Atas pesawat, ketika dalam sesi percutian berbajet rendah, aku ditempatkan duduk bersebelahan seorang lelaki pertengahan usia ... 50-an. Daripada penampilannya, dia seorang yang berketerampilan. Sut dan seluar khakis yang memberikan impak kasual, dipakainya. Dia bersama seorang wanita sebaya, yakni isterinya yang duduk berasingan dan dipisahkan laluan pesawat tambang murah.
Ketika anak kapal mengumumkan beberapa peraturan penerbangan, sapaan pertama lelaki ini, mengajak aku berbual. Petah lelaki ini berbicara. Lalu bertanyakan tujuan destinasi. Lantas aku sambut dengan salam perkenalan. Ketika ditanya, gerangan siapakah tuan hamba ini? Seraya dijawabnya, saya seorang HAKIM; Datuk H.
Tergamam aku seketika. Ini pengalaman pertama aku berbual dengan seorang Hakim. (mungkin orang lain lebih hebat lagi). Perbualan bermula dari asal-usul diri aku hinggalah kepada perihal sejarah negara. Aku menyatakan, subjek sejarah antara yang paling aku minati. Dia amat berbangga, kerana tidak ramai generasi masa kini yang masih meminati tentang sejarah. ( ada sifat takbur sikit di situ ye :p )
Topik kedua, mengenai perihal di dalam mahkamah. Aku bertanyakan tentang penggunaan bahasa ketika sesi perbicaraan. Datuk H menjawab; penggunaan bergantung kepada kemampuan seseorang peguam. Tetapi, sebagai warganegara Malaysia, dia lebih suka dan kerap menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Dia akan menguji terlebih dahulu peguamcara / peguambela itu sebelum menentukan penggunaan bahasa.
Keduanya, ini soalan yang sangat-sangat ingin saya ajukan dari dahulu lagi. Bagaimana hakim merasakan kewajaran menjatuhkan hukuman mati itu kepada tertuduh?
Sela nafasnya panjang sebelum Datuk H menyusun jawapan.
" Memang sukar. Apa-apa jua keputusan, mesti ada kata putus daripada seorang hakim. Itu tanggungjawab saya yang saya pikul di dunia ini. Dengan itu, saya akan pastikan semua tuduhan, bukti dan sebarang penilaian dibuat dengan jelas sebelum memberikan sebarang keputusan atau hukuman. Jika kes itu terlalu besar, saya akan membuat SOLAT ISTIKARAH. Biasanya saya mendapat petunjuk dari ALLAH. "
Saya mengangguk tanda bangga dengan tuan hakim.
1 comment:
Amboi, berkawan dengan hakim je.
Post a Comment