dan beberapa kos melibatkan tiket dan sebagainya.

Yang meresahkan hati si bapa ini, gajinya tak sampaipun 800 ringgit. Tolak sewa rumah, kos hidup dan sebagainya, hanya 200 ringgit untuk bertahan hingga ke gaji seterusnya. Simpanan pun bukanlah untuk bermewah-mewah.

Si bapa ini, mengeluh dan merayu agar bahasa yang digunakan pihak sekolah bukan SEMUA MURID TAHUN 6. Mungkin, sewajarnya; kepada mana-mana pelajar yang mampu atau berminat sahaja. Ataupun, hulurkan sahaja surat buat penjaga / ibu bapa ; dengan secara bertulis ia lebih bijak berbanding penerangan semula murid darjah 6 kepada ibu bapanya.

Yang sedihnya, si bapa meminta pendengar mendengar rintihannya; bagaimana dia harus menjelaskan kepada anaknya betapa dia tidak mampu berbuat demikian tanpa menyebabkan anaknya rasa tersisih dari rakan2 lain yang turut serta dalam rombongan itu.

Aku sempat mengesat air mata. Dulu aku juga begitu. Maaf... Abah dan Mak!

Wednesday, January 4, 2012

LUNTUR WARNA?



Keberkesanan produk ini memang hebat. Sekiranya anda mengalami luntur warna pakaian ke pakaian lain, inilah penyelesaiannya. Tak perlu langsung berusaha keras untuk menyentalnya. Rendaman kira-kira sejam pada suhu fabrik; sudah memadai.

Pengalaman ini melibatkan 3 baju kegemaran aku. Ingatkan pada asalnya sudah tiada harapan, tapi sebaliknya, selepas menggunakan teknologi ini, semua baju-baju tersebut dapat digunakan kembali.

Harganya tidaklah semurah jenama peluntur biasa, tapi berbaloi daripada terpaksa melaburkan wang untuk membeli pakaian baru . Untuk sekotak produk ini, tidak cecah RM 20 pun. Jadi pada mereka yang mengalami masalah ini, cubalah.

Apapun, ia bergantung kepada keadaan anda. Jaminan tidak diberikan seratus peratus. Tapi bagi kes aku ; ia kembali kepada asal usul kejadian ketiga-tiga baju tersebut.

Apapun selamat mencuba!